Assalamualaikum dan hai semua...
Wah, masuk yang ni dah kali ketiga dah Fitri post entry resipi kek! Memang obvious sangat yang budak montel ni duduk rumah cuti kerjanya masak kek and then makan kek. Masak kek and then makan kek. Itu ajelah kerjanya!
Tak tahulah muat ke tidak lagi baju sekolah. Huhuhu... dahlah baju sekolah itu aje yang ada. Huwaaa...
Sebenarnya resipi ni adalah resipi Oreo Cheesecake tapi, oleh kerana terlampau excited sangat nak makan, tak sempat nak jadi kek lagi Fitri and cousin dah melantak kek ni. Waktu tu tak jadi kek lagi. Still lembik-lembik lagi, macam aiskrim. So, jadilah Oreo Cheesecaream. Cake + Ice Cream = Caream. -_-
Okey, hang tak payah nak membebel banyak-banyak. Ayuh kita ke topik utama. Resipi Oreo Cheesecaream! Fitri dah lupa dekat mana Fitri ambil resipi. Bukannya lupa apa, lupa blog siapa. Jadi, maaf besar-besar untuk sesiapa yang ada post entry resipi oreo cheesecake. Maybe ini adalah resipi Puan. Maybe... huhuhu...
Inilah dia Oreo Cheesecaream. Pakat buat piknik depan tv sambil layan Oreo Cheesecaream ni sambil menonton filem Korea.
Ini adalah hasil setelah ia menjadi kek. Tak jadi aiskrim dah. Hehehe... :P
Bahan-bahan :
- Biskut Oreo (2 pack yang panjang)
- Marjerin (agak-agak oreo boleh dikepal)
- 250 gm Cream Cheese
- 200ml whipping cream
- 1 cawan gula halus (Fitri guna gula biasa aje)
- 1 sudu kecil esen vanila
- Susu segar (pandai-pandai agak sendiri)
- Gelatin (depend, nak guna atau tak nak)
Cara-cara:
BASE :
- Ambil satu pack orea dan buangkan intinya.
- Masukkan biskut oreo ke dalam plastik dan tumbuk sampai halus guna anak lesung. Nak kisar pun boleh kut. Tapi, Fitri suka manual, tumbuk sendiri baru rasa puas, der. Hehehe...
- Dah halus, masukkan oreo dalam mangkuk dan gaul dengan marjerin. Marjerin tu seeloknya dicairkan sebab senang nak gaul dengan oreo. Tapi, Fitri terlepas pandang waktu baca resipi tu dan terus gaul tanpa cairkan marjerin tu dulu.
- Ratakan ke dalam loyang dan masukkan ke dalam peti ais (bahagian bawah). Biarkan seketika, sambil tu boleh buat fillings dia.
- Putar cream cheese dengan gula sampai kembang.
- Masukkan whipping cream, susu segar (agak nampak macam agak pekat tu cukuplah) dan esen vanila.
- Cairkan dua sudu gelatin ke dalam suku cawan air panas. Kemudian, masukkan gelatin tersebut ke dalam adunan.
- Masukkan satu pack oreo yang sudah ditumbuk halus sama macam waktu buat untuk base tu.
- Gaul sampai sebati.
- Tuangkan ke atas base dan mampatkan dengan cara hentak loyang perlahan-lahan.
- Hiaslah atas kek tu ikut suka hati korang. Fitri letak oreo yang ditumbuk halus tu sebab ada banyak lebih. Tamak Fitri ni sebab guna 2 1/2 pack oreo.
- Biarkan dalam peti ais seelok-eloknya semalam.
Semalam ya, bukan sejam! Fitri dengan sepupu Fitri yang dah terlampau excited nak makan terus aje makan kek tu sejam lepas masukkan ke dalam peti ais.
Oh, ya... jangan nak ting tong macam Fitri ni pi sapu butter dekat loyang tu. Kek ni tidak menggunakan teknik bakar atau kukus. So, tak payah ngada-ngada macam Fitri pi sapu butter kat loyang tu. Ngek ngok sikit waktu tu sebab buat kek tu waktu malam. Mengantuk melampau agaknya waktu tu sampai ngek ngok jadinya.
Apa-apa pun, kek ni memang sedap. Cuma, seelok-eloknya, kurangkan gula. Kurangkan gula dalam kek, lebihkan 'gula' dalam senyuman. =)
Jemput tengok. ;P
Wassalam. Tata. Thanks sudi baca Fitri merepek. ^_^
fit.. oo.. fit.. tadi kite dah hantar abam posmen suruh amikkan cheesecaream tu.. simpan tau. dia kata lagi sejam dia sampai. XD
ReplyDeleteHomaaii !! sedap tuu ! tmbh2 lg oreo. wuu.. haha. jiah ingtkn typo chhesecaream tu. hehek. rajin betul awak nie yee. ^_^
owh, ya ke? simpan tu memang la boleh simpan tapi simpan loyangnya sahaja la.. hehe... keknya dah habis.. ngeh3...
Deleteoreo mmg daa best! hehe.. saja saspens typo.. rajin makan.. XD