Sunday 21 December 2014

Bola Itu Bulat

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum dan hai semua...

Pernah jumpa tak bola bentuk segi tiga. Kalau pernah habaq mai kat cek, cek nak beli. Heeee...

Korang minat bola tak? Kalau minat, kita geng.

Pernah dengar tak, ada orang kata, perempuan tak boleh tengok bola? Kalau perempuan start beli popcorn dan duduk depan tv hadap bola, itu bermakna dia dah bersedia nak jadi pengulas sukan. Bola tak gol lagi, dekat mulut dia dah gol dah.

Okey, ada tak mana-mana gegirl yang macam tu? Ada? Okey, kita geng.

Hahaha... memang itulah realiti seorang Fitri. Kalau nak selamat, tolong jangan bagi dia tengok bola. Orang lelaki pun boleh kalah dengan Fitri. Kalau laung gol tu, tak payah nak pakai mikrofon bagai, satu kampung dah dengar suara Fitri.

Waktu Safiq Rahim jaringkan gol mula-mula tu, tahap jeritan Fitri tu tahap boleh buat jiran selang tiga buah rumah terkejut lemah jantung. Lepas tu tukar pula ke tv3, tengok Awang Senandung. Tengok punya tengok, tukar balik ke tv9. Tepat-tepat waktu referee tu bagi masa tambahan 2 minit. Tak senang duduk Fitri waktu.

Rasa nak terkencing pun ada tengok kejap bola golek ke sana, kejap golek ke sini. Berdebar gila baq hang! Tapi, lastnya... tu dia! Tandukan berapi hasil kepala botak Indra Putra telah menjaring gol kedua buat Harimau Malaya. Memang chaiiyaaaa arrr!

Gambar daripada blog Jie Najihah

Yang kedua tu lagi gila Fitri menjerit. Dah tak kisah dah apa yang jiran nak cakap. Nasib baik ada sebuah rumah aje jiran. Semalam Fitri dekat rumah opah Fitri. Rumah opah Fitri agak ke dalam dan hanya ada dua buah rumah aje dekat situ yang paling dekat. Hehehe... so, memang jerit sekuat hati arr. Bukan selalu der dapat lepaskan stres melalui jeritan. Waktu-waktu macam tu aje yang boleh jerit.

Hahaha... bila dah 3-0 semalam, rasa macam. Okey, kamon Harimau Malaya ku. Bangun dan bangun lagi. Jangan leka selagi wisel penamat masih belum dibunyikan. TAPI, bola itu bolat. Okey, eja bulat pun dah salah. Terlampau excited dengan bola itu bulat.

Rezeki tidak berpihak pada pasukan Harimau Malaya meskipun bermain di halaman sendiri. Inilah yang dinamakan rezeki. Walau kita berusaha bersungguh-sungguh sekalipun, andai tiada rezeki, tak jadi juga.

Apa-apa pun Harimau Malaya dah buat yang terbaik. Tahniah sebesar-besarnya untuk Harimau Malaya kesayanganku. 

Kau kalah, kau menang, aku tetap di belakang sebagai pemain no 12. 

Ececehh... ayat suhwittt sangat, uollss...


Ultras Malaya. Korang tak rasa ke yang Ultras Malaya ni ohsem tahap Fitri rasa nak cabut gigi? Setiap kali diorang buka mulut, memberi sokongan buat Harimau Malaya, menjadi pemain no 12 yang sebenar, diorang kelihatan lebih daripada ohsem. Fitri rasa nak buka pintu magik doraemon nak duduk sekali dengan geng Ultras Malaya. Seriously bersemangat bila tengok diorang.



Semua gambar di atas adalah hasil Google.

Rasa macam nak join aje diorang. Tapi... hello Fitri, kau tu gegirl. Macam tak syok arr kena himpit dengan brader-brader Ultras yang havoc tu. So, kesimpulannya ultras la sorang-sorang depan tv sambil menelan kerepek dan jerit gol dulu sebelum sempat bola tu digolkan. Faham tak? Tak faham pun buat-buatlah macam korang faham. :P

Okey, off topik Ultras Malaya. Kita berpindah pula ke topik pasukan lawan, pasukan Thailand. Fitri tak tengok pun waktu Harimau Malaya lawan Thailand dekat Bangkok hari tu. So, memang tak tahu apa-apa pasal dekat Bangkok. Tapi, timbul gosip pasal pemain Thailand nombor 7. Fitri baru tahu nama dia semalam. Charyl Chappius.

Kata gosip, mamat tu gay. Okey, kata gosip la. Fitri tak kisah pun gosip tu. Fitri kisahkan orangnya. Mula-mula tengok dia, boleh tahanlah orangnya. Tengok kali kedua, kenapa Fitri rasa Muslim Ahmad lagi hensem? Tengok kali ketiga, okey, memang Muslim Ahmad lagi hensem daripada mamat Charyl tu.

Copy dari Google.

Tapi, dalam pasukan Thailand ada seorang hensem. Hehehe... coach dia. Ngeee... :P

Copy dari Google.

Hahaha... gatal betul Fitri ni. That's why pernah ada yang mempertikaikan apakah sebab perempuan tengok bola. Sebenarnya kaum Hawa ni kalau tengok bola, diorang tengok bola ke tengok gerangan yang menyepak bola. Itulah yang sering menjadi tanda tanya

Bagi Fitri, Fitri tengok dua-dua. Hehehe... tapi tengok gerangan yang menyepak bola tu tak selalulah. Sia-sialah dok perhati muka diorang tapi tak tahu apa yang terjadi pada bola yang disepak. Lagipun kamera bukannya 90 minit dok tayang bola aje. Sometimes diorang tunjuk juga muka pemain bola. Dah kamera hala dekat muka diorang, tengoklah muka diorang. Nak buat lagu mana. -_-

Apa-apa pun, tahniah buat pasukan Thailand. Thailand menang kerana agregat berpihak kepada pasukan Thailand meskipun Malaysia berjaya, 3-2. Tapi agregatnya 3-4.

Err... tahniah dalam bahasa thai apa ek? :3

Okey, sekian sahaja merepek pasal bola. Bye, nak layan K-Pop balik. :P


Wassalam. Tata. Thanks sudi baca Fitri merepek. ^_^

No comments:

Post a Comment