Saturday 15 March 2014

Susah

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum dan hai semua...

Susah. Apa yang susah? Haa, cuba teka! Ngeee... siapa dapat teka dapat kiss dari Omi. Kiss dari Fitri tak boleh. Mahalnya kalah harga Lamborghini sepuluh biji. :P

Ok, nah klu! Teka, jangan tak teka, tau.

Gua cilok dari Google!

Macam mana? Dah boleh teka? Hehehe...

HATI. Perkara dalam dunia yang paling susah untuk dijaga. Lebih susah dari kaca. Sekurang-kurangnya kaca kalau pecah boleh dibuang serpihannya tapi kalau hati yang pecah? Masakan kita nak buang hati orang tu? Jadi, hati tak sama dengan kaca.

Hati ni ada macam-macam jenis mengikut tuan punya hati. Ada yang hati batu. Lembut hati. Hati lembu dengan ayam pun ada. Siap boleh makan lagi. Tapi, tak digalakkan. Huhu... bagi Fitri, tak sedap! Errrr...

Bagaimana nak jaga hati orang sedangkan hati kita, tiada sesiapa yang sudi menjaganya? Itulah perasaan kita setiap kali berbicara soal menjaga hati orang. Betul, kan? Penipu besarlah kau kalau kau kata tak. Fitri cakap macam tu sebab Fitri pun memang macam tu. Selalu was-was dalam menjaga hati orang lain agar hati mereka tidak tercalar sedangkan hati kita?

Google lagi!

Who want to care about my heart? Sudah habis plaster ku tampal agar hati tersebut kembali bercantum, namun segalanya adalah sia-sia. Why? Kenapa? Why? Kenapa?

Especially orang macam Fitri ni. Haha! Orang nak jaga hati Fitri? Sedangkan manusia yang tidak Fitri kenali boleh sesenang jiwa kalbu dia menyentap hati Fitri apatah lagi yang mengenali Fitri. Kenapa? Adakah Fitri pernah melutut merayu di kakimu memohon agar kalian menjaga hatiku? TIDAK PERNAH!

Tak pernah sekalipun Fitri pohon seorang demi seorang agar menjaga hati Fitri. Fitri sedar, sedangkan Fitri pun susah untuk menjaga hati orang lain mengapa pula Fitri ingin merayu bagai nak mati agar mereka jaga hati Fitri.

Senyum.

Google again!

Bagi Fitri, untuk jaga hati orang bermula dengan sebuah senyuman. Pernah tak korang tengok orang maki hamun hanya kerana senyuman berbalas dengan jelingan, muncung, muka macam taik lembu kering. Pernah? Fitri. Selalu sangat.

Senyumlah. Jika dia tidak senyum pada kita, kitalah yang perlu senyum kepada mereka. Insya-Allah, mereka akan kembali tersenyum kepada kita. Sering juga Fitri terserempak dengan mereka yang mukanya kalah masamnya buah kedondong. Tapi bila Fitri bagi sekuntum bunga mawar... eh! Sekuntum senyuman, alhamdulillah, senyuman Fitri berbalas.

Tak usah kata Fitri senyum pada orang. Kadang-kadang Fitri yang tengah muka macam lepas kena hempuk dekat dinding pun boleh berubah jika ada yang hadiahkan Fitri senyuman. Look! Kalau kita senyum, semua orang berjangkit, bila semua orang senyum, dunia tiada penyakit... (nyanyi)

Dari situ, tenang dan gembira hati kita melihat. Korang tak rasa ke apa yang Fitri rasa? Senyum. Sampai nampak gigi graham pun tak kisah asalkan senyum. Lagipun, senyum itukan sedekah. :)

Google adalah 'pak cik' kesayangan Fitri.

Kan Malique dan Najwa ada kata... senyum... tak perlu kata apa-apa. :)


SENYUM ITU SEDEKAH =)


Jaga HATI jaga IMAN.

Wassalam. Tata. Thanks sudi baca Fitri merepek. ^_^

No comments:

Post a Comment