Saturday 15 March 2014

Hikmah, Nasihat, Ilmu... #13

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum dan hai semua...


Nabi Yunus

Nabi Yunus telah berdakwah kepada penduduk Ninawa selama bertahun-tahun. Tetapi tiada sesiapa pun yang mengikuti ajaran Allah SWT. Hati penduduk Ninawa sudah tertutup untuk menerima kebaikan. Nabi Yunus pun berdoa agar Allah SWT menurunkan azab pada mereka. Setelah berdoa Nabi Yunus pun pergi ke pelabuhan dan menaiki sebuah kapal. Doa Nabi Yunus dikabulkan oleh Allah SWT. Allah SWT menurunkan badai dan angin yang sangat kencang. Penduduk Ninawa ketakutan.

Di tengah lautan, ribut tiba-tiba melanda dan menggoncangkan kapal yang dinaiki Nabi Yunus. Nahkoda pun berseru, "Kita harus mengurangkan beban kapal ini." Mereka pun melakukan undian. Nama yang tertera di kertas undian haruslah turun dari kapal. Setelah tiga kali mengundi terteralah nama Nabi Yunus secara berturut-turut. Maka Nabi Yunus pun terjun ke lautan. Tiba-tiba muncul ikan paus dan ia menelan Nabi Yunus.

Allah SWT menyelamatkan Nabi Yunus. Nabi Yunus berada di dalam perut ikan paus tetapi tidak tercedera. Di dalam perut ikan paus, Nabi Yunus berasa sedih dan menyesal kerana telah meninggalkan Ninawa. Allah SWT memerintahkan agar ikan paus itu meluahkan Nabi Yunus dari perutnya di tepi pantai. Nabi Yunus selamat dan kepulangannya disambut oleh penduduk Ninawa dengan penuh kesyukuran. Mereka telah insaf. Akhirnya dakwah Nabi Yunus diterima dan Ninawa pun menjadi kota sejahtera seperti yang diceritakan di dalam al-Quran.

Lailahailla anta subhanakaa inni kuntu minazzhalimin...

Doa ini dibaca oleh Nabi Yunus ketika berada dalam perut ikan paus. Doa ini teramat sesuai dibaca untuk mereka yang berada dalam kesakitan. Dalam novel yang saya baca, part bersalin, si suami pasti akan membisikkan doa ini ke telinga si isteri.

Di alam realiti, mak saya diajar oleh nurse di hospital ketika mak saya nak buat operation buang batu karang dalam buah pinggang. Banyak hikmahnya doa ni. Ayuh, amalkan. :)

Cerita kredit to : Buku Teras Anak Islam (Rukun Iman)

Wassalam. Tata.

No comments:

Post a Comment