Tuesday 18 March 2014

Rindukanlah Langkawi

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum dan hai semua...



Setiap kali dengar lagu ni mesti teringat dekat Langkawi. Mana taknya, dari Perak sampai ke Selangor sampailah ke Kedah lagu ni aje yang Fitri dok dengar. Bukan dengar dekat radio. No! No! No! Tapi dengar dekat telefon. Hehe... menghilangkan bosan.

Erk! Bila pula budak poyo ni pergi Langkawi, Kedah? Hmm... bila ek? Haa! Dah dapat. Adalah lebih kurang dalam 4 bulan yang lepas. Kah kah kah! Dah 4 bulan baru nak merapu tentang benda tu. Cis! Pekasam betul aku ni. Haha... tapi Fitri tak kisah. Kalau Fitri kata nak merapu tentang tu, Fitri merapu je.

Haa... mesti korang pelik juga, kan? Budak poyo ni dari Perak nak pergi Kedah tapi, awat nak lalu Selangor pula? Ngeee... cek naik Firefly dari Skypark (alaaa, airport yang masuk dalam drama Ariana Rose tu). Yang Fitri ingat waktu pergi Langkawi pilotnya tak berapa nak best. Mendaratnya ganas giler sampai emak Fitri melatah. Kuat pula tu. Sogan den. -.-

Tapi........ waktu balik, phewwww. Waktu dia buat announce kata kapal terbang bakal mendarat, Fitri terus straight pandang depan (dalam hati excited nak balik makan tempoyak). Almost 10 minit dan lebih macam tu, Fitri dah rasa pelik. Kata nak mendarat, bila nak mendaratnya kapten oi?! Jenguk luar. Eh, eh! Rupa-rupanya dah mendarat. Phewwww... 'smooth landing', chor! Hee... yang pasti, emak Fitri tak melatah. Kah kah kah!

Oit, Fitri! Kau nak cerita apa sebenarnya ni? Tentang 'smooth landing' ke tentang rindukanlah Langkawi ni? Ish ish ish! Haha! Inilah yang dinamakan sebagai JAKUN. Maklumlah, first time naik flight, khonnn.

Saja letak besar-besar gambar ni. Gambar ni tak boleh 'disihatkan' lagi sebab Fitri copy je dari Fb.

Haa. Nampak dok helang yang molek tu. Helang tu adalah antara helang yang terdapat di Kilim Geoforest Park. Giler bestlah tempat tu. Kata pak cik bawa bot kita orang, helang-helang tu sebenarnya makan kulit ayam yang diberi oleh pekerja dekat situ. Mati-mati Fitri ikan dia tangkap ikan. -.-

Lepas tu pak cik tu bawa kita orang dekat kolam ikan. Heee... bestlah juga. Mak Fitri gayat sebab kolam tu just terapung guna tong. Tak habis-habis, "Nurul, tunggulah mak." ... "Mak takut." Kesudahannya, bye-bye mak. Mak duduk ajelah kat tepi tu ya, mak. Hehehe... nak buat macam mana, dah memang mak takut gayat.

Dekat kolam tu ada ikan pari jinak. Tak salah Fitri nama ikan tu Fatimah. Mak sedare Fitri pergi pendekkan lagi nama ikan tu jadi Fatty. Nasib kaulah, Fatty! Dan pertama kali di hadapan mata Fitri, Fitri tengok belangkas. Cute habaq hang!

Lepas tu naik bot balik. Pak cik tu bawa keliling KGP tu. Ada batu bertentangan bentuk baby face. 'Seorang' ada hidung mancung, seorang lagi ada apa entah. Lupooo... lepas tu pak cik tu kata, bukit yang kita orang nampak samar-samar tu sebenarnya Thailand. Pergghhhh... dekat giler arr! And then ada batu bentuk penyu. Kita orang tergamam. SubhanAllah, Maha Kuasa Allah. ^_^


Hari seterusnya kita orang pergi Gunung Mat Cincang. Best tu memanglah best tapi... kita orang tersangkut almost 3 hours. Kau boleh bayang dok macam mana muka orang yang perutnya kosong. Can you imagine it? Semua muka macam nak bagi penampar sorang satu. Perut tak payah nak cakaplah, kalah bunyi mesin gerudi.

Eh. Lupa nak cerita apasal boleh tersangkut. Sebenarnya cable car tu telah disambar petir semalam iaitu sehari sebelum kita orang pergi. Yang peliknya, kenapa pihak cable car tak cakap dekat semua pengunjung yang cable car telah disambar petir? Yang peliknya lagi, kenapa dia benarkan pengunjung naik? Sabar ajelah. Tapi, pemandangan dia gerenti korang akan ternganga. GERENTI!

Waktu tersangkut tu, almost 45 minit macam tulah, kita orang tergantung. Dahlah angin pagi kuatnya tak mampu diungkap. Agak menakutkan tapi cuba tahan sebaiknya perasaan tu dengan melihat pemandangan luar yang indah. Bunyi angin yang lalu ikut tingkap tu tak payah Fitri ceritalah. Bunyi macam Mat Cincang mengamuk aje. Hehehe...


Tu air terjun. Fitri tangkap waktu cable car tu tergantung. Gambar agak kurang jelas sebab Fitri zum banyak-banyak. Sebenarnya dekat atas lagi ada telaga tujuh. Mak sedare Fitri kata, mereka naik separuh jalan aje dulu sebab dah jauh pun tak nampak juga telaganya.

Gambar mungkin agak kurang menarik bagi korang tapi kalau air terjun tu real depan mata korang walau korang berada jauh dari air terjun, serius cantik. Terpukau! Lepas tu dari jauh lagi korang dah nampak laut. Dari jauh pun korang dah boleh agak yang pasir dekat pantai tu putih. Pantai apa, entah.

Tiga tu ajelah gambar. Ada banyak lagi sebenarnya termasuk gambar bumbung Galeria Perdana. Bumbung? Awat dalam banyak benda bumbung juga yang Fitri tangkap? Sebab bumbungnya serius cantik. Heee... terpukau lagi. Memori tentang Galeria Perdana dah ingat-ingat lupa sebab singgah sekejap je. Pusing gitu-gitu je. Yang Fitri ingat, Galeria Perdana tu menempatkan semua barang milik Tun Dr. Mahathir.

Hmm... nak bagi tips buat budak poyo macam Fitri yang nak pergi Langkawi. Nak baca tak? Tak nak? Kisah pula aku. Kah kah kah... gurau-gurau jekkk.

Ok, nak bagi tips ni!
  • Please, kalau setakat catat dalam bajet - hokey, aku nak beli cekelat RM100. Gerenti! Fitri gerenti tahap nak menari Chicken Dance yang korang akan menangis menyesal. Menyesal sebab bajet tak cukup. Fitri dalam hati kat rumah konon nak beli cekelat RM50 je. Sekali... RM100 duit Fitri lepas tu mak Fitri tambah lagi. Hehe... so, takat RM100 ringgit baik kau pergi Tesco kat sebelah rumah kau

  • Please, bawa selipar spare siap-siap. Kalau kata ada niat dalam hati nak beli kat Langkawi baik kau menyesal awal-awal. Selipar dekat sana teramat-amatlah menyakitkan jiwa dan kalbu. -.- Serius, waktu keluarkan duit RM5 nak beli selipar Made In China tu rasa menyesal giler. Tak selesa langsung! Tak tahu kalau-kalau hanya Fitri yang rasa susah nak cari selipar kat Langkawi ni. Bukan tak selipar Made In Malaysia tapi percayalah, susah giler nak cari.

  • Please, bawalah beg bagasi yang beroda tu especially kalau naik flight sebab kau takkan beli barang takat dua tiga beg plastik je. Kalau kau takat beli dua tiga plastik baik kau terjun laut. Terutama, kaum hawa. Kaum Adam aku tak tahulah pula. Sebab kaum Adam yang ikut kita orang bercuti macam tak ada feeling. Kerja depa tot tet tot tet depan fon.

  • Please, buat rundingan harga before kau pilih 'bas persiaran'. Bas persiaran a.k.a van yang akan bawa korang jalan-jalan kat sana. Kita orang naik van biasa mula-mula, harganya bolehlah tahan. And then, last minute van tu ada hal. Kita orang naik van VIP, dia pakai Toyota Hiace yang giler rasa macam orang kaya bila naik. Harganya, lebih murah berbanding van biasa tu. So, pepandai kau buat bajet tentang van tu. Nak sewa kereta sendiri pun ok.

  • Please, lebih baik kau pergi shopping dekat Aeon sebelah rumah kau aje kalau kau tak bawa balik beg plastik biru (Idaman Suri) dengan beg plastik hijau (Haji Ismail Group). Antara dua tu Fitri punya favorito, HIG. Cek suke, cek suke... sebab, Idaman Suri tempat cekelat dia Fitri rasa macam sempit dan tak selesa nak pilih cekelat yang mana paling murah dan sedap.

  • Please, kalau kau pergi Langkawi tapi dalam beg kau tak ada cekelat yang namanya Pepero (buatan Korea), lebih baik kau tidur aje dalam hotel. Tak pun dekat jeti tu. Cekelat tu sedap especially yang hijau tapi yang merah pun sedap juga. Orang cite kata Pepero ada juga warna kuning. Entahlah. Tak perasan pula. 

  • Haa, tips nak cari cekelat Pepero. Please, pergi kedai yang agak tersorok a.k.a tak berapa nak femes tapi ada jual cekelat (kedai mana yang tak jual cekelat kat Langkawi tu?). Hal ini sebab Pepero ni over femes. Cepat habis especially kalau kedai besar-besar. So, pi cari kat kedai yang tersorok dari pandangan kasar manusia. Kih kih kih...

  • Please, pergi kedai yang namanya Gerai Pak Din dekat belakang Kompleks Haji Ismail (yang sekali dengan hotel tu) dan tak salah Fitri berhadapan dengan Mahkamah. Mahkamah apa, dah lupa. Gerai tu buka waktu malam aje. Makanannya sedap tak terkata wa cite sama lu terutama burger Pak Din. Sesuap kau makan, terlentang!

Langkawi. Sebuah pulau legenda yang Fitri boleh gerenti yang korang tak akan menyesal kalau pilih pulau tu sebagai destinasi percutian. Dia punya pe'el tu tak sama dengan percutian di tempat lain. Serius! Waktu balik tu rasa macam nak suruh pak cik van tu patah balik. Oh, hatiku tertinggal di Langkawi. Kah kah kah!

Serius! Bukan Fitri je rasa macam tu, kawan Fitri si Meah pun cakap gitu. Dia cakap, dia cuti dekat Melaka pun, dia tetap rindukan Langkawi. So, Langkawi adalah tempat percutian yang teramat-amat terbaik buat mereka yang mencari erti apa itu sebenarnya yang dikatakan dengan cuti.

Tapi, sayangnya Fitri tak dapat pergi banyak tempat atas beberapa sebab. So, Fitri dah tekad bila dah kerja nanti nak kumpul duit banyak-banyak. Beli tiket flight yang paling mahal sekali untuk mak bapak Fitri pergi Langkawi lagi. Fitri nak pergi setiap pelosok Langkawi sampai Fitri puas. Hehe...

So,

Rindu,
Rindukanlah Langkawi... ngeee... I  Langkawi!

Wassalam. Tata. Thanks sudi baca Fitri merepek.

No comments:

Post a Comment