Tuesday 11 March 2014

Rayuanku, Rayuannya, Rayuan Kita, Rayuan Kami...

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum dan hai semua...




Wahai bumi,
Mana kau sorok kapal terbang kami,
Usahlah jauh ke dalam perutmu,
Kami merindui sepenuh hati di sini,
Dari hilir hingga ke hulu.

Wahai bumi,
Aku merayu serta memohon,
Usaha lama kau menyimpan mereka,
Sepenuh jiwa aku memohon,
Pulangkan kami diri mereka.

Wahai bumi,
Dengarlah getaran hati kami,
Memuji serta memuja Sang Pencipta,
Meminta dikembalikan saudara kami,
Kerana DIA tahu segalanya.

Wahai bumi,
Seantero dunia memohon jasamu,
Perlihatkan kami MH370,
Rintihan dan sendu sudah lama berlagu,
Menanti pulangnya MH370.

Wahai ALLAH,
Pada-Mu kami pasrah dan redha,
Pada-Mu kami meminta dan berdoa,
Pada-Mu kami mengadu domba,
Mudah-mudahan mereka baik-baik sahaja.


#prayforMH370

~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~

Serahkan segala-galanya kepada Yang Maha Berkuasa kerana DIA lebih tahu apa yang terbaik buat hamba-Nya. Sebaik-baik perancangan adalah perancangan-Nya.

P/s : Berhenti ambil kesempatan atas kejadian yang terjadi sekarang!
Biadab! Yup. Perkataan tersebut adalah satu satu daripada dua perkataan yang layak untuk menggambarkan budak tak matang yang seorang ni. Oit! Tak pernah terfikir ke kalau betul-betul terjadi pada mama hang? Ish... Nauzubillah min zalik... >_<

Apa yang Fitri membebel ni? Nah, baca ni --> Biadab!
Fitri pun tertipu rupa-rupanya.

Wassalam. Tata. Selitkan mereka, penumpang dan anak kapal MH370 dalam doa kita.

2 comments:

  1. Jasmine Johari ni Klau Bab Sensitif Ni Org Suka Ambil Kesempatan nak Attention nak dapat follower ramai kat twitter . Hmm --' apalah dia orang ni . Btw , nice puisi and the the word is too deep. Good job writer ! #Keep Praying The MH370 !

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan.. ishhh... tak terfikir langsung soal perasaan ahli keluarga 239 penumpang dan anak kapal MH370. patut disumbat dalam lokap aje tu... thanks.. yup. #Keep Praying The MH370. :')

      Delete