Sunday 9 March 2014

#DoakanMH370

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum dan hai semua...


Siapa yang tidak tahu soal peristiwa yang mengejutkan seluruh rakyat Malaysia? Malah, peristiwa tersebut telah mendapat liputan bukan sahaja dari media tempatan malah juga dari seluruh dunia. Peristiwa pesawat MH370 yang tiba-tiba hilang dan tidak dapat dikesan oleh radar unit kawalan udara.

Fitri tak tahu pun soal ini sebenarnya. Hanya selepas 12 jam selepas pesawat tersebut hilang barulah Fitri tahu. Agak lambat peristiwa tersebut tersebar pada Fitri sebab Fitri agak sibuk semalam. Tapi selepas dapat berita berkenaan, hanya satu yang berlegar di ruang minda Fitri... ke mana perginya pesawat Boeing-7772H6ER yang dikatakan paling selamat tersebut?

Inilah yang dinamakan dengan takdir. Hebat mana pun kuasa manusia, kuasa DIA lebih hebat. Semalam, sampai 10.30 Fitri buku tv semata-mata untuk melihat sidang media yang diadakan di KLIA. Ingatnya nak tidur sampai lewat malam tapi mata dah tak tahan.

Fitri pasti, pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab dalam laman sosial pasti akan mengambil kesempatan atas kejadian ini. Pelbagai spekulasi yang direka-reka oleh mereka. Pesan Fitri, tak perlulah korang nak lebih kuah dari sudu. Jika tidak tahu apa-apa, usah pandai mereka-reka. Dengar dan lihat sahaja berita yang disampaikan melalui media massa.

Mungkin si pereka tak sedar, ada kemungkinan status, tweet, update dan apa-apa ajelah yang berkaitan laman sosial akan dibaca oleh ahli keluarga mangsa. Perasaan mereka? Sudah tentulah bertambah bimbang. Cuba letakkan diri kita di tempat mereka!

Tak usahlah kita share macam-macam di laman sosial andai kesahihannya diragui. 'Share'lah dalam doa. Mudah-mudahan kesemua 227 penumpang berserta 12 anak kapal MH370 berada dalam lindungan Yang Maha Esa. Tak mampu nak tolong mereka seperti ahli-ahli tentera yang cuba membantu mereka, kita bantu dari segi doa. Insya-Allah, DIA akan memakbulkan doa kita.

Sama-samalah kita #DoakanMH370.



 Hasbunallah wani’mal-wakîl, ni’mal-mawlâ, wani’man-nashîr"

Maksudnya: "Cukuplah Allah tempat berserah diri bagi kami,  sebaik-baik pelindung kami, dan sebaik-baik penolong kami".

Wassalam. Tata. Tadahkan tangan memohon kepada-Nya.

No comments:

Post a Comment