Saturday 22 February 2014

Pertandingan Menulis Cerpen Pendek Anjuran Rafina Mimi Abdullah

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum dan hai semua...


Cinta N♥vel

ACHUM!

Aku menggosok hidung yang terasa gatal. Rasa bagai ada yang menggaru hidungku dari arah dalam. Aduh, gatalnya! Terasa bagai tidak selesa, aku mencapai sehelai sapu tangan di tepiku.

Dengan hidung yang mungkin sudah menjadi seperti hidung badut, aku kembali membaca novel yang sedang aku baca tadi iaitu Sayang Cikgu Ketat-Ketat. Tiada kata atau arahan yang dapat menghentikan aku daripada membaca novel. Lainlah kalau ada tsunami yang memaksa aku untuk berlari menyelamatkan diri.

Sekarang, fokus baca novel! Satu demi satu muka surat novel setebal lebih kurang satu inci itu aku baca. Tidak jemu dan tidak letih. Asal heronya gentleman dan bravo, aku layan aje.

“Nurul! Pukul berapa nak mandi? Tak tengok ke jam dah pukul berapa dah tu? Tak reti-reti nak pergi mandi ke?”

Suara emak kesayangan aku yang memekik dari arah luar kedengaran di telingaku. Tapi aku di dalam bilik masih sebegini. Terus fokus membaca novel.

“Hey, tak reti tengok jam ke!” tu dia... siren ‘bomba’ dah berbunyi.

Terjengul wajah emak yang menjadi pujaan hati bapak aku di muka pintu. Muka kalau Hulk Hogan tengok pun lari tak cukup tanah. Siap dengan pakej terkencing dalam seluar sekali tu.

“Ala, jimat air hari ni,” dengan wajah yang tiada perasaan aku membalas kata-kata emak.

Emak mencerlungkan matanya ke arah aku. Tapi aku, masih memegang novel yang sedang aku baca. Cuma, mataku terarah kepada emak di muka pintu.

“Jimat tak jimat. Pergi mandi sekarang! Tak tengok jam dah pukul berapa? Tak tengok matahari dah sampai ke mana? Mak datang lagi sekali, kalau kau bangun-bangun siap kamu,” garang emak aku berkata-kata.

Tidak cukup dengan wajah yang garang, pinggangnya turut dicekak dengan kedua-dua belah tangannya. Aduh, sekali pandang sebiji macam emak aku kira-kira tujuh belas tahun yang lalu. Di saat aku masih belum berada di dunia ini. Jangan kata belum ada atas dunia, dalam rahim mak aku pun aku belum ada.

Oh, mak aku berhenti dari semboyan kira-kira tujuh belas tahun lalu. Kalau mak aku tak berhenti, pasti bapak aku tak kerja. Maklumlah, pencen dari mak dan bapak sudah cukup untuk menampung hidup kami bertiga. Aku pun, bukannya ada adik beradik. Anak tunggul! Eh, anak tunggal!

“Dengar tak?”

Aku tersentak apabila lantang suara emak memenuhi segenap ruang udara di bilik aku. Sudahlah sempit, makin sempit dengan suara emak aku.

Malas-malas aku mengangguk. Melihat emak sudah melangkah keluar, aku kembali membaca novel. Bukannya aku tidak faham dengan arahan emak tapi perasaan ingin membaca itu lebih menguasai.

Satu saat, dua saat, tiga saat... satu jam!

“Tak mandi lagi ke?”

Hampir tercampak novel di tangan aku apabila terdengar suara emak. Bak lipas kudung aku meloncat turun dari atas katil setelah novel di tangan aku tadi diletakkan di tepi bantal.

Sambil berlari walau tak selaju Usain Bolt aku menuju ke tandas. Tuala aku yang tersangkut di tempat penyangkut aku capai. Disangkut ke atas bahu seraya melangkah masuk ke dalam tandas dengan kaki kiri.

Cikgu Safarin, nanti kita dating lagi ya. Sekarang cikgu datinglah puas-puas dahulu dengan Anis.



AKU menggeliat malas membetulkan tulang belakang yang terasa seperti sudah bengkok 45 darjah. Aduh, kalah nenek kebayan aku! Dengan mata yang sudah kuyu aku menatap kerja sekolah aku yang tinggal dua tiga soalan sahaja yang tidak berjawab. Bukan malas nak jawab tapi tak faham.

“Tak siap lagi ke kerja sekolah?” bapak aku yang terlentang di hadapan televisyen menyoal aku yang berada di meja di ruang tengah.

“Kerja sekolah dah siap, nak tengok jadual sekejap,” balasku.

Aku terus bangkit setelah menutup buku kerja aku tadi. Aku menyusun buku mengikut jadual esok iaitu hari Isnin. Hari Isnin meskipun balik lambat tapi buku tidak banyak. Tidak seperti hari Khamis, boleh patah tulang belakang aku. Tapi, inilah cabaran yang manis, bagi akulah.

Dah besar nanti, tak merasa dah aku nak bawa beg berat-berat macam ni. Bawa beg tangan aje pula. Itupun kalau nak bawa. Aku ni adalah gadis tak ayu yang paling menyampah dengan beg tangan. Tapi benci tu tidaklah. Kadang-kadang aku pakai juga beg tangan.

“Huargghh...”

Tak ubah rupa aku pada saat ini seperti badak sumbu di Zoo Taiping sana. Nasib baiklah aku sempat menutup mulutku. Jika tidak, sepupu sepapat lalat habis semua serang mulut aku.

“Pergilah tidur, dah menguap dah tu,” ujar emak yang keluar dari dalam biliknya.

Mak aku walau garang macam singa sekalipun, dalam hati tak terbilang jumlah bunga mawarnya. Apa orang kata? Dalam hati ada taman.

Aku sekadar mengangguk sambil menutup zip beg aku. Alhamdulillah, selesai satu kerja. Tinggal satu aje lagi kerja yang perlu diselesaikan sebelum aku meletakkan kepala ke atas bantal. Tak lain dan tak bukan... dating dengan Cikgu Safarin!

Tangan kanan aku hulurkan kepada emak untuk bersalam. Usai mencium tangan emak, aku menuju pula ke ruang tamu untuk bersalam dengan bapak pula.

“Assalamualaikum,” ucapku seraya berjalan terhuyung-hayang menuju ke bilik air untuk menggosok gigi.

Masuk aje dalam bilik setelah selesai menggosok gigi, aku terus menghenyakkan punggung ke atas katil. Panjang tangan aku mencapai novel berkulit berwarna hijau. Tak lain dan tidak bukan novel Sayang Cikgu Ketat-Ketat! Saya memang sayang cikgu saya ketat-ketat.

Dari bab ke bab aku ‘mengulang kaji’ sehingga tidak sedar sudah beberapa kali cengkerik menukar irama lagunya. Aku mendongak memandang ke arah jam di dinding. Sudah hampir sebelas setengah rupanya. Aku masuk ke dalam bilik tadi rasanya jam baru pukul sepuluh.

Aduh, memang penangan betullah Cikgu Safarin ni! Penangan macam mana pun, tak habis juga aku baca. Adalah dalam seratus muka surat lagi. Insya-Allah, tak esok pasti lusa aku akan habiskan.

“Huarrgghhh...” pantas aku menutup mulut gara-gara menguap.

Barulah terasa mengantuk. Aku terus letak novel Sayang Cikgu Ketat-Ketat dekat sebelah bantal, bangun, tutup lampu dan terus buat aksi terjun tiruk. Tak sampai lima minit lepas aku baca doa sebelum tidur, segala-galanya dah gelap. Harap-harap Cikgu Safarin sudilah muncul dalam mimpi aku.



AKU bangun dari atas katil apabila rasa hangatnya mentari membuatkan muka aku berbahang. Mata aku tenyeh banyak kali. Jam di dinding aku kerling. 10 pagi? Biar betul aku ni. Kenapa mak aku tak kejut pergi sekolah?

Kelam kabut aku bangun dan capai tuala. Terus aku berlari keluar dari bilik. Tengah dalam perjalanan nak pergi bilik air tu tiba-tiba mak panggil dari ruang tamu. Aku tengok mak pakai tudung. Dalam rumah pun pakai tudung? Apakah?

“Nurul, sini kejap,” panggil mak.

Sambil tu aku dengar macam bapak cakap dengan seseorang. Melalui suara macam orang lelaki. Aku cepat-cepat cover rambut dengan tuala. Aku terus berjalan menuju ke arah mak.

“Ada apa mak?”

Mak aku tersenyum. Dia menjeling ke arah seseorang yang duduk di sofa panjang. Aku pun tengok siapa gerangannya. Nampak gaya macam seorang guru. Siap ada tag nama lagi. Aku tengok dia senyum, aku pun senyum.

“Siapa tu mak?” soal aku dalam nada berbisik.

“Safarin, nilah anak mak, Nurul. Maaflah, dia baru bangun. Tak sihat sikit,” lemah gemalai mak aku cakap dengan lelaki tu. Siap bahasakan diri ‘mak’ lagi tu. Aku tak tahu pula yang dulu mak aku pernah beranakkan abang untuk aku.

Dahi aku dah berkerut seribu. Masa bila pula aku tak sihat?

“Owh... comel.”

Aku tak tahulah apa makna di sebalik perkataan comel tu. Dia puji aku atau dia nak kata baju gambar muncung itik aku ni comel. Tapi, suara dia seksi. Serak-serak basah macam tu.

“Betul ke Anis bagi kamu kahwin ni? Lagipun kamu kena tahu, anak mak ni baru habis PMR tahun lepas.”

Aku dah blur part ni. Apa yang bagi kahwin? Apa kena mengena pula dengan aku?

“Saya tak kisah. Anis pun tak kisah. Cuma sekarang ni tengah tunggu persetujuan dari pihak Nurul.”

Aku tengok si Safarin tu senyum manis memikat kalbu dekat mak aku. Bapak aku tak jealous ke? Aku pula dah macam tunggul kayu kat sini. Apahal pula nak persetujuan dari pihak aku? Dia merisik aku ke?

“Baguslah macam tu. Haa, Nurul. Tunggu apalagi ni? Pergilah mandi cepat. Pergi cari cincin siap-siap nanti senang waktu kahwin nanti. Tak payah nak banyak fikir sebab cincin dah ada.”

Aku dah terlopong dengar ayat bapak aku. What? Kahwin? Aku? Dengan dia? Safarin? Lelaki suara seksi tu? Yang hensem tu? Yang pakai tag nama tu? Yang cikgu tu?

“Apa tunggu lagi? Cepat!” mak tolak badan aku sampai ke dapur. Aku terus masuk ke dalam bilik air. Sambil tu tak habis-habis fikir tentang apa yang terjadi tadi. Ada orang ajak aku kahwin?

Aku siap ala kadar aje. Tudung pun pakai tudung ‘ekspres’ aje. Muka pun takat tempek dengan bedak yang taruk dekat bontot baby tu. Aku terus keluar dari bilik dan menuju ke ruang tamu.

Lepas salam dengan mak dan bapak, aku terus masuk dalam kereta Safarin. Sunyi sepi aje keadaan kita orang. Aku mati akal nak cakap apa dengan dia. Lagipun aku bukannya kenal pun dengan dia. Dia yang tiba-tiba datang minta kahwin dengan aku. Tapi, kenapa aku rasa nama Safarin tu macam familiar semacam dengan aku.

“Awak cikgu ke?” tiba-tiba mulut aku ringan nak tanya dia.

“Ha’ah,” dia jawab sambil senyum tengok aku.

Oit, cikgu! Bawa kereta jangan tengok tepi kalau rasa tak nak sedekah badan dekat hospital. Aku takut dengan jarum segala jenis jarum dekat hospital.

“Awak dah kahwin ke?” aku tanya lagi.

“Dah.”

Terbuntang biji mata aku. Kalau dia dah kahwin maknanya dia nak aku jadi isteri kedua dialah ni? Patutlah aku tengok dah ada uban sehelai dua kat kepala dia. Dah tua rupanya. Ops! Tapi kalau tua berharta oklah juga kut.

“Dah kahwin tapi kenapa nak kahwin dengan saya?”

“Saya sayaaang Nurul.”

“Haa?”

“Saya sayang Nurul ketat-ketat.”

Rasa macam tercekik aje waktu dia cakap macam tu. Kenapa aku rasa macam familiar sangat ayat tu ek? Macam pernah dengar aje.

“Awak tak sayang saya?” giliran dia tanya aku.

Aku diam. Soalan ni gila. Aku baru kenal dia tadi macam mana aku nak jawab kata aku sayang dia. Cinta pandang pertama pun tak macam mana nak sayang.

“Saya sayang awak, awak tak sayang saya?” aduh, Cikgu Safarin ni!

Sudahnya, aku hanya menjongketkan bahu. Aku ni suci lagi tau. Tak reti lagi nak bersayang-sayang bagai dengan orang lain. Dengan mak bapak aku lain punya ceritalah.

Sampai ke kedai emas aku dan dia berdiam diri. Dia bawa aku pergi kedai Habib kat Mydin. Berkelip-kelip mata aku tengok berlian berkilau-kilau tu. Selama ni aku dok pakai cincin pusaka mak aku tu aje. Nak beli emas putih tak mampu apa lagi nak beli berlian. Takat berlian lima hinggit tu bolehlah.

Pilih punya pilih, aku ambil cincin berlian besar. Senang sikit aku nak debik dia kalau dia tak adil dengan aku nanti. Sedap-sedap terlekat berlian tu dekat pipi dia.

“Tak nak makan dulu ke?” dia tanya aku.

Aku hanya geleng walaupun perut aku dah kalah suara Sharifah Aini nyanyi lagi kuda ku lari gagah berani. Rasa macam ada kuda lari dalam perut aku pun ya. Tapi tahan ajelah sebab teruja sangat dapat beli cincin berlian.

“Awak, saya sayang awak ketat-ketat tau. Jangan curang. Saya tahu budak lelaki sekolah awak banyak yang hensem tapi saya percaya saya lagi hensem. Jadi, jangan curang.”

Dia cakap macam tu dekat aku dalam kereta. Kita orang dalam perjalanan hantar aku balik. Aku rasa macam nak debik awal-awal muka dia. Ada ke dia cakap macam tu? Apa dia fikir aku ni terdesak sangat ke nak cari laki?

Aku buat muka tak puas hati dekat dia. Dia boleh lagi selamba tukar ke gear 3. Eee... geram!

Sampai aje dekat rumah aku terus keluar dari kereta dia. Pintu kereta dia aku hempas kuat-kuat. Rosak pun aku tak kisah sebab bukan kereta aku. Kereta dia, biarlah dia bayar. Kalau dia suruh aku bayar aku ungkit balik siapa yang minta aku kahwin dengan dia.

Pejam celik pejam celik, dah tiba hari untuk aku kahwin dengan Cikgu Safarin. Berdebar macam pengantin lain? Bolehlah. Takut? Bolehlah. Risau? Bolehlah. Walau terpaksa aku rela muka aku kena mekap. Harap tak jadi badutlah.

Aku menuju ke hadapan, ke ruang tamu. Pelamin aku ala-ala taman dalam rumah. Penuh dengan bunga orkid, bunga tulip, bunga mawar dan segala macam bunga yang aku tak tahu mana wedding planner tu rembat.

Aku duduk bersimpuh dekat atas tilam. Mak setia berada di sebelah aku. Aku perasan mak aku dari tadi diam. Sebak kut sebab nak lepaskan anak tunggal dia ni jadi isteri kedua. Dahlah jadi isteri yang kedua, dapat pula suami cikgu.

Habislah... tiap-tiap hari dia jadi pemantau kerja sekolah aku lepas ni.

Hari ni Cikgu Safarin segak dengan baju Melayu warna merah jambu. Sedondonlah dengan baju kurung merah jambu yang aku pakai ni. Aku tak nak pakai warna putih. Walaupun putih itu suci tapi tak syoklah dok warna itu aje.

Setelah bermacam-macam tok kadi dok bagi tazkirah, akhirnya majlis ijab kabul dimulakan. Tiba-tiba peluh sejuk menitik macam air hujan dalam baju yang aku pakai ni. Huh! Tinggal beberapa minit ajelah lagi aku akan diserahkan bulat-bulat macam mana bulatnya aku kepada Cikgu Safarin.

Bapak aku sendiri yang akan nikahkan aku.

“Safarin...”

Tak sempat bapak aku nak sambung ayat dia, tiba-tiba ada yang menjerit.

“Siapa bagi kau kahwin?” lantang perempuan tu bersuara.

Aku terus berpaling tengok perempuan tu. Comel juga orangnya sambil tu dia pegang tangan anak lelaki dia.

“Ooo... senyap-senyap abang kahwin, ya. Abang tau tak saya macam nak gila dok jaga anak abang. Abang dekat sini boleh pula sedap-sedap tambah kuota. Nanti...”

Aku tengok dia datang dekat Safarin. Telinga Safarin ditariknya sampai lelaki itu terbangun. Apabila tengok Safarin kena ‘dera’, aku cepat-cepat bangun dan menuju ke arah Safarin dan perempuan tu.

“Anis ni penat-penat jaga Aliff, haa... abang boleh pula kahwin. Eee...” makin kuat perempuan yang bernama Anis tu tarik telinga Safarin.

Anis? Isteri Safarin? Membuntang mata aku waktu ni. Aku ingat dulu dia ada kata Anis tak kisah pun kalau dia kahwin dengan aku. Tapi sekarang kenapa dia marah-marah pula. Atau dia...

“Awak kata Anis tak kisah kalau awak kahwin dengan saya. Kalau tak kisah kenapa dia marah? Cakap terus-terang, sebenarnya Anis kisah ke tak?” giliran aku pula hentam Safarin. Suhu badan aku naik mendadak.

“Se... se...” tersekat-sekat Safarin cakap.

“Se apa?” suara aku dah naik. Geram!

“Sebenarnya saya tak cakap dengan dia pun yang saya nak kahwin. Saya tipu dia,” elok kena marah, boleh pula dia cakap elok-elok.

“Apa?” aku mencerlungkan mata ke arah dia.

“Eeee... dasar cikgu hensem penipu!”

Aku turut menyerang Safarin. Cuma aku tak sentuh telinga dia, aku sentuh lengan. Sedap aku pulas lengan dia yang berlapik kain baju Melayu tu. Eloklah, Anis tarik telinga, aku cubit lengan. Rasakan!



“NURUL! Bangun!” tengah sedap dapat mencubit Safarin tiba-tiba terdengar suara ada orang menjerit.

Tapi, aku buat tak kisah aje. Aku terus cubit lengan Safarin sampai aku rasa puas. Geram tak habis lagi ni. Nasib baik belum sarung cincin. Kalau tak selamat muka dia aku debik dengan cincin tu.

“Bangun!” seronok sangat cubit lengan Safarin sampai aku tergolek.

Aku buka mata aku luas-luas. Aku pandang sekeliling. Dalam bilik. Ada katil. Ada emak. Ada baju sekolah. Aku tenyeh mata kuat-kuat.

“Mak, mana Safarin?” aku tanya dekat mak.

Dahi mak berkerut.

“Apa yang Safarinnya kamu ni. Tak nampak jam dah pukul 5.30? Nanti kena tinggal van tak payah kamu pergi sekolah hari ni,” mak aku membebel.

5.30? Van? Sekolah? Hari ni?

Aku tepuk pipi aku dengan tangan. Hilang terus  rasa mamai aku. Loorrrr, aku mimpi aje rupanya tadi. Aku ingat aku betul-betul kena jadi isteri nombor dua Safarin. Eh, kejap! Safarin? Cikgu Safarin? Sayang Cikgu Ketat-Ketat!

Aku tengok novel tu dekat sebelah bantal. Aku tersengih sorang-sorang. Aduh, betul-betul rupanya Cikgu Safarin masuk mimpi aku. Tapi kenapalah dia minta aku jadi isteri nombor. Kalau isteri nombor satu kan syok.

“Termenung apa lagi pula tu? Cepatlah siap,” mak aku membebel lagi.

Aku cepat-cepat bangkit dan capai tuala dan terus masuk bilik air. Aduh, Cikgu Safarin! Sebab awaklah saya hari ni kena bebel dengan mak saya. Cikgu, lain kali kalau masuk mimpi saya minang saya jadi isteri nombor satu pula tau. Macam mana caranya... aku pun tak tau. Kuang kuang kuang...

Aku cinta novel walau bukan ratu novel. Sekali dapat baca novel aku lupa nak letak novel. Sekali aku buka novel susah nak tinggalkan novel.

9 comments:

  1. salam..adik..best sangat cerpen ni.. :)

    ReplyDelete
  2. HaHaHaa,.bc novel sampai mimpi ya Nurul?
    Nasib baik isteri no 2,.kalau no 3 atau 4,.lg syiokk,.hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. hikhikhik... mau kena tumbuk dengan Anis si Cikgu Safarin nanti.. :D

      Delete
  3. ala ruginya tak boleh nak copy dan paste dalam fail akak..macam mana nak hantar pada penerbit ni..

    ReplyDelete