Assalamualaikum dan hai semua...
Cinta N♥vel
ACHUM!
Aku
menggosok hidung yang terasa gatal. Rasa bagai ada yang menggaru hidungku dari
arah dalam. Aduh, gatalnya! Terasa bagai tidak selesa, aku mencapai sehelai
sapu tangan di tepiku.
Dengan
hidung yang mungkin sudah menjadi seperti hidung badut, aku kembali membaca
novel yang sedang aku baca tadi iaitu Sayang Cikgu Ketat-Ketat. Tiada kata atau
arahan yang dapat menghentikan aku daripada membaca novel. Lainlah kalau ada
tsunami yang memaksa aku untuk berlari menyelamatkan diri.
Sekarang,
fokus baca novel! Satu demi satu muka surat novel setebal lebih kurang satu
inci itu aku baca. Tidak jemu dan tidak letih. Asal heronya gentleman dan bravo, aku layan aje.
“Nurul!
Pukul berapa nak mandi? Tak tengok ke jam dah pukul berapa dah tu? Tak
reti-reti nak pergi mandi ke?”
Suara
emak kesayangan aku yang memekik dari arah luar kedengaran di telingaku. Tapi
aku di dalam bilik masih sebegini. Terus fokus membaca novel.
“Hey,
tak reti tengok jam ke!” tu dia... siren ‘bomba’ dah berbunyi.
Terjengul
wajah emak yang menjadi pujaan hati bapak aku di muka pintu. Muka kalau Hulk
Hogan tengok pun lari tak cukup tanah. Siap dengan pakej terkencing dalam
seluar sekali tu.
“Ala,
jimat air hari ni,” dengan wajah yang tiada perasaan aku membalas kata-kata
emak.
Emak
mencerlungkan matanya ke arah aku. Tapi aku, masih memegang novel yang sedang
aku baca. Cuma, mataku terarah kepada emak di muka pintu.
“Jimat
tak jimat. Pergi mandi sekarang! Tak tengok jam dah pukul berapa? Tak tengok
matahari dah sampai ke mana? Mak datang lagi sekali, kalau kau bangun-bangun
siap kamu,” garang emak aku berkata-kata.
Tidak
cukup dengan wajah yang garang, pinggangnya turut dicekak dengan kedua-dua
belah tangannya. Aduh, sekali pandang sebiji macam emak aku kira-kira tujuh
belas tahun yang lalu. Di saat aku masih belum berada di dunia ini. Jangan kata
belum ada atas dunia, dalam rahim mak aku pun aku belum ada.
Oh,
mak aku berhenti dari semboyan kira-kira tujuh belas tahun lalu. Kalau mak aku
tak berhenti, pasti bapak aku tak kerja. Maklumlah, pencen dari mak dan bapak
sudah cukup untuk menampung hidup kami bertiga. Aku pun, bukannya ada adik
beradik. Anak tunggul! Eh, anak tunggal!
“Dengar
tak?”
Aku
tersentak apabila lantang suara emak memenuhi segenap ruang udara di bilik aku.
Sudahlah sempit, makin sempit dengan suara emak aku.
Malas-malas
aku mengangguk. Melihat emak sudah melangkah keluar, aku kembali membaca novel.
Bukannya aku tidak faham dengan arahan emak tapi perasaan ingin membaca itu
lebih menguasai.
Satu
saat, dua saat, tiga saat... satu jam!
“Tak
mandi lagi ke?”
Hampir
tercampak novel di tangan aku apabila terdengar suara emak. Bak lipas kudung
aku meloncat turun dari atas katil setelah novel di tangan aku tadi diletakkan
di tepi bantal.
Sambil
berlari walau tak selaju Usain Bolt aku menuju ke tandas. Tuala aku yang
tersangkut di tempat penyangkut aku capai. Disangkut ke atas bahu seraya
melangkah masuk ke dalam tandas dengan kaki kiri.
Cikgu
Safarin, nanti kita dating lagi ya.
Sekarang cikgu datinglah puas-puas
dahulu dengan Anis.
AKU menggeliat
malas membetulkan tulang belakang yang terasa seperti sudah bengkok 45 darjah.
Aduh, kalah nenek kebayan aku! Dengan mata yang sudah kuyu aku menatap kerja
sekolah aku yang tinggal dua tiga soalan sahaja yang tidak berjawab. Bukan
malas nak jawab tapi tak faham.
“Tak
siap lagi ke kerja sekolah?” bapak aku yang terlentang di hadapan televisyen
menyoal aku yang berada di meja di ruang tengah.
“Kerja
sekolah dah siap, nak tengok jadual sekejap,” balasku.
Aku
terus bangkit setelah menutup buku kerja aku tadi. Aku menyusun buku mengikut
jadual esok iaitu hari Isnin. Hari Isnin meskipun balik lambat tapi buku tidak
banyak. Tidak seperti hari Khamis, boleh patah tulang belakang aku. Tapi,
inilah cabaran yang manis, bagi akulah.
Dah
besar nanti, tak merasa dah aku nak bawa beg berat-berat macam ni. Bawa beg
tangan aje pula. Itupun kalau nak bawa. Aku ni adalah gadis tak ayu yang paling
menyampah dengan beg tangan. Tapi benci tu tidaklah. Kadang-kadang aku pakai
juga beg tangan.
“Huargghh...”
Tak ubah
rupa aku pada saat ini seperti badak sumbu di Zoo Taiping sana. Nasib baiklah
aku sempat menutup mulutku. Jika tidak, sepupu sepapat lalat habis semua serang
mulut aku.
“Pergilah
tidur, dah menguap dah tu,” ujar emak yang keluar dari dalam biliknya.
Mak
aku walau garang macam singa sekalipun, dalam hati tak terbilang jumlah bunga
mawarnya. Apa orang kata? Dalam hati ada taman.
Aku
sekadar mengangguk sambil menutup zip beg aku. Alhamdulillah, selesai satu
kerja. Tinggal satu aje lagi kerja yang perlu diselesaikan sebelum aku
meletakkan kepala ke atas bantal. Tak lain dan tak bukan... dating dengan Cikgu Safarin!
Tangan
kanan aku hulurkan kepada emak untuk bersalam. Usai mencium tangan emak, aku
menuju pula ke ruang tamu untuk bersalam dengan bapak pula.
“Assalamualaikum,”
ucapku seraya berjalan terhuyung-hayang menuju ke bilik air untuk menggosok
gigi.
Masuk
aje dalam bilik setelah selesai menggosok gigi, aku terus menghenyakkan
punggung ke atas katil. Panjang tangan aku mencapai novel berkulit berwarna hijau.
Tak lain dan tidak bukan novel Sayang Cikgu Ketat-Ketat! Saya memang sayang
cikgu saya ketat-ketat.
Dari
bab ke bab aku ‘mengulang kaji’ sehingga tidak sedar sudah beberapa kali
cengkerik menukar irama lagunya. Aku mendongak memandang ke arah jam di dinding.
Sudah hampir sebelas setengah rupanya. Aku masuk ke dalam bilik tadi rasanya
jam baru pukul sepuluh.
Aduh,
memang penangan betullah Cikgu Safarin ni! Penangan macam mana pun, tak habis
juga aku baca. Adalah dalam seratus muka surat lagi. Insya-Allah, tak esok
pasti lusa aku akan habiskan.
“Huarrgghhh...”
pantas aku menutup mulut gara-gara menguap.
Barulah
terasa mengantuk. Aku terus letak novel Sayang Cikgu Ketat-Ketat dekat sebelah
bantal, bangun, tutup lampu dan terus buat aksi terjun tiruk. Tak sampai lima
minit lepas aku baca doa sebelum tidur, segala-galanya dah gelap. Harap-harap
Cikgu Safarin sudilah muncul dalam mimpi aku.
AKU bangun dari
atas katil apabila rasa hangatnya mentari membuatkan muka aku berbahang. Mata
aku tenyeh banyak kali. Jam di dinding aku kerling. 10 pagi? Biar betul aku ni.
Kenapa mak aku tak kejut pergi sekolah?
Kelam
kabut aku bangun dan capai tuala. Terus aku berlari keluar dari bilik. Tengah
dalam perjalanan nak pergi bilik air tu tiba-tiba mak panggil dari ruang tamu.
Aku tengok mak pakai tudung. Dalam rumah pun pakai tudung? Apakah?
“Nurul,
sini kejap,” panggil mak.
Sambil
tu aku dengar macam bapak cakap dengan seseorang. Melalui suara macam orang
lelaki. Aku cepat-cepat cover rambut
dengan tuala. Aku terus berjalan menuju ke arah mak.
“Ada
apa mak?”
Mak
aku tersenyum. Dia menjeling ke arah seseorang yang duduk di sofa panjang. Aku
pun tengok siapa gerangannya. Nampak gaya macam seorang guru. Siap ada tag nama
lagi. Aku tengok dia senyum, aku pun senyum.
“Siapa
tu mak?” soal aku dalam nada berbisik.
“Safarin,
nilah anak mak, Nurul. Maaflah, dia baru bangun. Tak sihat sikit,” lemah
gemalai mak aku cakap dengan lelaki tu. Siap bahasakan diri ‘mak’ lagi tu. Aku
tak tahu pula yang dulu mak aku pernah beranakkan abang untuk aku.
Dahi
aku dah berkerut seribu. Masa bila pula aku tak sihat?
“Owh...
comel.”
Aku
tak tahulah apa makna di sebalik perkataan comel tu. Dia puji aku atau dia nak
kata baju gambar muncung itik aku ni comel. Tapi, suara dia seksi. Serak-serak
basah macam tu.
“Betul
ke Anis bagi kamu kahwin ni? Lagipun kamu kena tahu, anak mak ni baru habis PMR
tahun lepas.”
Aku
dah blur part ni. Apa yang bagi kahwin? Apa kena mengena pula dengan aku?
“Saya
tak kisah. Anis pun tak kisah. Cuma sekarang ni tengah tunggu persetujuan dari
pihak Nurul.”
Aku
tengok si Safarin tu senyum manis memikat kalbu dekat mak aku. Bapak aku tak jealous ke? Aku pula dah macam tunggul
kayu kat sini. Apahal pula nak persetujuan dari pihak aku? Dia merisik aku ke?
“Baguslah
macam tu. Haa, Nurul. Tunggu apalagi ni? Pergilah mandi cepat. Pergi cari
cincin siap-siap nanti senang waktu kahwin nanti. Tak payah nak banyak fikir
sebab cincin dah ada.”
Aku
dah terlopong dengar ayat bapak aku. What?
Kahwin? Aku? Dengan dia? Safarin? Lelaki suara seksi tu? Yang hensem tu? Yang
pakai tag nama tu? Yang cikgu tu?
“Apa
tunggu lagi? Cepat!” mak tolak badan aku sampai ke dapur. Aku terus masuk ke
dalam bilik air. Sambil tu tak habis-habis fikir tentang apa yang terjadi tadi.
Ada orang ajak aku kahwin?
Aku
siap ala kadar aje. Tudung pun pakai tudung ‘ekspres’ aje. Muka pun takat
tempek dengan bedak yang taruk dekat bontot baby
tu. Aku terus keluar dari bilik dan menuju ke ruang tamu.
Lepas
salam dengan mak dan bapak, aku terus masuk dalam kereta Safarin. Sunyi sepi
aje keadaan kita orang. Aku mati akal nak cakap apa dengan dia. Lagipun aku
bukannya kenal pun dengan dia. Dia yang tiba-tiba datang minta kahwin dengan
aku. Tapi, kenapa aku rasa nama Safarin tu macam familiar semacam dengan aku.
“Awak
cikgu ke?” tiba-tiba mulut aku ringan nak tanya dia.
“Ha’ah,”
dia jawab sambil senyum tengok aku.
Oit,
cikgu! Bawa kereta jangan tengok tepi kalau rasa tak nak sedekah badan dekat
hospital. Aku takut dengan jarum segala jenis jarum dekat hospital.
“Awak
dah kahwin ke?” aku tanya lagi.
“Dah.”
Terbuntang
biji mata aku. Kalau dia dah kahwin maknanya dia nak aku jadi isteri kedua
dialah ni? Patutlah aku tengok dah ada uban sehelai dua kat kepala dia. Dah tua
rupanya. Ops! Tapi kalau tua berharta oklah juga kut.
“Dah
kahwin tapi kenapa nak kahwin dengan saya?”
“Saya
sayaaang Nurul.”
“Haa?”
“Saya
sayang Nurul ketat-ketat.”
Rasa
macam tercekik aje waktu dia cakap macam tu. Kenapa aku rasa macam familiar sangat ayat tu ek? Macam pernah
dengar aje.
“Awak
tak sayang saya?” giliran dia tanya aku.
Aku
diam. Soalan ni gila. Aku baru kenal dia tadi macam mana aku nak jawab kata aku
sayang dia. Cinta pandang pertama pun tak macam mana nak sayang.
“Saya
sayang awak, awak tak sayang saya?” aduh, Cikgu Safarin ni!
Sudahnya,
aku hanya menjongketkan bahu. Aku ni suci lagi tau. Tak reti lagi nak
bersayang-sayang bagai dengan orang lain. Dengan mak bapak aku lain punya
ceritalah.
Sampai
ke kedai emas aku dan dia berdiam diri. Dia bawa aku pergi kedai Habib kat
Mydin. Berkelip-kelip mata aku tengok berlian berkilau-kilau tu. Selama ni aku
dok pakai cincin pusaka mak aku tu aje. Nak beli emas putih tak mampu apa lagi
nak beli berlian. Takat berlian lima hinggit
tu bolehlah.
Pilih
punya pilih, aku ambil cincin berlian besar. Senang sikit aku nak debik dia kalau
dia tak adil dengan aku nanti. Sedap-sedap terlekat berlian tu dekat pipi dia.
“Tak
nak makan dulu ke?” dia tanya aku.
Aku
hanya geleng walaupun perut aku dah kalah suara Sharifah Aini nyanyi lagi kuda
ku lari gagah berani. Rasa macam ada kuda lari dalam perut aku pun ya. Tapi
tahan ajelah sebab teruja sangat dapat beli cincin berlian.
“Awak,
saya sayang awak ketat-ketat tau. Jangan curang. Saya tahu budak lelaki sekolah
awak banyak yang hensem tapi saya percaya saya lagi hensem. Jadi, jangan
curang.”
Dia
cakap macam tu dekat aku dalam kereta. Kita orang dalam perjalanan hantar aku
balik. Aku rasa macam nak debik awal-awal muka dia. Ada ke dia cakap macam tu?
Apa dia fikir aku ni terdesak sangat ke nak cari laki?
Aku
buat muka tak puas hati dekat dia. Dia boleh lagi selamba tukar ke gear 3. Eee... geram!
Sampai
aje dekat rumah aku terus keluar dari kereta dia. Pintu kereta dia aku hempas
kuat-kuat. Rosak pun aku tak kisah sebab bukan kereta aku. Kereta dia, biarlah
dia bayar. Kalau dia suruh aku bayar aku ungkit balik siapa yang minta aku
kahwin dengan dia.
Pejam
celik pejam celik, dah tiba hari untuk aku kahwin dengan Cikgu Safarin.
Berdebar macam pengantin lain? Bolehlah. Takut? Bolehlah. Risau? Bolehlah.
Walau terpaksa aku rela muka aku kena mekap. Harap tak jadi badutlah.
Aku
menuju ke hadapan, ke ruang tamu. Pelamin aku ala-ala taman dalam rumah. Penuh
dengan bunga orkid, bunga tulip, bunga mawar dan segala macam bunga yang aku
tak tahu mana wedding planner tu
rembat.
Aku
duduk bersimpuh dekat atas tilam. Mak setia berada di sebelah aku. Aku perasan
mak aku dari tadi diam. Sebak kut sebab nak lepaskan anak tunggal dia ni jadi
isteri kedua. Dahlah jadi isteri yang kedua, dapat pula suami cikgu.
Habislah...
tiap-tiap hari dia jadi pemantau kerja sekolah aku lepas ni.
Hari
ni Cikgu Safarin segak dengan baju Melayu warna merah jambu. Sedondonlah dengan
baju kurung merah jambu yang aku pakai ni. Aku tak nak pakai warna putih.
Walaupun putih itu suci tapi tak syoklah dok warna itu aje.
Setelah
bermacam-macam tok kadi dok bagi tazkirah, akhirnya majlis ijab kabul dimulakan. Tiba-tiba peluh sejuk menitik macam air hujan dalam baju yang aku
pakai ni. Huh! Tinggal beberapa minit ajelah lagi aku akan diserahkan
bulat-bulat macam mana bulatnya aku kepada Cikgu Safarin.
Bapak
aku sendiri yang akan nikahkan aku.
“Safarin...”
Tak
sempat bapak aku nak sambung ayat dia, tiba-tiba ada yang menjerit.
“Siapa
bagi kau kahwin?” lantang perempuan tu bersuara.
Aku
terus berpaling tengok perempuan tu. Comel juga orangnya sambil tu dia pegang
tangan anak lelaki dia.
“Ooo...
senyap-senyap abang kahwin, ya. Abang tau tak saya macam nak gila dok jaga anak
abang. Abang dekat sini boleh pula sedap-sedap tambah kuota. Nanti...”
Aku
tengok dia datang dekat Safarin. Telinga Safarin ditariknya sampai lelaki itu
terbangun. Apabila tengok Safarin kena ‘dera’, aku cepat-cepat bangun dan
menuju ke arah Safarin dan perempuan tu.
“Anis
ni penat-penat jaga Aliff, haa... abang boleh pula kahwin. Eee...” makin kuat
perempuan yang bernama Anis tu tarik telinga Safarin.
Anis?
Isteri Safarin? Membuntang mata aku waktu ni. Aku ingat dulu dia ada kata Anis
tak kisah pun kalau dia kahwin dengan aku. Tapi sekarang kenapa dia marah-marah
pula. Atau dia...
“Awak
kata Anis tak kisah kalau awak kahwin dengan saya. Kalau tak kisah kenapa dia
marah? Cakap terus-terang, sebenarnya Anis kisah ke tak?” giliran aku pula
hentam Safarin. Suhu badan aku naik mendadak.
“Se...
se...” tersekat-sekat Safarin cakap.
“Se
apa?” suara aku dah naik. Geram!
“Sebenarnya
saya tak cakap dengan dia pun yang saya nak kahwin. Saya tipu dia,” elok kena
marah, boleh pula dia cakap elok-elok.
“Apa?”
aku mencerlungkan mata ke arah dia.
“Eeee...
dasar cikgu hensem penipu!”
Aku
turut menyerang Safarin. Cuma aku tak sentuh telinga dia, aku sentuh lengan.
Sedap aku pulas lengan dia yang berlapik kain baju Melayu tu. Eloklah, Anis tarik
telinga, aku cubit lengan. Rasakan!
“NURUL! Bangun!”
tengah sedap dapat mencubit Safarin tiba-tiba terdengar suara ada orang
menjerit.
Tapi,
aku buat tak kisah aje. Aku terus cubit lengan Safarin sampai aku rasa puas.
Geram tak habis lagi ni. Nasib baik belum sarung cincin. Kalau tak selamat muka
dia aku debik dengan cincin tu.
“Bangun!”
seronok sangat cubit lengan Safarin sampai aku tergolek.
Aku
buka mata aku luas-luas. Aku pandang sekeliling. Dalam bilik. Ada katil. Ada
emak. Ada baju sekolah. Aku tenyeh mata kuat-kuat.
“Mak,
mana Safarin?” aku tanya dekat mak.
Dahi
mak berkerut.
“Apa
yang Safarinnya kamu ni. Tak nampak jam dah pukul 5.30? Nanti kena tinggal van
tak payah kamu pergi sekolah hari ni,” mak aku membebel.
5.30?
Van? Sekolah? Hari ni?
Aku
tepuk pipi aku dengan tangan. Hilang terus
rasa mamai aku. Loorrrr, aku mimpi aje rupanya tadi. Aku ingat aku
betul-betul kena jadi isteri nombor dua Safarin. Eh, kejap! Safarin? Cikgu Safarin?
Sayang Cikgu Ketat-Ketat!
Aku
tengok novel tu dekat sebelah bantal. Aku tersengih sorang-sorang. Aduh,
betul-betul rupanya Cikgu Safarin masuk mimpi aku. Tapi kenapalah dia minta aku
jadi isteri nombor. Kalau isteri nombor satu kan syok.
“Termenung
apa lagi pula tu? Cepatlah siap,” mak aku membebel lagi.
Aku
cepat-cepat bangkit dan capai tuala dan terus masuk bilik air. Aduh, Cikgu
Safarin! Sebab awaklah saya hari ni kena bebel dengan mak saya. Cikgu, lain
kali kalau masuk mimpi saya minang saya jadi isteri nombor satu pula tau. Macam
mana caranya... aku pun tak tau. Kuang
kuang kuang...
Aku
cinta novel walau bukan ratu novel. Sekali dapat baca novel aku lupa nak letak
novel. Sekali aku buka novel susah nak tinggalkan novel.
salam..adik..best sangat cerpen ni.. :)
ReplyDeletew'salam, akak... terima kasih.. :)
DeleteGelak sorang2 bc cerpen ni..
ReplyDeletehehe... terima kasih sudi baca.. :)
DeleteHaHaHaa,.bc novel sampai mimpi ya Nurul?
ReplyDeleteNasib baik isteri no 2,.kalau no 3 atau 4,.lg syiokk,.hihi
hikhikhik... mau kena tumbuk dengan Anis si Cikgu Safarin nanti.. :D
Deleteala ruginya tak boleh nak copy dan paste dalam fail akak..macam mana nak hantar pada penerbit ni..
ReplyDeletewahh,, best lahh ..
ReplyDeleteterima kasih.. :)
Delete