Thursday 13 February 2014

Hikmah, Nasihat, Ilmu... #11

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum dan hai semua...



Gambar adalah HIASAN SEMATA-MATA

Hina sangatkah seseorang insan itu tidak memiliki paras yang ayu? Hina sangatkah jika memiliki saiz tubuh badan triple / double XL? Hina Sangatkah?!!!!!

Hey, si ayu dan si kurus! Hanya dikaukah yang punyai sekeping hati? Hanya dikaukah yang punyai perasaan? Apa? Kami yang tidak seayu dan sekurus kamu tidak ada hati dan perasaan? Apa? Kau fikir kami ini haiwankah? Hey! Haiwan jua punya perasaan!


Sedarlah wahai si ayu dan si kurus, segala apa yang kau ada kini tak kekal. Seperti mana diriku seperti itu jua dirimu. Kita hanya hamba-Nya yang meminjam segala hak-Nya. Suatu hari nanti ia akan dipulangkan. Tinggal masa sahaja sama ada cepat mahupun lambat.

Sedarlah wahai si ayu dan si kurus, tak guna paras mu cantik jika akhlakmu buruk! Terima kasih jua atas hinaan dan cercaanmu. Aku mampu berdiri seteguh ini kerana hinaan dan cercaan yang pernah kau lemparkan dahulu padaku. TERIMA KASIH.

P/s : Maaf andai entry kali ini teremo pula. =')

No comments:

Post a Comment