Thursday, 5 December 2013

Siti Nordiana Dulu dan Kini

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum dan hai semua...

Sebelum buka topik mengenai Siti Nordiana, Fitri nak minta maaf pada semua atas kesilapan ejaan Assalamualaikum di Facebook waktu share e-novel Fitri. Fitri tak sedar dan tak perasan pun ejaannya salah. Jadi, Fitri betul-betul minta maaf ya. Itupun nasib baik Fitri tersedar tengok ejanya lain macam aje. Tapi dah terlambat nak betulkan. Fitri share dekat group yang banyak. Tak sempat nak buka satu persatu. MAAFKAN FITRI. ^_^

Ok, jom buka topik yang best dekat atas tu. Ahaks... Dulu, waktu zaman pak kaduk belum berjanggut dulu (pak kaduk ada janggut ke?), Fitri tak minat pun lagu-lagu solo Siti Nordiana. Fitri lebih suka dok bola-bola api. Tiap-tiap hari dok bola-bola api. Hehehe...

Oh, pada yang tak tahu, hari tu Fitri ada buat satu entry yang bertajuk Siti Nurhaliza Yang Dulu. Dan di akhir entry Fitri dah berhasrat nak buat Siti Nordiana Kini dan Dulu tapi rasanya Dulu dan Kini lebih sedap otak membaca. Haha!

Pssstt... Siapa tak kenal Siti Nordiana yang memang suka nyanyi lagu note tinggi-tinggi. Fitri nak karok sorang-sorang pun tak lepas sebab tinggi sangat notenya. Hehe... Tapi serius, suara Siti Nordiana yang dulu tak banyak bezanya dengan suara Siti Nordiana yang kini. Malah, makin mantap! Makin best.

Tak percaya? Dengar lagu ni. A - Terpaut Sayang Padamu versi tahun tak wujudnya lagi Samsung Galaxy bagai tu. B - Bukan kata Samsung Galaxy, I-phone pun dah macam-macam siri ada. Iphone 1,2,3,4, semuanyalah.

  • A
  • B

Hehehe... Tiap-tiap hari dengar lagu ni (versi dulu). Especially waktu nak ambil mood nak sambung menulis. Heee.. Memang daa best!

Hmm... Korang pun tahu, kan? Nana dulu berduet dengan Achik Spin. Tapi lepas Achik Spin meninggal, Nana bergerak secara solo. Malah, lagu duet Nana dan Achik pun dinyanyikan secara solo oleh Nana. Tapi, kini Nana berduet kembali. Rakan duet terbaru Nana namanya Alan. Itu aje yang Fitri tahu. Hehe... Tapi serius suara Achik Spin dan Alan sama. Fitri ternganga waktu mula-mula dengar dulu. 

A - Achik Spin dan Siti Nordiana
B - Alan dan Siti Nordiana
  • A
  • P/s : Achik dan Nana comel gila dalam vid ni. Saya suka, saya suka.. (suara ala-ala mei mei dalam Upin & Ipin)
  • B

Heeee... Lagi satu lagu Memori Berkasih yang paling Fitri suka adalah versi bahasa Iban. Heee... saya suka, saya suka.. (dah meroyan apa Fitri ni???)


Dan tiba-tiba jemari ini gatal nak satu part rahsia. Rahsia dan khas untuk mereka ikuti e-novel Fitri iaitu Berkasih Dalam Bercinta. Heee...

“Rumah tu akan jadi saksi cinta dan gurauan berkasih kita. Bukan tu aje, dekat rumah tu nanti kita perlu ikut adat berkasih dan pergunakan segala resepi berkasih. Mudah-mudahan menjadi memori berkasih.”

Hehehe... Ini rahsia kita-kita aje tau! Haha.. :P Bye!!!!
 

1 comment:

  1. Akak fitri umur berapa tahun? Ade fb tak? Nak boleh? :)

    ReplyDelete