Assalamualaikum dan hai semua...
Nak repost balik cerpen lama dekat blog. Huhuhu... Tajuknya : Biar Betul!
Ni adalah cerpen pertama Fitri. Kalau dah namanya PERTAMA tu faham-faham sendirilah. Bahasa tunggang langgang, tak teratur, tak best, mengarut terlebih dan macam-macam lagilah. Haha! Apa2 pun enjoy!!!
(Haha! Lawak tengok cover ni. Zaman tak reti nak edit gambar lagi waktu ni)
Kringg....
Dengan malas Qila menutup jam locengnya
yang tidak berhenti berbunyi selagi tidak ditutup suis loceng penggeranya.
Perlahan tangannya ditarik masuk semula ke dalam selimut. Dia ingin meneruskan
sesi ‘taik mata’.
QILA menghumban selimut yang menutupi tubuhnya
kerana dia berasa lemas, lemas kerana hangat dek mentari pagi yang sudah mula
menjenguk alam. Eh..!!! Mentari?! Laju Qila mencapai jam loceng yang terletak
di atas meja kecil untuk melihat di manakah jarum pendek berada.
Terkejut beruk sampai tahap babun Qila
rasakan apabila jarum pendek sudah tepat mengenai nombor 8. Apa maknanya?
Maknanya dia sedang menempah tiket untuk dibebel tanpa henti oleh Prof. Asyikin. Nasib baiklah bendera merah sedang berkibar megah, jika tidak sudah
pasti subuh pun dia ‘accident’ hari
ni. Gerenti mengamuklah pak cik Suffian dekat Ipoh tu bila tahu anak dara
tunggal dia ni tak sembahyang subuh.
Mati aku! Jerit Qila di dalam hati
sambil berlari meninggalkan katil yang cukup empuk untuk menampung tubuh
kecilnya.
Dengan sekadar mandi ala-ala P. Ramlee,
Qila terus menyarung baju kurung berbunga kecil ke tubuhnya. Tudung ‘segera’ di
atas kerusi dicapai dan laju disarung ke kepala.
Dengan lafaz basmallah, Qila berlari
keluar dari bilik dan terus menyarung kasut. Seterusnya, berdesup sampai hilang
bayang. Rakan-rakan yang menegur juga tidak sempat untuk dibalas, sekadar
mengangguk dan lambai tangan aje. Cukuplah, kan? Daripada langsung tak bagi
reaksi, nak elak kena cop mohor pangkat sombong.
Sesampainya di Dewan Mulia, dia
menjenguk kepalanya sedikit untuk melihat keadaan samada dia patut masuk atau
tak. Tapi, apa yang dia dapat lihat hanyalah kerusi, meja dan yang pastinya
papan putih yang bersih di dalam dewan.
Qila menggaru kepalanya sambil meneliti
segenap dewan. Takkanlah mereka semua dah jadi halimunan pula kut?
Qila terlihat kelibat Sarah di hujung
tangga yang terletak tidak jauh dari Dewan Mulia. Laju kakinya melangkah ke
arah Sarah untuk bertanya.
“Sarah, kenapa kosong aje dewan? Tak ada
kelas ke?” Soal Qila kepada Sarah.
Sarah melihat ke arah Qila yang seperti
dikejar anjing gila berkurap. “Haah, tak ada kelas hari ni sebab Prof. Asyikin
ada hal dengan suami dia. Hal keluarga kut. Yang kau ni pula apahal dah macam
rupa kena kejar dengan anjing aje ni?” Soal Sarah kembali.
Qila meneliti tubuhnya. Ada rupa macam
orang kena kejar dengan anjing ke?
“Aku bangun lambat tadi. Aku ingatkan
ada kelas pagi ni. Rupa-rupanya dibatalkan. Hish.. buat penat aje aku marathon
lari ke sini. Dahlah makan pun tak sempat lagi ni.” Ujar Qila sambil mengusap
perutnya yang sudah mengeluarkan bunyi guruh yang dahsyat.
Sarah ketawa mendengar bebelan kawan
sehati dan sejiwa tapi tak seraganya.
“Jomlah pergi kafe’. Aku pun tak sarapan
lagi sebenarnya ni.” Tangan Qila ditarik untuk menuruti langkahnya ke arah
kafe’ yang terletak agak jauh dari tempat mereka berada.
ROTI CANAI dan teh tarik menjadi pilihan Qila
sebagai sarapan pagi ini. Sarah pula hanya mengambil tiga ketul kuih ketayap
dan air teh’ o kurang manis, kurang gula. Tempat duduk yang baru sahaja
dikosongkan oleh beberapa orang pelajar diserbu oleh Qila dan Sarah kerana
tidak mahu tempat itu diambil oleh pelajar lain.
Sedang enak menikmati roti canai buatan
mapley upah khas dari India, tiba-tiba tangannya seolah kaku apabila matanya
tertangkap kelibat seorang jejaka yang kacak lagi menawan hatinya sedang
seronok berbual bersama rakannya sambil makan makanan yang sama dengan Qila.
Siapa yang tidak kenal dengan Arif,
pujaan hati dalam diam Qila merangkap pemain bola sepak yang mewakili
Universiti Teknologi Mara yang sangatlah hensem sampaikan siapa yang duduk di
sebelahnya pasti akan kaku sampai beku! Arif Nur Zulkarnain, nama yang tak
pernah luput di otak Qila sejak dari awal dia menjejakkan kaki ke UITM.
Qila hanya memerhati Arif yang rancak
berbual tanpa menyedari dia sedang diperhatikan oleh seorang secret admirer yang tak pernah curang
walaupun Tom Cruise atau Dennis Oh diletakkan di hadapannya.
“Oi, Qila! Kau makan ke berangan?
Makanlah cepat, lepas ni boleh kita lepak-lepak dekat luar sekejap.” Ujar
Sarah. Air teh’ o yang suam-suam kuku dihirup sehingga habis.
Qila tersentak. Dia mengalihkan
pandangannya ke arah Sarah tapi matanya tetap gatal nak tengok anak teruna orang
yang berada di belakang Sarah. Malas nak terus melayan perasaan tak
berpenghujung, roti canai yang berbaki hanya suku pinggan dicarik dan dihabiskan
dalam masa beberapa saat.
Teh tariknya dihirup tapi tidak mampu
dihabiskan, masih berbaki setengah di dalam gelasnya. Penangan Arif agaknya
sampai rasa haus pun hilang sekelip mata.
Mereka membuat keputusan untuk meronda
sekitar kawasan Shah Alam dengan menaiki kereta Sarah. Nak guna kereta Qila?
Tunggulah dia habis belajar baru dia ada kereta.
Qila mengikut alunan lagu I Set Fire To
The Rain yang berkumandang di sebalik corong radio. Otaknya masih terbayangkan
rupa Arif ketika ketawa tadi. Rupa yang amat mencairkan hatinya yang sudah
cukup cair dengan suara Arif.
Ishh.. Tak baiklah simpan perasaan pada
lelaki ajnabi! Kesian suami kita nanti sebab dia dapat cinta yang kedua. Laju
Qila beristighfar menyedari kesilapannya. Walaupun dia tahu dia tetap akan
mengulangi perkara yang sama iaitu mengingati apa-apa sahaja soal Arif lagi
selepas ini tapi apa yang harus dia lakukan. Dia juga manusia, manusia yang tak
sempurna mana.
Kedai yang menjual pelbagai jenis
cenderahati bertema cinta menjadi pilihan Sarah dan Qila untuk mencuci mata
yang bosan asyik memandang buku hampir 24 jam.
“Aku nak pergi tandas sekejap. Kau
tunggu sekejap tau!” Ujar Sarah dan menghilang ke kaunter untuk bertanya di
mana letaknya tandas.
Qila hanya melihat sambil menggeleng.
Dia berjalan melihat cenderahati yang dijual di situ. Cantik! Hatinya terdetik
tatkala terlihat sebuah mug yang cantik dengan corak berbentuk dua ekor burung
berwarna biru sedang berehat bersama di atas sebatang dahan.
Dia ingin mencapai mug tersebut tapi
tangan seseorang mendahului tangannya yang sangatlah slow motion. Dia tersenyum tapi dalam hati hanya dia yang tahu. Dia
berpaling untuk melihat gerangan manusia yang telah mengambil mug comel itu.
Pap!
Hatinya berdenyut apabila dia melihat
seorang lelaki yang amatlah dia kenali sedang berdiri sambil tersenyum mesra ke
arahnya. Matanya ditenyeh untuk memastikan dia bukan berada di alam mimpi di
siang hari. Dia masih lagi melihat lelaki tersebut tersenyum ke arahnya
walaupun matanya sudah berkali-kali ditenyeh.
Dia tidak bermimpi, jauh sekali
berangan! Arif Nur Zulkarnain yang diminatinya sejak pertama kali masuk ke UITM
sedang tersenyum ke arahnya. Qila tersipu apabila Arif tertawa kecil dengan
gelagatnya yang tidak ubah seperti orang baru bangun tidur.
“Assalamualaikum, Humairah Aqilah
Suffian.” Arif memberi salam sambil terus tersenyum dengan maksud yang tidak
dapat difahami oleh Qila. Yang pastinya senyuman tersebut mampu meruntuhkan
imannya yang senipis kulit bawang.
Qila terkejut, tersentak dan ter
sebagainya apabila Arif menyebut nama penuhnya.
Dia tahu nama penuh aku?! Bisik Qila
sendirian. Dia melihat lama Arif di hadapannya.
“Kalau tak jawab salam berdosa tapi
kalau tak bagi salam tak apa sebab tak berdosa.” Ujar Arif lagi sambil ketawa
yang penuh kemachoan tak terkata. Depan perempuan, kenalah tunjuk lagak macho,
beb!
Bertambah-tambah rasa segan menjentik tangkai
hatinya yang sememangnya sudah segan dari tadi. “Wa.. Waalaikummussalam...”
Jawab Qila perlahan.
Qila jadi tak keruan apabila melihat
gaya Arif yang sibuk membelek mug tadi. Apabila sekali sekala pandangan mereka
bertaut, laju Qila mengalihkan pandangannya. Dia tidak mahu Arif melihat wajah
tak keruannya.
“Awak tak pelik ke bila saya sebut nama
penuh awak tadi?” Soal Arif tiba-tiba yang memecah kesunyian antara mereka
berdua. Mug comel tadi diletakkan kembali di tempatnya. Arif berpusing untuk
melihat Qila dengan lebih jelas.
Jelas anak dara bernama Aqilah di
hadapannya segan dengan perbuatannya yang tiba-tiba menyibuk.
Qila mengerutkan dahinya. Soalan darjah
berapalah yang dia soal ni?
“Mestilah saya terkejut! Tapi, boleh
saya tahu, macam mana awak boleh tahu nama penuh saya?” Soal Qila.
Dengan berani Qila cuba untuk bertentang
mata dengan Arif, tapi zahirnya sebagai seorang wanita membuatkan dia
mengangkat bendera putih awal dengan panahan mata yang agak menggoda jiwa
keperempuanannya. Dia tertunduk memandang lantai kedai tersebut yang licin.
“Just
wait and see. I promise that I’ll be yours forever and ever.” Ujar Arif dan
terus berlalu keluar dari kedai tersebut.
Qila terpinga dengan ayat terakhir yang
diucapkan oleh Arif. Be yours? Apa
maksud dia dengan be yours? Ahh,
segala perkara tentang Arif Nur Zulkarnain tiada yang tidak menyesakkan kepala.
Qila menghantar langkah Arif ke
keretanya yang terparkir betul-betul di hadapan kedai tersebut tapi di seberang
sana. Dia masih lagi melihat ke arah tapak parkir yang sudah kosong apabila
kereta Arif bergerak keluar dari situ.
Dia jadi buntu, buntu memikirkan ayat
cinta yang jarang diperdengarkan oleh halwa telinganya. Yang dia selalu dengar
hanyalah nasihat seorang bapa dan bebelan seorang pensyarah di universiti. Ayat
cinta? Setakat baca tu pernahlah tapi kalau nak dengar secara live memang ini adalah first time.
“Qila.. Qila..” Panggil Sarah sambil
melayangkan tangan kanannya di hadapan wajah Qila yang mengelamun.
“Haa..” Qila berpaling melihat Sarah
yang sudah terpacak di sebelahnya.
“Kau tengok apa sampai aku panggil pun
tak sedar?” Soal Sarah.
Qila menggaru kepalanya yang tidak
gatal. Dia tersengih ke arah Sarah. “Tak ada apa-apalah. Jom!” Qila menarik
tangan Sarah keluar dari kedai tersebut.
Sarah hanya menuruti langkah Qila.
Apahal kawan aku ni? Lain macam aje dia
ni. Selalunya muka tu dok buat harga seposen, tapi hari terlebih seringgit
pula. Bisik Sarah sendiri yang pelik dengan sikap Qila yang berubah 180’
darjah.
“ADA orang hantar rombongan merisik tadi.” Ujar pak
cik Suffian di hujung talian. Qila yang sedang bergolek di atas katil hampir
tergolek jatuh ke bawah apabila mendengar kata-kata ayahnya.
“Biar betul ayah ni! Habis tu? Ayah
terima ke?” Soal Qila, cuak. Jantung tak perlu nak cakaplah, tak payah guna
stetoskop pun dah boleh dengar degupan jantungnya.
“Betullah, buat apa ayah nak reka-reka
cerita pula. Ayah terimalah sebab dia cakap dia dah lama kenal dengan Qila.
Katanya kamu berdua dah lama bercinta.” Ujar pak cik Suffian. Gambar arwah
isterinya yang berada di sebelah telefon rumah dipandang sayu.
Sudah hampir 10 tahun ibu Qila memasuki
alam barzakh. Sudah 10 tahun juga pak cik Suffian menjadi ayah merangkap
seorang ibu buat Aqilah yang kini sudah pun menginjak ke usia 22 tahun.
Rahang mulut Qila terjatuh, kalau boleh
tercabut rasanya sudah terjatuh ke lantai gamaknya. Dia menjadi seperti orang
bengong dengan berita yang disampaikan oleh ayahnya. Dia dirisik oleh seseorang
yang mengatakan dia adalah kekasih atau dalam kata lain, sudah lama bercinta
dengan si dia yang unknown.
“Ayah! Ayah ni biar betul! Qila mana
pernah bercinta dengan sesiapa. Qila masih single
lagilah, ayah.” Jerit Qila tapi masih terkawal kerana tidak mahu rakan
sebiliknya yang cerewet mendengar jeritannya.
Qila menggosok dahinya sambil merenung
siling putih. Dia melihat seolah-olah siling tersebut begitu hampir dengan
dirinya sehingga dia terpaksa memejamkan matanya kerana takut dia ditimpa oleh
siling tersebut.
“Ayah nak yang terbaik buat anak ayah.
Ayah yakin Zul orang yang baik.”
Owh.. Jadi Zul ialah nama ‘bakal
suaminya’.
“Tapi, mana ayah tahu. Mana tahu kut-kut
kalau dia tu bekas pesakit Hospital Bahagia ke? Macam mana? Nama penuh dia
apa?” Ujar Qila dengan mata yang terpejam.
Dia mendengar ayahnya mendengus di
hujung talian. Marahkah ayah pada dirinya?
“Jangan buruk sangka dengan orang, Qila.
Tak pernah ayah ajar untuk anak ayah berburuk sangka dengan orang lain. Lagipun
ayah yakin dia yang terbaik untuk anak ayah.” Mereka diam sebentar.
Qila hilang akal untuk membidas kata
ayah yang nyata sudah masuk bab anak ayah.
“Sudahlah, ayah letak telefon dulu. Lupa
ayah nak cakap, kamu tak akan bertunang tapi terus akad nikah aje waktu cuti
semester bulan depan. Pastikan balik kampung cuti nanti! Assalamualaikum.”
Belum sempat Qila berkata apa-apa, pak cik Suffian sudah meletakkan gagang
telefon.
Bulan depan dia kahwin?! Owh my God! Mana nak letak muka kalau
kawan-kawan dia tahu yang dia akan menyandang title wife of a husband bulan depan, bukan lagi seorang anak dara single lagi available.
Qila menekup wajahnya dengan bantal dan
menjerit dengan kuat. Arrgghh....
Malam itu Qila tidak mampu tidur dengan
lena. Akalnya masih belum dapat menerima berita mengejut yang disampaikan oleh
ayahnya tadi. Sekejap ke kiri, sekejap ke kanan, sekejap lagi matanya tercelik
lepas tu terpejam semula.
Zul, dia hanya tahu nama bakal suaminya
itu nanti ialah Zul. Zul apa? Zulkifli ke? Zulkhairi, atau Zulhaimy?
Jangan-jangan Zulkarnain, Arif Nur Zulkarnain. Qila tersengih sendiri apabila
nama itu terlintas di benaknya. Tapi, sengihan tidak bertahan lama kerana
kemudian dia jadi sebak pula.
Mustahil. Ya, mustahil Arif Nur Zulkarnain
yang merisiknya. Walaupun tempoh hari dia ada berkata yang dia ingin be yours tapi itu tidak semestinya dia
serius.
Buktinya, sejak kejadian itu, tidak
pernah sekali pun dia terserempak dengan Arif. Kalau ada pun, dia jadi seperti
halimunan bagi Arif. Arif buat-buat tidak nampak dirinya. Sedih tak perlu
diungkapkan lagilah, tak cukup tisu satu kotak jika dia menangis.
Perlahan air matanya mengalir jua.
Setabah mana pun seorang wanita itu, walau sekuat mana pun hati wanita itu,
tidak akan pernah lari wanita itu daripada mengalirkan air mata ketika
bersedih, ketika berduka dan ketika hatinya dilukai oleh seorang manusia yang
bergelar lelaki.
Dalam linangan air mata Qila terlena
dengan kata-kata Arif yang masih terngiang di benaknya. Lelaki, tidak semua
pernah membuat salah. Tapi, mereka juga manusia yang tidak lari dari melakukan
kesilapan walaupun sekecil kuman.
Manusia, tiada seorang pun yang
sempurna...
SEMASA CUTI SEMESTER...
Qila menggunakan bahu Sarah yang
sentiasa setia menemaninya ke mana-mana sahaja untuk mencurahkan rasa sedihnya.
Malah, hanya Sarah seorang sahaja yang mengetahui bahawa Qila akan berkahwin
pada cuti semester ini.
Wajah Qila yang pucat telah disolek
nipis oleh mak andam yang telah ditempah khas oleh ayahnya. Ayahnya telah
mengadakan kenduri yang agak besar untuk seluruh penduduk kampung yang akan
menghadiri majlis persandingannya bersama Zul atau suaminya yang dia sendiri
masih belum tahu siapakah gerangannya.
“Qila... Janganlah sedih macam ni. Aku
yakin pilihan ayah kau adalah yang terbaik. Sabarlah, Qila.” Sarah menenangkan
Qila yang seperti mati suami padahal baru nak kahwin.
Qila hanya memandang ke arah Sarah
dengan senyuman yang hambar, senyuman tanpa makna. Selendang yang sudah
disematkan bersama jarum peniti dibetulkan agar dia selesa.
Perlahan dia menarik tangan Sarah dan
digenggam lembut. “Sarah, aku tak kata pun yang aku tak terima apa yang telah
ayah aku buat untuk aku. Tapi, aku risau, risau kalau aku tak mampu jadi isteri
yang baik buat dia yang tak pernah aku kenal. Jumpa tidak, apa pun tidak,
sedar-sedar sahaja aku berkahwin dengan dia.” Ujar Qila dalam sebak yang kian
menggunung.
Sarah memeluk bahu Qila dan mengusap
lembut bahunya.
“Qila, bakal suami kamu dah sampai.
Keluar, jom.” Ajak kak Fatihah, sepupu sebelah ayahnya.
Qila menggenggam tangan Sarah sepanjang
langkahnya menuju ke hadapan. Qila duduk bersimpuh di atas tilam khas untuknya.
Sarah turut bersimpuh di sebelah Qila. Lagi sekali tangan Sarah digenggam oleh
Qila.
Dari tempatnya, Qila dapat melihat bakal
suaminya tapi hanyalah dari belakang. Baju Melayu putih yang dipakai Zul sedondon
dengan warna baju kurung yang dipakainya.
“Aku terima nikahnya, Humairah Aqilah
binti Suffian dengan mas kahwinnya RM100 tunai.” Hanya itu yang dapat didengari
oleh Qila, kerana selebihnya dia lebih banyak terkenangkan ayahnya yang menjadi
walinya.
Bagaimana dengan kehidupan ayahnya
setelah dia kahwin nanti? Adakah ayahnya perlu duduk bersamanya nanti atau
ayahnya akan tetap berteduh di bawah bumbung yang telah menyaksikan banyak
kejadian antara keluarganya termasuklah pemergian ibu yang tercinta.
Qila mengangkat wajahnya setelah
mengaminkan doa. Dia melihat suaminya seperti ingin bangun. Lama dia menunggu
untuk suaminya berpaling. Slow motion
pula dia!
Qila terlopong apabila melihat suaminya
yang sah ialah Zul, Zulkarnain, Arif Nur Zulkarnain! Sarah juga begitu. Qila
jadi kaku apabila Arif melangkah menghampirinya untuk sesi pembatalan air
sembahyang. Qila jadi beku, jari jemarinya yang runcing mulai sejuk umpama berjalan
di dalam taman tema Snowwalk di i-City Shah Alam.
Biar betul! Jerit hati Qila. Ikutkan
hati Qila sudah lama dia menenyeh matanya untuk mendapatkan kepastian samada
dia bermimpi atau tidak.
Dengan senyuman yang tidak lekang dari
bibir Arif, dia melangkah untuk mendapatkan Qila yang anggun bersimpuh di
sebelah Sarah. Qila, gadis yang telah berjaya membuatkan hatinya tidak berhenti
berdenyut sehingga malam-malam harinya juga sering dibayangi dengan bayangan
Qila.
Now,
you’re mine. Ini semua betul,
tiada yang tidak betul. Bisik Arif sendiri yang gembira kerana akhirnya satu
bebanan perasaan di hatinya telah mampu dilepaskan.
Cincin di dalam kotak yang dibawa oleh
adik perempuannya diambil dan disarung ke jari manis milik Qila. Qila turut
membalas dengan menyarung semula cincin ke jari Arif. Tangan Arif disalam penuh
syahdu, dia berjanji dalam diam yang dia akan cuba untuk menjadi seorang isteri
yang taat pada perintah suami. Dahi Qila pula dicium oleh Arif dengan lembut,
dengan perasaan kasih yang melimpah istimewa hanya buat Humairah Aqilah.
CADAR katil yang berkedut ditegangkan agar ia tampak
kemas. Pintu bilik airnya yang terkuak membuatkan dia berpaling untuk melihat
Arif, yang kini ialah seorang suaminya. Nak tengok juga, kacak atau tidak rupa
suaminya setelah mandi.
Tapi, baru sahaja dia berpaling, terus
matanya ditutup rapat kerana malu. Malu apabila Arif dengan selamba hanya
memakai sehelai tuala untuk menutup bahagian bawah.
“Sayang... Kenapa tutup mata ni? Tak nak
tengok ke badan abang yang seksi ni?” Sengaja Arif ingin menyakat isterinya
yang masih merapatkan matanya. Tubuh isterinya yang kecil dipeluk dari
belakang.
“Abang... Janganlah, pakailah baju
dulu.” Ujar Qila sambil menolak perlahan tubuh Arif yang masih memeluknya.
Tapi, Arif pula mengeratkan lagi pelukannya sehingga Qila tiada ruang untuk
melepaskan diri.
“Abang... Please... Waktu subuh bukannya
panjang macam waktu Isyak, bang.” Qila masih tidak berputus asa untuk
melepaskan diri.
Arif masih memeluk tubuh isterinya
sambil menggeletek di bahagian pinggang Qila. Mengekek Qila ketawa. Sudahnya,
mereka berdua bergolek di atas katil yang sudah dikemaskan.
Akhirnya terlepas juga Qila dari pelukan
suaminya. Laju dia lari masuk ke dalam bilik air setelah mencapai tuala yang
tersangkut di tepi pintu. “Abang kemaskan balik katil tu. Lepas tu jangan lupa
ambil balik air wuduk.” Sempat juga Qila membebel sebelum hilang di dalam bilik
air.
Arif ketawa dan bangun dari atas katil.
Tuala yang tersarung dibuka. Dia memakai seluar pendek di dalamnya tetapi
sengaja ingin menyakat isterinya yang masih malu-malu dengannya.
Katil dirapikan agar kemas seperti mana
yang telah Qila kemas tadi. Arif memasuki bilik air setelah Qila keluar.
Apabila dia ingin menyentuh tangan Qila, laju dia melarikan diri.
“Dah ada wuduklah.” Kata Qila dan terus
berlari ke kati. Berlari ajelah kerjanya!
Arif buat-buat mencebik dan terus
berlalu untuk mengambil wuduk.
Mereka bersolat subuh dengan diimamkan
oleh Arif. Seronok hati dan telinga Qila apabila mendengar suaminya mengalunkan
ayat-ayat suci al-Quran dengan penuh syahdu.
Tangan Arif dicapai dan dicium seperti
yang dia lakukan ketika akad nikah. Terasa seperti seluruh semangat yang hilang
ketika arwah ibunya pergi kembali semula ke dalam dirinya.
Arif mencium lama dahi Qila.
Masing-masing tenggelam di dalam kasih yang mengalir di dalam setiap sentuhan
mereka yang sudah halal semuanya.
“Now,
I’m yours and you’re mine. Nothing can to separate our love until we die.
Hanya ketika malaikat Izrail datang mengambil nyawa kita, barulah cinta kita terpisah seketika
dan InsyaAllah akan bersama semula di alam ‘sana’ yang kekal.” Itulah janji
yang telah dibawa oleh Arif daripada hari pertama dia kata dia cintakan Qila.
Mata Qila berkaca dengan ayat cinta yang
buat kali keduanya dipersembahkan secara
live kepadanya oleh orang yang sama.
Tubuhnya dibawa ke dalam pelukan hangat
Arif. Dia tenggelam di situ bersama rasa bersyukur tak terkata kerana
dikurniakan seorang yang memahami dan seorang yang amat menyayanginya. Ada
hikmah juga dengan mengikut kata-kata ayahnya. Ternyata apa yang diaturkan oleh
ibu bapa itu adalah yang terbaik untuk anak mereka.
SETELAH hampir setahun Arif dan Qila mendirikan
rumah tangga, pada 4 haribulan Mei telah menjadikan hari bersejarah yang amat bermakna
buat mereka apabila orang ketiga telah
hadir untuk menyerikan lagi kehidupan mereka.
Aiman Nur Zulkhairi selamat dilahirkan
oleh Qila secara normal setelah berperang, bertarung nyawa di dalam labour room selama hampir dua jam dengan
ditemani oleh Arif yang setia berada di sisinya.
Debaran dan kesakitan yang dialami
ketika melahirkan seorang khalifah ke dunia ini hilang sekelip mata, begitu
sahaja sebaik sahaja matanya menyapa tubuh anaknya yang comel, yang kacak
seperti ayahnya.
Sanak saudara yang hadir tidak lepas
daripada untuk mengambil gambar si kecil yang masih belum tahu apa erti dunia
yang sebenarnya. Pipinya yang agak tembam juga menjadi sasaran ibu saudaranya
untuk dicubit. Jenuh dibebel oleh Arif tapi mereka masih buat selamba badak
mencubit lagi dan lagi. Sudahnya, Aiman terpaksa dibawa lari oleh ayahnya.
Qila yang sedang menyusukan Aiman,
mengusap pipinya yang masih kemerahan. Dia tersenyum gembira apabila permata
hatinya yang menjadi tanda cinta halal antara antara dia dan suami tercinta,
Arif Nur Zulkarnain.
“Terima kasih, sayang...” Bisik Arif
yang tiba-tiba muncul dari belakang Qila.
“Astaghfirullahalazim... Ya ALLAH abang
ni. Terkejut Qila tau! Tengok, Eman pun terkejut. Ya tak, sayang ibu ni?” Qila
menggomol lembut pipi anaknya yang baru selesai diberi susu.
Arif hanya tersengih. “Laa.. Ya ke,
Eman? Maafkan ayah ek, ayah ingat tadi nak main bum bum chakk dengan ibu Eman
tapi ibu Eman tak nak main. Apa kata kalau Eman cepat sikit membesar lepas tu
bolehlah kita main sama-sama pula sebab lepas tu bolehlah ibu bagi adik lagi
untuk Eman.” Ujar Arif sambil mengusap pipi anaknya.
“Eee.. Abang ni, kan!” Qila menampar
lembut lengan Arif.
Arif hanya ketawa dan terus bermain
dengan Aiman yang memegang erat jari telunjuknya. Wajah anak kecilnya ditatap
penuh kasih dan sayang.
“Abang, kenapa abang ucap terima kasih
dekat sayang tadi?” Soal Qila. Aiman di atas pangkuannya dibetulkan agar anak
kecil itu selesa.
Arif menatap lembut wajah isterinya.
“Abang ucap terima kasih pada sayang kerana sudi melahirkan anak buat abang.”
Pipi isterinya diusap.
“Dah menjadi tanggungjawab sayang untuk
melahirkan Aiman.” Kata Qila, membalas renungan Arif.
Arif membawa tubuh isteri dan Aiman ke
dalam pelukannya. Ubun-ubun isterinya dicium berkali-kali.
ALLAH tidak pernah meminggirkan
mana-mana hambaNya. Setiap hambaNya, ada rezeki yang berlainan yang akan
dititip oleh sang malaikat ke dunia ini. Cinta, ia adalah salah satu rezeki dan
nikmat yang amat besar maknanya. Pilihan, setiap pilihan yang dilakukan oleh
orang tua ialah pilihan yang terbaik kerana mereka tahu apa yang terbaik untuk
anak mereka.
Terima kasih ALLAH.
No comments:
Post a Comment