Thursday 19 December 2013

Permulaan : PMR

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum dan hai semua...

(Cool and relaxing music... ^_^)

Alhamdulillah. Batch 98 telah menerima keputusan bagi 'peperangan' yang telah dilalui semasa bulan Oktober yang lepas. Rasanya tak terlambat lagi untuk Fitri ucapkan tahniah pada rakan-rakan sebaya Fitri yang mendapat keputusan yang cemerlang di dalam PMR bagi tahun 2013 yang juga tahun terakhir PMR diadakan.

Fitri dapat berapa? Bak nyanyian Siti Nurhaliza... ku putuskan biarlah rahsia... hehehe... saya tidaklah sepandai rakan-rakan saya yang lain. Tapi alhamdulillah, cukup untuk menggembirakan kedua-dua orang Fitri. Walaupun jelas mereka masih hampa tapi disembunyikan di balik sebuah senyuman yang terukir indah di bibir mereka. :') (maafkan orang, mak, bapak...)

Seronok dengar bapak Fitri cerita yang anak rakan di tempat kerjanya mendapat 9A. Alhamdulillah, tahniah kepada dia. Bukan salah kita andai kita tidak mendapat keputusan yang cemerlang. Bukan salah kita andai 8A/9A tidak berada dalam genggaman kita. Allah ingin menguji kita. Mungkin kita masih banyak bermain. Jadi, Allah ingin sedarkan kita daripada terus lalai melalui keputusan peperiksaan kita.

Sesungguhnya DIA tahu apa yang terbaik untuk kita semua. :)

Khas untuk anda. Anda. Ya, anda yang mengambil keputusan PMR pada 19/12/2013

Glitter Photos

Pada mereka yang tidak berjaya, tahniah juga kerana anda berjaya mengharungi PMR dengan jayanya. PMR sekadar sebuah permulaan. Tapi, permulaan ini bukanlah permulaan yang main-main. Permulaan ini penting sebenarnya. Ke mana hala tuju anda untuk tingkatan 4 nanti? Sains? Sastera? Vokasional? Segalanya ditentukan melalui baik atau buruknya keputusan yang kita perolehi.

Tingkatan 4 bukanlah tahun 'fantasia bulan madu' tapi tahun 'bulan berhempedu'. Tingkatan 4 adalah permulaan juga. Permulaan pembelajaran yang baru. Tak mudah tau. Belajar tak sampai dua tahun lepas tu terus periksa. Periksa itu pula bukanlah peperiksaan yang biasa. Ia adalah periksa yang akan menentu hala tuju kita pada masa hadapan.

Apa-apa pun. Usahlah risau andai tidak berjaya ya. Ingat, dua tahun lagi kita ada peperiksaan yang lebih besar yang akan kita hadapi. Get ready for that big big big... foot. Eh! Hehe... big exam. Jangan banyak main. (pesanan itu ditujukan khas buat pengarut di blog ini juga)

Wassalam PMR. A'salam SPM.

Terima kasih sudi baca. Wassalam. Tata.

4 comments:

  1. Apa2pun, tahniah dik...semoga berjaya pd masa akan dtg...

    ReplyDelete
  2. congrats ya.. kejayaan ada di mana2. kadang2 kita dah usaha tapi kita wondering mana hasil usaha kita. kita tatau sebenarnya yg Allah tangguhkan dulu kejayaan kita tu. moga lebih berjaya dlm SPM dan peringkat seterusnya. heee

    ~ h

    ReplyDelete