Saturday 17 August 2013

Cintaku Jauh Di Awan Biru 51

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum dan hai semua...

Alhamdulillah, pejam, celik, pejam, celik rupa-rupanya kisah cinta Meah dan Izham sudahpun berakhir dan ini adalah bab yang terakhir. No more meah and izham anymore. Please, jangan tanya soalan bila nak antar kat publisher!! -___-  
Tak ada rezeki dan teman dah hilang mood nak hantar kat publisher. Lagipun bodo2 je ayat dalam CJDAB ni. Gerenti ditolak derr!

Dah tamat dah pun kisah ni di blog. =P




~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~


Bab 51


Dua tahun kemudian...

“Umi..!!” Panggil Nurul Iman sambil terkedek-kedek berlari mendapatkan uminya yang sedang sibuk memasak makan tengah hari. Iman mengusap perutnya menandakan dia sudah mulai lapar. Dia membuat muka simpati untuk meraih perhatian uminya yang ralit mengacau masak tempoyak ikan patin di dalam periuk di atas dapur.

“Kenapa Iman? Iman dah lapar ke?” Soal Meah dan melutut untuk menatap jelas wajah anak kecil kesayangannya itu.

Nurul Iman hanya mengangguk sambil mencebik.

“Sabar ya, sayang. Nanti bila abi dah balik kita makan sama-sama dengan abi ek. Sekarang, apa kata Iman tolong umi.”

Anak kecil itu hanya mengangguk lagi. Bila dia sudah lapar memang dia tidak gemar bercakap. Dia lebih angguk dan geleng sahaja. Dah macam ahli fiqir pula.

“Iman tolong umi, Iman pergi duduk dalam bilik lepas tu Iman pasang zikir yang abi bagi dekat Iman tu. Boleh?” Sengaja Meah menyuruh Iman memasang zikir yang dibelikan istimewa oleh Izham untuk puteri kesayangannya ini. Dan mereka juga sudah mengajar Iman untuk memasangnya sendiri tanpa dibantu oleh Meah dan Izham. Hasilnya, Iman kini lebih gemar untuk mendengar zikir daripada mendengar lagu yang entah apa-apa di luar sana.

Malah, jika Meah dan Izham membaca al-Quran, pasti Iman akan dibawa untuk duduk bersama agar dia dapat dibiasakan dengan al-Quran walaupun umurnya baru menginjak dua tahun.

Meah hanya tersenyum apabila zikir mulai berkumandang dengan kuatnya di segenap rumah. Ni mesti kerja nak lepas dendam kelaparan. Dia kini dapat menghabiskan tugas-tugasnya di dapur apabila tiada Iman yang mengganggunya.

Kedengaran bunyi deruman enjin kereta milik suaminya masuk ke perkarangan rumah.

“Iman... Abi balik dah tu. Pergi tengok cepat.” Ujar Meah sambil mengintai puterinya di sebalik daun pintu. Kelihatan mulutnya terkumat-kamit, cuba untuk mengikut zikir dendangan Hafiz Hamidun di sebalik corong radio mini khas untuknya.

Iman berpaling laju melihat uminya. “Abi?” Soal Iman.

Meah hanya mengangguk.

Laju Iman turun dari katil dan terus berlari terkedek-kedek untuk mendapatkan abinya. Radio mini miliknya dicampak sahaja di bawah bantal.

Meah mengambil radio mini tersebut dan matikan suisnya. Dia turut berlalu ke hadapan untuk menyambut kepulangan suaminya yang tercinta.

Meah tersenyum apabila melihat Iman kini sudah berada  di dalam dukungan Izham. Izham terpaksa melakukan kerja dengan hanya sebelah tangan. Nanti kalau tak didukung puteri yang seorang ni, merajuk tak makan seminggu pula dia.

“Assalamualaikum, bang.” Tangan Izham dicapai dan dicium.

“Waalaikummussalam.” Izham tersenyum dan mencium pula dahi Meah.

“Abi!” Iman menunjuk ke arah dahinya, meminta untuk dicium juga.

Sebuah ciuman diberi pula untuk Iman di dahinya.

“Jomlah masuk, bang.”

Meah membantu Izham untuk membawa begnya yang boleh tahan juga besarnya.

*****


Meah menyuapkan bubur sayuran kepada Iman yang dari tadi hanya mengangakan mulutnya. Mulut Iman yang kotor dilapkan dengan tuala kecil.

“Umi... Iman dah kenyang.” Kata Iman seraya mencapai cawan di atas meja kecilnya lalu diteguk air yang hanya tinggal separuh.

“Ok.. Pandai anak umi ni makan.” Meah mengusap kepala Iman yang sudah bangun untuk meninggalkan mejanya.

Terkedek Iman berlari ke hadapan meninggalkan umi dan abinya berdua di meja makan. Ada ‘projek’ khas yang perlu dia siapkan.

Meah hanya menggeleng melihat telatah anak kecilnya.

“Sayang..” Panggil Izham setelah bayang Iman hilang di pandangannya.

Meah mendongak melihat Izham. Izham yang tersenyum dilihatnya lama.

“Kenapa?”

“Bilalah Iman nak ada adik?” Soal Izham sengaja sambil membuat muka tak boleh bla!

Meah tersedak dengan soalan darjah lima dari mulut Izham. Izham menghulurkan segelas air kepada Meah. Belakang Meah ditepuknya perlahan.

Menyesal tanya!

“Belum ada rezekilah kut, bang. Nanti adalah, tunggu ajelah. Rezeki ni bukannya kita dapat duga bila ALLAH nak bagi.” Meah membidas soalan Izham setelah dapat menenangkan dirinya sendiri.

“Hmm.. Apa kata kita buat adik untuk Iman lepas makan ni?” Sebelah keningnya diangkat ala-ala Ziana Zain. Mata Meah yang membulat tidak dia peduli.

“Hishh.. Abang ni, kan!” Pipi Meah mula memerah dengan kelakuan tak kena tempat suaminya.

“Ala.. Bukan selalu. Lagipun Iman tengah ralit dengan drawing block dia tu. Tak adanya dia nak kacau kita. Iman kan baik macam ayah dia yang hensem ni.” Izham mendabik membangga dirinya sendiri. Ceh! Kuat ‘perah santan’ betul.

“Yalah, yalah.. Tapi abang mandilah dulu. Ni bau pun kalah kerbau berkubang dalam lumpur.”

Izham menjegilkan matanya. “Mengutuk nampak!”

“Bukan mengutuk.... tapi mengata.” Meah ketawa dan terus berlalu ke dapur sambil membawa pinggannya yang sudah kosong.

Sabar ajelah aku. Dapat bini otak 3 suku sampai ke sudah. Bisik Izham sendiri dan tidak sedar yang dia pun lebih kurang 4 suku aje dengan isteri sendiri.

*****


“Sayang, dah ready ke?” Soal Izham sebaik sahaja keluar dari bilik air.

Meah yang sedang menilik majalah Wanita memandang lama ke arah suaminya yang seksi. Pakai tuala takat tutup bawa aje, tak ke seksi namanya tu?! Tapi, dah halal. Kira oklah tu. Kalau yang tak halal tu yang masalah tu.

“Ready untuk apa?” Soal Meah yang blur.

“Ready untuk buat adik Iman la.” Izham memberikan senyuman yang menggoda sehingga jantung Meah seperti ingin ‘bunuh diri’.

Meah tertelan liur melihat gaya Izham yang tak ubah seperti model sedang melangkah ke arahnya. Ni nak menggoda ke nak buat ‘jalan kucing’ ni?

“Pa.. Pakailah baju dulu...” Penyakit gagap mulai datang menyerang Meah. Sehingga kini, setiap kali Izham buat aksi menggoda, tak pernah lagi hati dan jantungnya berasa aman. Asyik berperang aje kerjanya.

“Tak payahlah kut... Macam ni lagi senang.” Sengaja Izham menggunakan suara ala-ala pembunuh bersiri untuk menggoda isterinya lebih-lebih. Dapat sikit, apa barang bro!

Belum sempat Izham melabuhkan punggungnya di sebelah Meah, tiba-tiba pintu bilik mereka diketuk oleh seseorang. Siapa lagi kalau bukan anak kesayangan mereka, Nurul Iman.

Izham mendengus apabila agenda buat adik Iman terbantut seketika.

Laju Meah bangun untuk melihat Iman di sebalik pintu. Dia tersenyum apabila Iman bertindak sebagai hero yang menyelamatkannya daripada dingap oleh Izham.

“Kenapa, sayang?” Soal Meah sambil mencuit dagu Iman.

“Iman nak bagi benda untuk umi dengan abi. Jomlah.” Kata Iman sambil menarik tangan Meah.

“Hmm.. Nanti kejap ek. Abi tengah seksi, jom tunjuk benda tu dekat umi dulu.”

Meah sempat memberikan flying kiss kepada Izham yang masih lagi duduk di atas katil sebelum berlalu mengikut langkah Iman.

Izham hanya mampu tersenyum kosong.

“Apalah nasib aku.” Kata Izham sendiri dan bangun menuju ke almari untuk mengambil baju.


*****


Izham menapak turun setelah selesai baju dipakai. Kelibat Meah dan Iman dicari di setiap sudut ruang tamu rumahnya. Tapi, apa yang dapat dia lihat hanyalah kipas yang berpusing dengan televisyen terpasang tapi suaranya direndahkan.

Dia mula berasa tidak sedap hati dengan keadaan rumahnya kini. Takkanlah anak dan isterinya keluar tanpa dia sedari? Atau ada ‘surprise’ yang telah dua beranak itu rancangkan.

Dengan perasaan resah yang bersarang di dalam hati, dia mencari kelibat Meah dan Iman di sekeliling rumahnya. Dia melangkah keluar untuk mencari Meah dan Iman. Akhirnya dia menemui dua beranak itu sedang bergelak ketawa di gazebo berhampiran kolam ikan.

Izham melangkah mendapatkan mereka di gazebo.

“Amboi, amboi... Apalah yang kelakar sangat ni.” Ujar Izham dan mengusap lembut rambut Iman.

Meah yang masih dengan sisa tawanya melihat ke arah Izham.

“Tak ada, ni anak kita ni haa. Comel aje dia lukis gambar kita sekeluarga.”

Meah menghulurkan sehelai kertas kepada Izham. Izham mengambilnya lalu ditatapnya lama sebelum di melihat ke arah Iman dan membuat seakan ingin marah.

“Iman...!! Kenapa rambut abi dengan umi boleh tertukar ni!”

Iman yang ingin melarikan diri ditangkapnya dan digeletek sehingga lembik budak tu jadinya.

“Sebab abi asyik rambut pendek je.” Jawab Iman setelah tenang selepas digeletek oleh ayahnya.

“Habis tu takkanlah abi nak simpan rambut panjang macam umi kut?”

Lagi sekali anak kecil itu digeletek tapi kali ini di pinggangnya sahaja.

“Hehehe... Gelilah, abi.” Iman menolak tangan abinya daripada terus menggeleteknya.

Izham ketawa lagi apabila melihat lukisan hasil anak kesayangannya. Hadoi.. Macam-macam.

“Umi, Iman nak main dengan Momot boleh?” Ujar Iman sambil menunjuk ke arah Momot, seekor kucing yang sedang bersantai di tepi kolam.

“Boleh. Tapi jangan picit kuat-kuat badan dia tau. Kesian dia nanti.” Meah mengusap lembut pipi anak kesayangannya itu.

Iman hanya mengangguk dan terus berlari terkedek untuk mendapatkan Momot.

Izham dan Meah gembira apabila melihat pengikat kasih dan cinta mereka membesar di hadapan mata mereka dengan sihat sekali tanpa ada masalah buat masa ini.

“Sayang...” Seru Izham sambil memandang ke arah anak mata Meah.

Meah mendongak untuk melihat wajah suaminya yang tercinta. Senyuman yang mampu mencairkan  hati wanitanya menjadi tatapan matanya. Lama mereka berpandangan sebelum Izham memulakan bicara.

“Abang cintakan sayang...” Perlahan Izham menuturnya. Tangan kanan Meah digenggam dan diusap lembut.

Meah tersenyum mendengar ayat keramat yang satu itu yang tak pernah putus diucapkan kepadanya sejak dari awal mereka kahwin sehinggalah kini.

“Sayang juga...” Meah membalas genggaman tangan Izham.

Izham mengucup lembut tangan isterinya. Meah, bertambah lebar senyuman di bibirnya apabila dia rasa seperti dihargai dan seperti  ada sayang dirinya yang tidaklah sempurna mana ini.

Cinta, ia satu perasaan yang indah yang bermula dari rindu yang datang bertamu di suatu sudut hati. Hadirnya ia dalam pelbagai keadaan, tidak terhad hanya untuk pasangan malah juga untuk mereka di luar sana.

Ibu, ayah, tanpa mereka tiadalah yang namanya anak. Tiadalah yang namanya zuriat, waris. Kasih sayang yang dikau titiskan buat anak-anakmu begitu berharga, tiada yang dapat menandingi kasih sayang darimu di atas dunia ini.

ALLAH, Tuhanku. Melalui petunjukMu yang diutuskan melalui malaikatMu, Jibril kepada NabiMu telah membuatkan umat kekasihMu, Muhammad S.A.W menerima seribu satu petunjuk untuk kami berada di jalan yang lurus. Walaupun sayangnya masih ada yang tidak mahu mengikut petunjukMu, tapi masih ada ramai lagi yang berada lurus di atas jalan menuju SyurgaMu.

Setiap apa yang dimiliki di dunia ini hanya sementara, hanyalah sebuah pinjaman dariNya. Suatu hari nanti pasti akan dikembalikan jua kepadaNya. Hargailah setiap detik waktu yang ada untuk terus perbaiki diri agar kita tidak tersasar dari jalan yang lurus itu. InsyaAllah balasannya akan diperoleh setelah kita dikumpulkan semua di suatu tempat suatu hari nanti.

Appreciate our love, appreciate our family, appreciate all that we have.

Terima kasih, ALLAH.

3 comments:

  1. Semuanya best...rasa2nya mcm ada bab yg boleh dikembangkn lg plotnya...jgn putus asa, iya dik...:)
    #semoga berjaya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih, kak... insyaAllah saya takkan berputus asa. hehe.. *segan sebab orang baca cerita yang paling mengarut saya ni* >_< :)

      Delete