Tuesday 26 March 2013

Cinta Aku dan Mamat Poyo I

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum dan hai semua..

Ok, hari ini Fitri nak update cerpen tajuk seperti yang di atas. Fitri dah hantar NMK tapi macam takde respon je. So, Fitri update kat blog jelah ek. So, Enjoy Your Reading!!




Nama aku Nur Fazuwa, budak-budak dekat Kampung Sri Indah ni panggil aku Zuwa. Mak aku pun panggil aku Zuwa. Cuma, ayah... Aku dah tak ada ayah. Ayah aku pergi di saat aku masih berada di dalam kandungan mak aku. Mak aku cakap, ayah aku askar. Dia meninggal pun sewaktu di medan perang.   

Aku, adalah wakil wanita-wanita pemalas di Kampung Sri Indah. Setiap pagi, selagi azan Subuh tak berkumandang, selagi itulah aku masih berada di bawah selimut. Anak-anak dara lain semua sebelum azan Subuh dah terpacak depan dapur gas. Tapi, it’s not me ok! Tak rock arr masak-masak semua ni. Aku main mapley dekat jalan besar tu aje. Tapi aku rajin buat kerja rumah.

“Zuwa... ooo... Zuwa...” Haa.. suara sumbang yang dok memekik dekat luar rumah aku tu namanya Hawa, Siti Nur Hawa iaitu kawan baik sehati dan sejiwa aku. Kerja dia, setiap petang mesti nama aku yang akan dia seru depan pintu rumahku syurgaku.

Aku yang baru nak ‘mendarat’ atas katil lepas solat Asar terpaksa bangun untuk memenuhi kehendak Hawa. Jika tidak sampai ke esok pagilah dia dok terpacak memekik nama aku depan pintu tu.

Tudung yang tersangkut di tepi pintu aku capai dan disarungkan ke kepala.

“Haa.. Kau nak apa Hawa?”

Kelihatan Hawa tersengih lebar sambil mengerdipkan matanya ke arah aku. Aku menggaru kepala melihat keadaan wayar otak tercabut satu si Hawa ni.

“Oi! Aku tanya boleh pula kau tersengih-sengih macam kerang busuk.”

Hawa menarik tangan aku ke arah pangkin kayu di bawah pokok rambutan.

“Zuwa.... Kau nak tahu tak? Mamat poyo tu dah balik arr. Aku tengok dia makin hensem.” Ujar Hawa dengan sengihan yang bertambah lebar.

“Mamat poyo? Mamat poyo mana pula ni? Setahu akulah, mak cik-mak cik dekat kampung ni tak pernah lagi letak nama anak mereka poyo.” Kepala yang tidak gatal aku garu.

Mamat poyo planet mana pula yang Hawa maksudkan ni?

“Eee... Kau ni, kan! Takkan kau dah lupa kut. Mamat poyo tu la.”

Hawa mencubit perlahan lengan aku. Nasib baik perlahan aje cubitnya, kalau kuat dah lama aku halau dia balik.

“Cuba kau terus terang dengan aku. Siapa mamat poyo tu? Ingatan aku ni pun bukannya baik sangat. Banyak sangat makan semut dengan kepala ikan.”

“Musuh ketat kau tulah, si Fazwan. Kau juga yang panggil dia mamat poyo lepas tu kau yang lupa.” Panjang sahaja muncung si Hawa apabila melihat perangai 3 suku aku.

Setelah agak lama aku cuba untuk mengingati siapakah gerangan mamat poyo dan Fazwan akhirnya aku sendiri yang tertelan liur. Tak mungkin!

“Oi, minah! Kau tak rindu aku ke? Aku dah balik, takkan tak sudi nak jumpa aku kut.” Suara yang garau lagi sumbang yang menyumbang itu bergema di segenap deria pendengaranku.

Berpusing aku cuba untuk mencari bayang gerangan pemilik suara garau itu tapi tiada sesiapa pun di situ. Yang ada hanyalah aku dan pangkin di bawah pokok rambutan yang rendang ni.

“Zuwa... Tak rindukan mamat poyo kau ni, ke?” Soal suara itu.

Bulu-bulu roma aku mulai meremang dengan ayat yang bergema. Aku mula berlari di sekeliling rumah untuk mencari arah suara tersebut. Tapi tiada. Takkan suara orang minyak kut?

Setelah penat berpusing satu kawasan rumah, aku duduk di atas tangga untuk melepaskan lelah. Mata aku melilau cuba untuk mencari bayang sesiapa dan aku dapat melihat seorang lelaki yang tunduk sedang duduk santai di atas pangkin. Wajahnya tidak dapat aku lihat.

Walaupun penat aku berlari, tapi aku gagahkan jua punggung aku untuk bangun melihat siapakah lelaki di atas pangkin tersebut.

“Assalamualaikum dan salam sejahtera. Awak siapa? Awak ke yang bercakap tadi?” Soal aku lurus sambil terus memandang ke arah lelaki tersebut yang tampak agak bergaya dengan kemeja berwarna hitam berbelang putih.

“Waalaikummussalam dan salam 1 Malaysia. Aku Fazwan a.k.a mamat poyo kau. Tak rindu aku ke?” Dengan penuh nerd tahap gaban dia memberitahu  kepada aku.

Wajahnya diangkat dan alangkah terkejutnya aku sampai lori ayam lalu pun aku tak perasan apabila mamat poyo zaman era dulu-dulu kala sedang berada di hadapan aku. Banyak perbezaan yang berada pada dirinya. Rambut ‘ayam jantannya’ sudah tiada lagi, telah digantikan dengan rambut ala-ala mamat Hollywood.

“Kau... kau... mamat poyo?!”

Mamat poyo hanya tersenyum semanis gula pasir halus ke arah aku.

“Apa mamat-mamat poyonya ni? Bangun!” Suara bak raksasa tiba-tiba bergema entah dari mana. Bangun? Nak bangun macam mana lagi?

“Mamat poyo...” Kata aku sambil masih ralit menikmati kekacakan seorang manusia yang telah diciptakan oleh ALLAH.

“Bangun..!!”

Gedebusshh... Pedih di bahagian punggung aku rasakan.

Mata yang tertutup aku buka secara perlahan. Mak yang sedang bercekak pinggang di hadapan aku dipandang lama.

“Apa mamat-mamat poyo kau ni? Dah senja pun tidur lagi. Nasib baik jatuh dari kerusi aje. Ikutkan hati mak ni, dah lama mak humban kamu tu dalam besen.”

Aku menggaru kepala. Kalau sekarang aku berada di dalam rumah dan bukannya atas pangkin, maknanya tadi cuma mimpi. Maknanya mamat poyo yang muncul di hadapan aku tadi hanyalah sebahagian daripada mimpi.

Dalam diam tanpa  mak sedari, aku menarik nafas lega kerana mamat poyo tidak berada di hadapan aku. Kalau tak! Ya ALLAH, manalah aku nak sorok muka aku yang comel ni.

Telekung yang aku pakai tadi dilipat dan digantung kemas dengan penyangkut baju. Hati aku yang bercelaru memikirkan kepulangan mamat poyo membuatkan aku jadi tak lalu makan. Mamat poyo dah balik. Biar betul! Setelah hampir tiga tahun dia pergi ke negara orang, kini dia pulang. Dan orang yang pastinya tidak duduk senang dengan kepulangannya ialah aku. Cerita lama yang sudah elok ‘berbungkus’ pasti akan terbuka kembali. Arrgghh..

Tubuh aku hempaskan ke atas katil yang empuk. Kipas yang berpusing dengan kelajuan ke 3 aku tatap lama. Akalku bekerja keras bagaimana untuk menghadapi keadaan jika aku terserempak dengan mamat poyo si Fazwan. Sudahlah jalan untuk ke kilang juga perlu menempuh rumahnya dahulu.

Tiba-tiba baby Nokia kesayangan aku berbunyi. Laju aku bangun dan mencapai telefon di atas meja kecil di sebelah katil. Berkerut dahi aku tatkala nombor yang tidak aku kenali terpampang jelas di skrin baby Nokia aku.

Siapa pulalah yang sudi habiskan kredit untuk telefon aku ni? Bisik aku sendiri sambil teragak-agak jari aku untuk menekan butang hijau di papan kekunci telefon.

“Hello, siapa ni?”

Si pemanggil hanya diam.

“Hello, hello... Ada orang ke tak di sana?” Soal aku lagi.

“I... Love... You...” Perlahan suara si pemanggil mengucapkan kata keramat yang mampu mendebarkan ramai wanita Malaysia.

Tapi, tidak untuk aku. Selagi aku tidak tahu siapakah gerangan hamba ALLAH yang sesenang membuka kacang mengucapkan kata-kata penuh makna yang amat romantik itu, selagi itulah tak akan pernah ada untuk berdebar bagai. Geram lagi adalah. Suka suki aje nak ucap I Love You bagai. Nanti tak pasal-pasal aje bertunang dari segi mengikut syarak hukum Islam. Kalau nak ikut adat Melayu memanglah tak tapi kalau dah ikut syarak, kalau dah ada feeling bagai memang bertunanglah jawabnya.

“Apa I Love You, I Love You?!! Pergi lap you la!” Jerit aku tapi agak terkawal nadanya kerana takut mak mengamuk pula nanti.

Butang merah terus ditekan tanpa aku pedulikan si pemanggil. Nak marah pun marah ajelah. Siapa suruh cari pasal dengan Nur Fazuwa.

Setelah agak lama, baby Nokia aku berbunyi lagi. Nombor yang sama jelas terpampang lagi di skrin telefon aku. Butang hijau aku tekan dengan kuat.

“Maaf, nombor yang anda dail tidak mampu untuk meneruskan perkhidmatannya kerana orang yang anda dail sedang sibuk dan tiada masa untuk melayan orang yang baru keluar dari Hospital Tanjung Rambutan.” Lancar sahaja ayat terebut meniti di bibir munggilku. Entah dari syarikat mana yang letak ayat macam tu pun entahlah. Syarikat Fazuwa dan Mak agaknya.

Telefon diletakkan kembali di atas meja kecil.

Masalah ‘lap you, lap you’ mamat entah dari planet mana munculnya malas hendak aku fikirkan. Belum tiba masanya untuk aku fikirkan masalah lelaki selain seorang lelaki yang diletakkan nama oleh ibunya dengan nama Fazwan atau nama komersialnya mamat poyo.

Masalah mamat poyo itu yang utama sekarang. Peristiwa lampau yang amat memalukan aku sendiri kembali bermain di kotak fikiranku.

“Oi! Kenapa kau ni ‘bajet’ sangat haa... Dahlah ngada-ngada. Sikit-sikit mak, sikit-sikit mak. Macam apa aje.” Lancang Fazwan berkata tanpa mempedulikan Fazuwa yang sedang teresak di hadapannya.

“A... a... awak ni kenapa? Kalau ya pun tak suka dekat saya tak perlulah sampai nak mengutuk saya. Saya tahulah saya ni... saya ni...” Fazuwa tak mampu untuk menghabiskan ayatnya kerana air matanya kian lebat membasahi pipi.

“Kau tu gedik tahu gedik! Sebijik macam perigi cari timba. Main surat cinta. Hey, kau tak segan ke bila kau dok terkejar-kejar aku macam ni! Main surat-surat cinta bagai.”

Fazwan menengking Fazuwa tanpa mempedulikan perasaan Fazuwa.

Fazuwa yang pada mulanya ingin mengesat air matanya terus kaku memandang lama wajah seorang lelaki yang telah mendebarkan hatinya.

“Awak ni, kan... Kalau ya pun tak suka dengan saya, tak perlulah nak panggil saya gedik. Tak perlulah nak samakan saya dengan perigi cari timbalah apalah. Awak tu pun apa kurangnya, poyo!”

Fazuwa membidas sambil merenung tajam Fazwan yang sedang menjelingnya.

“Arrgghh... buang masa aje aku layan kau. Tak ada faedah.”

Fazwan melangkah meninggalkan Fazuwa sendiri.

“Ini semua poyo!” Jerit Fazuwa sekuat hati. Batu kecil diambil dan dibaling tapi bukan ke arah Fazwan. Walaupun dah tak berapa suka tapi dia masih tak mampu untuk mencederakan lelaki sehensem Fazwan si mamat poyo.

Bersaksi cinta di atas cinta dalam alunan tasbihku ini... Meneka hati yang tersembunyi berteman di malam sunyi penuh doa...

Lagu Istikharah Cinta nyanyian Sigma bergema di sebalik corong telefon. Mata yang masih terasa kantuk ditenyeh. Perlahan aku meraba di atas meja kecil untuk mencari baby Nokia aku. Butang tengah ditekan dan baby Nokia aku campakkan di tepi bantal.

Malas rasanya hendak bangun di pagi Isnin yang indah permai ini tapi apabila mengenangkan segala benda di Malaysia tiada yang percuma terpaksa jugalah aku gagahkan diri untuk bangun dan bersiap untuk ke tempat kerja. Aku tak seperti orang lain yang ada penyakit hasad dengki a.k.a PhD, aku cuma ada satu, Sijil Peperiksaan Malaysia. Nak sambung ke universiti malas, sudahnya terperaplah aku di dalam Kampung Sri Indah ni.

Mak yang sedang menggoreng nasi di dapur hanya sempat dikerling sekilas.

“Mandi tu jangan sampai bertapa pula dalam bilik air tu.” Pesan mak sebelum aku masuk ke dalam bilik air.

Macam tahu-tahu aje anak dia ni nak buat sesi pertapaan di pagi Isnin.

Air di dalam tempayan aku cuit dengan perlahan. Sejuk giler! Walaupun sejuk sampai ke tulang, terpaksa jugalah aku tahan demi untuk mengelak daripada menjadi sepupu kambing gurun.

Setelah habis mandi, aku keluar dari bilik air dan terus berlari masuk ke dalam bilik. Baju uniform kerja aku capai dari dalam almari. Rambut yang basah aku lapkan dengan menggunakan tuala. Wajah aku ditelek di hadapan cermin meja solek.

Cantik juga aku ni ek!

Bedak dipakai nipis ke wajah aku untuk menutup jerawat-jerawat kecil yang ngada-ngada nak tumbuh. Dah puas hati, aku keluar dari bilik untuk mendapatkan mak di dapur. Perut yang sudah mulai bernyanyi lagu keroncong membuatkan langkahku semakin laju ke dapur. Tambahan pula bau nasi goreng kampung amat menyelerakan telah membuatkan hidungku kembang kempis sampai tak terkempis sudah dirasakan.

“Hmm... Sedapnya..!! Ni yang excited nak pegang sudu pinggan ni.” Pipi mak yang sedang mencedok nasi goreng aku cium.

Mak hanya mampu tersenyum melihat perangai anak dara tak semenggah dia ni.

Pinggan dari atas rak aku capai dan dibawa ke meja. Nasi di dalam mangkuk aku cedokkan sedikit dan dimasukkan ke dalam pingganku. Pinggan mak juga tidak lupa untuk aku isi.

Belum sempat aku menyuap sesudu nasi ke dalam mulut, mak sudah menegur. “Jangan jadi kawan setanBaca doa makan dulu.”

Aku, tersengih ajelah. Laju aku menadah tangan dan membaca doa sebelum makan. Setelah perut penuh diisi, aku meminta kebenaran dari makku tercinta untuk pergi ke tempat kerja. Sebelum pergi kerja wajib minta restu dari seorang mak, baru berkat.

“Hati-hati. Kalau ada orang nak buat apa-apa pada Zuwa, jerit aje.” Nasihat mak yang satu itu masih kekal meniti di bibirnya sejak aku kenal apa itu ertinya dunia. Sejak dari aku di sekolah rendah sehinggalah ke hari ini, hanya ayat itu yang menjadi ‘trademark’ mak aku.

Aku hanya mengangguk. Tangan kanan mak aku capai dan cium bagai tidak mahu lepas. Ikutkan rasa hati, hari ini adalah hari yang paling malas untuk aku pergi kerja. Tambahan lagi, setelah berita kepulangan mamat poyo telah tersebar. Macam manalah kalau terserempak dengan dia nanti.

“Assalamualaikum, mak. Mak pun hati-hati duduk dekat rumah ni.”

“Waalaikummussalam. Yalah.. Dah, pergi cepat. Nanti lambat pula kau sampai.” Aikk, macam menghalau aje bunyinya.

Nak atau tak nak, kedua belah kakiku ini terpaksa jugalah aku hayunkan untuk menuju ke kilang walaupun berat sungguh rasanya. Mamat poyo, mamat poyo... Kenapa mesti kau balik ke sini?!

Aku mengintai di segenap rumah Mak Cik Idah iaitu rumah mamat poyo untuk memastikan aku tidak terserempak dengannya. Hati berdebar tak perlu nak cakap lagilah. Rasanya nak melompat keluar sahaja segala organ dalam badan aku ni.

Jelas terparkir sebuah kereta berjenama Honda di halaman rumah Mak Cik Idah. Fuyoo... Hebatlah mamat poyo, baru balik dari luar negara dah mampu pakai kereta import. Aku, nak pakai kereta kancil pun semput...

“Kau usha apa, minah gedik?” Tiba-tiba suara seseorang yang teramatlah mendebarkan hati tak berapa kecil aku ni menjengah di deria pendengaranku.

Perlahan aku pusing ke belakang untuk melihat gerangan manusia yang berbicara. Hatiku terasa bagai terhenti denyutannya tatkala seorang lelaki yang amat kacak sedang berdiri di hadapanku. Dengan kaca mata hitam yang tersangkut kemas di atas hidung tak berapa mancungnya menambahkan lagi debaran di dadaku yang sudah tersedia berkocak hebat.

“Oi! Aku tanya kau, boleh pula kau berangan. Kau ni kenapa? Terintai-intai, terintai- intai. Ke kau rindu dekat aku?” Soal dia lagi sambil menanggalkan kaca mata hitamnya lalu disematkan di leher baju T-shirtnya.

Aku menelan liur tatkala dia mendekati aku.

“Kau ni memang macam ni kan sejak dari dulu. Asal aje kau nampak muka aku yang hensem ni mesti kau kaku. Kaku sampai beku! Nak cakap pun tak boleh.” Bicara seolah berbisik dari bibirnya membuatkan aku terpaku. Ni mengutuk ke mengata ni?!

“Haha... Minah gedik, minah gedik. Ingatkan dah berubah rupanya 2x5 aje dengan zaman dulu-dulu. Gedik dan jakun masih menjadi sikap kau setiap kali lelaki hensem macam aku ni berdiri depan kau.”

Ayat dia! Panas hati aku mendengar bicaranya tapi apa yang boleh aku lakukan, dah memang benar aku ni jenis yang jakun, jenis yang kaku sampai beku depan mamat poyo ni, nak buat macam mana.

Dia berlalu melintasi aku. Tapi, tiba-tiba sahaja dia buat brek kecemasan tepat-tepat di hadapan aku. Mata aku direnungnya sehingga terpaksa aku membawa mata aku ke arah lain.

“Tak ada surat cinta lagi ke?” Soal mamat poyo.

Membulat mata aku yang tak berapa bulat ini tatkala soalan berbaur sinis itu meniti di bibirnya. Dia hanya tersenyum sinis dan ketawa lalu pergi meninggalkan aku terkebil-kebil seorang di tepi jalan.

Kalau dah namanya poyo tu, poyolah juga! Hatiku menjerit geram dan terus melajukan langkah untuk sampai cepat ke kilang.

Tidak pernah hati aku ‘bersenam’ di pagi hari, tiba-tiba hari ini terpaksa pula ia ‘bersenam’ sebab aku tak berhenti membebel di dalam hati sejak dari pertemuan di tengah jalan bersama mamat poyo sehinggalah ke kilang. Wajah aku yang selalunya kaya dengan senyuman pun sudah jadi miskin apabila bibir ini seolah ada yang mengepitnya daripada aku tersenyum.

Mungkin kata-kata berapi yang diucapkan oleh mamat poyo tadi yang telah mengepit bibirku sehingga aku rasa berat untuk tersenyum.

Kelibat Hawa yang sedang melambai ke arah aku dipandang malas. Segala jenis mood yang berada di dalam diri aku pada hari semuanya telah diserap oleh mamat poyo tadi. Sudahnya, yang tinggal hanyalah organ yang umpama tiada nyawa kerana tiada mood.

“Assalamualaikum, Zuwa. Lambatnya kau sampai hari ni, selalunya kau yang bukan main semangat nak datang kerja.”

Si Hawa ni kena sampuk ke terkena sawan? Sejak bila pulalah Nur Fazuwa jadi seorang yang bersemangat untuk datang bekerja. Setahu akulah, seorang hamba ALLAH yang diberi nama Nur Fazuwa adalah seorang manusia yang paling malas untuk pergi ke tempat kerja.

“Waalaikummussalam... Hmm.. Apa-apa ajelah. Bos kecik kita dah sampai ke?”

“Dah. Awal pula dia sampai hari ni. Siap suruh aku pesan dekat kau yang dia nak jumpa kau bila kau datang.” Ujar Hawa sambil bermain dengan hujung tudung bawalnya yang berwarna-warni. Sakit mata memandang, sakit lagi hati yang ‘melihat’. Colourful one Malaysia betul!

“Haa.. Bos kecik nak jumpa aku? Kenapa? Aku ada buat hal ke? Atau dia nak naikkan gaji aku bulan depan?”

Hawa membuat muka dengan aku. Dah menyampahlah tu bila orang tanya dia banyak sikit.

“Tanya aku kenapa? Pergilah tanya dekat bos kecik kesayangan kau tu.” Hawa terus bangun dan terus berlalu meninggalkan aku keseorangan.

Eh, eh.. Adakah hari ini hari naik angin seMalaysia? Semua kerjanya dok nak bad mood aje. Termasuklah aku, atau aku aje yang perasan. Ahh, whateverlah.. apa yang penting sekarang ni, kena pergi jumpa bos kecik dulu.

Pintu bilik bos kecik aku ketuk dengan perlahan tapi masih mampu untuk didengari orang di dalam.

“Masuk.”

Apabila pintu dibuka, aku dapat melihat Encik Wazri a.k.a bos kecik sedang serius menghadap laptopnya.

“Silakan duduk.”

Setelah duduk hampir 5 minit, aku melihat bos kecik tetap juga serius memandang ke arah laptopnya. Ni yang nak hangin ni. Suruh orang jumpa dia tapi dia yang buat tak nampak aje kita yang tercongok depan dia ni.

“Bos... Kenapa bos nak jumpa saya?”

Encik Wazri mendongak untuk melihat aku di hadapannya. Baru sedar ke ada orang depan dia dari tadi?

“Owhh.. Sorry, sorry. Macam ni, saya ada hal Sabtu ni. Saya perlu pergi ke majlis makan malam dekat rumah kawan saya. Saya nak cari partner tapi tak tahu siapa. Jadi, saya nak minta awak jadi partner saya boleh?”

Lama aku memandang ke arah Encik Wazri yang sedang tersenyum sehingga menampakkan lekukan lesung pipitnya.

“Makan malam? Err... Saya ni tak pandai nak bergaya, Encik Wazri. Lagipun rasanya ramai lagi pekerja yang comel dekat kilang ni yang boleh jadi partner Encik Wazri.” Jujur aku membalas permintaan bos kecik.

Ada ke orang macam aku ni diajaknya pergi majlis makan malam. Dahlah tak ada rupa.

“Soal bergaya atau tak tu saya tak berapa kisah. Saya boleh belanja awak untuk beli pakaian dan kelengkapan lain untuk pergi majlis tu tapi please, I just want you to be my partner.”

Bos kecik sudah mula keluarkan aura comel dia. Ni yang tergugat ni. Lama aku memandang ke arah Encik Wazri sebelum aku menggangguk. Aku angguk bukan kerana setuju tau, tapi apabila mendengar ayat ‘saya belanja’ dari bibir bos kecik.

“Ok, set time. Petang nanti sebelum balik jumpa saya. Saya hantar awak balik rumah lepas tu kita keluar pergi beli awak punya baju dan apa-apa lagilah.”

Tersentak aku mendengar ayat yang keluar dari bibir bos kecik. Sejak bila pula aku setuju ni?! Atau dia ingat aku setuju waktu aku angguk tadi? Arrgghh... Tempah masalah dunia betullah aku ni.

“Bos, bos.. saya, saya...” Ish, yang mulut ni gatal nak tergagap tang ni juga apa masalahnya!

“Ok, awak boleh keluar sekarang. Terima kasih ya, awak.” Hanya itu?

Dengan rasa yang berbuku aku dari bilik bos kecik. Aku kena keluar dengan dia? Makan malam? Ya ALLAH, dugaan apa pula ni?

Hancur terus mood aku yang ceciput ni. Dahlah tadi kena ‘sembur’ dengan mamat poyo. Sekarang kena ikut pula bos kecik. Ahh... Dunia ni memang tak pernah hilang daripada sebarang masalah. Masalah betul!



Sorrylah ek, Fitri terpaksa bahagi dua cerpen ni sebab panjang melampau. Apa-apa pun hope enjoy!

2 comments:

  1. kira ada smbungan lah ye.. cpt smbng ya
    cita agak menarik :)

    ReplyDelete