Assalamualaikum dan hai semua..
Ok, hari ini Fitri nak update cerpen tajuk seperti yang di atas. Fitri dah hantar NMK tapi macam takde respon je. So, Fitri update kat blog jelah ek. So, Enjoy Your Reading!!
Nama aku Nur Fazuwa, budak-budak dekat Kampung Sri
Indah ni panggil aku Zuwa. Mak aku pun panggil aku Zuwa. Cuma, ayah... Aku dah
tak ada ayah. Ayah aku pergi di saat aku masih berada di dalam kandungan mak
aku. Mak aku cakap, ayah aku askar. Dia meninggal pun sewaktu di medan perang.
Aku, adalah wakil wanita-wanita pemalas
di Kampung Sri Indah. Setiap pagi, selagi azan Subuh tak berkumandang, selagi
itulah aku masih berada di bawah selimut. Anak-anak dara lain semua sebelum
azan Subuh dah terpacak depan dapur gas. Tapi, it’s not me ok! Tak rock arr masak-masak semua ni. Aku main mapley
dekat jalan besar tu aje. Tapi aku rajin buat kerja rumah.
“Zuwa... ooo... Zuwa...” Haa.. suara
sumbang yang dok memekik dekat luar rumah aku tu namanya Hawa, Siti Nur Hawa
iaitu kawan baik sehati dan sejiwa aku. Kerja dia, setiap petang mesti nama aku
yang akan dia seru depan pintu rumahku syurgaku.
Aku yang baru nak ‘mendarat’ atas katil
lepas solat Asar terpaksa bangun untuk memenuhi kehendak Hawa. Jika tidak
sampai ke esok pagilah dia dok terpacak memekik nama aku depan pintu tu.
Tudung yang tersangkut di tepi pintu aku
capai dan disarungkan ke kepala.
“Haa.. Kau nak apa Hawa?”
Kelihatan Hawa tersengih lebar sambil
mengerdipkan matanya ke arah aku. Aku menggaru kepala melihat keadaan wayar
otak tercabut satu si Hawa ni.
“Oi! Aku tanya boleh pula kau
tersengih-sengih macam kerang busuk.”
Hawa menarik tangan aku ke arah pangkin
kayu di bawah pokok rambutan.
“Zuwa.... Kau nak tahu tak? Mamat poyo
tu dah balik arr. Aku tengok dia makin hensem.” Ujar Hawa dengan sengihan yang
bertambah lebar.
“Mamat poyo? Mamat poyo mana pula ni?
Setahu akulah, mak cik-mak cik dekat kampung ni tak pernah lagi letak nama anak
mereka poyo.” Kepala yang tidak gatal aku garu.
Mamat poyo planet mana pula yang Hawa
maksudkan ni?
“Eee... Kau ni, kan! Takkan kau dah lupa
kut. Mamat poyo tu la.”
Hawa mencubit perlahan lengan aku. Nasib
baik perlahan aje cubitnya, kalau kuat dah lama aku halau dia balik.
“Cuba kau terus terang dengan aku. Siapa
mamat poyo tu? Ingatan aku ni pun bukannya baik sangat. Banyak sangat makan
semut dengan kepala ikan.”
“Musuh ketat kau tulah, si Fazwan. Kau
juga yang panggil dia mamat poyo lepas tu kau yang lupa.” Panjang sahaja
muncung si Hawa apabila melihat perangai 3 suku aku.
Setelah agak lama aku cuba untuk
mengingati siapakah gerangan mamat poyo dan Fazwan akhirnya aku sendiri yang
tertelan liur. Tak mungkin!
“Oi, minah!
Kau tak rindu aku ke? Aku dah balik, takkan tak sudi nak jumpa aku kut.” Suara
yang garau lagi sumbang yang menyumbang itu bergema di segenap deria
pendengaranku.
Berpusing aku cuba untuk mencari bayang
gerangan pemilik suara garau itu tapi tiada sesiapa pun di situ. Yang ada
hanyalah aku dan pangkin di bawah pokok rambutan yang rendang ni.
“Zuwa... Tak rindukan mamat poyo kau ni,
ke?” Soal suara itu.
Bulu-bulu roma aku mulai meremang dengan
ayat yang bergema. Aku mula berlari di sekeliling rumah untuk mencari arah
suara tersebut. Tapi tiada. Takkan suara orang minyak kut?
Setelah penat berpusing satu kawasan
rumah, aku duduk di atas tangga untuk melepaskan lelah. Mata aku melilau cuba
untuk mencari bayang sesiapa dan aku dapat melihat seorang lelaki yang tunduk
sedang duduk santai di atas pangkin. Wajahnya tidak dapat aku lihat.
Walaupun penat aku berlari, tapi aku
gagahkan jua punggung aku untuk bangun melihat siapakah lelaki di atas pangkin
tersebut.
“Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Awak siapa? Awak ke yang bercakap tadi?” Soal aku lurus sambil terus memandang
ke arah lelaki tersebut yang tampak agak bergaya dengan kemeja berwarna hitam
berbelang putih.
“Waalaikummussalam dan salam 1 Malaysia.
Aku Fazwan a.k.a mamat poyo kau. Tak rindu aku ke?” Dengan penuh nerd tahap gaban dia memberitahu kepada aku.
Wajahnya diangkat dan alangkah terkejutnya
aku sampai lori ayam lalu pun aku tak perasan apabila mamat poyo zaman era
dulu-dulu kala sedang berada di hadapan aku. Banyak perbezaan yang berada pada
dirinya. Rambut ‘ayam jantannya’ sudah tiada lagi, telah digantikan dengan
rambut ala-ala mamat Hollywood.
“Kau... kau... mamat poyo?!”
Mamat poyo hanya tersenyum semanis gula
pasir halus ke arah aku.
“Apa mamat-mamat poyonya ni? Bangun!”
Suara bak raksasa tiba-tiba bergema entah dari mana. Bangun? Nak bangun macam
mana lagi?
“Mamat poyo...” Kata aku sambil masih
ralit menikmati kekacakan seorang manusia yang telah diciptakan oleh ALLAH.
“Bangun..!!”
Gedebusshh... Pedih di bahagian punggung
aku rasakan.
Mata yang tertutup aku buka secara
perlahan. Mak yang sedang bercekak pinggang di hadapan aku dipandang lama.
“Apa mamat-mamat poyo kau ni? Dah senja
pun tidur lagi. Nasib baik jatuh dari kerusi aje. Ikutkan hati mak ni, dah lama
mak humban kamu tu dalam besen.”
Aku menggaru kepala. Kalau sekarang aku
berada di dalam rumah dan bukannya atas pangkin, maknanya tadi cuma mimpi.
Maknanya mamat poyo yang muncul di hadapan aku tadi hanyalah sebahagian
daripada mimpi.
Dalam diam tanpa mak sedari, aku menarik nafas lega kerana
mamat poyo tidak berada di hadapan aku. Kalau tak! Ya ALLAH, manalah aku nak
sorok muka aku yang comel ni.
Telekung yang aku pakai tadi dilipat dan digantung kemas
dengan penyangkut baju. Hati aku yang bercelaru memikirkan kepulangan mamat
poyo membuatkan aku jadi tak lalu makan. Mamat poyo dah balik. Biar betul!
Setelah hampir tiga tahun dia pergi ke negara orang, kini dia pulang. Dan orang
yang pastinya tidak duduk senang dengan kepulangannya ialah aku. Cerita lama yang
sudah elok ‘berbungkus’ pasti akan terbuka kembali. Arrgghh..
Tubuh aku hempaskan ke atas katil yang
empuk. Kipas yang berpusing dengan kelajuan ke 3 aku tatap lama. Akalku bekerja
keras bagaimana untuk menghadapi keadaan jika aku terserempak dengan mamat poyo
si Fazwan. Sudahlah jalan untuk ke kilang juga perlu menempuh rumahnya dahulu.
Tiba-tiba baby Nokia kesayangan aku
berbunyi. Laju aku bangun dan mencapai telefon di atas meja kecil di sebelah
katil. Berkerut dahi aku tatkala nombor yang tidak aku kenali terpampang jelas
di skrin baby Nokia aku.
Siapa pulalah yang sudi habiskan kredit untuk
telefon aku ni? Bisik aku sendiri sambil teragak-agak jari aku untuk menekan
butang hijau di papan kekunci telefon.
“Hello, siapa ni?”
Si pemanggil hanya diam.
“Hello, hello... Ada orang ke tak di
sana?” Soal aku lagi.
“I... Love... You...” Perlahan suara si
pemanggil mengucapkan kata keramat yang mampu mendebarkan ramai wanita
Malaysia.
Tapi, tidak untuk aku. Selagi aku tidak
tahu siapakah gerangan hamba ALLAH yang sesenang membuka kacang mengucapkan
kata-kata penuh makna yang amat romantik itu, selagi itulah tak akan pernah ada
untuk berdebar bagai. Geram lagi adalah. Suka suki aje nak ucap I Love You
bagai. Nanti tak pasal-pasal aje bertunang dari segi mengikut syarak hukum
Islam. Kalau nak ikut adat Melayu memanglah tak tapi kalau dah ikut syarak,
kalau dah ada feeling bagai memang
bertunanglah jawabnya.
“Apa I Love You, I Love You?!! Pergi lap you la!” Jerit aku tapi agak
terkawal nadanya kerana takut mak mengamuk pula nanti.
Butang merah terus ditekan tanpa aku
pedulikan si pemanggil. Nak marah pun marah ajelah. Siapa suruh cari pasal
dengan Nur Fazuwa.
Setelah agak lama, baby Nokia aku
berbunyi lagi. Nombor yang sama jelas terpampang lagi di skrin telefon aku.
Butang hijau aku tekan dengan kuat.
“Maaf, nombor yang anda dail tidak mampu
untuk meneruskan perkhidmatannya kerana orang yang anda dail sedang sibuk dan
tiada masa untuk melayan orang yang baru keluar dari Hospital Tanjung
Rambutan.” Lancar sahaja ayat terebut meniti di bibir munggilku. Entah dari
syarikat mana yang letak ayat macam tu pun entahlah. Syarikat Fazuwa dan Mak
agaknya.
Telefon diletakkan kembali di atas meja
kecil.
Masalah ‘lap you, lap you’ mamat entah dari planet mana munculnya malas
hendak aku fikirkan. Belum tiba masanya untuk aku fikirkan masalah lelaki
selain seorang lelaki yang diletakkan nama oleh ibunya dengan nama Fazwan atau
nama komersialnya mamat poyo.
Masalah mamat poyo itu yang utama
sekarang. Peristiwa lampau yang amat memalukan aku sendiri kembali bermain di
kotak fikiranku.
“Oi! Kenapa kau ni ‘bajet’ sangat haa...
Dahlah ngada-ngada. Sikit-sikit mak, sikit-sikit mak. Macam apa aje.” Lancang
Fazwan berkata tanpa mempedulikan Fazuwa yang sedang teresak di hadapannya.
“A... a... awak ni kenapa? Kalau ya pun
tak suka dekat saya tak perlulah sampai nak mengutuk saya. Saya tahulah saya
ni... saya ni...” Fazuwa tak mampu untuk menghabiskan ayatnya kerana air
matanya kian lebat membasahi pipi.
“Kau tu gedik tahu gedik! Sebijik macam
perigi cari timba. Main surat cinta. Hey, kau tak segan ke bila kau dok
terkejar-kejar aku macam ni! Main surat-surat cinta bagai.”
Fazwan menengking Fazuwa tanpa
mempedulikan perasaan Fazuwa.
Fazuwa yang pada mulanya ingin mengesat
air matanya terus kaku memandang lama wajah seorang lelaki yang telah
mendebarkan hatinya.
“Awak ni, kan... Kalau ya pun tak suka
dengan saya, tak perlulah nak panggil saya gedik. Tak perlulah nak samakan saya
dengan perigi cari timbalah apalah. Awak tu pun apa kurangnya, poyo!”
Fazuwa membidas sambil merenung tajam
Fazwan yang sedang menjelingnya.
“Arrgghh... buang masa aje aku layan
kau. Tak ada faedah.”
Fazwan melangkah meninggalkan Fazuwa
sendiri.
“Ini semua poyo!” Jerit Fazuwa sekuat
hati. Batu kecil diambil dan dibaling tapi bukan ke arah Fazwan. Walaupun dah
tak berapa suka tapi dia masih tak mampu untuk mencederakan lelaki sehensem
Fazwan si mamat poyo.
Bersaksi cinta di atas cinta dalam alunan tasbihku ini...
Meneka hati yang tersembunyi berteman di malam sunyi penuh doa...
Lagu Istikharah Cinta nyanyian Sigma
bergema di sebalik corong telefon. Mata yang masih terasa kantuk ditenyeh.
Perlahan aku meraba di atas meja kecil untuk mencari baby Nokia aku. Butang
tengah ditekan dan baby Nokia aku campakkan di tepi bantal.
Malas rasanya hendak bangun di pagi
Isnin yang indah permai ini tapi apabila mengenangkan segala benda di Malaysia
tiada yang percuma terpaksa jugalah aku gagahkan diri untuk bangun dan bersiap
untuk ke tempat kerja. Aku tak seperti orang lain yang ada penyakit hasad
dengki a.k.a PhD, aku cuma ada satu, Sijil Peperiksaan Malaysia. Nak sambung ke
universiti malas, sudahnya terperaplah aku di dalam Kampung Sri Indah ni.
Mak yang sedang menggoreng nasi di dapur
hanya sempat dikerling sekilas.
“Mandi tu jangan sampai bertapa pula
dalam bilik air tu.” Pesan mak sebelum aku masuk ke dalam bilik air.
Macam tahu-tahu aje anak dia ni nak buat
sesi pertapaan di pagi Isnin.
Air di dalam tempayan aku cuit dengan
perlahan. Sejuk giler! Walaupun sejuk
sampai ke tulang, terpaksa jugalah aku tahan demi untuk mengelak daripada menjadi
sepupu kambing gurun.
Setelah habis mandi, aku keluar dari
bilik air dan terus berlari masuk ke dalam bilik. Baju uniform kerja aku capai
dari dalam almari. Rambut yang basah aku lapkan dengan menggunakan tuala. Wajah
aku ditelek di hadapan cermin meja solek.
Cantik juga aku ni ek!
Bedak dipakai nipis ke wajah aku untuk
menutup jerawat-jerawat kecil yang ngada-ngada nak tumbuh. Dah puas hati, aku
keluar dari bilik untuk mendapatkan mak di dapur. Perut yang sudah mulai
bernyanyi lagu keroncong membuatkan langkahku semakin laju ke dapur. Tambahan
pula bau nasi goreng kampung amat menyelerakan telah membuatkan hidungku
kembang kempis sampai tak terkempis sudah dirasakan.
“Hmm... Sedapnya..!! Ni yang excited nak pegang sudu pinggan ni.”
Pipi mak yang sedang mencedok nasi goreng aku cium.
Mak hanya mampu tersenyum melihat
perangai anak dara tak semenggah dia ni.
Pinggan dari atas rak aku capai dan
dibawa ke meja. Nasi di dalam mangkuk aku cedokkan sedikit dan dimasukkan ke
dalam pingganku. Pinggan mak juga tidak lupa untuk aku isi.
Belum sempat aku menyuap sesudu nasi ke
dalam mulut, mak sudah menegur. “Jangan jadi kawan setan! Baca doa makan dulu.”
Aku, tersengih ajelah. Laju aku menadah
tangan dan membaca doa sebelum makan. Setelah perut penuh diisi, aku meminta
kebenaran dari makku tercinta untuk pergi ke tempat kerja. Sebelum pergi kerja
wajib minta restu dari seorang mak, baru berkat.
“Hati-hati. Kalau ada orang nak buat
apa-apa pada Zuwa, jerit aje.” Nasihat mak yang satu itu masih kekal meniti di
bibirnya sejak aku kenal apa itu ertinya dunia. Sejak dari aku di sekolah
rendah sehinggalah ke hari ini, hanya ayat itu yang menjadi ‘trademark’ mak aku.
Aku hanya mengangguk. Tangan kanan mak
aku capai dan cium bagai tidak mahu lepas. Ikutkan rasa hati, hari ini adalah
hari yang paling malas untuk aku pergi kerja. Tambahan lagi, setelah berita
kepulangan mamat poyo telah tersebar. Macam manalah kalau terserempak dengan
dia nanti.
“Assalamualaikum, mak. Mak pun hati-hati
duduk dekat rumah ni.”
“Waalaikummussalam. Yalah.. Dah, pergi
cepat. Nanti lambat pula kau sampai.” Aikk, macam menghalau aje bunyinya.
Nak atau tak nak, kedua belah kakiku ini
terpaksa jugalah aku hayunkan untuk menuju ke kilang walaupun berat sungguh
rasanya. Mamat poyo, mamat poyo... Kenapa mesti kau balik ke sini?!
Aku mengintai di segenap rumah Mak Cik
Idah iaitu rumah mamat poyo untuk memastikan aku tidak terserempak dengannya.
Hati berdebar tak perlu nak cakap lagilah. Rasanya nak melompat keluar sahaja
segala organ dalam badan aku ni.
Jelas terparkir sebuah kereta berjenama
Honda di halaman rumah Mak Cik Idah. Fuyoo... Hebatlah mamat poyo, baru balik
dari luar negara dah mampu pakai kereta import. Aku, nak pakai kereta kancil
pun semput...
“Kau usha
apa, minah gedik?” Tiba-tiba suara seseorang yang teramatlah mendebarkan hati
tak berapa kecil aku ni menjengah di deria pendengaranku.
Perlahan aku pusing ke belakang untuk
melihat gerangan manusia yang berbicara. Hatiku terasa bagai terhenti
denyutannya tatkala seorang lelaki yang amat kacak sedang berdiri di hadapanku.
Dengan kaca mata hitam yang tersangkut kemas di atas hidung tak berapa
mancungnya menambahkan lagi debaran di dadaku yang sudah tersedia berkocak
hebat.
“Oi! Aku tanya kau, boleh pula kau
berangan. Kau ni kenapa? Terintai-intai, terintai- intai. Ke kau rindu dekat
aku?” Soal dia lagi sambil menanggalkan kaca mata hitamnya lalu disematkan di
leher baju T-shirtnya.
Aku menelan liur tatkala dia mendekati
aku.
“Kau ni memang macam ni kan sejak dari
dulu. Asal aje kau nampak muka aku yang hensem ni mesti kau kaku. Kaku sampai
beku! Nak cakap pun tak boleh.” Bicara seolah berbisik dari bibirnya membuatkan
aku terpaku. Ni mengutuk ke mengata ni?!
“Haha... Minah gedik, minah gedik.
Ingatkan dah berubah rupanya 2x5 aje dengan zaman dulu-dulu. Gedik dan jakun
masih menjadi sikap kau setiap kali lelaki hensem macam aku ni berdiri depan
kau.”
Ayat dia! Panas hati aku mendengar
bicaranya tapi apa yang boleh aku lakukan, dah memang benar aku ni jenis yang
jakun, jenis yang kaku sampai beku depan mamat poyo ni, nak buat macam mana.
Dia berlalu melintasi aku. Tapi,
tiba-tiba sahaja dia buat brek kecemasan tepat-tepat di hadapan aku. Mata aku
direnungnya sehingga terpaksa aku membawa mata aku ke arah lain.
“Tak ada surat cinta lagi ke?” Soal
mamat poyo.
Membulat mata aku yang tak berapa bulat
ini tatkala soalan berbaur sinis itu meniti di bibirnya. Dia hanya tersenyum
sinis dan ketawa lalu pergi meninggalkan aku terkebil-kebil seorang di tepi
jalan.
Kalau dah namanya poyo tu, poyolah juga!
Hatiku menjerit geram dan terus melajukan langkah untuk sampai cepat ke kilang.
Tidak pernah hati aku ‘bersenam’ di pagi
hari, tiba-tiba hari ini terpaksa pula ia ‘bersenam’ sebab aku tak berhenti
membebel di dalam hati sejak dari pertemuan di tengah jalan bersama mamat poyo
sehinggalah ke kilang. Wajah aku yang selalunya kaya dengan senyuman pun sudah
jadi miskin apabila bibir ini seolah ada yang mengepitnya daripada aku tersenyum.
Mungkin kata-kata berapi yang diucapkan
oleh mamat poyo tadi yang telah mengepit bibirku sehingga aku rasa berat untuk
tersenyum.
Kelibat Hawa yang sedang melambai ke
arah aku dipandang malas. Segala jenis mood yang berada di dalam diri aku pada
hari semuanya telah diserap oleh mamat poyo tadi. Sudahnya, yang tinggal
hanyalah organ yang umpama tiada nyawa kerana tiada mood.
“Assalamualaikum, Zuwa. Lambatnya kau
sampai hari ni, selalunya kau yang bukan main semangat nak datang kerja.”
Si Hawa ni kena sampuk ke terkena sawan?
Sejak bila pulalah Nur Fazuwa jadi seorang yang bersemangat untuk datang
bekerja. Setahu akulah, seorang hamba ALLAH yang diberi nama Nur Fazuwa adalah
seorang manusia yang paling malas untuk pergi ke tempat kerja.
“Waalaikummussalam... Hmm.. Apa-apa
ajelah. Bos kecik kita dah sampai ke?”
“Dah. Awal pula dia sampai hari ni. Siap
suruh aku pesan dekat kau yang dia nak jumpa kau bila kau datang.” Ujar Hawa
sambil bermain dengan hujung tudung bawalnya yang berwarna-warni. Sakit mata
memandang, sakit lagi hati yang ‘melihat’. Colourful
one Malaysia betul!
“Haa.. Bos kecik nak jumpa aku? Kenapa?
Aku ada buat hal ke? Atau dia nak naikkan gaji aku bulan depan?”
Hawa membuat muka dengan aku. Dah
menyampahlah tu bila orang tanya dia banyak sikit.
“Tanya aku kenapa? Pergilah tanya dekat
bos kecik kesayangan kau tu.” Hawa terus bangun dan terus berlalu meninggalkan
aku keseorangan.
Eh, eh.. Adakah hari ini hari naik angin
seMalaysia? Semua kerjanya dok nak bad mood aje. Termasuklah aku, atau aku aje
yang perasan. Ahh, whateverlah.. apa yang penting sekarang ni, kena pergi jumpa
bos kecik dulu.
Pintu bilik bos kecik aku ketuk dengan
perlahan tapi masih mampu untuk didengari orang di dalam.
“Masuk.”
Apabila pintu dibuka, aku dapat melihat
Encik Wazri a.k.a bos kecik sedang serius menghadap laptopnya.
“Silakan duduk.”
Setelah duduk hampir 5 minit, aku
melihat bos kecik tetap juga serius memandang ke arah laptopnya. Ni yang nak hangin ni. Suruh orang jumpa dia tapi
dia yang buat tak nampak aje kita yang tercongok depan dia ni.
“Bos... Kenapa bos nak jumpa saya?”
Encik Wazri mendongak untuk melihat aku
di hadapannya. Baru sedar ke ada orang depan dia dari tadi?
“Owhh.. Sorry, sorry. Macam ni, saya ada hal Sabtu ni. Saya perlu pergi ke
majlis makan malam dekat rumah kawan saya. Saya nak cari partner tapi tak tahu siapa. Jadi, saya nak minta awak jadi partner saya boleh?”
Lama aku memandang ke arah Encik Wazri yang
sedang tersenyum sehingga menampakkan lekukan lesung pipitnya.
“Makan malam? Err... Saya ni tak pandai
nak bergaya, Encik Wazri. Lagipun rasanya ramai lagi pekerja yang comel dekat
kilang ni yang boleh jadi partner Encik
Wazri.” Jujur aku membalas permintaan bos kecik.
Ada ke orang macam aku ni diajaknya
pergi majlis makan malam. Dahlah tak ada rupa.
“Soal bergaya atau tak tu saya tak
berapa kisah. Saya boleh belanja awak untuk beli pakaian dan kelengkapan lain
untuk pergi majlis tu tapi please, I just
want you to be my partner.”
Bos kecik sudah mula keluarkan aura
comel dia. Ni yang tergugat ni. Lama aku memandang ke arah Encik Wazri sebelum
aku menggangguk. Aku angguk bukan kerana setuju tau, tapi apabila mendengar
ayat ‘saya belanja’ dari bibir bos kecik.
“Ok, set
time. Petang nanti sebelum balik jumpa saya. Saya hantar awak balik rumah
lepas tu kita keluar pergi beli awak punya baju dan apa-apa lagilah.”
Tersentak aku mendengar ayat yang keluar
dari bibir bos kecik. Sejak bila pula aku setuju ni?! Atau dia ingat aku setuju
waktu aku angguk tadi? Arrgghh... Tempah masalah dunia betullah aku ni.
“Bos, bos.. saya, saya...” Ish, yang
mulut ni gatal nak tergagap tang ni
juga apa masalahnya!
“Ok, awak boleh keluar sekarang. Terima
kasih ya, awak.” Hanya itu?
Dengan rasa yang berbuku aku dari bilik
bos kecik. Aku kena keluar dengan dia? Makan malam? Ya ALLAH, dugaan apa pula
ni?
Hancur terus mood aku yang ceciput ni.
Dahlah tadi kena ‘sembur’ dengan mamat poyo. Sekarang kena ikut pula bos kecik.
Ahh... Dunia ni memang tak pernah hilang daripada sebarang masalah. Masalah
betul!
Sorrylah ek, Fitri terpaksa bahagi dua cerpen ni sebab panjang melampau. Apa-apa pun hope enjoy!
kira ada smbungan lah ye.. cpt smbng ya
ReplyDeletecita agak menarik :)
InsyaAllah nanti Fitri sambung.. =)
Delete