Friday 2 August 2013

Novel Yang Aku Pilih ♥

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum dan hai semua..

Hoho.. Tadi dah post Cintaku Jauh Di Awan Biru, so kali ni nak membebel pula. Kalau tak suka, nyah kau dari sini! Muehehe... (ada rupa mak tiri dalam bawang putih bawang merah tak?)

Haa, segmen meng'review' sudah kembali. Hoho.. Sebenarnya Fitri tak pandai nak review bagai ni. Just Fitri tak tahulah nak kategorikan bebelan Fitri ni sebagai apa. Review ke? Membebel ke? Mempromosi ke? Hee...

Membebel pula dia! Ok, novel pilihan Fitri kali ini ialah... jeng, jeng....


Hee, dah jadi hitam putih punya giler Fitri mengedit gambo. Haa, inilah dia novel kedua hasil coretan penulis kegemaran Fitri iaitu Rafina Mimi Abdullah

Hmm... Tak tahu nak membebel apa. Just nak bagi sinopsis novelnya yang cute lagi mute. Eh, mute? Haha, tak lawak! 

~@~@~@~@~@~@~@~

Disebabkan pernah kecewa, Ariana berjiwa keras terhadap lelaki.
Izudin dan Haji Fahmi, dua lelaki berlainan karektor menaruh perasaan terhadap Ariana.
Tersepit di antara kekasih dan majikan, timbul pelbagai konflik hati dan perasaan.
Haji Fahmi, bujang terlajak yang kaya dan alim. Majikan Ariana ini sangat taat pada agama, sentiasa tenang dan bersahaja. Selain menunjukkan sikap mengambil berat, Haji Fahmi selalu memberikannya hadiah. Kebaikan Haji Fahmi ternyata tidak membuka hati Ariana untuk menerima jejaka itu.
Sebenarnya, Ariana lebih tertarik pada jirannya, Izudin. Seorang duda memiliki seraut wajah yang tampan, suka mengusik, bergurau dan menyakat. Boleh dikatakan, Izudin mempunyai pakej lengkap seorang lelaki yang menjadi idaman setiap wanita.
Pelbagai insiden romantik, salah faham, merajuk, cemburu, sedih dan lucu mengiringi perhubungan Ariana dan Izudin. Hampir-hampir sahaja kisah mereka berakhir dengan kegembiraan, timbul satu salah faham besar sehingga membuatkan Ariana mengambil satu keputusan.
Bagaimanakah kesudahan percintaan Ariana dan Izudin? Dapatkah Haji Fahmi meraih cinta Ariana?
“Dia, penuh dengan sifat cemburu tetapi kebaikan dan romantisnya dia… mampu mengatasi segala-galanya. Kerana itulah, dia yang aku pilih.”

~*~*~*~*~*~*~

Inilah hasilnya kalau dah malas nak pi copy paste dari novel. Cilok je dari kakinovel punya laman web.

~~~~~~~~~

Sejujurnya la, bagi Fitri, novel ni membawa cerita yang amat lain dari novel yang Fitri. Bukanlah Fitri nak kata novel lain tu tak best. Tapi serius novel ni lain 150% daripada novel-novel lain. Kisah seorang gadis bernama Ariana, anak tunggal seperti Fitri. Hehehe... Jirannya pula Encik Izudin, yang memang banyak dugaan betul dalam hidupnya. Isteri a.k.a bekas isteri pula G.R.O. Tak faham? Nak faham kena beli, baca dan fahami.

Inilah Izudin dalam bayangan kak Rafina. Hohoho..
Tolong, jangan tanya teman siapakah gerangan jejaka ini. Teman pun idok le kenal. Tapi, hensem kan dia? Erk..

Ok, berbalik pada novel Dia Yang Aku Pilih.

Semasa Izudin masih lagi berkahwin dengan Dila a.k.a G.R.O tu, dia selalu jugalah tolong si Ariana tu. Sampai Ariana tu pun salah faham. Katanya Encik Izudin nak ngorat dia. Toyaii... Lepas tu pak cik tu pun berjauh hati le. Lepas bla, bla, bla, bla, bla...... Haji Fahmi, bos dekat tempat Ariana tu suka dekat Ariana tapi dalam hati Ariana ada pak cik sengal Encik Izudin sahaja. Waktu tu rasanya Ariana dan Izudin memang dah saling suka dah rasanya. Dan paling penting, Encik Izudin dah berpisah dengan G.R.O tu.

Haa, lupa nak describe watak-watak dalam DYAP ni. Hehehe...

Ariana ~ Memegang watak 'aku' dalam novel ni. Kehilangan ibu dan ayah tersayang sewaktu mereka pergi menunaikan umrah di Tanah Suci. Serius nangis baca part ni T_T
Lepas ibu dan ayah dia meninggal, Izudin pula jadi macam ibu dan ayah. (tak boleh cerita panjang2 la, dah nak berbuka)

Izudin ~ Sukaaaaaa watak ni. Entah kenapa tapi rasa macam Din ni comel jek! Hehe... Tapi, dia ni kuat cemburu tau! Errr.. Tak suka, tak suka, tak sukaaaa.... (baca ala-ala lagu Yuna, Lelaki) Yang penting dia seorang yang cool dan guru silat. Hehehe... (sengih gatal)

Haji Fahmi ~ Alim macam mana pun watak ni, teman tetap menyampah dengan watak. Pengacau penyatuan dua hati satu jiwa je 'mamat' haji ni.

Itu ajelah kut yang dapat Fitri coretkan untuk novel yang Fitri pilih ni. Tak nak letak banyak-banyak cerita, nanti tak syok uollss nak baca novel ni. Sebab dah tahu jalan cerita. Anyway, kalau jumpa novel ni dekat kedai buku, jangan teragak-agak untuk ambil. Beli aje, tak rugi pun sebab best!

Maaflah kalau ada yang terasa hati atau whatever dengan ayat-ayat Fitri di atas. Manalah tahu, kesilapan tanpa disedari.

Akhir kata, beli novel ni jangan tak beli!

Untuk apa-apa berita soal kak Rafina boleh ke grup ini ---> SINI
Untuk beli melalui KN boleh layari lawan web ini ---> Kaki Novel

Beli jangan tak beli tau!
Harga Semenanjung --> RM 22.00
Harga Sabah/Sarawak --> RM 25.00

No comments:

Post a Comment