Tuesday 23 July 2013

Semangat Untuk Berjaya! ♥

Bismillahirrahmanirrahim... 
Assalamualaikum dan hai semua....

Tak lama lagi, perkara yang mampu membuat dada seorang budak, eh bukan seorang je tapi entah berapa ribu orang atau candidate PMR akan menghadapi Trial termasuklah budak yang menaip entry ini. Tapi, sebelum tu sempat jugalah nak bagi sedikit semangat dekat semua candidate PMR. Bagi sikit ajelah ek sebab budak ni pun semangat sipi-sipi je. So, take my special cerpen. Just for you, the readers... ^_^ 


tak ada cover, ni aje yang ada..









"Gagal, lulus, gagal, lulus..." Omel Annur sendiri.

Hanim yang berada di sebelah Annur hanya mampu menggelengkan kepalanya. Pening kepala otaknya apabila melihat perangai sepuluh suku kawan baiknya yang seorang itu.

"Nur, sudah-sudahlah tu. Aku ni dah jadi macam orang gila tengok kau ni tau!" Hanim sudah mulai rimas.

Annur berpusing ke arah Hanim. "Hanim, kalau kau jadi macam orang gila tengok aku, aku lagi pula, dah memang gila kau tau!" Ujar Annur seraya menekup telinganya yang ditutupi oleh tudung sekolah.

"Oi, kau jangan nak merepek!" Aku tak sanggul nak ada kawan orang gila." Hanim sengaja menjauhkan jarak antara mereka.

Annur menjeling tajam ke arah anim dan menghela nafas dengan kuat. Buku kerja Sains Tingkata 3 di bawah mejanya ditarik dan terus diselak. Selak, selak dan terus menyelak sehingga ke kulit buku belakang.

Annur menutup buku tersebut dan meletakkannya ke tepi meja. Annur meletakkan kepalanya ke atas meja dan memejamkan matanya. Hanim yang sedari tadi melihat gelagat Annur menggelengkan kepalanya.

Memang sah kawan aku ni dah gila! Hanim bermonolog di dalam hati dan kembali menyambung kerjanya.

@@@@@

Annur membuka akaun Facebook miliknya. Sebuah status yang ditulis oleh Ani Anim, rakan baiknya, telah menarik perhatiannya.

Statusnya berbunyi begini...

If you fail to plan, you plan to fail. Just believe that you can do as best as everbody. Not impossible that you can more than them. Just one, believe with yourself. ^_^

Terangkat-angkat kening Annur membaca status kawan baiknya itu. Sebuah lagi status Hanim telah menarik perhatiannya.

Bagi burung, terbang ke awan biru itu memerlukan sepasang sayap tapi bagi manusia, ilmu dan kejayaan itu mampu menerbangkan kita ke awan biru.

Annur tersenyum sendiri. Semangat belajar yang kian pudar dek keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun telah kembali menyinar. Laju jarinya menekan butang log out. Dia ada misi yang lebih penting daripada menskodeng orang di laman sosial.

Buku kerja Sains yang berada di atas meja belajarnya dicapai. Kerja sekolah yang telah diberi oleh guru Sainsnya perlu diselesaikan denga segera. Dia tidak mahu menjadi seorang pencuri masa dengan menangguhkan kerja sekolah.

Ya ALLAH, permudahkanlah segala urusan hamba-Mu ini. Sempat Annur berdoa pada Yang Maha Esa sebelum mencoretkan jawapan pada soalan di dalam buku tersebut.

@@@@@

"Assalamualaikum..." Ucap Annur sebaik sahaja kakinya melangkah masuk ke dalam kelasnya.

Hanim yang sedang membaca buku rujukan Sejarah mendongak dan melihat ke arah Annur. "Waalaikummussalam...." Jawab Hanim dengan kerutan di dahi kerapa pelik melihat Annur yang kelihatan seperti orang yang terlebih semangat.

Annur tersenyum je arah Hanim. Beg yang disandang diletakkan ke atas kerusi. Sempat dia mengerling ke arah Hanim ang masih pelik dengan tingkahnya.

"Kawan kau dah tak gila." Ujar Annur kepada Hanim.

Hanim terpinga-pinga dan kemudiannya tersenyum penuh makna.

"Dapat semangat baru ke, kawan?" Soal Hanim.

Annur hanya tersenyum sambil mengangkat sebelah keningnya. Hanim memeluk bahu kawan baiknya itu dengan senyuman yang terukir indah di bibirnya.

@@@@@

Setelah keputusan PMR diumumkan...

"When you ready come and get itu, na na na na..." Terkumat-kamit bibir Annur mengikut rentak lagu Come and Get It nyanyian Selena Gomez.

"Amboi, seronoknya orang tu! Mentang-mentang dapat 8A's PMR, kan?" Tegur Hanim sambil menatang dulang yang berisi burger Mc Donald

Annur tersenyum ke arah Hanim yang melabuhkan punggung di hadapannya. Burger di dalam dulang tersebut dicapai.

"Mestilah! Akhirnya, aku dapat berdiri setaraf dengan kau. Selalu kau asyik potong aku aje." Ujar Annur.

Hanim ketawa kecil. "Alhamdulillah, rezeki dari-Nya. Kau nak pergi mana lepas ni?" Soal Hanim kepada Annur.

"InsyaAllah kalau ada rezeki aku nak masuk MRSM (Maktab Rendah Sains Mara)." Kata Annur dan terus menyuap burger ke dalam mulutnya.

"InsyaAllah." Ucap Hanim seraya tersenyum lebar.

Debunga mampu terbang sejauh mana angin membawanya. Begitu juga manusia, kita akan terbang sejauh mana ilmu membawa kita. Tanpa ilmu, kosonglah akal, kosonglah hati.

~Sekian~

P/s : Amacam? Mengancam tak? Haha... Sebenarnya cerpen ni dibuat secara spontan tanpa plot atau perancangan yang rapi (mengalahkan orang nak kahwin jeeee) Segala-galanya rekaan semata-mata. Tak ada kena mengena antara yang hidup mahupun yang mati. 

Pesanan sebelum trial! Do the best, beat the rest! Sama-sama kita berusaha naikkan batch 98! ;)

No comments:

Post a Comment