Saturday 3 August 2013

Cintaku Jauh Di Awan Biru 37

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum dan hai semua...

Mood manalah yang meresap dalam diri Fitri tetiba aje tiap2 hari nak update CJDAB ni. Hmm... Tak kisahlah yang penting cepat jumpa perkataan ~TAMAT~ tapi makin copy paste makin banyak. toyaiiii....

Cinta itu indah bak pelangi tapi bukan selalu pelangi itu muncul...

~*~*~*~*~*~*~*~


Meah mundar mandir di dalam kamar Wani sambil tangannya tidak lepas daripada memegang telefon. Hari yang sudah menginjak ke petang membuatkan dia bertambah gelisah. Kalau diikutkan kata hati dan berdasarkan kata otaknya, hari ni merupakan hari terakhir Izham di Melbourne dan akan berangkat pulang entah pukul berapa. Ikutkan hatinya, sudah lama nombor Izham didailnya.

Tapi,bila mengenangkan sebuah peribahasa ini membuatkan dia takut untuk mendail nombor Izham. Bagai perigi mencari timba. Huish.. Tak naklah Meah digelar begitu. Buat malu tujuh keturunan aje!

Skrin telefonnya dilihat untuk kali ke seratus lima puluh satu, tak ada apa-apa! Yang ada cumalah gambar dia dan Saliha, anak buahnya ketika dia Cameron Highland beberapa tahun yang lalu.

Kotak inbox mesej dibuka dan mesej yang diterima daripada Izham dibacanya semula.

Ok. Thanks my sayang sebab
sudi tunggu kepulangan abang.
Ok,waalaikummussalam.


Sayang dan abang,kata ganti nama bagi Meah dan Izham membuatkan Meah rasa bagaikan dia sudah berumah tangga dengan Izham walaupun pada hakikatnya tangga pun masih belum kelihatan apatah lagi rumahnya.

Senyuman kembali terbentuk di bibir Meah. Kata-kata biasa bagi orang lain tapi tidak bagi Meah. Baginya,walaupun ia sekadar memberi salam tetapi ia memberi makna yang besar. Orang tengah jatuh cinta, biasalah. Benda pahit pun bila ditelan pasti akan merasa manis. Tak terasa pun pahitnya.

“Oi, senyum tengok apa tu? Haa, mesej dengan abang Iz lagi ek?” Sergah Wani yang muncul dari balik pintu. Masuk tak reti nak bagi salam lepas tu terus aje sergah orang. Memang attitude Wanilah tu.

“Kau nikan. Nasib baik sepanjang aku duduk dengan kau ni,jantung aku sihat walafiat. Buatnya aku ni ada lemah jantung dah lama aku ‘jalan’ tahu tak!” Meah tidak marah akan Wani kerana dia tahu perangai Wani yang tak pernah nak berubah tu. Tapi, dia malu, takut-takut kalau dia terkantoi pula.

“Hehe.. Sorrylah ek. Yalah, aku tengok kau ni daripada malam hari tu lagi dok senyum sorang-sorang. Takut nanti kau jadi salah seorang penghuni Hospital Bahagia aje. Aku tak sanggup nak ada kawan penghuni Hospital Bahagia, weyh!” Wani mengesot naik ke atas katilnya.

Meah laju menyorokkan telefon bimbitnya ke dalam  poket seluar.

“Meah...”

“Hmm... Nak Apa?” Malas Meah menjawab sambil membaca majalah Muslim Teens. Dah kira adult pun ada hati lagi nak baca majalah kategori teen.

“Amyrul nak kahwin tak lama lagi. Kahwin dengan Azzyaty, makwe dia tu.” Ujar Wani selamba.

Meah meletakkan majalah tadi ke tepi. Dia melihat ke arah Wani. Tak ada tanda-tanda nak nangis. Dah reda ke si Wani ni melepaskan Amyrul ke tangan orang lain.

“Kau suka dekat dia lagi ke?” Soal Meah.

“Suka...” Meah terkejut mendengar jawapan Wani. Amyrul dah nak jadi suami orang tapi Wani masih boleh suka akan Amyrul. Tak boleh jadi ni!

“Suka sebagai kawan..” Sambung Wani dengan senyuman dan tak ada tanda-tanda langsung untuk mendung melanda kawasan tempat tinggal Encik Faizul sekeluarga sebaliknya ceria dan gembira sahaja.

“Serius ni!” Meah masih was-was dengan jawapan yang diberikan oleh Wani.

Wani hanya tersenyum sambil merenung ke arah Meah. “Kau ada nampak muka aku macam singa tengah buat lawak ke?” Jari telunjuknya diarah ke mukanya sendiri dengan muka serius.

“Hmm.. Adalah sikit. Bukan rupa singa buat lawak tapi rupa babun bontot merah macam dekat Zoo Taiping tu.” Gurau Meah sambil tersengih.

“Ish.... Kau nikan! Aku sekeh nanti free aje berbenjol kepala kau tu. Mengamuk pula abang Iz tengok makwe dia ni berbenjol tang kepala.” Bebel Wani sambil buat gaya ingin menyekeh Meah.

Macamlah berani sangat nak buat. Takut nanti terbalik aje,daripada Wani nak sekeh Meah terus jadi Meah yang sekeh Wani.

“Masa bila pula abang Iz tu pakwe aku! Tapikan Wani, serius ke Amyrul tu nak kahwin. Ke kau yang salah dengar ni?” Tak mainlah pakwe-pakwe bagai. Orang main suami aje. Lagi best! Meah masih berasa was-was dengan berita yang disampaikan oleh Wani sebentar tadi.

Wani mendengus geram. Orang dah kata ya tu yalah!

“Ibu tak pernah menipu apatah lagi Cik Suri, mak Myrul sendiri yang cakap dia pergi merisik Azzy semalam. Tadi pun aku terjumpa dengan Azzy kat luar rumah tu.” Ujar Wani sambil buat muka bosan. Malas betul nak buat rewind,  ingat aku ni kaset!

“Kau jumpa dengan Azzy tadi! Kenapa tak bagitau aku. Aku pun teringin juga nak tengok bakal isteri Amyrul tu!”

“Haah.. Cantik orangnya, lemah lembut pula tu. Patutlah Myrul cair hati tengok buah hati kesayangan dia tu. Dahlah merendah diri pula tu.” Wani memuji Azzyaty. Mula-mula cemburu juga dia tengok kecantikan Azzyty. Tapi,lama-lama perasaan itu hilang apabila sikap Azzy yang merendah diri dan tidak kekok untuk diajak berbual membuatkan Wani mula selesa berkawan dengan Azzy.

“Ek.. Ada lagi ke dia dekat luar tu?”

“Tak ada. Dia dah balik. Dia datang pun sebab nak bagi balik telefon Raudhah, tertinggal dekat rumah dia semalam.”

Raudhah,ialah adik bongsu kepada Amyrul manakala Amyrul pula ialah anak sulung daripada tiga orang adik beradik. Hanya Amyrul seorang sahaja lelaki di kalangan adik beradiknya. Rania pula ialah anak yang kedua daripada mereka bertiga.

“Owh..”

Telefon Meah bergetar di dalam poket seluarnya. Lagu Cinta Melankolia berkumandang menandakan ada satu panggilan yang masuk. Meah melihat ke arah skrin telefon bimbitnya. Abang Iz!

Meah menjawab panggilan tersebut tanpa mempedulikan jelingan Wani.

“Assalamualaikum.. Dah selamat sampai ke?” Wajahnya disembunyikan di sebalik majalah, tidak mahu Wani melihatnya.

“Waalaikummussalam. Alhamdulillah abang dah selamat sampai dekat KLIA.” Jawab si pemanggil.

“Hmm... Abang cuma nak bagitau esok abang nak jumpa. Petang, pukul 5:30 dekat tasik. Tasik dekat Taman Permata tu. Boleh?” Kata Izham lagi. Panggilan abang Iz sudah tidak ada lagi dan kini sudah bertukar menjadi abang. Tampak lagi mesra. Lagipun memang itu niat Izham, ingin mesrakan lagi hubungan antara dia dengan Meah.

“Boleh aje. Tapi, nak buat apa? Meah ajak Wani sekali boleh?” Meah begitu teruja sehingga memerah pipinya. Kalah blusher ni!

“Adalah. Surprise! Tak perlulah nak bawa Wani kut.”

Meah mula berasa tidak yakin samada dia patut pergi atau tak kerana dia tidak mahu berduaan dengan Izham. Takut timbul fitnah. Bukannya dia tidak tahu perangai Mak Timah selang dua buah rumah tu, suka sangat cari cerita hot untuk buat berita dalam radio dia sendiri.

“Meah tak perlu risau. Nanti abang bawa kawan abang ikut sekali. Kita tak pergi berdua.” Izham tersenyum apabila dia dapat meneka rasa gundah di hati gadis tersebut apabila tiada suara pun yang didengari di pihak Meah.

“Lelaki ke perempuan kawan abang Iz tu?” Soal Meah lagi.

Dia mengintai kelibat Wani yang sudah bangun ke bilik air di sebalik majalah yang menutupi wajahnya.

“Lelaki. Tak perlu risau. Dia baik orangnya, macam abang.” Sempat juga nak kembangkan hati sendiri tu!

“Perasan giler!” Jerit Meah tapi masih terkawal.

“Hahaha.. Oklah, sayang. Abang nak balik rumah ni,esok jangan lupa tau. Abang tunggu dekat tepi tasik tu dengan kawan abang. Jangan bawa Wani tau! Assalamualaikum.” Bersayang-sayang gitu. Amboi,dia!

“Ok, abang. Waalaikummussalam.” Secara spontan Meah memanggil Izham dengan panggilan abang.

Meah menutup mulutnya apabila menyedari keterlanjurannya memanggil Izham begitu. Laju Meah menyorok di dalam selimut sambil memegang erat telefon bimbitnya.

Segan!!!


*****



Izham tersenyum sambil tangannya ligat mengemudi stereng keretanya. Meah memanggilnya dengan panggilan abang.

Pipinya ditampar dan dicubit. Perlahan aje, nak buat kuat-kuat nanti sendiri yang sakit.

Dia tidak bermimpi! Ia adalah kenyataan dan ia menunjukkan satu tanda yang positif. Meah sudah mula menerima dirinya. Satu benda yang amat, amat, amatlah positif. Harap ia berkekalan sehingga ke akhir hayat. Bunyi macam dah kahwin aje si Izham ni dengan Meah.

Keretanya sudah memasuki ke halaman Teratak Mawar Putih. Kelihatan kereta ayah terparkir menandakan ayah sudah pulang dari tempat kerja.

Pintu keretanya ditutup dan dia melangkah ke arah boot kereta untuk mengeluarkan begnya. Izham mencari kelibat ibunya, Tengku Nazimah dan juga adiknya. Tiada sesiapa pun yang berada di luar.

“Assalamualaikum..” Izham memberi salam sebelum melangkah masuk. Dia terkejut melihat keadaan Tengku Anis yang teresak sambil memegang lutut Tengku Nazimah yang kelihatan seperti sedang marah.

2 comments: