Sunday, 3 January 2016

Tak Mahu Ragu-Ragu, Sayang...

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum dan hai semua...

Oitttt, Fitri!!!

Kau dah kenapa nak cilok lirik lagu Tasha Manshahar ni?

Suka hati, limpa, peparu kitalah. ;P

Hakhakhak... itulah perbualan antara sisi positif dengan sisi negatif Fitri. Pandai sungguh 'mereka' berbicara.


Tiba-tiba hati Fitri terpaut dengan lagu ni. Jiwa terbuai rasanya. Wah, jiwa aku dah pandai main buaian! Arkitek mana yang bina taman permainan kanak-kanak dalam jiwa aku ni? Awat tak bina taman bunga?

Pangggg!!!

Okay, maaf atas kegedikanzzz Fitri yang melampau.

Saja nak share video ni sebab comel gila, cantik gila, sedap gila, smart gila.

Apa yang comel?

Comel gila Tasha Manshahar. Tapi, lagi comel yang makan apa bendanya entah tu. Macam ayam goreng aje. Heeee...

Nota hati : Cantik, comel itu subjektif. Tak semestinya dia cantik dia mesti berubah jadi ala-ala Miss Universe. Pakai mekap lima inci, sarung kasut Vincci, baju dari Padini, gelang dari Tiffany&Co, beg tangan dari Louis Vuitton tak menjamin korang akan nampak cantik. ;)

Apa yang cantik?

Cantik arr warna lipstick Tasha Manshahar tu. Harharhar.... lipstick kat rumah ni dah nazak. Tunggu masa nak dicampak bersama-sama sisa yang bakal dilupuskan di tempat pembuangan sampah. Dulu gediksss, beli lipstick mengalahkan mak andam.

Alih-alih yang pakainya sebatang aje. Yang lain tu kalau terjumpa baru pakai. Mana taknya, sebatang dekat New Zealand, sebatang dekat Korea. Orang lain kecoh hilang kerongsang Fitri kecoh hilang lipstick.

Yang besar gedabak lipstick tu pun boleh salah letak, apatah lagi kerongsang yang secoet. Sampai hari ni misteri kerongsang Fitri yang hilang masih tidak dapat dirungkaikan. Ke manakah engkau menghilang duhai kerongsang? 

Huhuhuhu... =3

Apa yang sedap?

Apa yang kakak comel tu pegang, yang itulah yang sedap. Dah terbayang macam ayam goreng aje. Nak kata macam pisang goreng cheese oreo macam tak, pun.

Ada baca komen, kata dia...bila semua orang berdating, dia buat apa yang kakak comel tu buat. Yeayyy, high five! Kita geng. Apa peduli orang nak berdating, asal perut aku kenyang. Muahaha...

Apa yang smart?

Smart arr Syed Shamim dalam video ni. Suka dengan dressing dia. Memang smart. Siapa stylist dia? Meh, Fitri nak bagi 4 bintang warna pink! Simple but smart.


Mesti korang bajek Fitri bagi 5 bintang, kan? Ahakss... 1 bintang tertinggal sebab Fitri tak suka seluarnya. Fitri memang tak suka tengok orang pakai skinny jeans atau apa-apa jenis seluar yang membolehkan orang nampak kaki dia cekeding kaa, banyak bonggol kaa.

Tapi tak ada pulalah tak suka sampai nak pi...

"Hoiii! Hang pi tukaq seluaq hang sekarang. Aku bagi hang lima minit jaa. Kalau lima minit kemudian aku nampak hang sarung seluaq ni juga, aku campak hang dalam lombong bijih timah."

Idoklah sampai macam tu. Mahu kang makan penampo sulung. --'

Biasalah, trend seluar macam ni. Tapi, trend ni macam kita dok tengok sunset tepi pantai. Semua bahagia, suka, romantik... auwww... (dah kenapa kau, Fitri?) Tapi bila sunset habis, timbullah malam yang sunyi, semua lari dari tepi pantai.

Dah trend itu umpama pantai.

Waaaa... Fitri merepek!

Apa-apa pun, Fitri memang tak selalu layan Syed Shamim, last layan lagu Cuba Teka. Itupun dengan Tasha Manshahar. Lagu-lagu solo Syed Shamim tak layan. Bukan sebab tak best tapi... tak terbuka hati nak layan. (bila nak terbukanya ni?)

Tapi Syed Shamim nampak lain. Nampak makin matured dan hensem dengan janggut sejemput pun. Bukan Syed Shamim aje tapi semua lelaki pun hensem dengan adanya janggut. Weee... janggut kan sunnah. ;)

Tapi bro, kalau kau sekolah lagi, ikut ajelah peraturan sekolah. Ada pernah jadi kat sekolah Fitri dulu, budak laki tu kena tahan sebab simpan janggut. Dia bagi jawapan sangat-sangat mengharukan orang ramai.

"Janggut itu sunnah, cikgu."

Dan gara-gara budak itu juga, semua sekali kena tarbiah tentang peraturan sekolah buat entah ke berapa kali. Memang betullah budak tu, kan.

Melalut dah Fitri ni ke janggut pula perginya. Apa-apa pun, yang lelaki tu berjinak-jinaklah simpan janggut ek. Percayalah, korang mesti akan nampak lebih hensem daripada Edward Cullen. Ngeh ngeh ngeh.... ;P


Copy terus dari Google.
~Edward Cullen~
Hensem ke?
Hensem gila tarababas!
;P

Oklah, daaa dulu.

Owh ya, untuk sesiapa yang berminat untuk membeli novel daripada seorang novelis popular, Elee Mardiana yang bertajuk Takkan Ku Lepaskan Dia dengan Fitri, sila rujuk entry Pre-order Takkan Ku Lepas Dia. ;)

Wassalam. Tata. Thanks sudi baca Fitri merepek. ^_^

8 comments:

  1. Hensem gila tarababas!

    hhahaha lawak lawak je dia ni adoi hihihihi btw thanks share lagu ni huhu qila pun tersuka dah hahahahahahah comel canti je alahai

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha... memang tarababas...

      ur welcome. memang best lagu ni, first time dengar dekat radio terus terjatuh suka.. memang comel dan cantik.. ^_^

      Delete
  2. hahah ape laa adik ni. huda pon sukaa lagu ni, bestt

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe... yuppp. lagu ni memang best, dok mengulang 3,4 kali ^^

      Delete
  3. woihhhh smart la part laki tu lari pastu burung terbangg. slow momentum pulak tuu. hahaha. baru first time tgk vid ni. best2.

    ReplyDelete