Sunday, 13 December 2015

Viral!

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum dan hai semua...

Entah sejak bila, tak siapa yang tahu tapi tiba-tiba sahaja perkataan itu muncul. Perkataan itu sangat pendek untuk ditulis. Hurufnya tidak banyak, lima aje. Tapi, lima huruf itu tanpa sedar boleh membantu kita ke Syurga dan juga boleh mengheret kita ke dalam api Neraka.

Lima perkataan tersebut adalah...

VIRAL.

Ini viral bukan Viral yang feat dengan Zahid dalam lagu Biasa tu. Tapi, ini viral. Viral yang Fitri sendiri tak tahu nak terjemah maksud sebenar perkataan tu. Cuba juga cari di laman web Pusat Rujukan Persuratan Melayu tapi tak ada maksud.


Tapi, pasti korang dah faham viral tu apa, kan?

Fitri makin takut dengan sesetengah pengguna laman sosial yang gemar untuk menjadi viral. Kadang-kadang perkara yang boleh diselesaikan secara bersemuka, dipilih untuk diselesaikan dengan cara menjadi viral. Bila jadi viral, ramai orang nampak, ramai orang komen, mungkin dia fikir masalah tu dapat selesai begitu sahaja.

Tapi, sebenarnya itu tidak menyelesaikan masalah. Malah, mungkin dapat menambahkan lagi masalah. Sudahlah masalah bertambah, pening juga bertambah dan segala macam lagi bertambah. Mungkin juga hubungan silaturahim dapat terputus hanya dengan satu status yang menjadi viral.

Hati-hati dengan apa yang kita luah dan kita kongsikan di laman sosial ni.

Tak semua benda kita boleh ceritakan di laman sosial. Memang ada yang baik di laman sosial, tapi jangan lupa yang baik ada lawannya. Yang tidak baik sentiasa menanti peluang untuk menambahkan lagi masalah kita.


Copy terus dari Google.
'Jalan cerita' viral.

Seronok beb jadi viral, siapa tak seronok. Semua orang dapat kenal kita. Kalau kita buat baik pula lagi best, orang memuji-muji kita. Tak lupa juga ada yang menghentam kita.

Fitri tak adalah kata yang semua viral itu jahat. Jahat ada lawannya iaitu baik. Macam contoh yang jual donut 10 sen tu. Itu dikira sebagai baik juga tu.


Copy terus dari Google.

Orang tolong viralkan abang yang jual donut 10 sen ni. Dia dah dapat bantu 2 perkara pada abang yang jual donut ni. Yang pertama, dia bantu mempromosikan perniagaan abang ni. Yang kedua, dia dapat bantu orang yang tercari-cari di mana nak makan donut dengan harga yang murah.

See, viral pun baik apa. Dapat bantu orang. ^_^

Cuma kita... kita perlu lebih berhati-hati. Fitri perhati aje ada segelintir di antara kita yang suka sangat ber'screenshot'. Ber'whatsapp' dengan orang, orang tu ada buat silap sikit, dia screenshot dan letakkan ke dalam laman sosial. Orang ambil gambar screenshot tu dan sebarkan.

Orang yang nampak, mungkin ada yang gelak dan like dan komen dan share. Pernah tak fikir pasal perasaan orang yang ada dalam whatsapp tadi sebelum screenshot? Mungkin dia fikir tapi dia lebih fikirkan padal VIRAL.

"Eh, ni kalau aku screenshot aku share kat dalam Facebook best juga ni. Tapi, kesian pula nanti dia malu. Ala, apa susah... blurkan ajelah nama dia. Settle!"

Yup, settle. Settle dengan hanya blur atau tutup nama orang tu. Tapi, korang rasa kalau orang tu nampak dan perasan screenshot tu sama dengan apa yang ada whatsapp dia, korang tak rasa ke dia akan berasa malu? Dia jadi malu untuk melakukan apa-apa dan perlahan-lahan menjadi seorang yang merendah diri.


Copy terus dari Google.

Pernah fikir tak, kalau awak salah seorang yang suka sangat screenshot everything dan share?

Again... Fitri tak pernah habaq kat hampa yang viral tu salah naaa. Cuma, Fitri nak korang lebih berhati-hati ketika berkongsi sesuatu di dalam sosial. Jika perkara boleh diselesaikan di alam realiti, mengapa perlukan bantuan alam maya?

Cuma kita perlu lebih berani untuk bersuara ketika bersemuka di alam realiti. Bersemuka di alam realiti berbeza dengan alam maya. Di alam maya, kita mungkin tiada privasi dan Fitri rasa macam susah je terutama kita nak bincang tentang perkara yang serius tanpa melihat riak wajah pihak di sebelah sana.

Tambah lagi kalau kita hanya dapat melihat perkataan-perkataan yang muncul di skrin. Lebih sukar kerana kadangkala riak wajah dan cara bertutur mempengaruhi apa yang patut kita balas. Itu bagi Fitri la. Fitri cuma berkongsi pendapat Fitri.

Kalau tak setuju, apa boleh Fitri buat... kita ni rambut aje sama hitam, tapi hati lain-lain. Itupun kadang-kadang rambut ada yang perang, tak juga sama hitam. Hehehe... ;P

Jadi, lepas ni... lebih berhati-hati dalam berkongsi sesuatu di dalam laman sosial, ya. ^_^

#Pesanan tak berapa nak khidmat masyarakat ini dibawakan khas oleh Nur Fitri yang tengah syok dengar lagu Mohabbatein untuk Nur Fitri sendiri dan anda yang nampak dan sudah selesai membaca Fitri merepek. ;)



Copy terus dari Google.
Dari hari ke hari nak tengok empat jejaka ni dalam Mohabbatein tapi tak juga tengok.
Busy...
Huwaaa....
Mohabbatein, tunggu cek datang naa.

P/s : Kedah kalah semalam. Tapi tak apa, cek sebagai utara tetap bangga dengan Kedah walaupun cek bukan orang Kedah. Tahniah, Selangor! Untungnya cuti esok, ya. Hehehe... ;)

Wassalam. Tata. Thanks sudi baca Fitri merepek. ^_^

4 comments:

  1. yes! ina setuju sangat dengan fitri!
    kalau fitri perasan, benda ni selalu berlaku dalam twitter.. ina selalu tengok org suka screenshot benda2 yang tak sepatutnya..
    pernah jugak terlintas, apa perasaan diyorang kalau diyorang diperlakukan dengan perkara yg sama?
    Tu kan aib dia, so Ina rasa benda tu baik simpan. Tak de benefit pun nak sebar kat orang

    Hehe, btw Ina orang selangor :p tahniah jugak kedah :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kerana bersetuju dengan pendapat fitri. ^_^
      Yup, perasan juga. Kadang-kadang melampau sangat fitri tengok. Fitri pula yang jadi malu menengoknya.

      Tahniah, orang Selangor. Hehehe... Selamat bercuti! ;)

      Delete
  2. sebab tu kita kene pikey sebelom buat sesuatu kan

    ReplyDelete