Thursday, 24 December 2015

Pesta Buku Bos Gaurus

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum dan hai semua...


Rasanya tak terlambat lagi untuk Fitri mengucapkan Salam Maulidur Rasul buat semua umat Islam.
^_^

24.12.2015

Ok, masuk dalam Hari Ini Dalam Sejarah Fitri.

Dapat juga pergi Pesta Buku Bos Gaurus dekat Stadium Indera Mulia, Ipoh. Itupun jenuh kut memujuk darling mak Fitri. Buat muka cute tambah bajek-bajek poyo sikit. Keluarkan fulus sendiri. Terus, ok... jom pergi.

Itupun kejap jom pergi, kejap eh... tak jadi. Kejap lagi jom pergi balik. Lepas tu tak jadi pula. --'

Lastnya, jadi juga pergi. Hekhekhek...

Pergi dengan kakak sulung kita.

Anak tunggal tapi ada kakak sulung?

Shhhh... diam-diam sudah. ;P


Hasil dok berpusing-pusing dalam stadium tu sampai 3-4 kali.
Harga untuk semua buku ni adalam RM52.
RM2 kak sulung belanja.
Orang nak bayar balik, dia tak nak.
Kira dia belanjalah, kan..
Muahahaha... =D

Errr....

Jujur ek.

Jujur sangat-sangat.

Agak mendap jugalah pesta bukunya.

Mungkin sebab ini adalah kali pertama ada pesta buku. Errr... ya ke kali pertama?

Err... entahlah. Memandai haku jek... >_<

Mungkin juga agak mendap kerana pilihan bukunya tak banyak. Booth juga tak banyak seperti pesta buku besar-besar seperti PBAKL dan Big Bad Wolf. Jadi, pilihan buku macam agak terhad. Tapi, oklah... harap boleh dianjurkan lagi pada tahun-tahun yang akan datang dengan pembaharuan yang lebih segar dan mantap.

Demi memupuk minat membaca dalam kalangan Perakian seperti Fitri yang memang sentiasa menantikan pesta buku yang boleh bagi RM5 untuk sebuah buku tapi nak baca macam kura-kura nak habisnya. Tak gitu? Ahaksss...

Opsss... entry ni tak habis lagi. Jangan memandai nak tekan tanda cross.


Ini pula hasil campuran yang Fitri dan kakak sulung Fitri beli.
Uittt... Kak Ibah yang dok kat sebelah ni!
Mention dah nama Kak Ibah dalam entry.
;P

Dah macam sehati sejiwa (la sangat...) dah sebab beli buku hampir semua sama. Cumanya Fitri beli Ahmad Ammar dan kak Ibah pula beli Bahagianya Menjadi Gadis Pilihan. Jadi, kita orang decide untuk saling meminjam.

Means that Fitri baca buku kak Ibah yang Bahagianya Menjadi Gadis Pilihan, kak Ibah lak baca buku Ahmad Ammar. Yang buku kecik, Doa dan Jampi Syifa' dengan Doa daripada al-Quran tu kita orang dapat free. Dekat booth mana Fitri lupa. Tapi booth tempat kita orang beli Muharikah The Comics dengan Ajarku Solat.

Suka sangat sebab diorang bagi free antara 2 buku yang Fitri dengan kak Ibah dapat tu dengan satu lagi naskhah Yasin dan Tahlil. Oleh kerana Fitri dah ada naskhah Yasin, jadi Fitri ambil Doa dan Jampi Syifa'. Kak Ibah ambil Doa daripada al-Quran.

^_^

Bajek sangat merancang nak beli macam-macam novel. Tapi sekali dah sampai dekat pesta buku tu, tetiba hilang selera tengok novel-novel yang ada dekat situ. Tak adalah nak kata novel-novel tu boring.

Cuma... selera membaca nikan macam selera makanan. Hari ni nak sarapan nasi lemak. Esok nak sarapan roti canai pula.

Hari ni nak baca novel bergenre romantik. Esok nak baca novel bergenre seram. Lusa pula nak baca novel bergenre romantik komedi. Berubah dan terus berubah.

Tak apalah, jimat sikit duit. Ada lebih duit membeli tadi. Padahal memang dah niat nak simpan pun. Sebab esok, kalau ada rezeki, nak.... *ni kalau jadi Fitri cerita dekat entry lain, ek..* ;)

P/s : Ada projek dengan kakak sulung a.k.a Kak Ibah. Muahaha... *gelak jahat*

Sebelum balik tadi, sempat dululah selfie dekat piramid buku tu. Menyesal pula tak bawa buku untuk sedekahkan untuk meninggikan lagi piramid tu. Tak apalah... sesiapa yang nak pergi nanti pesta buku tu bawalah kalau ada buku yang macam tak larat dah nak baca. Gituuuu...


Yang bulat kecik dekat tudung Fitri tu sebenarnya pelekat.
Ada seorang macam penyambut tetamu ni dia lekat kat bahu sesiapa saja yang baru masuk.
Mungkin untuk diorang buat purata jumlah pengunjung yang datang.
Ahaksss...
Memandai je Fitri ni.
;P


Muka bangga.
Dapat selfie dengan piramid buku.
Kau ada? =P

Dah penat tapi tak sempat pula ketiak nak berlecak, kita orang terus keluar. Dekat luar ada gerai. Ada juga band buat persembahan. Ada gerai jual baju, tudung, air, makanan, ayam. Ahakss...

Kak Ibah belanja air jagung dengan ayam gunting.

Kau ada?


Owh ya.. untuk peminat-peminat Syamnuriezmil sekalian. Esok ada Syamnuriezmil pukul 5.00 petang. Itu adalah apa yang Fitri baca pada banner yang tergantung kat situ.

So, korang... datang pi serbu Syamnuriezmil esok tau. Ahaksss... ;)

Hurrrmmm... tak sabar nak tunggu esok. Muahaha... :D

Kak Ibah, Magnum memanggilmu nanti di dalam mimpi indahmu malam ini. Weeee.... >_<

Wassalam. Tata. Thanks sudi baca Fitri merepek.

No comments:

Post a Comment