Assalamualaikum dan hai semua...
Lupa esok raya... hehhh...
Pertama kali lupa beb esok raya haji. Kalau tak selalunya Fitri la orang yang paling teruja nak sambut raya haji. Bukan sebab nak makan kuih raya tapi teruja dapat tengok orang sembelih lembu. Yalah, dulu kecik-kecik takut nak tengok orang sembelih lembu.
Lepas tu gempak je cakap dengan sepupu... lembu kena sembelih arrr... padahal duduk 6 batu dari tempat penyembelihan. Poyo tak? Hahaha...
Fitri ingat lagi waktu kecik-kecik dulu, selang lima minit waktu malam raya mesti buka tingkap nak intai lembu. Bajek jadi spy bagitau kat sepupu aktiviti lembu tu. Dia tengah makan rumput bagitau. Dia tengah minum bagitau.
Yalah, selang lima minit jenguk menengok lembu. Mana taknya.
Lepas tu mula buat bulatan ala-ala gosip.
Mulalah cerita... aku takut lembu. Lepas tu boleh pula kita orang cakap, kesian lembu tu esok kena sembelih.
Padahal mak dah pesan awal-awal, jangan ada perasaan kesian. Kalau kesian juga tak payah makan. Tapi, yalah... waktu kecik, terlalu penuh dengan sifat kemanusiaan. Hahaha... :P
Tapi, bila dah sembelih, mak dengan geng dapur dah masak kari, laju je Fitri cedok letak atas nasi dalam pinggan. Lupa dah pesan mak. Hehehe...
Lepas tu waktu sembelih tu, dengar bunyi lembu tu lepas kena sembelih aje dah takut. Tutup telinga, air mata dah bertakung kat mata. Nasib baik mak sibuk dekat dapur, bapak pula tengah tolong orang kat tempat penyembelihan. Kalau tak memang dah lama dah aku peluk diorang.
Punya dahsyatnya Fitri punya takut waktu kecik-kecik dulu.
Sekarang tak ada dah. Saia dah kuadddd... *baru belajar bahasa ni* :P
Nak balas dendam sebab kecik-kecik dulu tak berani nak datang dekat waktu orang sembelih lembu. Sekarang ni giliran anak-anak buah Fitri yang menghadapi perkara yang Fitri hadapi 10 tahun yang lalu. Punya dahsyat diorang maraton cari ibu masing-masing.
Tapi ada juga yang berani. Kalau bolehlah duduk depan batang hidung lembu tu, memang dah lama diorang duduk kalau yang berani tu. Terbaik!
Gambar copy terus dari Google |
Macam manalah pak cik-pak cik tu menumbangkan lembu yang sado ni.
Mohon bagitau siapa yang ada pengalaman.
Huhuhuhu... *tetiba*
Ingat juga ada sehari tu kerbau yang nak dikorbankan terlepas. Waktu tu Fitri baru darjah 2 rasanya. Entahlah... tak pasti umur Fitri waktu tu. Entah kerbau siapa yang terlepas tu, kita orang pun tak tahu. Fitri punya terketar takut sampai lutut tu kalau boleh tertanggal memang dah tertanggal dah kat laman rumah.
Tak ada siapa pun nak pergi tangkap kerbau tu. Yang badan tough pun tak berani sebab takut kena sondol, percuma je buat persembahan kena sondol dengan kerbau. Berani tengok dari jauh ajelah.
Gambar copy dari Google |
Dahlah dua hari pula tu kerbau tu dok dalam kawasan rumah opah Fitri. Jenuhlah menahan takut. Tapi esoknya kita orang pergi beraya kat rumah siapa entah. Tapi, waktu tu kerbau masih ada lagi. Jadi, nak tak nak kena jugalah saudara Fitri beberapa orang tinggal kat rumah. Tak boleh ikut raya.
Bila kita orang balik beraya je, sepupu kata dah ada orang datang tangkap kerbau tu. Fuhhh... tak ada dah masalah lutut hampir tertanggal. Hahaha...
Lepas tu ada sekali tu nak buat sembelih kambing untuk dua orang sepupu yang bersunat (bukan raya haji, ya). Boleh pula seekor terlepas waktu turn dia nak kena sembelih. Mula-mula cuak, lepas tu semua buat lawak kata kambing tu nervous sangat. Adoiiii...
Malam tu, Fitri mimpi kambing tu elok duduk depan pagar rumah opah. Kiranya macam menyerah diri balik arr.
Tup-tup... pagi esok bila bangun dengar geng mak-mak kecoh. Katanya kambing tu datang menyerah diri. Hehhh... kebetulankah? Tapi serius, kambing tu duduk kat pagar juga macam yang Fitri mimpi. Dahlah waktu kena sembelih pun kambing tu rilek je.
Tak nervous dahhhh... haha...
Alamak! Jauhnya Fitri menyimpang. Maaf leee... kalau dah mula menaip tu, macam-macam nak ditulisnya. Hehehe...
Alkisahnya memang Fitri lupa gila yang esok dah raya. Padahal pagi tadi balik Kuala Kangsar boleh je berhi-bye dengan lembu di atas lori. Balik rumah terus lupa. Ngeeee...
Lepas tu waktu bapak potong lori lembu saja nak babai lembu tu. Cis, dia hala bontot ke arah kereta Fitri sekeluarga dan prottttt... fresh from oven kau!
Bapak kata... itulah kamu, babai lagi dia.
Mak dah gelak terbahak-bahak.
Fitri pula... nyesal babai. --'
Baru teringat yang esok raya bila terdengar suara takbir dari surau yang terdekat. Tak dengar sangat sebab sayu je suara pak imamnya. Tapi, Fitri berusaha memasang telinga besar-besar dan dengar suara orang bertakbir.
Terus macam... okay, aku dah silap kalendar ke?
Padahal sebelum tu dah terbau rendang daging yang mak masak. Balik dari Kuale siap beli lemang 3 batang. Siap tolong mak belikan ketupat mini lagi tu! Dasar banyak makan kepala ikan Fitri ni! >_<
Apa-apa pun, ini dia dari Fitri...
Padahal sebelum tu dah terbau rendang daging yang mak masak. Balik dari Kuale siap beli lemang 3 batang. Siap tolong mak belikan ketupat mini lagi tu! Dasar banyak makan kepala ikan Fitri ni! >_<
Apa-apa pun, ini dia dari Fitri...
SALAM AIDILADHA
MAAF ZAHIR DAN BATIN
TUMBANG LEMBU TU BAIK-BAIK
SEKARANG BUKAN ORANG JE...
LEMBU PUN DAH SADO DAH...
HAHA... :P
NI PENANGAN BACA MAJALAH MUSLIM TEENS LA NI.
LEMBU SADO... HAHA...
P/s : Tak ada e-kad lawa-lawa. Tak sempat nak buat. Hehehe... ;)
Wassalam. Tata. Thanks sudi baca luahan hati Fitri. ^_^
selamat hari raya juga... ^_^
ReplyDelete