Friday, 18 September 2015

Berhibur Sambil Membantu

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum dan hai semua...


Berhibur sambil membantu.
Ayuh kita berhibur dengan mendengarkan sebuah lagu baru dari Harris J.
Seorang jejaka kacak yang berasal dari London, UK.


Gambar dari Harris J - Facebook

Hensem tak?
Hehehe...
Dia sebaya dengan Fitri jadi tak ada perasan lain selain rasa dia hensem.
Tak hensem?
Tak kisahlah sebab lain orang kan lain citarasa.
Jadi...
Macam mana dengan lagu baru Harris J tu?
Best kan?
Mendalam sangat maksudnya.

Dah puas berhibur?
Ayuh.....
Kita bantu seorang hamba Allah yang  memerlukan bantuan kita.

Fitri nak ringkaskan kisah kak Elee Mardiana yang sedang menghadapi dugaan getir pada saat ini, Fitri tak mampu. Jadi, apa yang boleh Fitri kata... kak Elee benar-benar memerlukan bantuan kita untuk meringankan bebannya.

Jadi, di sini Fitri sertakan status yang dimuat naik oleh kak Elee di laman Facebooknya beserta beberapa keping gambar.

Assalam.
Terima kasih kepada pembeli 182 buah novel Kalau Dah Jodoh. Syukur kepada Allah kerana telah menghantar hamba-hamba-Nya yang berhati mulia untuk membantu saya. Aku mencintai-Mu dan Rasulullah SAW, ya Rabb.
Buat kalian, insan berhati mulia, terima kasih atas bantuan yang kalian berikan kepada saya. Semoga Allah sentiasa merahmati kalian dan melipat gandakan rezeki kalian dan tidak mengizinkan kalian berasa susah walau sedikit pun selama hayat kalian. Aamiin...
Bagi yang masih sudi membantu, saya masih memerlukan 318 orang pembeli. Jika kalian bukan pembaca, belilah untuk kawan atau untuk dihadiahkan kepada sekolah anak-anak kalian. Atau sudilah kiranya share rayuan saya ni di wall masing-masing atau di grup wassap yang kalian sertai. Minta maaf jika saya kelihatan memaksa. Hakikatnya, saya masih dan sangat-sangat memerlukan bantuan kalian.
Belilah buku saya. Bantu saya sambil membaca.
Kalau Dah Jodoh
RM17.00 (SM) / RM20.00 (SS)
Harga termasuk kos poslaju.
Untuk beli, bank in dalam akaun Maybank Elee Mardiana binti Muhammad.
No. 158396028622
Selepas bank in, berikan saya nama, alamat, nombor telefon dan bukti bayaran.
Semoga Allah sentiasa merahmati kalian yang sudi membantu saya.




Antara review novel Kalau Dah Jodoh yang memang tidak akan menghampakan.


Gambar-gambar ini di'kopi&pasta' dari Facebook.
Jadi...
gambarnya tidak boleh dibesarkan.
^_^

Untuk membeli novel yang super gempak ni bolehlah mesej di laman Facebook kak Elee di SINI.

Fitri dah ada satu. Mak Fitri yang baca dulu. Mak tak bagi Fitri baca sebab SPM tinggal lagi 44 hari. (menangis air mata darah sebab rasa macam baru semalam naik tingkatan 4) Reaksi mak Fitri bila baca novel kak Elee yang ini memang buat Fitri rasa tak puas hati.

Dok tersengih. Dah sengih, gelak sorang-sorang pula. Tak puas hati... Fitri baca satu bab iaitu bab 1 dan tak sanggup nak teruskan lagi sebab kalau diteruskan super confirm yang memang Fitri akan terus melekat dengan novel ni. Serius best! Bab 1 lagi dah ada rasa suspens. Belum lagi Fitri baca sampai habis. Huisshhh... sabar Fitri sabar.

Jadi, kak Elee memerlukan lagi 318 orang pembaca yang bertuah yang dapat dating dengan Jujen. Ayuh, buddyz Luahan Hati Dari Jiwa... hulurkan sedikit dari rezekimu buat kak Elee.

InsyaAllah... rezekimu yang dikongsi dengan insan yang memerlukan seperti kak Elee akan diganti dengan sesuatu yang lebih besar dari apa yang diberi. Ingat duhai buddyz, tangan yang memberi itu lebih baik dari yang menerima.

Jadi... ayuh kita memberi selagi kita masih mampu untuk memberi. ^_^

Gambar dari Facebook Chomel

Fitri tak memaksa buddyz untuk membantu kak Elee. Seperti yang Fitri katakan... kita memberi selagi kita masih mampu untuk memberi. Tidak banyak, sedikit pun akan dikira dalam buku amalan pada bahu kanan kita. ;)

Nak melakukan kebaikan, baru sahaja berniat untuk ke arah itu, malaikat sudahpun mencatatnya sebagai kebaikan kita pada bahu kanan. Namun, jika kita berniat jahat... ada tempoh yang diberikan kerana berkemungkin kita akan bertaubat selepas melakukan kesalahan tersebut.

Lihatlah... mudahnya untuk melakukan kebaikan. ;)

AYUH, SAMA-SAMA KITA BANTU KAK ELEE MARDIANA.
^_^


Kak Elee Mardiana sebenarnya bukan lagi seseorang yang asing dalam bidang penulisan novel. Dalam simpanan Fitri sudah ada empat buah novel kak Elee termasuk Kalau Dah Jodoh. Sebelum ni Fitri ada novel Cinta Seorang Kekasih, Encik Abangku Romantik dan novel Izad Menjejak Buku Sakti (novel remaja).

Ketiga-tiga novel kak Elee tersebut memang kegemaran Fitri sampai hari ni. Terutama Cinta Seorang Kekasih. Novel yang dah nampak sangat-sangat usang dan kulit buku pun dah berkedut-kedut tapi okey balik sejak tak boleh baca sejak masuk tingkatan 5. Kenapa nampak usang dan kulit buku berkedut-kedut?

Sebabnya, setiap kali Fitri stres Fitri akan capai novel CSK untuk dibaca. Jalan cerita yang menarik dan sedih tahap gaban. Yang paling Fitri tak boleh lupa hero pertamanya belajar di MCKK (Malay College Kuala Kangsar). Hahaha.. Fitri bab Kuala Kangsar memang tak boleh lepas. Maklumlah, kampung halaman darling mak Fitri.

Memang sedih dan sedih tetap terasa even dah banyak kali baca pun novel CSK tu. Tapi, Fitri tak pasti sama ada novel Cinta Seorang Kekasih masih ada dalam simpanan kak Elee untuk dijual. Kalau nak, cuba tanya pada kak Elee, ya. ^_^

Akhir kata...

Fitri hanya insan kerdil yang cuba membantu insan lain. Fitri juga sering melakukan kesalahan. Jadi, maafkan Fitri seandainya ada salah dan silap yang Fitri tak sedar Fitri telah lukai hati kalian dalam entri ini.

Ayuhlah buddyz... jika mampu, berikan sedikit daripada rezekimu buat bantu kak Elee. Jika tidak, jangan abaikan entri ini sebaliknya letakkan ke dalam doamu mudah-mudahan saudara kita yang ditimpa kesusahan dipermudahkan urusannya.

Terima kasih pada awak.
Ya... awak.
Awak yang tidak mengabaikan entri ini.
Jika mahu membantu kak Elee silalah ke laman Facebooknya.
Link di bawah --->

ELEE MARDIANA

Jika ada sebarang masalah pada mana-mana link yang Fitri kongsikan, 
sila maklumkan pada Fitri.
Fitri akan letakkan link yang baru pada ruangan reply komen anda.

PERHATIAN, MENGIKUT KAK ELEE, MULAI BULAN HADAPAN HARGA NOVEL AKAN MENGIKUT HARGA ASAL NOVEL IAITU RM22 UNTUK SEMENANJUNG DAN RM25 UNTUK SABAH/SARAWAK KERANA POSLAJU AKAN MENGENAKAN CAJ TAMBAHAN BAGI BERAT YANG MELEBIHI BERAT YANG DINYATAKAN PADA BUNGKUSAN PRABAYAR.

Wassalam. Tata. Thanks kerana sudi baca luahan hati Fitri. ^_^

9 comments:

  1. Mcm best je novel tu. Terasa nak beli pulak. InsyaAllah bln dpn beli. Murah kan rm17 je inc post.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang best, kak.. rugi kalau tak beli... ^_^

      P/s : Mohon baca komen kak Elee di bawah kerana terdapat pertukaran harga mulai bulan hadapan...

      Delete
  2. Sheila... bulan depan harganya naik jadi harga asal iaitu RM22.00 (SM) / RM25.00 (SS). Sebabnya, poslaju akan mengenakan caj tambahan bagi berat yang melebihi berat yang dinyatakan pada bungkusan prabayar. Caj tambahan yang dikenakan ialah RM3.50 - RM4.00 bagi setiap 1kg yang melebihi had tersebut. Minta maaf sangat-sangat. Novel akak berat.

    ReplyDelete
  3. Buat Fitri, terima kasih kerana sudi uar-uarkan rayuan akak tu. Terima kasih, adik. Semoga Allah sentiasa merahmatimu dan memberikan rezeki yang tidak putus-putus buatmu sekeluarga. Aamiiin...

    ReplyDelete
  4. macam menarik je nove tu...

    p/s : Salam. Terima kasih sudi join Segmen Nak URL Blog #18. (^_^)

    Blog ini telah tersenarai di http://www.mialiana.com/2015/09/senarai-url-blog-18.html

    - Mia Liana -

    ReplyDelete
    Replies
    1. novel ni memang menarik, kak.. mak saya kata novel ni memang terbaik dan tak kering gusi membacanya... ^_^

      w'salam.. sama-sama kasih.. ;)

      Delete
  5. Wah boleh nak cuba baca satu nanti

    Jemput singgah blog sy SPORTING MUMMY

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh beli pada kak Elee ya, novel ni.. ^_^

      Anyway, terima kasih sudi singgah.. ;)

      Delete