Thursday, 30 July 2015

Raya Kan Sebulan!

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum dan hai semua...

Perrgghh.... punyalah dah lama raya, puasa 6 pun mungkin ada yang dah habis tapi budak debab ni baru nak update pasal raya. Gila ketinggalan zaman! Tapi apa aku kisah, kan... raya, kan sebulan. Tapi yang jadi tak rayanya budak ni tak sedar diri lagi hujung bulan 8 ni dah trial SPM. SPM kau! SPM! Tapi tak sedar diri lagi. Ada sesiapa ada ubat yang mampu sedarkan diri budak ni dari terus berada di alam mimpi tak? Kalau ada, Poslaju la kat teman. =P

Apa-apa pun raya kali ni memang havoc habis. Boleh pula Fitri lupa nak tangkap gambar raya dari raya first dengan saudara-mara. Serius sekeping pun tak ada gambar dengan family. Tak payah orang lain, selfie dengan mak Fitri pun tak ada. Fitri tak tahulah kut-kut gara-gara terlebih makan lemang jagung sampai lupa hajat nak selfie dengan baju raya baru dengan mak dan bapak.

Last-last sampai hari ni tak ada gambar raya dengan family. Yang banyak gambar dengan kengkawan havoc da boom Fitri sebab Fitri pergi rumah terbuka diorang. Hehehe... dia bila tiba tahun peperiksaan besar memang banyak sangat rumah terbuka nak pergi. Macam PMR 2013 la, banyak giler rumah terbuka Fitri pergi. Tapi, tahun 'honeymoon' iaitu tahun lepas, satu pun tak ada rumah terbuka. Chitttt...

Okey, rumah terbuka yang pertama yang Fitri pergi tahun ni adalah rumah Erna. Memang havoc arr rumah Erna sebab agak ramai juga yang datang.

*dipadam*

Waktu tengah syok-syok selfie tu boleh pula sedare atau kawan abang Erna, entah Fitri pun tak sure... kata yang kita orang ni form three. Kau tak rasa ke yang muka kita orang ni terlalu babyface? ;P
(nak baldi tak?)

*dipadam*

*dipadam*

Husna . Azy . Izzati . Erna . Shaz . Fitri . Meah . Kema

*dipadam*

Tak cukup lagi dua orang kat atas gambar ni, Liana dengan Umairah. Liana tak dapat datang sebab saudara dia datang rumah rasanya. Umairah pula tak dapat datang sebab tak ada kenderaan. Dia nak naik motor tak boleh sebab dekat rumah dia hujan lebat. Nasib baik dekat rumah Erna dah nak dekat balik tu baru hujan tapi sopan aje turunnya sebab pagi tu dah turun lebat giler.

Dah puas kita orang dok posing depan pagar rumah Erna, kita orang gerak pergi rumah Shaz. Tak adalah jauh sangat tapi kita orang naik kereta, abang Erna bawa. Aku rasa mesti abang Erna pening dengan kita orang yang gila selfie ni. Perjalanan tak sampai pun 5 minit. Tapi, dia punya selfie tu bukan mahen dahsyat. Berkeping-keping gambar.

Yang sedihnya Erna la sebab dia duduk depan, kita orang duduk dekat belakang. So, dia tak dapat nak join kita orang selfie. Muahaha... =D

Opppsss... gambar-gambar selfie tersebut amat berbahaya untuk dimasukkan ke sini sebab muka semua memang tak boleh blah. Yang terlebih cover ayu ada, yang terhentak sebab lalu dekat bonggol ada, macam-macam ada. Hahaha! Memang super havoc!

Dah sampai rumah Shaz, terus lepak depan Tv. Haha... memang tak sopan sungguh, kan? Tapi, Tv dah terbuka, kita orang layan ajelah sambil mulut dok kunyah bihun campur mi sup. Haha... orang lain sopan je makan bihun sup. Fitri suka hati pi letak dua-dua. Dahlah tak tahan pedas sambal kicap mak Shaz. Perrgghh... nampak sopan je sambal kicap tu. Fitri letaklah dua sudu, sekali berapi! Haha....

Oh ya, kat rumah Erna kita orang makan nasi tomato dengan laksa. Nasi tomato mak Erna memang mantop bak hang! Dengan muka tak tahu malunya pergi tambah dua kali. Kehkehkeh... nak buat macam mana, bukan selalu dapat makan masakan mak Erna. Nyummm... laksa pula, Fitri makan sikit je share dengan Kema sebab nak rasa aje. Yalah, penat-penat mak Erna masak banyak-banyak takkan kita orang nak tengok je, kan..

Perrgghhh... terbayang lagilah nasi tomato mak Erna. Heee...

Okey, ni je gambar yang Fitri ada dekat rumah Shaz. Itupun posing depan pagar je sebab waktu ni ramai yang dah balik. Tinggal Fitri, Kema dengan Meah je. Shaz sah-sah tak balik ke mana-mana dah rumah dia. Hehe...

*dipadam*

*dipadam*

*dipadam*


Lepas tu hari Jumaat hari tu, Fitri buat rumah terbuka kecil-kecilan. Ajak rakan sekelas je. Maaflah pada yang tidak dijemput sebab tahun ni tak mampu nak buat besar-besar macam tahun lepas. Dan yang datang pun memang kecil-kecilan giler. 3 orang je! Cehhh!

Tapi syukur jugalah ada yang datang. Kalau tak ada langsung yang datang, nyorok belakang almari sambil menangis teresak-esak. Yang datang hanya Kema, Meah dengan Maira. Maira dengan Kema bagi cadangan, siapa yang tak datang tu lain kali kalau datang bagi biskul bantal je lepas tu pergilah makan bawah pokok mempelam.

Hahaha... setelah difikir-fikirkan, cadangan tersebut ditolak sebab siapa nak habiskan makanan nanti, weyhhh.

*dipadam*

Muka bahagia sebab orang pertama rasmi sosej dengan laksa dengan rumah Fitri. Hahaha...

*dipadam*


Diorang dapat duit raya, mak Fitri bagi.
Fitri pun nak show off juga, tak tahu nak show off apa, show off ajelah purse Meah.
;D

*dipadam*

*dipadam*

*dipadam*

*dipadam*

Dia memang ratu drama. So jangan pelik kalau dia berjaya dapat feel walau sebenarnya penumbuk tu jauh dari muka dia.

Muka Maira tak ada dalam gambar kat atas sebab dia balik awal.

Dah tamat kisah rumah terbuka Fitri, pergi pula rumah terbuka Kema hari Ahad hari tu. Dan yang terbaiknya rumah terbuka Kema ni, mak dia sudi tunaikan permintaan aku untuk masak soto. Even sebenarnya Fitri request dekat Azy tapi Azy tak nak buat rumah terbuka. So, Kema dengan baik hatinya kata nanti aku buat rumah terbuka aku masak soto.

Yes, dah lepas keinginan Fitri!

Yang bestnya juga mak Kema masak rendang nogori. Perrgghhh... pedas dan hangat tapi lagi pedas lagi sedap. Huhuhu... Fitri campur aje rendang tu dalam soto. Memang terangkatlah Cikgu Zaileha masak. Tiga round kau, Fitri makan soto. Hahaha... apa kisah, kan. Dah lama kut teringin makan soto.

Hari tu mak adalah buat (hari tu yang tahun lepas =P ) soto tapi macam tak puas makan. Makan empat mangkuk (dari sarapan sehingga ke makan malam) tup-tup dah habis. Lepas tu request mak buat lagi tapi mak malas nak buat. Aloooo...

*dipadam*

Maaflah Meah, aku masuk juga gambar ni sebab ni aje gambar tuan rumah yang aku ada. Huhuhu...

*dipadam*

#KPSMKABC2015 with #AZY

*dipadam*

Nilah raya budak zaman teknologi, fon aje kerjanya.
Aku pun sama je sebenarnya. =P


Ni namanya Labi kalau tak silap.

Lepas Maira dengan Meah balik, Fitri ambil kesempatan untuk bergambar dengan si comel Kema.
Comel-comel semuanya. Rasa nak cilok aje seekor bawa balik.

*dipadam*

Namanya Kacak. Bukan mahen tutup mata feeling nak tangkap gambar.

*dipadam*

Punyalah payah nak ambil gambar dengan dia. Tak nak langsung tengok kamera.
Nama dia Fitri tak tahu.

*dipadam*

Gambar banyak lagi sebenarnya tapi bukan dekat Fitrilah.
Ini aje gambar yang Fitri ada, so ini ajelah yang Fitri letak. Hehehe...

Okey, itu sahajalah perkongsian Fitri pada kali ini. Insya-Allah esok nak pergi rumah terbuka lagi. Hehehe... destinasinya ialah rumah Liana. Yeayyy... raya kita raya. =P

Thanks buat Erna, Shaz dengan Kema sebab sudi ajak kita pergi rumah korang untuk beraya. Yang bestnya dah tua pun dapat duit raya lagi. ;) *lompat sampai ke langit*

Okeylah, nak sambung stres SPM. Daaaa...

Wassalam. Tata. Thanks sudi baca Fitri merepek. ^_^

No comments:

Post a Comment