Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum dan hai semua...
Wuhuuu... sambil menaip sambil bau tangan sendiri. So yummy. Bau cheese yang homaii...
Ok, tak payah nak cerita panjang lebar sejauh perjalanan dari utara ke selatan. Jom kita mulakan sesi merepek pasal cheese. Hari tu sesaja Facebookwalking kat wall orang. Tup tup terjumpa resipi yang ohsem tahap nak gigit jari. Resipi Kek Keju Jepun.
Huhuhu... Fitri yang 'comel' ni memang hantu kek. Oleh kerana jarang nak pergi bakeri, jadi dengan rajinnya buatlah sendiri dekat dapur. Itupun dah gaya macam tongkang pecah. Memang kalau Fitri ada bakeri sendiri, hancurlah ceritanya.
So, sesiapa yang nak try buat cheesecake yang giler punya simple bolehlah buat. Nah, Fitri bagi resipi. Tapi, for your information, blog ni tak boleh di kopi dan pasta. So, you just can read and then write on paper. You can't to copy it. Sorry.. ;)
Bahan2 :
7 keping cheddar cheese (kira-kira 28g satu slice) -Fitri gantikan dengan philadelphia, guna 200gm-
200ml susu segar@susu cair
4 biji telur
75gm tepung naik sendiri
75gm butter
100gm gula halus
1/2 sudu teh cream of tartar (Fitri tak ada krim tartar ni, so Fitri ganti dengan 1½ sudu kecil jus lemon)
Cara Menyediakan :
1. Koyakan cheese kecil-kecil dan campurkan bersama susu.Masak dengan api perlahan..Kacau
selalu.
2. Bila dah hancur masukkan butter sehingga cair, tutup api dan sejukkan.
3. Asingkan putih dan kuning telur di dalam bekas yang berlainan.
4. Pukul putih telur bersama gula dan cream of tatar sehingga kembang dan meringue(bertanduk).
5. Kemudian pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan adunan cheese tadi (ditapis)
6. Masukkan tepung sedikit-sedikit serta kacau perlahan-lahan sehingga sebati.
7. Kemudian masukkan adunan putih telur tadi dan kaup balikkan adunan sampai sebati
8. Lapikkan loyang dan sapu dengan sedikit butter.
9. Letak loyang dalam bekas berisi air panas
10. Panaskan oven..boleh lah dibakar dalam 1 jam 30 minit atau mengikut kepanasan oven masing-
masing (Fitri bakar selama 60 minit dengan suhu 180 darjah)
Amacam, simple giler kan?
Yup, memang simple habis tapi sayangnya Fitri buat tak berapa nak jadi. Bantat. Tak menaik pun walaupun rasanya teramatlah ohsem. Huhuhu... sedih kut. Tak tahulah dekat mana problemnya, Maybe waktu Fitri pukul telur putih tu tak berapa nak kembang, itulah sebabnya tak menjadi. Huhuhu...
Owh, sebelum kek tu mendarat dalam perut Fitri dan sepupu, sempat jugalah kek tu jadi model sambilan. Hehehe...
It's look like a real cheese sebab tak naik. Hahaha... warnanya pun jelas lain sangat2 dengan gambar dekat Facebook. |
Thanks kepada pemilik jari yang excited giler nak mengunyah kek tu. Berulang kali dia meyakinkan yang kek Fitri ni sedap. Ok, thank you banyak2 ya. |
Drama sangat sebab dah tinggal lagi satu. Hehehe... Ok, tolong jangan gelakkan Fitri yang potong kek tu dah serupa potong kuih seri muka.
So, untuk cakeholic (perkataan ni tak wujud dalam kamus, so jangan cari) dan suka memasak kek tu, sila-silakanlah masak kek yang ohsem giler cheese ni. Gerenti dan dijamin akan melelehkan air liur korang. Yummm...
Tapi, be careful la waktu buat tu. Kalau tak, bantat macam Fitri punya. Dahlah memang ada rupa cheese yang block tu. Hehehe.. jadilah. Korang, make sure try this recipe ok?! Luv u. ;)
Wassalam. Tata. Thanks sudi baca Fitri merepek. ^_^
No comments:
Post a Comment