Sunday, 19 October 2014

Semangat!!!

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum dan hai semua...


Huhuhu... update blog lagi budak ni. Korang yang datang ni tak menyampah ke? Yalah, tiap-tiap minggu ada aje notification kata budak ni update blog. -_-

Sebenarnya dalam proses final year exam lagi ni. Tapi tengah cuti Deepavali. Seminggu der! Apalagi, joli sakan habis-habis arr. Letak ke tepi jap maths whatever tu semua, lepas Deepavali kita sambung balik. Errkk... boleh pula main sambung-sambung, kan?

Dah lama tak buka fb dengan blog. Tak adalah lama mana, seminggu aje pun. Tapi bila buka aje fb. Wah, berderet-deret kata-kata semangat dari salah seorang kawan maya aku! Nur Najihah namanya. Wah, bersemangat betul dia nak menulis.

Aku pula semangat dah ke laut. Especially cerpen bergenre cinta. Don't know why tapi sekarang ni aku suka tulis cerpen yang berunsurkan persabahatan. Kalau ada terselit kisah cinta pun tak penuh dan tak menguasai jalan cerita tu. Kut cinta sesama sahabat yalah.


Entah kenapa aku pun tak tahu. Lepas tu setiap kali nak beli novel pun sekarang ni kena fikir hampir namploh kali atau aku akan membazir duit. Sebabnya aku sekarang ni dah lembab giler baca. Balik-balik dok ulang baca Imam Mudaku Romantik, 13 Jam A380 dengan novel-novel Herna Diana.

Ini pun dalam proses nak habiskan novel omputih tajuknya The Fault In Our Stars. Korang boleh bayang tak kalau dah novel Melayu pun lembab nak habis, novel omputih apatah lagi, kan? Tapi best sebenarnya baca novel omputih ni. Lagi best daripada baca novel Melayu. Sebab novel omputih ni jenis yang straight to the point di samping boleh memantapkan lagi BI. Tak gitu...


*Novel ni the best dan bahasa Inggerisnya adalah bahasa Inggeris yang mudah, yang mudah difahami. Cerita sangat-sangat aku suggestkan pada korang yang nak mencari apa itu erti kehidupan. Aku suggestkan juga korang bawa tisu waktu baca novel ni. This novel is badly sad.*

Ok, sambung balik pasal semangat dalam menulis. Aku tak ada mood nak menulis novel buat masa ni. Lagipun aku ni kalau tulis novel gerenti tenggelam dalam laut. Semua yang baca mesti akan ngantuk lepas tu mesti sakit hati sebab aku tulis entah apa-apa. Itu aku akui!

Jadi, kesimpulannya aku hanya mampu menulis cerpen sahaja setakat ni. Itupun kadang-kadang banyak ke laut daripada ke angkasa. Kadang-kadang apa yang aku tulis pun aku tak faham. Apatah lagi orang yang membaca, kan?

Sampai kawan aku, mak cik Azy pun komen kata aku menulis merepek-repek. Tapi, 5 saat lepas tu dia request aku cerpen baru. Tak ke tiba-tiba aku nak buat gelanggang WWE, tumbuk dahi dia sampai berbenjol macam Shin Chan. Buat panas hati aku aje mak cik tu. -_-

Oh, buat Nur Najihah, nanti kalau dah jadi novelis, jangan lupa inform. Eden nak jadi antara orang terawal dapat sign Jiah yang beso-giler-kalah-Omi. Kak Weeda Ahmad pun! I want to be one of the earlier person get your first novel. Huhuhu... tiba-tiba jadi bersemangat pula bila tulis pasal diorang.

Huhuhuhuhuhu... ok, itu adalah antara tanda-tanda aku dah kematian idea. Setakat ini ajelah buat kali ini. Insya-Allah, bertemu lagi kita di entry yang akan datang. Oh ya, aku dalam proses menulis sebuah cerpen bertajuk Ceritera Sahabat. Tak siap lagi dan insya-Allah aku akan cuba siapkan dalam waktu cuti ni.

Nah, aku bagi teaser setakat yang aku tulis setakat ini!

-

"Wherever you go, whatever you do, I will be right here waiting for you..." lagu Right Here Waiting nyanyian Richard Marx berkumandang dari dalam beg silang di atas riba aku.

Aku yang tidak mahu si pemanggil tertunggu-tunggu terus mencari telefon bimbit di dalam beg silang. Setelah telefon bimbit dijumpai, aku segera menekan butang hijau. Sempat juga aku meneliti gerangan si pemanggil. Ratina, rakan serumah sewa aku yang menelefon.

"Assalamualaikum..." tak sempat aku ingin menyambung kata-kata, Ratina terus mencelah dengan suaranya yang cemas.

"Jiji, kau kena balik cepat, Jiji! Utih sakit, Jiji. Aku tak tahu nak buat apa. Dari tadi aku tengok dia tak dapat nak bernafas betul-betul. Aku tak tahu nak buat apa, Ji!" tanpa menjawab salam yang aku hulur, Ratina terus berkata-kata.

Aku tertegak di atas kerusi yang aku duduk. Utih sakit? Aku terus bergegas bangun sambil telefon masih terlekap di telinga aku.

"Kau telefon ambulans, Ti. Telefon cepat!"

-

Oklah, setakat di sini sajalah bebelan aku kali ni. Harap dapat berjumpa lagi di entry yang lain!

Wassalam. Tata. Thanks sudi baca Fitri merepek. ^_^

3 comments:

  1. Wahhh ! :D entry dia ada nama kite lahh.. terharu. hihii..
    semangat fit ! jiah semangat baca entry fit nie. tak terjangka pulak ada nama Nur Najihah disitu. btw, tqvm dear.

    chaiyok2 ! kita sama2 jd penulis novel yg berjaya satu hari nanti. step by step. >.< love you !

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe... ur welcome my buddyz... insya-Allah, jika ada rezeki untuk jadi novelis, kita pasti akan jadi novelis..

      love u too! ♥

      Delete
    2. insyaALLAH. smoga ALLAH permudahkan kita.. :) :) :)

      love you more !! <3 ;)

      Delete