Thursday 2 October 2014

Demam K-Pop Balik!!!

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum dan hai semua...


Demam K-Pop sedang berleluasa di kupukupupurple.blogspot.com. Jadi, awas kepada para pembaca. Sila pakai penutup hati sebab takut nanti terjangkit pula dengan mak cik yang comel ni.

Kenapa tajuknya 'Demam K-Pop Balik!!!'? Adakah sebelum ini aku pernah dijangkiti 'penyakit' tersebut?

Jawapannya, ya. Aku memang ratu tegar K-Pop sejak zaman Choi Ji Woo dengan Bae Yong Joon lagi. Zaman tu zaman mak aku dok puji gigi kawan aku putih berseri-seri sebab dia gosok gigi pakai ubat gigi Kodomo Lion. Tapi aku malas gosok gigi. Dok makan cekelat udang sehari tiga biji.


Tapi aku sembuh sekejap waktu form 1. Entah kenapa waktu tu lepas tengok muka Rain dalam Fugitive B whatever tajuk drama tu, terus aku jadi muak dengan Korea. Jangan kata nak layan K-Pop, aku dengar nama pelakon/penyanyi Korea pun rasa macam nak muntah. Apa masalahnya pun aku tak tahu. Tiba-tiba ratu tegar K-Pop ambil cuti tanpa gaji beberapa tahun.

Lepas lebih kurang dua tahun setengah aku sebagai si ratu tegar K-Pop mengambil cuti tanpa gaji, akhirnya aku buat keputusan untuk kembali bekerja. Itupun atas dasar sukarela, tak ada kerana terpaksa aku relakan. Rela! Selepas aku terjatuh hati dengan wajah jambu sorang 'mamat' ni.

'Mamat' yang dimaksudkan ialah...


Orang rabun jauh tapi lupa nak pakai spec aje yang tak kata mamat ni jambu. -_-

Last aku dating dengan mamat ni dalam Dream High. Cerita dia yang embraces whatever tu aku tak tengok. Sebabnya waktu tu aku cuti tanpa gaji lagi. Aku start nak jadikan dia bakal raja tegar K-Pop waktu tengok dia dalam Running Man kat Tv2.

Aku ni jenis suka main tekan-tekan remote control tv. Tekan punya tekan berhenti dekat Tv2. Aku nampak bot atas air mula-mula. Aku ingatkan cerita apa. Tup-tup terjengul muka bakal raja tegar K-Pop aku ni. (Aku??? Uwekkkk)

Oleh kerana wajah jambunya yang bertambah jambu waktu dia menggelabah telah 'menyukarelakan' aku untuk kembali menjadi ratu tegar K-Pop. Memang mamat ni punca 100% aku kembali dijangkiti virus K-Pop.

Walhal sebelum tu kawan-kawan aku beria bodek aku dengan macam-macam cerita Korea tapi aku buat derk je. Tapi dengan wajah jambu ni, dalam masa satu saat aje virus tu berkembang dengan jayanya.

Oh, lupa nak memperkenalkan bakal raja tegar K-Pop aku ni. Nama dia Kim Soo Hyun. Umur dia, tempat lahir dia, tarikh lahir dia, senarai drama dengan filem yang dia berlakon, awek dia, keluarga dia, semuanya korang boleh dapat dengan hanya melakukan pencarian di Google.

Aku tak ada masa nak pergi cari biodata dia. Cukuplah sekadar aku melihat wajahnya dan mengetahui namanya. Aku sudah terpikat!

Gatal!

So, start daripada episod ada muka bakal raja tegar K-Pop inilah, aku layan Running Man. Baru aku faham kenapa kawan-kawan aku kadang-kadang bercerita tentang Running Man pun macam tengah tengok Running Man. Sampai menangis tak cukup tisu dibuatnya.


Nak tengok lagi best atau versi real cari kat Google. Aku suka gambar ni! ;)

Cerita Korea, aku try layan sikit tahun lepas. Tajuknya Master Sun tapi tak habis. Sebab waktu tu kerana terpaksa aku relakan. Kawan-kawan dok bercerita, aku tak faham, lastnya dengan paksa aku jebakkan diri. Tapi, tahan sekejap aje. Lepas tu cuti tanpa gaji balik.

TAPI, lepas jumpa bakal raja tegar K-Pop tu, aku kembali menjadi ratu tegar K-Pop. Tapi, harapan aku ialah aku perlu segera menyembuhkan 'penyakit' K-Pop ni. Tak kena betul waktunya untuk aku naik takhta balik.

Tahun depan nak SPM, der!!! Yang perlu aku jawab kertas periksa SPM, bukan kertas periksa K-Pop. Tak adanya dia tanya pasal Jong Kook ke, pasal F4 ke. Tak adanya benda-benda tu semua! Haihhh... bahaya betullah!

Tapi, dalam dok risau tu, aku ingat nak tengok cerita Korea waktu cuti panjang akhir tahun ni nanti. Tengok, betapa bahayanya virus ni. Aku ingat aku nak ulang tengok cerita Empress Ki. Kat 8TV aku tengok start dari episod 30 terakhir macam tulah. Jadi, kesimpulannya aku tak tahu permulaan cerita.


Cerita ni pula aku terpengaruh sebab ada lagi sorang 'mamat' jambu. Nama dia Ji Chang Wook. Tapi, sejambu dia pun tak mampu untuk menggantikan tempat Kim Soo Hyun di hati aku. (kalau budak laki baca gerenti diorang akan komen.. 'nilah perempuan, suka sangat obses dengan pelakon Korea. apa pelakon Melayu tak hensem ke?)


Aku cadangkan sesiapa yang nampak muka 'mamat' ni tak jambu, tolong pergi buat pemeriksaan mata. O_o

Sebab pertama aku suka drama ni ialah drama suasana lokasi berlakon tu cantik giler tahap nak terbang pergi Korea. Now everyone can fly, bak kata Air Asia. Sebab kedua, aku suka tengok Ha Ji Won dengan Ji Chang Wook. They look so sweet like honey and bee. Muahaha... ada punya perumpamaan daa.

Sebab ketiga, jalan cerita sentiasa meninggalkan debaran yang kencang ke hati korang. Setiap kali habis satu-satu episod tu, korang rasa macam nak pinjam alat pemutar masa Doraemon. Sebabnya cerita dia akan jadi macam tergantung. Kita akan tertanya-tanya, what happen next?

Sebab ke-empat, ada tiga jejaka hensem dan dua daripadanya Shaz panggil pak cik sebab dah three & four series.


Ji Chang Wook (yang ni two series lagi)


Joo Jin Mo (dah four series dah pak cik ni)


Jin Yi Han (pak cik ni three series)

Sebab kelima, lagu-lagu dalam drama ni memang mantop!!!



Dua lagu ni memang favourite aku! Lagu blog ni pun lagu Empress Ki. Cuma versi piano. Errr... lagu dalam blog aku ni auto. So, kalau tak nak lagu. matikan sendiri. Muehehe...

Oh, lupa nak kabor! Gambar-gambar dalam entry ni hasil kopi&pasta di Google. Jadi, tumbesarannya terencat. Tak boleh dibesarkan!

Errr... rasanya macam tak ada apa dah nak dimerepekkan. Setakat di sini sahaja dululah entry Nur Fitri buat kali ni. Semoga dapat kita bertemu lagi di lain hari. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. ;P

Wassalam. Tata. Thanks sudi baca Fitri merepek. ^_^

No comments:

Post a Comment