Thursday 30 October 2014

Ceritera Takdir Aku (cerpen)

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum dan hai semua...

Hehehe... sebelum korang meneruskan sesi pembacaan korang, korang kena baca dulu cerpen Ceritera Sahabat Cerpen ini ada kaitannya dengan cerpen tersebut. Tolong simpan balik niat nak belasah budak tak bersalah ni! :P (walhal bersalah)

Tapi sorry ek sebab cerpen ni panjang tahap gaban. Nak potong sikit-sikit tapi rasa macam tak best kalau potong beberapa part. Semuanya penting bagi aku. Huhuhu... apa-apa pun, Keep Calm and Read On! ;)


Usai memarkirkan kereta, aku terus mematikan enjin. Sempat dahulu aku termenung. Errmm... bukan termenung kosong tapi berfikir. Nak pakai payung ke tidak? Di luar sana sedang hujan namun tidaklah selebat mana. Tapi boleh jugalah kalau nak rambut basah.

Errrmmm... tak perlulah nak pakai payung. Redah aje! Dengan semangat yang waja aku meredah hujan yang renyai-renyai ini. Fuhaply Zone Cafe' hanya tinggal kurang lima meter dari tempat aku kini. Aku pasti boleh! Huh! Bunyinya macam masuk larian maraton aje.

Rambut yang basah dan serabai dek terkena air hujan aku biarkan sahaja. Dengan penuh selamba aku masuk ke dalam kafe'. Agaknya hujan-hujan macam ni, orang suka bergolek-golek dekat rumah kut. Lengang aje kafe' ni.

Mata aku melilau sebelum aku memilih untuk duduk di sebelah dinding kaca. Rambut yang masih basah aku kibas berkali-kali. Biarlah orang nak kata aku tak sopan pun. Dah aku memang pesen selamba, nak buat macam mana.

Hujan-hujan macam ni, layan Candy Crush tak pun Angry Birds syok juga. Lantas aku keluarkan telefon canggih dari dalam poket seluar jeans aku. Macam poyo aje ayat aku. Telefon canggih... tapi canggih arr sebab beli guna duit aku.

Buka aje Candy Crush, aku dah blur. Tak sedar rupa-rupanya aku dah sampai level 210. Wah, aku memang kaki Candy Crush!

Ok, tak ada mood! Aku terus tutup telefon dan silangkan jari kedua-dua belah tangan aku. Sejuk!

Aku tebarkan pandangan ke luar dinding kaca. Tak ada apa yang menarik pun. Hujan masih turun membasahi bumi. Namun, lebatnya tidaklah seperti aku baru keluar dari rumah tadi. Renyai-renyai aje. Aku halakan pandangan ke hadapan.

Comel.

Hanya perkataan itu yang terlintas di benak aku pada masa ini. Ada seorang perempuan duduk di hadapan aku. Ralit dia menyedut airnya. What the of she? Ice on cold? Aku rasa nak pengsan tengok dia sedut kopi ais dia. Sejuk sampai ke gusi kut! Baru aje aku tengok. Belum lagi aku minum.

Ada sesuatu pada dia yang membuatkan aku tertarik nak tengok dia. Dia... comel. Comel sangat! Hampir setengah minit aku merenung dia, tiba-tiba dia mendongak. Matanya tepat memanah anak mata aku.

Zap! Rasa macam nak putus nyawa aku dibuatnya. Tak tahu nak buat apa, aku tersenyum ke arahnya. Senyuman yang paling manis dan yang paling ikhlas aku lemparkan buatnya. Motif? Aku sendiri pun tak tahu. Dia mengangguk sedikit. Aduh, comelnya!

Tiba-tiba telefon dia berbunyi. Right Here Waiting For You. Oh, my! Lagu berhantu tu. Aku suka giler lagu tu. Siap nyanyi untuk ex-awek aku lagi. Aku tengok muka dia. Ada perubahan yang drastik. Daripada tenang dia jadi menggelabah.

Muka dia sangat-sangat buat aku sekali jadi macam cacing kepanasan. Tak tentu arah! Usai bayar bil di kaunter, dia terus blah. Kebetulan kereta dia terparkir betul-betul dekat depan kafe' ni. Jadi, aku boleh tengok dia lagi.

Sempat juga dia renung aku sekilas sebelum kelam-kabut dia keluarkan kereta dia dari petak parkir. Dalam masa lima saat... zup! Dia bersama-sama kereta Myvi berwarna putih susunya hilang dari pandangan kasar aku.

Aku pandang ke arah mejanya. Ada gelas yang masih berisi air kopi dan sebuah buku. Alamak, si comel tadi tertinggal buku dia! Aku terus bangun menuju ke meja tersebut. Buku yang berkulit biru itu aku capai dan baca tajuknya.

"The Fault In Our Stars."

Aku sengaja selak-selak novel tersebut. Mata aku tertancap pada penanda buku yang terselit di celak-celah helaian kertas buku tersebut. Aku ambil penanda buku tersebut walau tahu tak baik aku melakukan begitu. Tapi, nafsu kata ambil.

Jahatnya kau, nafsu!

"My Name is Star Shine..." dalam nada perlahan aku baca apa yang tertulis di atas penanda buku tersebut.

Jadi, nama dia Star Shine. Nope! Bukan nama dia tapi nama pena dia. Tak adanya orang nak bagi nama anak dia Star Shine.

"Yawww, bro!"

Bahu aku ditepuk dari belakang. Aku menoleh dan melihat wajah sahabat baik aku yang tersengih-sengih.

"Tak reti nak bagi salam ke?"

Makin lebar sengihannya. "Assalamualaikum."

"Waalaikummussalam."

Aku menghulur tangan kanan untuk bersalam dengannya. Dia menyambut huluran tangan aku.

"Sorrylah bro, lambat sikit. Datin dekat rumah tu sempat bagi ceramah motivasi tak baik keluar hujan-hujan dulu."

Aku tertawa mendengar kata-kata Raizmi. Selamba aje dia gelarkan ibu dia Datin. Tapi memang betul ibu si Raizmi ni berpangkat Datin, Datin Seri Mewangi. Her name as classic as her age. Sedap apa nama ibu Raizmi tu.

"Tak ada hallah, bro. Aku pun baru aje sampai ni. Punggung tak panas lagi dekat kerusi tu."

Aku memuncungkan bibir ke arah tempat duduk aku. Wajah Raizmi kelihatan pelik.

"Tempat kau dekat situ, habis tu apa yang kau buat dekat sini?"

Aku hanya senyum senget. Takkan aku nak cakap jujur yang aku terserempak dengan si comel kut. Lepas tu matanya tajam melihat buku berserta penanda buku yang berada di tangan aku.

"The Fault In Our Stars? Ni sejak bila pula kau baca novel Inggeris jiwang-jiwang ni? Setahu aku kau layan Harry Potter aje."

"Ni buku orang lainlah. Orang tu tertinggal buku dia. Aku tengoklah. Mana tahu kut-kut aku boleh tolong pulangkan."

Diam-diam aku memasukkan penanda buku milik si comel a.k.a Star Shine ke dalam poket seluar jeans aku. Aku lihat Raizmi hanya buat tak endah dan terus melabuhkan punggung ke tempat aku duduk tadi. Aku kembali ke tempat aku dan menggamit pelayan.

Hampir sejam aku dan Raizmi berbual kosong sambil menghirup kopi panas, akhirnya Raizmi terpaksa pulang setelah dia menerima satu panggilan. Kata Raizmi, datuknya tiba-tiba jatuh sakit dan mereka sekeluarga perlu pulang ke kampung dengan segera.

Bosan kerana tak ada teman berbual, aku turut meninggalkan Fuhaply Zone Cafe'. Tak lupa aku bawa sekali novel The Fault In Our Stars milik Star Shine. Baru sahaja aku ingin melangkah ke arah kereta, tiba-tiba aku terlihat seorang gadis yang terjatuh di tengah jalan.

Kereta pula tidak jauh dari tempatnya terjatuh. Sudahlah begitu, kelajuan kereta tersebut pula amat laju dan tidak sepatutnya dipandu begitu di kawasan sempit begini. Cis, tak ada kesedaran sivik punya pemandu!

Aku terus meluru ke arah gadis tersebut. Buku milik Star Shine yang terjatuh tidak aku pedulikan. Yang penting sekarang ialah nyawa gadis tersebut. Berdecit bunyi brek kereta tersebut. Tapi, malang itu tidak berbau.


KONONNYA NAK BERLAGAK HERO. Memang herolah ceritanya aku sekarang. Tak pasal-pasal kaki kanan aku patah sebab aku sendiri yang menghimpit kaki aku. Tragis betul! Jenuh jugalah aku kena tahan telinga dengan mama dan kakak. Katanya lain kali jangan nak berlagak hero!

Tapi, kalau aku tak berlagak hero, aku takut lain pula nasib gadis tersebut. Dia hanya cedera ringan dan calar-balar di lengan serta muka. Yang cedera parahnya aku dengan novel Star Shine. Terkelepet bahagian belakang kulitnya.

"Terima kasih, abang sebab sudi tolong saya. Saya tak tahu macam mana nak balas budi baik abang." Dengan wajah yang tertunduk gadis itu berbicara dengan aku. Dari nada suaranya aku tahu dia masih dihantui perasaan bersalah.

Aku menggeleng meski dia tak nampak.

"Abang ikhlas nak tolong adik dengan mak adik."

Alkisahnya dia ni, orang kurang berada. Pada hari kemalangan tu, dia baru balik dari farmasi nak beli ubat mak dia yang sakit lelah. Tapi entah macam mana waktu nak melintas jalan tu tiba-tiba dia terjatuh.

Waktu kemalangan tu, pemandu yang tak ada sivik tu telefon ambulans sebab nak hantar kami berdua ke hospital. Tapi si gadis itu beria-ria menolak. Katanya...

"Saya tak nak pergi hospital. Saya nak balik rumah. Mak saya sakit. Saya kena bagi mak saya makan ubat ni."

Aku yang tengah sedar dan memang tak pengsan pun waktu tu terus call kakak dan bagitau apa yang terjadi. Aku minta tolong pemandu yang tak ada sivik tu temankan gadis yang bernama Eryani tu balik. Kalau keadaan mak dia tenat, bawa pergi hospital.

Dalam pada itu, sempat juga aku minta tolong pemandu tu ambilkan novel Star Shine yang terjatuh. Nasib baiklah dia tak banyak bunyi. Dan sekarang mak Eryani pun berada di hospital ini.

"Tapi, abang..." Eryani bersuara lagi.

"Abang ikhlas, dik. Dah, tak perlu fikir banyak-banyak. Sekarang ni adik cuma perlu jaga kesihatan diri adik dan mak adik aje."

Perlahan-lahan Eryani mendongak memandang aku. Aku memberikan senyuman yang paling indah buat dia dengan harapan segala rasa bersalah dia akan hilang. Dia membalas senyuman aku dengan senyuman yang comel. Macam takut-takut aje nak senyum.

"Muhammad Jaftri." Tiba-tiba ada seorang nurse cun seru nama aku.

Dengan penuh bersemangatnya aku menyahut seruannya.

"Saya!"

Nurse cun tu hanya tersenyum melihat aku. Dia datang menghampiri aku sambil bawa clipboard.

"Muhammad Jaftri. Kecederaan awak tidak terlalu parah..."

Sambil bercakap, sambil tu nurse yang tag nama tertulis TIANA tu dok renung muka aku. Dia punya renungan tu aku tak tahu nak cakap renungan yang macam mana. Tapi cukup untuk buat bulu roma aku meremang. Dia ni nak goda aku ke apa? Okey, ni bukan ayat perasan tapi memang itu yang aku perasan.

Lepas tu dia cakap apa pun aku dah tak mampu nak masukkan dalam otak aku. Yang aku dengar ada perkataan 'fisioterapi' dengan 'tongkat'. Jadi, aku buat kesimpulan sendiri. Aku perlu jalani rawatan fisioterapi dan lepas tu kena pakai tongkat. Okey, saya dah faham dah nurse.

Now, you can leave me alone with Eryani. Tata...

"Awak faham tak apa yang saya sampaikan ni?" Dengan ayu yang nampak dibuat-buat dia bertanya pada aku.

"Faham." Tegas aku menjawab sambil mata dok melilau tengok doktor yang lalu-lalang.

Tiba-tiba terasa selimut aku ditarik dari tepi. Aku menoleh melihat Eryani. Dia memuncungkan bibirnya ke arah nurse yang tak berapan nak cun dah. Aku tengok ke arahnya. Tu dia! Muka kalah masam buah kedondong.

Marah ke, nurse? Janganlah marah.

'Tahukah korang marah adalah salah satu di antara panah-panah syaitan yang mengandungi racun. Oleh itu, hindarilah ia agar korang dapat menewaskan syaitan dan bala tenteranya. Apa kita dapat kalau kita marah? Puas? Belum tentu lagi...

Tapi kalau kita dapat tahan marah dengan mengamalkan sabar, Allah SWT kurniakan tujuh kebaikan kepada kita...' - Muslim Teens bil 32 (Luaskan Kesabaranmu)

Aku tersengih ke arahnya. Kasihan pula tengok dia penat mengomel pasal kesihatan aku tapi aku buat tak tahu. Kalau aku pun sakit hati kalau aku bercakap orang tak layan. Nak cover, aku tanya dia soalan.

"Bila saya boleh discharge?"

"Bergantung pada tahap kesembuhan awak. Cepat awak sembuh, cepat awak boleh discharge." Tiada lagi nada cover ayu dia. Tegas!

"Owh... terima kasih, nurse."

Dia senyum pada aku sebelum berlalu. Aku melihat ke arah Eryani. Dia tersenyum sumbing ke arah aku.

"Dah, adik pergi tengok mak adik. Kesian mak adik duduk sorang-sorang."

Terkebil-kebil dia memandang ke arah aku.

"Pergi temankan mak adik."

Lambat-lambat Eryani mengangguk. Dia bangun untuk berlalu. Salam yang diberikan aku jawab perlahan. Aku tersandar seraya merenung siling hospital ini.

Wajah comel Star Shine terlayar di ruang minda aku. Berputar bagai tiada suis mati. Namun, aku masih tertanya-tanya. Mengapa dia tergesa-gesa pergi tempoh hari? Wajahnya kelihatan teramat-amat risau. Ahli keluarganya sakitkah?

Aku menghela nafas perlahan seraya tertunduk. Novel The Fault In Our Stars milik Star Shine aku capai dari atas almari. Bahagian yang aku tandakan dengan penanda buku milik Star Shine aku buka. Bosan tak tahu buat apa setelah dua hari aku berkampung di sini, sudahnya aku baca novel ini.

Agak laju juga aku baca. Sedar-sedar aje dah sampai Chapter Twenty-One. Doktor pun pelik sebab dalam sakit-sakit pun sempat lagi aku baca novel. Tapi, serius hilang rasa sakit aku apabila baca novel.

Mungkin sebab novel ni novel Star Shine kut. Hu hu hu...

"Baca novel ajelah kerja kau, dik. Papa suruh kerja dekat pejabat dia tak nak. Kalau tak, tiap-tiap hari kau dapat membaca." Kedatangan kakak yang tak diduga mengejutkan aku yang sudah larut dalam dunia Hazel Grace.

"Ish, datang tak bagi salam!" Aku memarahi kakak yang tak reti nak bagi salam.

"Kau nak kakak ni kering air liur sebab bagi salam aje ke? Dah lama akak tegak dekat depan katil kau ni. Dah berpuluh salam dah akak bagi dekat kau. Tak pun kau sambut."

Aku menggaru kepala yang tidak gatal. Aduh, nampak sangat aku ni memang tak pedulikan apa-apa dah kalau dapat membaca! Membaca... eh, tadi kakak ada kata yang aku dapat membaca tiap-tiap kalau kerja dengan papa? Errrr...

Okey, anggap aje yang kau tak dengar ayat tu, Jaftri. Kalau tak, memang kau akan terperangkap dalam perangkap maut 'Kerja Dengan Papa' oleh kakak. I say no means no.

"Kau kerja dengan papalah bila dah sembuh nanti. Kau pun tahu, kan yang papa tu bukannya sihat sangat dah."

Aduh, rupa-rupanya ada juga perangkap maut kakak aku ni! Aku hanya mampu balas dengan sengihan.

"Sengih-sengih. Kau tu satu-satunya anak lelaki dia, dik. Kau tu harapan keluarga."

"Ala, akak pun harapan keluarga juga..." Bab menjawab serahkan aje pada aku.

Kakak menjegilkan matanya kepada aku.

"Menjawab, menjawab! Kita ni dua beradik aje, wahai adik kesayangan akak. Kakak kau ni dah ada suami. Lagipun abang kau tu bukannya bagi akak kerja. Kalau boleh dia nak akak duduk rumah jaga anak-anak dia.

"Kau tu lainlah ceritanya, bujang trang tang tang. Lagipun siapa nak mewarisi syarikat papa bila papa bersara nanti? Kau juga, kan? Takkan kau nak tengok papa dengan tak ada giginya pergi urus syarikat. Please la dik, think about our papa. He needs you in office."

Tu dia, kakak aku! Siap buat sesi pujuk-memujuk lagi tu. Dahlah kakak aku ni bekas pensyarah. Memang ada bakat jugalah nak bersyarah dengan aku.

"I'll think about it later."

"Haaa... tulah kau, sikit-sikit later. Later kau tu tak boleh pakailah!"

Aku tutup novel The Fault In Our Stars dan letakkan kembali ke atas almari. Sepasang tongkat yang disediakan untuk aku yang aku sandarkan di kepala katil aku capai.

"Haa, nak larilah tu. Pantang orang tegur sikit dah nak tersentap. Baguslah tu. Tersentap tu perasaan yang bagus untuk mengubah perangai kau tu. Mudah-mudahan kau berubahlah ya."

Aku buat muka dan terus menyelitkan tongkat ke bawah kedua-dua bawah lengan aku. Tak nak tunggu lebih lama lagi, dengan susah payah aku berjalan menggunakan tongkat aku keluar dari wad tersebut. Aku masih tidak biasa berjalan dengan menggunakan tongkat. Tapi, aku mesti biasakan diri. Tak tahulah berapa lama aku perlu berjalan dengan menggunakan tongkat ni.

Di hadapan wad lelaki, Wad Dahlia Sejalur, terletaknya wad perempuan, Wad Cempaka Jelita. Aku lihat orang tak putus-putus keluar masuk dari wad tersebut. Tak kiralah doktor ke, jururawat ke, pelawat ke. Wad Dahlia Sejalur pun macam tu juga.

Aku bawa langkah aku yang serba pincang ini ke balkoni. Terasa bagai seekor merpati yang bebas. Perrgghh... melampau pula aku ni. Merpati sangat. Yalah, seronok sangat dapat hirup udara direct terus dari alam.

Maklumlah, dua hari ni dok terperap bau ubat. Aku pusingkan badan untuk berjalan menyusuri ruang balkoni. Tapi, aku terkaku seketika melihat figura seseorang di hadapan sana. Benarkah dia atau deja vu?

Air mata mengalir menyusuri pipi gebu miliknya. Begitu asyik kelihatannya dia meluahkan perasaannya melalui air mata. Terhinggut-hinggut bahunya gara-gara menangis. Aku pula di sini masih kaku melihat dirinya di sana.

Beberapa minit kemudian barulah tangisannya terhenti. Dia menyelongkar beg tangannya dan mengeluarkan sepaket tisu lembap. Sehelai tisu ditarik dan dilapkan pada wajahnya. Setelah itu, dia berpusing. Aku lihat dia terkaku.

Dia ingat aku lagi ke dekat aku? Aku berkira-kira mahu memanggilnya, namun dia terus melangkah meninggalkan ruang balkoni. Aku terdiam seketika.

Ada jodohkah antara aku dengan Star Shine?


DALAM KEADAAN YANG KELAM-KABUT aku dan kakak menuju ke Wad Lili Seputih yang menempatkan mak Eryani. Kata kakak, kawannya yang bekerja sebagai nurse di wad tersebut memberitahu bahawa mak Eryani sedang nazak.

Aku yang ketika itu sedang menjalani sesi fisioterapi terus bergegas ke Wad Lili Seputih atas kebenaran doktor. Ya ALLAH, kau permudahkan segala urusan...

Aku melihat Eryani teresak-esak di bangku tempat menunggu pesakit. Aku dan kakak segera mendekatinya.

"Erya, mak Erya macam mana?" soal kakak pada Eryani.

Eryani mengesat air mata dengan hujung lengan baju kurungnya. Dengan matanya yang sembap, dia melihat ke arah aku dan kakak berkali-kali. Air matanya kembali mengalir.

"Adik, mak adik macam mana?" Lembut aku menyoalnya apabila melihat dia tidak memberi tindak balas apabila diajukan soalan oleh kakak aku.

Eryani menggeleng seraya tertunduk. Makin lebat air matanya mengalir membasahi pipi gebunya itu. Aku saling berpandangan dengan kakak. Kami tak mengerti maksud Eryani melalui bahasa tubuhnya.

Tiba-tiba seorang doktor lelaki berbangsa Cina menghampiri kami. "Ini ahli keluarga Puan Sawara ke?" soal doktor tersebut kepada kami.

Eryani yang tertunduk segera mengangkat kepalanya. Dia melihat ke arah doktor tersebut dan mengangguk.

"Kami minta maaf, adik. Ibu adik tak dapat kami selamatkan kerana keradangan pada paru-parunya sudah berada pada paras kritikal. Saya harap kalian dapat bersabar."

Bagai ada batu menghempap dada aku. Itulah perasaan aku pada waktu ini. Eryani kehilangan ibunya. Aku melihat ke arah gadis itu. Air matanya masih bercucuran. Siapa yang tidak sedih apabila ibu yang menjadi tali tempat bergantung kini telah pergi menyahut seruan Ilahi.

"Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un..."

Kakak yang terkejut terus terduduk di sebelah Eryani. Dia menoleh melihat Eryani dan perlahan-lahan memeluk tubuh genit itu. Makin laju air mata mengalir di pipi Eryani. Aku lihat air mata kakak turut bergenang.

Tak terkecuali juga aku. Terasa bagai ada satu perasaan hinggap di tangkai hati aku. Terasa ingin berlari pulang dan mencari mama. Ingin sahaja aku tarik tubuh mama ke dalam pelukan aku tika ini. Namun, mama di sana, di rumah atau mungkin di kafe' manakala aku pula berada di sini.

Di sini menjadi saksi seorang gadis yang kehilangan seorang ibu buat selama-lamanya. Air mata yang sudah mencecah kulit bawah mata segera aku kesat. Aku lihat Eryani yang masih teresak dalam pelukan kakak.

Mama, kasihmu membawa aku ke Syurga-Nya.


AKU MERAUP WAJAH DENGAN KEDUA-DUA belah tapak tangan usai talkin dibacakan. Hari ini, dua orang hamba Allah telah dipanggil meninggalkan dunia yang fana ini. Menuju ke alam yang menjadi persinggahan sementara sebelum menuju ke alam akhirat.

Di sebelah sana, aku lihat ada kematian jua. Ya Allah, sesungguhnya mati itu tidak mengira masa, tidak mengira usia. Sedangkan bayi dalam kandungan jua akan mati. Mati, tak kenal pangkat dan tak kenal status.

Aku melihat Eryani menyiram air mawar ke atas pusara ibunya. Wajahnya sembap dan tiada seri. Kematian ibunya, Puan Sawara telah diurus oleh ahli keluarga aku. Hal ini demikian, kerana Eryani tiada saudara-mara. Tidak kiralah saudara yang jauh mahupun yang dekat. Ibunya sebatang kara di dunia ini.

Tiba-tiba aku rasa something. Feel like somebody keep staring at me. Aku pun berpusing ke belakang.

Zap! Terasa jantung yang dari tadi berdegup tiba-tiba berhenti berfungsi. Benar, ada yang melihat aku, dan aku cam sangat-sangat siapa yang melihat aku itu. Masakan aku boleh terlupa wajah yang membayangi hari-hari aku sejak akhir-akhir ini.

Star Shine...

Seketika sahaja sebelum dia kembali berpaling melihat ke arah pusara. Aku sudah merencana untuk bertentang empat mata dengan dia selepas ini. Tidak kira apa reaksinya tapi aku perlu luahkan apa yang aku rasa padanya hari ni.

Selepas semua selesai, aku terus bangun dan berjalan ke arahnya Star Shine dan rakannya yang sudah ingin berlalu pergi. Aku menahannya dari meneruskan langkahnya. Dia melihat ke arah aku dengan dahi yang berkerut. Mungkin sedang mencerna wajah aku yang mungkin tidak lagi dia cam atau pelik apabila aku tiba-tiba menghalang jalannya

"Saya ada hal dengan Star Shine."

Sebaris ayat yang aku tutur cukup untuk buat dia terdiam dan terkedu. Ya Allah, jangan jauhkan dia dari aku lagi...


AKU MELIHAT KE ARAH TASIK BUATAN MANUSIA yang luas itu. Aku dan Star Shine masing-masing kelu untuk berbicara. Aku ralit menyusun madah dalam minda untuk diluahkan padanya. Star Shine pula... entah... sukar untuk aku tebak apa yang bermain di fikirannya.

Sudah hampir sepuluh minit kami begini, akhirnya aku membuat keputusan untuk memecahkan suasana sunyi antara kami.

"Awak tertinggal novel awak dekat Fuhaply Zone Cafe' hari tu. Saya ambil dan saya nak minta maaf sebab saya usik novel awak tanpa kebenaran. Saya baca novel awak tu."

Aku menoleh melihat Star Shine yang menjarakkan dirinya daripada aku. Aku tak terasa pun. Sebaliknya, aku faham. Aku lelaki dan dia wanita. Apabila seorang lelaki duduk bersama-sama seorang wanita dalam keadaan yang rapat mampu menimbulkan fitnah.

Dia mengangguk namun pandangannya masih terhala ke arah tasik. Aku turut kembali melihat ke arah tasik.

"Saya tak tahu nak luahkan bagaimana tapi saya tetap perlu meluahkannya. Sejak dari kali pertama saya pandang awak di kafe', saya tak dapat lupakan awak. Wajah awak melekat kukuh di suatu sudut di ruang minda saya. Acapkali saya menyebut nama pena awak."

Perrgghh... rasa macam semua darah di tubuh aku berkumpul di ruang wajah aku. Hangat dan malu. Aku berpaling untuk melihat ke arahnya, namun mata kami saling bertentangan. Tak sampai tiga saat, kami mengalihkan pandangan mata masing-masing.

Dada aku berdebar dengan rancaknya. Ya Allah, perasaan apakah yang aku rasa ini...

"Maksud awak?" soal Star Shine dalam nada yang perlahan.

"Saya dah buat keputusan untuk tidak membiarkan perasaan itu terus menguasai hati saya. Terutama sekali awak bukanlah mahram saya. Saya harap awak faham maksud kata-kata saya."

"Awak... awak serius? Takkan hanya setelah awak lihat saya, awak dah ada perasaan 'itu'. Awak nak kahwin dengan saya sedangkan awak masih belum mengenali saya. Saya juga tidak mengenali awak. Malah, nama awak pun saya tak tahu."

Aku tersenyum sumbing.

"Saya beri awak masa untuk mengenali saya selagi awak masih belum memberi kata putus. Saya yakin dengan keputusan saya. Saya telah mendapat jawapan perasaan saya daripada-Nya. Hmm... sekarang awak akan tahu nama saya. Nama saya Muhammad Jaftri bin Muhammad Afdil."

Aku melihat dia tersenyum kecil. Senyuman yang masih jelas kelihatan ada garis suram. Aku faham, dia baru kehilangan seorang rakan baik. Jadi, aku tidak mahu memaksa dia untuk menerima aku.

"Nama saya Qirazi, Arila Qirazi binti Hanif Qaref."


TUJUH BULAN KEMUDIAN...

Songkok yang tersarung di kepala aku betulkan kedudukannya. Baju Melayu berwarna putih gading yang tersarung di tubuh aku betulkan jua agar tiada sebarang kedutan. Setelah berpuas hati dengan penampilan aku, aku terus melangkah keluar dari bilik. Aku menumpang di rumah Pak Long Qirazi untuk bertanggak.

Hari ni bakal mencipta sejarah buat aku. Kurang dari sejam sahaja lagi aku akan bergelar suami kepada Arila Qirazi. Berdebar sudah pasti. Siapa yang tidak berdebar apabila melalui detik-detik bersejarah sebegini.

"Adik dah bersedia ke? Kalau dah jomlah kita bertolak sekarang. Nanti takut terlambat pula sampai ke rumah pengantin," ujar kakak.

"Alhamdulillah, adik dah sedia." Aku membalas sambil tersenyum ke arah kakak.

Kakak adalah antara orang yang paling gembira apabila aku beritahu yang aku nak berkahwin. Mama dan papa pun turut gembira. Maklumlah, usia aku juga hanya tinggal setahun sebelum melangkah ke alam three series.

Tapi, papa menetapkan syarat untuk aku sebelum aku boleh berkahwin. Papa nak aku menggantikan tempatnya. Lagipun, sejak kebelakangan ni, papa selalu mengadu yang dia susah nak berjalan. Sakit kaki terutama di bahagian lutut. Susah kalau nak pergi bertemu klien.

Jadi, atas dasar rasa bertanggungjawab, aku menggalas juga jawatan CEO di Langit Sdn. Bhd.. Aku masih merangkak, namun aku akan berusaha supaya segalanya berjalan dengan lancar.

Sampai sahaja di hadapan rumah arwah nenek Qirazi, tiba-tiba peluh dingin mengalir di sebalik baju Melayu yang tersarung di tubuh aku. Selepas ini, aku bukan sekadar menggalas tanggungjawab sebagai seorang CEO, tapi juga sebagai seorang suami. Suami yang menjadi imam buat jemaahnya. Yang perlu membimbing jemaahnya ke Syurga Firdaus-Nya.

Tak putus-putus aku mengalunkan selawat diselangi istighfar di dalam hati sebelum aku diijabkabulkan. Aku akan diijabkabulkan oleh ayah saudara Qirazi iaitu Pak Long. Menurut Qirazi, Pak Long ialah abang arwah ayahnya.

Beberapa minit kemudian, Pak Long menghulurkan tangan kanannya untuk memulakan sesi ijab kabul.

"Muhammad Jaftri bin Muhammad Afdil."

"Saya."

"Aku nikahkan dikau dengan anak saudaraku, Arila Qirazi binti Hanif Qaref dengan mas kahwinnya, sembilan ratus ringgit tunai."

Aku menarik nafas sedalamnya. Dengan dada yang kian rancak memainkan iramanya, aku melafazkan sebaris ayat yang akan mengubah seratus peratus kehidupan aku.

"Aku terima nikahnya Arila Qirazi binti Hanif Qaref dengan mas kahwinnya, sembilan ratus ringgit tunai."

"Sah?"

"Sah."

Aku terus meraup wajah dengan kedua-dua belah tapak tangan aku setelah tangan aku terlerai dari genggaman Pak Long. Terima kasih kerana Engkau telah memudahkan urusan aku, Ya Allah.

Usai membaca doa, aku terus bangun dan masuk ke dalam bilik tengah. Dengan lafaz basmallah, aku melangkah masuk ke dalam bilik tersebut. Debaran yang sedari tadi aku rasai hilang serta-merta apabila aku menatap wajah isteriku.

Isteriku itu hanya tertunduk apabila melihat langkah aku kian menghampirinya. Aku tersenyum lebar. Biarlah apa yang ingin mak cik-mak cik dalam bilik ni nak kata. Mereka tak tahu betapa leganya perasaan aku apabila wanita yang aku idamkan berjaya aku jadikan sebagai zaujah aku.

"Assalamualaikum, isteriku."

"Waalaikummussalam." Perlahan sungguh suaranya menjawab salam yang aku hulur sehingga aku rasa hanya aku yang mendengarnya.

Dulang berisi cincin yang ditatang oleh kakak didekatkan pada aku. Cincin yang indah digubah menjadi permata dalam rimba bunga aku capai. Tangan kanan Qirazi aku capai dan aku sarungkan ke jari manis. Tangannya sejuk yang amat.

Kemudian, giliran dia pula untuk menyarungkan cincin ke jari aku. Aku boleh lihat jelas tangannya agak terketar ketika menyarungkan cincin ke jari aku. Setelah itu, tangan aku diciumnya. Tak, dia tak cium pun. Mungkin kerana masih malu, dia hanya meletakkan dahinya pada tangan aku.

"Ciumlah dahi isteri awak tu. Takkan nak tengok aje." Nakal sungguh suara mak cik yang menyuruh aku mencium dahi Qirazi tu.

Aku tersenyum manakala Qirazi terus tertunduk.

"Tak mengapalah, mak cik. Saya masih punya banyak masa untuk mencium dia."

Aku tak tahulah jawapan aku itu telah menimbulkan perasaan tersentap mak cik itu atau apa. Tapi, mak cik itu aku lihat terkedu dan menarik senyum yang kekok. Hilang terus sengihan mak cik itu tadi.

Kemudian, kami bersalam dengan semua yang berada di situ. Aku pula hanya bersalam dengan papa, mama, dan kakak. Hanya papa. mama, kakak, dan isteri aku sahaja mahram aku dalam bilik ini. Yang lain semuanya aku tidak kenal. Lagipun, aku tak boleh bersalam dengan Mak Long. Mak Long bukan mahram aku. (Mahram Suami)

"Okey, kalau dah selesai, pengantinnya boleh keluar sekarang. Pak Long dah sediakan jamuan sedikit untuk pihak pengantin lelaki," ujar seorang gadis yang aku agak berusia belasan tahun di muka pintu.

Aku terus capai tangan isteri aku. Selendang putih yang melilit kepalanya aku betulkan sedikit di bahagian belakang. Terangkat sedikit, mungkin kerana angin kipas yang meniup. Kami semua terus melangkah keluar.

Star Shine, thanks for everything. I'll try to be the best husband.


"TERIMA KASIH, SAYANG," ucap aku pada Qirazi yang masih malu-malu kucing dengan aku.

"Untuk apa abang berterima kasih pada sayang?"

"Untuk segala-galanya. Meskipun sayang tidak mengenali abang, tapi sayang sentiasa berusaha untuk mengenali abang. Jadi, abang harap kita dapat 'berkenalan' dengan lebih jauh selepas kita berkahwin ni."

Kepalanya yang masih dilitupi tudung, aku usap perlahan-lahan. Qirazi masih di sini, di hujung katil. Dia statik di situ sejak dari lima belas minit yang lalu. Pemalu rupa-rupanya isteri aku ni.

"Ilmu agama abang tidaklah tinggi mana. Tapi, abang tetap akan cuba untuk terus belajar dan belajar. Abang tak nak nanti anak-anak kita kekurangan ilmu agama. Ilmu agama penting dalam hidup seseorang. Ia membantu kita mencegah perbuatan mazmumah."

Dia yang tadi membelakangi aku kini berpaling melihat aku. Dia tersenyum ke arah aku.

"Kita belajar bersama-sama ya, bang. Ilmu yang kita dapat kita ajarkan pada anak-anak kita."

Aku tersenyum lantas mengangguk. Aku mendekatkan wajah aku dengan wajahnya. Sedikit-sedikit dia beranjak ke belakang. Wajahnya cuak semacam. Tapi, dia terus terdiam apabila aku memegang belakang badannya.

"Cinta yang indah adalah cinta yang halal."

Aku melepaskan tangan aku dan kembali menjarakkan sedikit tubuh aku darinya. Aku tersenyum ke arahnya. Senyuman yang sama seperti yang pernah aku lemparkan buatnya semasa di Fuhaply Zone Cafe'.

Perlahan-lahan bibirnya turut mengorakkan senyuman buat aku.

Arila Qirazi, my Star Shine forever....

~TAMAT~


~*~*~*~*~*~*~*~

Okey, please jangan cop aku gatal lepas baca part yang last sekali tu. Huhuhuhu.... anyway, selamat pengantin baru untuk Jaftri dan Qirazi. Haha!

6 comments:

  1. wuuu.. good job. EH ! Very very very GOOD jobbb ! ^_^
    Akhirnya.. terlihat juga perkataan TAMAT yg membuatkan ku tidak jadi membelasah kamu. huihui. TAHNIA! ye nur fitri.. ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha... akhirnya, jiah yang cute tak jadi nak belasah cek.. happynya! hahaha.. jangan belasah naaa.. kang kemek muka cek, turun harga hantaran kang.. ngeee.. ;)

      Delete
    2. hehehe.. akhirnyaaa.. huihui.. dah tak jadi nak belasah.. hikhik

      Delete
  2. Suka nama2 dlm cerpen nie.. lain dari yang lain. Jarang bebenor dengaq nama cam tu. ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.. kepala otak fit sekarang ni suka rangka nama pelik2 dan entah apa2.. ;D

      Delete
    2. tapi nice ! unik nama2 tu semua..

      Delete