Tuesday 10 June 2014

Resipi Biskut Nutty Meringue

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum dan hai semua...

Berbelit lidah Perak teman nak nyebutnya. Jadi, nak mudah, teman sebut aje Biskut Kacang Cornflakes. Ngeee...

Pssstt... raya belum, puasa pun belum. Fit saja buat biskut ni petang tadi. Nak mencuba sebelum buat untuk raya nanti. Manalah tahu kut-kut nanti boleh buka bisnes kuih raya ke. Hehehe... jadi, kuih ni dinamakan kuih bulan Syaaban. Aci dok? :P


Please, jangan terpedaya. Gambar ini sudah 'disuperimpose'. Berkali-kali diedit sebab Fit tangkap guna fon cikai je. Faham-faham ajelah kualiti gambarnya. -_-



Rupa biskut ni ala-ala biskut Cornflakes madu. Tapi ni versi cornflakes madu warna hitam. Rasa dia waktu baru lepas masak tu ala-ala Koko Krunch. Dah simpan dalam bekas, rasa dia macam Biskut Kacang Cornflakes. Harharhar! (tak lawak, saja gelak)

Resipinya :
  • 220gm emping jagung/cornflakes (dihancurkan)
  • 125gm coklat cip
  • 150gm gula halus (130gm kalau tak nak manis)
  • 3 biji telur (putih sahaja)
  • 1-2 sudu kecil esen vanila (Fit bubuh satu sudu besar tapi tak penuh)
  • 60gm badam potong nipis (kacang lain pun boleh~fit guna badam cincang)
  • 2 sudu besar serbuk koko

Cara-cara :-
  1. Pukul putih telur hingga kembang (soft peaks formed)
  2. Masukkan gula sedikit demi sedikit hingga habis.
  3. Pukul lagi hingga pekat dan kental. (bila terbalik mangkuk, tak jatuh) Kemudian, masukkan esen vanila.
  4. Selepas itu, masukkan emping jagung, coklat cip dan badam serta serbuk koko. Gaul kaup balik hingga rata.
  5. Masuk dalam kertas cawan atau sudukan ke atas dulang. Bakar pada suhu 140-150 darjah Celcius selama 30 minit. (atau hingga kekuning-kuningan)

Resipi ni Fit ambil dari majalah Dara.com. Sebenarnya bukan bahasa di atas yang dalam majalah tu tulis. Ni Fit guna bahasa Tesco (pasar). Nak mudahkan urusan memasak di dapur, Fit salin balik dalam kertas kosong lepas tu tampal dekat dinding.

Fit kalau dah masuk dapur, memang tak ada ruang dah walau untuk buku 'duduk' di dapur. Tu sebab Fit tampal kertas aje kat dinding. Hehehe... telur kuning mak Fit request buatkan telur dadar. (tak ada motif cerita benda alah ni)

Nota kaki dan tangan :-
Kalau dah tahu hari ni nak masak kek/kuih/biskut, keluarkan awal-awal telur dari peti ais. Mak kata, kalau buat kek guna telur baru keluar dari peti ais (bukan suhu bilik), kek tak akan naik. Patutlah Fit pukul telur tu tadi tak berapa nak jadi. Bukan kata angkat mangkuk, tak angkat mangkuk telur tu boleh jatuh. Cair. Heee...

Apa-apa pun, korang dah beli baju raya? Dah ganti puasa? ;)

Wassalam. Tata. Thanks sudi baca Fitri merepek.

No comments:

Post a Comment