Tuesday 14 January 2014

Salam Maulidur Rasul

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum dan hai semua...


Allahumma Solli A'la Sayidina Muhammad...

Semasa Nabi Muhammad SAW dilahirkan, patung-patung berhala di sekeliling Kaabah retak dan hancur. Api sembahan kaum Majusi di kuil mereka yang tidak pernah padam, tiba-tiba terpadam. Kelahiran Baginda adalah satu rahmat buat seluruh alam.

Nabi Muhammad SAW ialah anak yatim, dah lahir di Mekah pada hari Isnin 12 Rabiulawal, 570 Masihi atau tahun gajah. Abdullah, ayah Baginda sudah wafat ketika Baginda berusia enam bulan dalam kandungan ibunya, Siti Aminah.

Setelah Siti Aminah dan datuknya, Abdul Mutallib wafat, Nabi Muhammad SAW kemudia tinggal bersama bapa saudaranya, Abu Talib. Nabi Muhammad SAW membantu Abu Talib menggembala kambing dan berdagang.

Muhammad dilantik menjadi rasul oleh Allah SWT ketika Baginda berusia 40 tahun. Baginda menerima wahyu yang pertama semasa Baginda sedang menyendiri di Gua Hira'.

Antara semua nabi dan rasul,  Nabi Muhammad SAW merupakan rasul yang paling mulia. Syariatnya adalah paling lengkap. Nabi Muhammad SAW juga satu-satunya manusia yang boleh memberikan syafaat (pertolongan) besar kepada orang-orang beriman pada hari kiamat kelak.

Semasa Nabi Muhammad SAW mula menyebarkan dakwah agama Islam, Baginda banyak menerima tentangan dan rintangan. Orang-orang kaya dan para penguasa kafir sangat memusuhi Baginda. Mereka khuatir akan kehilangan kedudukan dalam masyarakat.

Mereka adalah Abdullah bin Ubai, Abu Jahal dan Abu Lahab.

Semasa hayat Nabi Muhammad SAW, terjadi beberapa peperangan untuk menegakkan agama Allah SWT dan mempertahankan diri. Anara peperangan tersebut ialah Perang Badar, Perang Uhud, Perang Ghataran, Perang Khandaq/Ahzab, Perang Khaibar, Perang Mu'tah dan Perang Hunain.

Nabi Muhammad SAW ialah nabi yang paling banyak diberi mukjizat oleh Allah SWT. Berikut adalah mukjizat Baginda.
  • Kitab suci al-Quran.
  • Bulan terbelah menjadi dua bahagian untuk memenuhi permintaan orang-orang musyrik yang mahukan bukti kerasulannya.
  • Menghentikan pergerakan matahari dan dapat menerbitkan kembali matahari yang telah tenggelam.
  • Dapat memancarkan air dari celah-celah jemari tangannya.
  • Makanan yang sedikit menjadi banyak dan mengenyangkan ramai orang.
"Tiada Kami utus engkau (Muhammad), melainkan untuk seluruh umat manusia, membawa khabar gembira dan memberi peringatan, namun kebanyakan manusia tidak mengetahui."
(Surah Saba' : 28)

Nabi Muhammad SAW wafat di Madinah ketika berusia 63 tahun.

Cerita kredit kepada : Buku Teras Anak Islam : Rukun Iman

P/s : Siapa tengok siaran langsung Sambutan Maulidur Rasul peringkat kebangsaan pagi tadi? Allahyarham Ahmad Ammar dapat Anugerah Maulidur Rasul. :')

2 comments: