Thursday, 9 January 2014

Hikmah, Nasihat, Ilmu... #8

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum dan hai semua...



Zikir...
Lailahaillallah...
Muhammad Rasulullah...

Dah hampir seminggu dah tak sentuh laptop rupanya. Haha! Dah jadi kekok gila nak menaip. Rasa macam crame aje jari-jemari ni atas keyboard. Waaa... baru minggu kedua tapi dah macam minggu terakhir sekolah. Hari first minggu kedua, baru start belajar tapi dah ada kerja sekolah. Fuhh... hebak mung!

Alhamdulillah, Fitri berada dalam aliran Sains. Walaupun orang kata susah, belum cuba belum tahu. Ya dok? Lagipun, aliran Sains ni cabangnya banyak. Apply IPT senang, apply kerja pun senang. So, senanglah kalau ambil Sains. Just belajar ajelah, agak susah. So, minggu second pun balik rumah dah macam orang demam. Poning.

Err... sedih mengenangkan nasib blog yang kerdil nak mamp** ni. Statistik tak bergerak-gerak, der! Sadis betul! Haha... tak kisahlah. Bukannya kenyang pun perut teman kalau blog teman ada ramai 'pelawat'. Hehehe...

Ok, dekat sekolah, ada seorang 'minah' ni dok membebel. Kalau kau buat novel tapi tak nak publish lebih baik tak payah buat! Perrggghhh... menusuk kalbu beb ayat dia. Hey, novel aku, suka hati akulah! Kikikiki...

Ok, macam ni sebenarnya ceritanya. Ada dua sebab kenapa teman tak masukkan lagi e-novel Berkasih Dalam Bercinta. Pertama. Teman nak tunggu sampai proses penilaian selesai. Kedua. Teman tak ada masa dan teman sedang cuba nak menginsafkan diri teman yang ratu segala ratu punya ratu kepada ratu internet. Teman tak nak banana fruit two times. (mau kena perambat dengan cikgu BI dan BM ni)

Nak marah kejap. Siapa yang gila buat statement form 4 tu tahun bulan madu. Citer kat teman, meh! Nak aje teman cepuk dengan batang penyapu. Bukan bulan madu kau tau, tapi bulan hempedu. Hampeh betul budak-budak sebelum ni yang buat statement 'bulan madu' tu.

Nak rindu kejap. Dah lama tak menulis cerita. Uwaaaa.... rinduuuuuu... tapi setiap kali terfikirkan hasrat tu, gerenti tiba-tiba terjengul muka cikgu bio, cikgu fizik, cikgu add math. Huhuhu... jad, kesimpulannya di sini adalah teman sudah pencen. Tapi, pencen tak lama pun. Akhir tahun ni menulis balik. Hehehe...

MRSM. Kecut perut tunggu result kemasukan pelajar ke MRSM! Sedangkan budak yang dapat 8A pun tak dapat masuk, teman yang berapa kerat A ni... mampu ke? Hmm... segalanya di tangan takdir. Ada rezeki, alhamdulillah. Tak ada rezeki, tak mengapa... ada hikmahnya. :')

Oklah, itu aje nak membebel. Wassalam. Tata...

4 comments: