Thursday 17 October 2013

Hati Coffee Boy 2

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum dan hai semua...

Pin pin pin.. HCB part 2 dah mai dah. Agak-agak korang tertinggal train nak baca part 1, korang boleh baca kat SINI




HANIM memandang ke arah Haziqy yang kelihatan seperti mangsa Somalia yang tidak pernah jumpa kuih ketayap. Pelahap sampai disumbat semua sekali ke dalam mulut. Hanim hanya mampu menggeleng melihat telatah abang kesayangan abangnya itu.
“Abang, makanlah perlahan-lahan. Tak adanya kuih tu nak lari kalau abang tak sumbat semua dalam mulut.” Tegur Hanim yang geram melihat abangnya makin galak pula sumbat kuih ketayap ke dalam mulutnya.
Haziqy cuma tersengih dengan mulut yang penuh. Dalam masa yang sama, jarinya membuat tanda ‘peace’. Perangai mengalahkan budak berusia tujuh tahun padahal tak sedar umur tu dah 27 tahun.
Uhukk... Uhukk... Haziqy tersedak. Ligat Hanim menuang kopi ke dalam cawan dan dihulur kepada Haziqy. Laju Haziqy mengambil cawan yang berisi kopi tersebut. Diteguk seperti sudah sepuluh tahun berpisah dengan kopi.
“Abang! Apa halnya abang ni? Pelahap semacam aje. Penangan kak Sara ke?” Ujar Hanim sinis seraya memeluk tubuh.
Haziqy yang sudah hampir elok kembali tersedak. Hanim tidak menunggu, segera mengusap perlahan belakang Haziqy. Hanim menggelengkan kepalanya.
“Lapar.” Sepatah jawapan yang diberi oleh Haziqy seraya mengelap bibirnya.
Hanim hanya menjulingkan matanya ke atas. Lapar pun agak-agaklah. Dalam hati Hanim memang dia sudah syak semuanya gara-gara Sara, perempuan pertama yang dibawa balik oleh Haziqy ke rumah ini. Kak Tiqa pun pernah juga tapi selalu sangat.
Lagipun kak Tiqa itu jirannya dan kak Tiqa ialah gurunya.
Hanim tidak jadi untuk bertanya soal Sara apabila melihat keadaan Haziqy yang kalau tersedak lagi rasanya mahu kena masuk wad ICU.

SARA bermenung ke luar tingkap. Hatinya berbunga namun benaknya ligat berfikir. Berfikir soal muslimah. Benarkah dirinya seorang muslimah? Kalau benar dia seorang muslimah mengapa tiada hijab yang menutup kepalanya?
Seorang muslimah ialah seorang yang menjaga aurat dan tidak pernah menunjuk auratnya selain buat yang halal. Bibirnya melepaskan sebuah keluhan yang agak panjang. Perlahan-lahan mutiara kaca mengalir membasahi daerah pipinya. Timbul perasaan insaf di benaknya.


“Sara, makan...” Zehra tidak jadi untuk meneruskan kata-katanya apabila melihat keadaan Sara. Segera kakinya melangkah mendekati Sara.
“Sara, kenapa ni? Kenapa kau menangis ni? Ada sesiapa buat kau ke?” Zehra menerjah Sara dengan berbagai-bagai soalan.
Sara mengesat air matanya yang masih mengalir. Dia tersenyum tawar ke arah Zehra. Zehra makin tidak keruan melihat Sara. Perlahan dia memeluk bahu rakan serumahnya itu.
“Sara, cuba kau cerita dengan aku betul-betul. Coffee boy buat apa-apa ke dekat kau atau dia tolak cinta kau?” Soal Zehra. Dia syak Haziqy penyebab rakannya menangis.
Sara menggeleng. “Coffee boy tak buat apa-apa pun. Cuma... Dia sedarkan aku tentang kewajipan seorang muslimah yang tidak pernah aku laksanakan.” Jelas Sara mengenai hal yang sebenar.
Berkerut dahi Zehra merenung Sara. Cuba untuk memahami apa yang ingin disampaikan oleh Sara.
“Maksud kau? Dia sedarkan kau tentang apa?” Soal Zehra.
“Tentang menutup aurat. Aku rasa maluuu sangat bila dia tegur aku soal pemakaian tudung. Aku pernah fikir soal tudung tapi tak pernah terlintas untuk menutup rambut aku ni. Naifnya aku.” Panjang Sara membalas.
Zehra tersenyum mendengar jawapan yang meniti di bibir Sara. Dalam diam dia beryukur kerana akhirnya Sara sedar soal penutupan aurat. Dari senyum bertukar menjadi sengih sambil melihat ke arah Sara.
“Yang kau tu pula tersengih tengok aku apahal?”  Sara pelik melihat Zehra tiba-tiba tersengih.
Makin galak pula Zehra tersengih. “Tak adalah. Aku rasa coffee boy tu ada pe’el dekat kau la. Kalau tak takkan dia tegur soal aurat kau. Biasanya, kan kalau lelaki tu tegur soal aurat wanita, nasihat soal aurat wanita, mesti dia caring pasal kau. Bila dah caring tu kau kenalah faham-faham.” Ujar Zehra seraya mengenyitkan sebelah matanya ke arah Sara.
Sara tertawa kecil. Dia mencubit lengan Zehra perlahan. Dia ada juga berfikir begitu tapi bila fikir kali ke 150 juta, rasa macam tak logik pula. Setakat caring tak bermakna Haziqy ada pe’el dekat dia.
“Sudahlah, jika kau rasa sudah tiba masa kau untuk menutup rambut kau tu, tutuplah. Itu yang terbaik. Sekarang ni, jom kita isi perut dulu. Aku dah masak sambal ketam manis dengan sayur goreng.”
Terliur Sara mendengar menu yang dimasak oleh Zehra untuk malam ini. Laju dia bangun dan melangkah keluar dari bilik meninggalkan Zehra. Zehra hanya menggelengkan kepala melihat gelagat rakannya itu.

HAZIQY yang sedang melangkah ke arah sebuah meja untuk menghantar kopi yang telah dipesan oleh pelanggan tersebut terkaku apabila melihat Sara. Sara berubah 360’ darjah daripada sebelum ini. Mulutnya ternganga tapi segera ditutup.
Dia segera melangkah ke arah pelanggan untuk menghantar kopi yang dipesan sebelum berpatah semula ke tempat Sara duduk. Sara tersengih-sengih melihat coffee boy ‘dia’ yang macam orang tak pernah tengok orang.
“Sara ke ni?!” Soal Haziqy dengan nada terkejut.
Sara mengangguk laju sambil tersenyum. Haziqy menggosok matanya berkali-kali. Rasa tidak percaya hinggap di tangkai hatinya. Dia menarik kerusi di hadapan Sara lalu melabuhkan punggungnya.
“Wow! You’re so beautiful with hijab. Saya tak sangka yang awak sudah berhijab. Tapi... Boleh saya tanya satu soalan?” Ujar Haziqy.
Sara mengangguk lagi.
“Awak ikhlas pakai hijab atau awak sekadar nak menutup malu sebab saya tegur awak tempoh hari?” Soal Haziqy yang ragu-ragu dengan niat Sara berhijab.
Sara tertawa kecil. “Saya tutup aurat saya ikhlas dengan niat untuk tidak membiarkan aurat saya terus terdedah buat orang yang bukan mahram saya.” Jelas Sara.
Haziqy dilihat seperti mengaminkan doa. Dia menghela nafas lega. Entah mengapa dia membuat begitu.
“Alhamdulillah...”
“Oi! Aku bayar kau suruh ambil order bukan pikat pelanggan.” Sergah Syarul bosnya merangkap rakan baiknya. Sara ketawa dalam diam apabila melihat wajah Haziqy yang terkejut kerana disergah.
Haziqy hanya tersengih ke arah Syarul yang masih di belakangnya dan terus berlalu ke arah dapur. Sempat jua dia tersenyum ke arah Sara. Sara menghantar Haziqy dengan ekor matanya. Dia pelik apabila melihat Syarul masih tegak di hadapannya. Syarul tersengih-sengih melihatnya.
“Saya Syarul. Awak comellah bila pakai tudung.” Puji Syarul membuatkan Sara tersenyum nipis.
“Terima kasih. Saya Sara.” Sara kian tidak menentu apabila Syarul tidak melepaskan pandangannya dari terus melihat ke arah Sara.
“Bos! Kerja banyak lagi dekat dapur ni, haa. Anak dara orang tu jangan ditenung-tenung. Karang makan parang aniayai aje.” Sinis suara Haziqy menegur Syarul. Syarul tersedar lalu mengusap belakang lehernya.
Dia terus berlalu meninggalkan Sara. Pelik pula dia kerana tak pernah-pernah dia tengok Syarul tiba-tiba pula mamat tu muncul.
Ahh, malas dia nak ambil kisah. Minum kopi lagi bagus.

“PSSSTTT... Hanim. Ooo... Hanim.” Atiqa memanggil Hanim dengan nada berbisik. Hanim yang sedang menyiram pokok bunga tersentak dan menoleh melihat Atiqa di rumah sebelah.
“Ada apa, kak? Bisik bukan main lagi mengalahkan James Bond nak buat projek.” Kata Hanim seraya mendekati Atiqa setelah menutup paip air. Atiqa tersengih-sengih melihat ke arah Hanim.
“Abang Hanim ada tak?” Soal Atiqa menimbulkan kerutan di dahi gadis yang berusia 17 tahun itu.
“Abang tak ada. Dia kerja, petang nanti baru balik. Kenapa kak Tiqa nak cari abang? Nak hantar rombongan merisik ke? Hehe...” Hanim mempamerkan barisan hadapan giginya kepada Atiqa.
Atiqa tersenyum malu-malu anak gajah. “Kalau Hanim sudi, petang ni juga akak suruh ibu akak hantarkan rombongan meminang. Cuma, abang Hanim tulah. Nak ke dia terima akak yang tak berapa nak comel macam Kak Ton tu?”
Hanim menelan liurnya yang rasa seperti menelan dua ulas buah durian. Tak mahunya telan. Tersekat dekat tengah-tengah kerongkong. Dia pandang ke arah wajah Atiqa yang masih malu-malu. Tiba-tiba rasa nak pitam.
“Akak ni biar betul? Akak nak jadi kakak ipar Hanim? Serius or joke?” Soal Hanim yang was-was tengok muka Atiqa yang serupa budak tadika ni.
“Eh, betullah! Akak tak sangguplah dok pendam-pendam perasaan ni. Tak menahan tau tak. Lagipun, akak jelez tengok abang Hanim bawa balik perempuan hari tu. Jelez tau. JELEZ.” Kalau ikutkan hati nak aje dia eja perkataan cemburu dalam omputihnya jealous dekat Hanim ni.
Hanim ternganga. Parah ni, parah. Buatnya dalam hati abang dia ada Sara macam mana dengan kak Atiqa? Mahu tertonggeng Atiqa atas riba Mak Cik Maria. Kalau dalam hati abangnya pula ada Atiqa, tak ke tergolek ala-ala dalam cerita Mohabbatein si Sara tu nanti.
Hanim hanya mampu berdiam tanpa membalas dan mendengar apa-apa lagi bebelan Atiqa selepas itu. Hal abangnya dia pula yang rasa macam nak pilih salah satu buat jadi isteri abangnya.
Petang itu, Hanim terus menerjah Haziqy yang baru balik kerja. Bermacam-macam spesies soalan dia aju soal Atiqa dan Sara. Dia mahu abangnya membuat pilihan yang tepat.
“Abang, dalam hati abang ada kak Tiqa ke kak Sara?” Soalan maut meniti di bibir Hanim menerjah Haziqy.
Haziqy melabuhkan punggung di atas sofa seraya menoleh ke arah Hanim di sisinya. “Abang ada Hanim aje dalam hati ni.” Jawapan yang diberi oleh Haziqy langsung tidak mampu menenangkan jiwanya yang kacau gara-gara nak pilih bakal kakak ipar merangkap isteri buat abangnya. Macam dia pula yang nak kahwin.
“Abang, Hanim tanya elok-elok ni. Hanim nak abang jawab betul-betul. Tau tak, kak Tiqa cakap dia nak hantar rombongan merisik abang.” Balas Hanim.
Haziqy yang baru sahaja ingin menyandar ke belakang tidak jadi untuk berbuat demikian. Wajah Hanim yang kelihatan serius dipandang lama. Hanim mengetap bibir sambil perlahan menepuk dahi abangnya.
“Aduh! Apa main tepuk-tepuk dahi abang ni?” Haziqy menggosok dahinya.
“Yalah, orang dok serius dengan  abang yang dia boleh pula buat macam hal ni tak ada kena mengena dengan dia. Eh, abang! Hal ni serius tau. Soal dua hati. Abang kena pilih. Kak Sara atau kak Tiqa. Hanim tak kira. Abang kena korbankan salah satu hati.” Panjang lebar Hanim menjelas kepada abangnya.
“Macam mana abang nak korban kalau dua-dua pun tiada kena mengena dengan hati abang. Lagipun, raya korban lambat lagi. Ada lagi lima bulan.”
Tanpa menunggu lama, Hanim terus menepuk lagi dahi Haziqy. Dia segera bangun dan menapak ke arah dapur untuk masak makan malam untuk mereka berdua.
“Itu makannya. Orang cakap baik-baik dia boleh pula loyar buruk. Kut lepas tu boleh jadi lawyer tak apa juga.” Bebel Hanim.
Haziqy menggosok dahinya. Benar, dalam hatinya tiada nama Sara apatah lagi Atiqa. Yang ada cuma Hanim dan Hanim. Di setiap sudut hatinya cuma ada Hanim.

KECIK besar kecik besar Haziqy melihat Zehra yang duduk di sebelah Sara. Dua-dua gadis itu kelihatan manis lagi ayu bertudung. Tapi matanya lebih gemar memandang ke arah Zehra. Gaya pemakaian tudungnya yang ringkas membuatkan Zehra kelihatan lebih manis berbanding Sara yang berbelit-belit sampai terbelit aje gaya tudungnya.
Haziqy meraup wajahnya berkali-kali. Dia beristighfar di dalam hati. Apahal tiba-tiba Zehra boleh masuk dalam benaknya pula.
“Bro, kau ni dah disamun cinta ke?” Soal Syarul dari arah belakang.
Haziqy melihat Syarul dengan ekor matanya. “Dilamun, bukan disamun. Siapalah cikgu Bahasa Melayu kau dulu. Nangis cikgu tu dengar kau punya Bahasa Melayu.” Sakat Haziqy sambil tersenyum senget. Matanya masih terarah kepada Zehra.
Syarul mencebik lalu menoleh ke arah yang dilihat oleh Haziqy. Dia tersenyum penuh makna apabila melihat dua orang gadis yang ralit berbual menjamah matanya.
“Mana satu pilihan kau?” Ringkas Syarul menyoal.
“Entah.” Jawab Haziqy dan terus bangun untuk mengambil pesanan pelanggan yang baru masuk. Syarul menghantar Haziqy dengan ekor matanya.
Setelah menghantar pesanan yang telah dibuat oleh pelanggan tadi, Haziqy segera melangkah ke arah tempat duduk Sara dan Zehra. Sara tersengih-sengih melihat Haziqy yang melangkah dengan senyuman yang tidak lekang.
“Assalamualaikum. Boleh saya menyelit dekat sini tak?” Ucap Haziqy. Matanya memanah tepat ke arah wajah Zehra yang melihatnya.
“Waalaikummussalam.” Serentak Zehra dan Sara menjawab.
“Boleh aje. Duduklah tapi tak ke terganggu waktu kerja awak?” Kata Sara. Soalan Sara tidak Haziqy jawab tapi dia ralit melihat Zehra menghirup air mocha aisnya.
Berkerut dahi Sara melihat telatah Haziqy. Dalam diam dia memendam rasa cemburu yang menyelinap masuk ke dalam hatinya.
“Ehem...” Sara berdehem bagi menyedarkan Haziqy.

Haziqy segera berpaling melihat ke arah Sara. Dalam hati dia beristighfar berkali-kali. Apa ke gila bebeno hatinya. Entah mana pula datangnya perasaan dekat Zehra. Tapi perasaan apa ek? Perasaan asyik nak tengok muka Zehra. Rasanya Sara dengan Atiqa yang cuba mendekati dia tapi tiba-tiba pula Zehra mencelah. Mana ke datangnya?

Yup, kenapa?” Soal Haziqy kepada Sara dengan suara yang menahan rasa cuak.

Sara mengecilkan matanya sambil melihat ke arah Haziqy. Dalam hatinya dia syak yang coffee boy ‘dia’ ni ada pe’el dengan Zehra.

“Yang awak tengok kawan saya macam anakonda nak telan arnab tu kenapa?” Soal Sara.

Haziqy mengetap bibir sambil melihat ke arah luar. Dia jadi tidak keruan kerana boleh terkantoi dengan Sara. Zehra yang baru kira-kira nak tonggeng aje air mochanya tidak jadi berbuat demikian. Berkelip-kelip matanya melihat Sara dan Haziqy bergilir-gilir.

“Saya pergi sambung buat kerjalah.” Ujar Haziqy lantas bangun dan berlalu meninggalkan Sara dan Zehra tanpa menjawab soalan cepuperak yang diberi oleh Sara.

Zehra memandang pelik ke arah Haziqy. Dia mengangkat sebelah keningnya ke arah Sara tanda bertanya mengapa.

Sara memandang ke arah Haziqy yang sudah berlalu lalu memandang pula ke arah Zehra. Walaupun cemburu dan payah rasanya nak terima hakikat tapi dia kena hadam juga. Haziqy dok tengok Zehra aje, tak tengok dia pun.

“Aku rasa  coffee boy ada pe’el dengan kau. Dari tadi dia asyik tengok kau aje.” Jelas Sara sambil memandang tajam ke arah Zehra.

Straw yang baru sahaja masuk ke dalam mulut Zehra dikeluar balik. Rasa nak terkentut pun ada bila dengan statement entah apa-apa dari mulut Sara.

Zehra tertawa kecil. “Tak semestinya kalau orang tu tengok aku dia ada pe’el dengan aku. Aku terlebih comel sikit dari Kak Ton kut hari ni. Itu yang dia dok tengok aku.” Balas Zehra sekadar untuk menyedapkan hatinya.

“Yalah tu.” Sara kembali menyandarkan tubuhnya ke kerusi. Dalam sunyi lagi sepi dia rasa macam ada yang tak kena juga. Dah berapa tahun dia bertapa dalam kafe’ ni semata-mata nak tarik perhatian Haziqy tapi tak berjaya pun.

Tup... tup... Si coffee boy ‘dia’ dok perhati Zehra. Tak ke macam ada something wrong.


HAZIQY menghela nafas perlahan. Tengok siling, tengok dinding, tengok kalendar, tengok segala benda yang ada dalam bilik dia ni rasa macam tengah tengok Zehra. Nak tampo pipi sendiri takut sendiri yang rasa perit.

Tapi dia pun pelik juga dengan diri dia sendiri. Sejak bila pula tiba-tiba ada nama Zehra dalam hati dia. Si Atiqa yang dah bertahun-tahun jadi jiran dia pun tak berjaya menempatkan diri walaupun sekadar nama ke dalam hatinya. Si Sara? Lebih kurang aje macam Atiqa.

Nak kata sebelum ni tak pernah tengok Zehra menipulah. Di mana ada Sara di situ ada Zehra. Tapi, sejak kejadian Hanim minta dia mengorbankan salah satu hati antara Sara atau Atiqa, mata dan hatinya tiba-tiba berubah angin ke arah Zehra pula.

Angin monsun cinta mana pulalah yang melanda hatinya.

Bosan dok melangut atas katil tapi tak tidur-tidur juga, Haziqy bangun lantas memeluk bantalnya. Dinding yang kosong menjadi tatapan matanya. Terbayang wajah Zehra sedang tersenyum ke arahnya. Dia menggosok matanya berkali-kali.

Hampeh betul mata ni!

Dia lantas bangun untuk mengambil wuduk. Dari dok melangut tak tentu pasal lebih baik dia buat solat istikharah. Petunjuk dari Yang Maha Esa adalah yang terbaik. Sara, Atiqa atau Zehra? Perit wooo, nak korbankan salah satu. Ops, bukan satu tapi dua!




Heeee... Alhamdulillah, part 2 dah selamat disiarkan. Video-video dari Youtube yang Fitri letak tu sekadar suka-suka sahaja. Tak ada sebarang niat pun. Fitri suka lagu yang first. Rasanya lagu tu lagi best dari versi yang sebenar. Hehe.. *Dah hampir 2 tahun video tu, Fitri baru jumpa. Ketinggalan!*

Coming Soon --> Hati Coffee Boy Part 3 

3 comments:

  1. Ewah..ewahh... bestnye cite die.. i'm waiting for HCB part 3 ! ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. ewah ewah... terima kasih, sayang sebab sudi mencemar duli membaca HCB.. ^_^

      Delete
    2. ececehh..mencemar duli gitu..haha..its okey.. most wc my dear ! ^_^

      Delete