Saturday, 8 June 2013

Batch Terakhir ♥

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum dan hai semua...

Mudah-mudahan kita semua berada di bawah lindungan-NYA.

Hmm... Sebenarnya Fitri dilanda kebosanan tahap petala ketujuh. So, dari dok buang masa depan kerja sekolah tapi otak melayang dekat Naim Wazri dalam Ini Kisah Cinta Kita baik tak payah, kan? Huwaaa... Nak menulis tapi di manakah idea dan moodku! Arrgghhh...!!!

Ok, dan tiba-tiba juga mood nak membebel dalam Luahan Hati Dari Jiwa ni datang. Apalagi, semangatlah nak membebel. Dah ready nak dengar nenek kebayan tak berbongkok ni membebl? Hehehe... Kalau tak ready lagi pergi ready cepat. Hohoho...

Seperti yang korang sedia maklum, (homaiii, nerd nya!) tahun ini adalah tahun untuk PMR diadakan yang terakhir. Dan Fitri adalah salah seorang calonnya. Tergetaq kepala lutut kut bila fikir Fitri antara orang terakhir? Homai! Ada sesape nak tolong buat CPR?

Lepas tu PMR akan lesap ditelan zaman, diganti pula dengan PBS. Huhuhu... Rasa banggalah pula sebab generasi terakhir ambil PMR. Huhu, calon PMR yang baca ni bangga tak? (banggalah sikit bro, sis.. bukan selalu dapat jadi generasi 'teristimewa' ni)

Tapi, dalam dok bangga-bangga tu toksah la korang lupa pula apa impian ibu bapa korang. Tiada ibu bapa yang nak anak dia dapat result teruk. Jadi, kenalah berusaha. Usaha itu tangga kejayaan!

Sebelum mengakhiri sesi bebelan Fitri, Fitri nak ucapkan good luck untuk semua PMR candidate termasuklah diri Fitri sendiri.

Do the best, beat the rest 



Luv u all... ♥ 
As'salam dan tata.. muahh...

2 comments:

  1. hye awk..thanks singgah blog sy..sy follow sini..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai juga.. ur welcome.. terima kasih kembali :)
      maaflah, banyak kurangnya blog saya ni..

      Delete