Thursday 16 May 2013

Guru...

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum dan hai semua...

16 Mei 2013, Fitri tahu ramai yang tahu apakah peristiwa penting pada tarikh ini, right? Hehehe...

HaRi GuRu.... Yeaaahh....

Guru, meh sini bagitau kat cek siapa yang ngajar engineer, doktor, askar, polis, akauntan, bloggerr.. oppsss... hehehe.. Haa, ce cite siapa yang ngajar depa ni semua? Cikgu, kan?

Ala, cikgu tu bukannya apa sangat pun! Setakat ngajo ABC sampai Z aje pun. Oit! Hang sedaq dok yang dok ngajo ABC tu la yang boleh buat korang tahu nak eja AYAM, eja nama korang yang boleh berbelit lidah ni nyebutnya. Korang boleh bayang dok kalau dunia ni tak ada cikgu yang ngajar ABC. Bahasa entah dari planet manalah gamaknya yang kita guna waktu tu. Ish, ilusi!

Cikgu tu ngajar tak banyak pun sebenarnya, tapi aura dia fuhhh.... Ngajar sikit pun sekali kembang kan, satu laut China Selatan tu pun belum tentu cukup nak tampung kau tahu! Tapi, tak nafikan, susah juga untuk ngajar budak-budak. Tengok ajelah cikgu Maths saya, kadang-kadang soalan tu simple tapi sekali budak-budak buat perangai ngengong tak faham hapepun, naye berpeluh-peluh cikgu tu dok ngulang. Sampai budak yang dah faham pun nguap nengoknye.


Haa, inilah masalahnya zaman sekarang. Kesian, kan cikgu-cikgu. Bagi sayalah, kan. Mak bapak budak-budak ni sangatlah tak faham apa itu tugas seorang guru. Guru tu pun macam mak bapak juga, kalau salah ditegurnya, kalau dah budaknya pun perangai rupa setan alamatnya rotan yang tolong jawabkan. Haa, lepas tu, dah tak bagi cikgu ngajo anak tu, bila budak tu jadi rupa mat rempit, 'doktor' tak ada sijil, salahkan cikgu katanya cikgu itulah inilah. Haissshhh.... Apa mau jadi maaa...!!! Salah siapa?? Ce cite ce cite..

ngeh3....


Untuk semua guru seluruh Malaysia.... 



Buat semua guruku di SMKABC, saya ucapkan Selamat Hari Guru. Sepuluh jariku susunkan untuk memohon kemaafan darimu wahai guruku. *Tak dapat celebrate hari guru di sekolah atas masalah keluarga =')*

Anyway, untuk pelajar macam Fitri yang tengah baca entry ni, appreciate your teacher. Tak banyak yang dipinta dan yang mereka inginkan, hanya sebuah kejayaan dari kita hasil pengajarannya. Ingat, tanpa mereka tak mungkin kita mampu menggenggam segulung ijazah. Apa-apa pun Selamat Hari Guru buat guru-guru di seluruh Malaysia. ^_^

Hehehe... lagu pun dah bertukar sempena hari guru. 

Sesiapa yang ada Facebook dan ingin mengikut karya-karya Fitri bolehlah join grup Luahan Hati Dari Jiwa. InsyaALLAH Fitri akan approve korang di sana. ^_^

Wassalam... Tata...

No comments:

Post a Comment