Friday 17 May 2013

Cinta Bukan Bola 1

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum dan hai semua...

Hmm... Nak hambik cerpen ni! Tapi, terpaksa guna cover comel ni dulu. Tunggu cover dari Luahan Hati Dari Jiwa tak ada pun yang sudi nak tolong buatkan. Majuk setahun! Apa2 pun nah hambik dulu yang ni..





Aku melihat pelbagai ragam gerangan manusia di dalam dewan sekolah aku dahulu. Ada yang menangis bagai nak rak. Ada yang tersenyum kambing menyerlahkan gigi mereka yang putih bersinar. Aku. Aku adalah orang yang terakhir mungkin untuk mengambil keputusan Sijil Peperiksaan Malaysia ini.

Malas nak datang awal, nanti bila datang awal gerentinya semua serbu aku lepas tu, mulalah mereka jadi kaset, dok rewind soalan sama, ‘Cinta, result kau berapa?’ Hadoi, tension ok!

Dari jauh lagi aku dapat melihat wajah seorang lelaki yang aku cintai dan berhasrat nak buat jadi suami bila dah cukup besar dan umur dah cukup sesuai untuk mendirikan rumah tangga. Dia yang tersenyum sambil berposing di tepi tiang seperti menantikan seorang puteri kayangan iaitu aku membuatkan aku tersenyum sendiri. Geli hati pula melihat keadaannya begitu.

“Assalamualaikum, Cinta.” Si dia yang kacak lagi comel di hadapanku memberi salam.

“Waalaikummussalam, Adlee. Adlee dah ambil result?” Soal aku kepadanya yang tersengih ke arahku.

“Dah. Tapi, Adlee nak tengok keputusan Cinta dulu. So, kalau Cinta nak tengok keputusan Adlee, Cinta pergilah ambil keputusan Cinta dulu.” Sesedap masak lemak cili api aje mulut si Fadlee ni menyuruh aku untuk ambil result dulu kalau nak tengok result dia.

Aku membuat muka ‘duck face’ ke arah Fadlee yang masih tersengih seperti kerang wangi tapi tak wangi sebenarnya. Fadlee pula buat aksi menghalau aku. Sabar ajelah aku.

Pelbagai perasaan yang hinggap dan bersarang di jiwa aku sekarang. Antara nak ambil ataupun tidak. Itu sahaja yang aku fikirkan sekarang ini. Berdebar tak perlulah aku ungkapkan lagi kut!

Wajah Cikgu Ayiha yang manis tersenyum ke arah aku membuatkan dada aku berdebar dengan hebat lagi. Aku membalas jua senyuman Cikgu Ayiha kerana tidak mahu cikgu menyangka aku sombong.

“Tahniah, Cinta. I’m very proud of you. You’re the best student that I have until now. Cikgu percaya awak boleh pergi lebih jauh lagi.” Ujar Cikgu Ayiha setelah mendekati aku.

Aku yang terpinga-pinga ini hanya mampu tersenyum kambing tapi tak serupa kambing.

“Hehehe... Terima kasih, cikgu.” Aku mengucapkan terima kasih kepada Cikgu Ayiha. Yalah, orang dah ucap tahniah, kenalah ucap terima kasih. Nanti tak pasal-pasal dapat cap mohor pangkat sombong.

Pergi sahaja Cikgu Ayiha dari pandangan mata kasar aku, terus aku menggaru kepala aku yang dilitupi tudung. Tahniah? Adakah ini bermakna keputusan aku boleh buat ibu dan abah aku bangga dengan anak dara dia ni? Hmm.. Wait and see ajelah.

*****

Result aku dah ada dalam tangan. Tapi, entah kenapa berat hati sangat nak tengok. Takut kalau-kalau result tak seperti yang aku harapkan.

Perlahan aku melangkah semula ke arah Fadlee.

“Berapa result Cinta?” Soal Fadlee yang terlebih teruja mengalahkan aku.

“Entah.” Jawab aku malas dalam resah.

“Entah? Habis tu dekat tangan tu result siapa?” Soal Fadlee lagi.

Result Cinta. Tapi Cinta takut nak tengok. Cinta takut result Cinta tak seperti yang ibu dengan abah Cinta harapkan.”

Fadlee memandang pelik ke arah aku. Mungkin dia berasa pelik atau apa-apa perasaan yang hanya dia yang tahu apabila melihat buah hati dia ni tiba-tiba jadi ‘down’ pula hari ni. Selalunya akulah yang paling kecoh, paling riang-ria bila masuk bab ambil result ni. Tengok ajelah cara aku tengok keputusan peperiksaan pertengahan tahun. Over melampau you!

“Cinta, percaya pada diri sendiri. Percayalah bahawa segala usaha Cinta dahulu pasti akan terbayar. Adlee yakin Cinta Adlee ni pandai orangnya. Adlee yakin juga yang pastinya result Cinta lebih baik dari result Adlee. So, just believe with yourself. Jangan jadi lemah macam ni, sayang.”

Ehem, sebelum Fadlee melalut dari sayang ke rindu ke kasih baik aku pintas cepat-cepat. Nanti tak pasal-pasal ada yang makan nasi minyak pula.

“Ok, ok. Huh!” Nafas dihembus agak kuat untuk menenangkan jiwa tak tenangku ini.

Bismillahirrahmanirrahim...

9A... Ok, ulang lagi! 9A! Jelas terpampang di atas kertas result aku, 9A! Terkejut bercampur dengan gembira tak terkata yang dapat aku rasakan kini. Jiwa yang tadinya berkocak kini sudah tenang dan yang pastinya aku mampu tersenyum lebar lagi manis selepas ini.

Aku mendongak untuk melihat Fadlee. Fadlee mengangkat sebelah keningnya.

“Alhamdulillah. ALLAH itu Maha Mendengar segala doa Cinta. Cinta mampu membuat ibu dengan abah Cinta bangga dengan anak dia ni. Alhamdulillah, Ya ALLAH.”

Ikutkan rasa hati, ingin sahaja aku bersujud syukur di sini. Gembira. Ya, aku gembira! Aku gembira kerana ALLAH telah memakbulkan doaku. Usaha aku selama ini sehinggakan mata aku dan mata beruang panda hampir serupa membuahkan hasil yang amatlah bermakna buatku.

Fadlee tersenyum melihat aku yang masih teruja dengan keputusanku.

“Tahniah, Cinta. Adlee doakan kita sama-sama dapat melanjutkan pelajaran di tempat yang sama.” Ujar Fadlee.

“Terima kasih, Adlee. InsyaALLAH jika ada rezeki untuk kita belajar bersama-sama.”

“Sama-sama kasih.”

Senyuman paling manis Fadlee hadiahkan untukku. Andai mampu aku bingkaikan senyumanmu itu. Ececeh! Jiwanglah pula.

Kami berjalan meninggalkan dewan sekolah yang sudah lengang. Hanya tinggal beberapa orang guru dan murid sahaja di situ.

“Haa, Cinta. Lupa nak tanya, berapa result Cinta?” Soal Fadlee kepadaku sewaktu kami melewati pondok sekuriti berhampiran pagar utama.

Ingatkan tak nak tanya tadi? Bisikku sendiri di dalam hati.

“9A. Adlee pula berapa?” Soal aku kembali.

“Hmm... 7A aje. Dah agak dah mesti Adlee tak dapat nak pintas Cinta punya.” Dalam nada yang seolah pasrah dengan apa yang terjadi Fadlee menuturnya.

Ni yang tetiba rasa nak hug Fadlee ni bagi tenangkan dia. Uit, kau dah gila ke Cinta?! He’s not your mahram ok! Huh! Dasar minta petir kuasa kilat punya setan! Eh, bukan petir dengan kilat sama aje ke maksudnya? Ahh, apa-apa ajelah.

Syaitan ni memang, ish! Suka sangat menghasut anak-anak muda macam aku ni. Patutlah sekarang ni banyak kes boyot sana, boyot sini. Syaitan dilaknat ALLAH ni punya kerja!

“Adlee, ALLAH itu Maha Adil. Mungkin hari ni Adlee tak dapat nak pintas Cinta. Tapi, takdir di masa hadapan siapa yang tahu? Tengok-tengok nanti Adlee pergi overseas, yang Cinta pula dok termenung tepi tingkap. Waktu tu mesti Adlee dah lupakan Cinta. Yalah, minah saleh kan lagi cun dari Cinta.”

Kalau Fadlee boleh buat ayat pasrah, kenapa aku tak boleh? Betul tak? Tolong katakan betul, ya.

Tersenyum lebar si mamat pujaan hatiku ini. Eh, dia ni! Kejap mood sedih, kejap tu nanti gembira tanpa duka. Seribu satu mood dalam seminit betul.

“InsyaALLAH Adlee akan cuba untuk setia dengan Cinta. Adlee tak nak yang lain selain Cinta. Itu janji Adlee pada Cinta. Kalau Adlee mungkir janji, Cinta buatlah apa yang Cinta nak pada Adlee. Adlee tak kisah asalkan Cinta puas.”

Lelaki, tak boleh dipisahkan dengan janji dan kata manis. Ya dok? Tapi, haraplah Adlee bukan jenis yang hanya tahu menabur janji manis tapi nak laksanakan, huh! Payah bebeno!

“Cinta akan pegang kata-kata Adlee tu. ALLAH itu Maha Berkuasa dan Maha Mendengar. ALLAH dengar apa yang telah Adlee janjikan pada Cinta. Jika Adlee mungkir janji yang Adlee taburkan, biarlah ALLAH yang selayak memberikan balasan.” Tenang aku menuturnya.

Ya, ALLAH itu Maha Berkuasa. ALLAH itu Maha Agung. ALLAH itu Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

Sepi mengambil alih antara aku dan Adlee selepas itu. Taman di hatiku masih penuh dengan bunga-bunga kegembiraan yang menghasilkan debunga kesyukuran terhadap-NYA Yang Maha Esa di atas keputusan SPM aku ini. Senyuman masih belum mampu untuk aku benamkan di balik bibirku.

Sesekali Fadlee memandangku dibalas dengan sebuah senyuman ikhlas.

Dari jauh aku dapat melihat kereta Toyota Camry milik abang kesayanganku, Zikri Nur Khalid atau nama singkatannya Ery atau along.

“Adlee, Cinta rasa abang Cinta dah sampailah. Oklah, Cinta pergi dulu ya. Assalamualaikum.” Ujar aku kepada Fadlee.

“Ok. Kirim salam dari Adlee untuk abang Ery ya. Waalaikummussalam.” Balas Fadlee.

Aku hanya mengangguk. Laju kakinya terus melangkah ke arah kereta along. Dari luar aku sudah dapat melihat wajah along yang memakai kaca mata. Itulah akibat bekerja di hadapan komputer terlalu lama. Abah tawar jadi bos dekat ofis tak nak. Kononnya nak berdikari. Lepas tu sekarang dari tak pakai kaca mata dah jadi salah seorang ahli kaca mata.

Salah diri sendirilah! Abah tawar jadi bos goyang kaki aje pun dekat ofis tu. Itupun tak nak. Kalau akulah, rasanya antara kerja dengan orang dengan jadi bos, lebih baik aku jadi bos. Walaupun aku yang bayar gaji, untungpun aku juga yang dapat dulu.

Result berapa, angah?” Soal along sebaik sahaja aku masuk ke dalam kereta.

Kabut! Tak sempat aku nak menikmati betapa nikmatnya duduk depan air-cond ni dia dah terjah aku dengan soalan yang memang tak lepas terutama untuk orang lepas dapat keputusan macam aku ni.

“Assalamualaikummmmmm.....” Sengaja aku panjangkan ‘harakat’.

Aku melihat along hanya tersengih menampakkan giginya yang agak putihlah. Mungkin kesan Colgate Optic White kut. Yalah, dok curi aje ubat gigi kesayangan aku tu. Mana tak gigi dia putih berseri macam gigi Fazura.

“Waalaikummussalam. Haa, cepatlah jawab soalan along tu!”

“Hee, along ni kabutlah! Bagilah angah bernafas dulu.” Aku memberikan sebuah jelingan tanda geram kepadanya yang masih tidak ingin menggerakkan keretanya.

“Along, jalanlah cepat! Angah tak sabar nak balik rumah ni. Haa, sebelum tu, Fadlee kirim salam dekat along.” Bebel aku.

Along hanya buat nohe dengan apa yang aku katakan. Salam dari Adlee juga tidak dia balas. Tapi, aku yang baik ni hanya menganggap bahawa dia sudah menjawabnya di dalam hati. Eee... Sabar aje aku.

“Along!!!” Jerit aku sambil mengetuk-ngetuk dashboard.

“Hey, hey.. Rosak dashboard kereta along ni siap angah, along kerjakan.”

Aku menjelingnya lagi. Biarlah aku jadi juling sekalipun, yang penting aku betul-betul malas nak layan songehan along kesayangan aku ni.

“Cepat bagitau along apa keputusan angah?!”

Aku hanya berdiam diri sambil membuat muka itik yang amat comel. Donald Duck tengok pun nangis sebab aku lagi comel dari dia.

“Kalau tak nak jawab tak apalah. Kita camping dekat sinilah jawabnya.” Ujar Zikri Nur Khalid di sebelahku ini. Dia memeluk tubuhnya yang nak kata besar, tak. Nak kata keding pun tak, sedang-sedang gitu!

 Aku menjeling geram lagi. Haisshh... Lama-lama boleh jadi juling aku layan perangai abang aku yang seorang ni.

“Angah dapat 9A. Ok, cepat jalan. Angah tak nak camping dekat sini!” Ujar aku.

Aku melihat along tersenyum apabila aku menyebut keputusanku. Banggalah tu sebab adik dia dapat keputusan yang bagus. You see la, adik siapa.

That’s my luvly younger sister.” Dah mula dah ayat debunga-debunga dia!

Aku hanya tersenyum sumbing. Setakat puji aje? Ingatkan nak belanja burger bakar abang Burn ke? Belanja aku borong novel dekat Popular ke? Huh! Bolehlah.

Terus dia menggerakkan keretanya untuk menuju ke destinasi. Ke mana lagi kalau bukan ke Teratak Zahra Indah. Oh, ibu dan abah, tunggulah anakmu untuk membawa seribu satu kebanggaan buat kalian. Owhhh yeaaahhhh...

*****

Masih terbayang di ruang legar ingatanku bagaimana rupa ibu dan abahku di saat aku menunjukkan keputusanku kepada mereka. Tubuh kurusku dipeluk bagai tidak mahu lepas. Citra Nur Kasih, adikku yang melihat hanya menahan perasaan cemburu di dalam hati. Maklumlah, budak kecik tu kan anak bongsu. Mana dia tahan tengok anak tengah dapat lebih dari dia.

Hahaha.. Ala, bukannya selalupun aku dapat merasa macam tu. Bila aku dah keluar dari rumah nanti tak dapat dah nak bermanja lagi dengan ibu dan abah selalu. Haa, bicara soal keluar rumah. Sebenarnya, aku baru sahaja dapat surat tawaran untuk masuk ke Universiti Malaya untuk bidang kegemaranku. Apalagi kalau bukan bidang perubatan.

Melompat bintanglah aku atas katil apabila membaca surat tawaran tersebut. Tapi, aku nak belajar dengan buah hati pengarang jantungku, Fadlee. Bukannya aku tak nak sambung belajar kalau Fadlee tak sama tempat dengan aku tapi aku rasa lebih seronok jikalau kami belajar satu universiti.

Dapat juga aku awasi dia. Hehehe...

“Haa..!! Berangan! Ingat abang Fadlee la tu.” Sergah Citra dari belakang membuatkan aku terlompat dari atas kerusi. Surat tawaran di tanganku terjatuh ke atas meja.

Aku mengurut dada sambil memejamkan mata. Terkijut mak, you!

“Hish, acik ni! Dah tak reti nak bagi salam ke?” Jerit aku di tepi telinganya.

Acik hanya tersengih sambil melihatku. “Assalamualaikummmm...!!” Jerit acik kembali di tepi cuping telinga. Rasa macam gegendang telinga hampir pecah mendengar jeritan kuasa ke empat belas adik bongsuku ini.

“Waalaikummussalam. Haa, nak apa datang bilik angah ni?”

“Saja.” Jawapan yang membuatkan hatiku yang sudah terbakar disimbah pula dengan petrol. Tak cukup lagi, disimbah pula dengan diesel.

“Eeee.. Acik ni! Kalau saja baik acik keluar sekarang. Menyibuk aje muka dia dalam bilik angah. Menyemak tahu!”

Surat tawaran di atas meja itu aku lipat dan masukkan semula ke dalam sampulnya. Aku menjeling geram ke arah muka tak bersalah acik di sebelahku.

“Ala, chillax la angah. Sebenarnya acik nak bagitau angah sesuatu. Itupun kalau angah nak dengarlah.” Kata acik. Bahunya terangkat-angkat mengikut rentak bicaranya.

“Sesuatu apa bendanya pula? Haa, cepat cerita.”

“Ingatkan tadi tak teringin nak dengar. Haa, sebenarnya semalam acik terserempak dengan adik abang Adlee. Acik tanyalah dekat dia abang Adlee sambung belajar dekat mana. Dia cakap abang Adlee sambung belajar dekat Universiti Malaya macam akak.”

Nak terkejut atau gembira? Tak tahu nak tafsirkan bagaimana. Tapi, apa yang pastinya aku bersyukur jikalau dapat menyambung pelajaran di tempat yang sama dengan Fadlee.

“Adlee dah dapat surat tawaran?” Soalku pada acik.

“Belum. Tapi, ibu saudara mereka yang kerja dekat Kementerian Pelajaran Malaysia tu dah tolong periksakan nama abang Adlee. Ibu saudara dia cakap abang Adlee sambung belajar dekat tempat sama dengan akak.” Jelas acik padaku.

Alhamdulillah la kalau aku dapat tempat sama dengan Fadlee. Tak perlulah aku membazir kredit tiap-tiap hari tanya khabar dia.

“Tak seronok ke?” Soal acik sambil melabuhkan punggungnya di atas katil empukku.

Memang gilalah aku kalau aku kata aku tak seronok. Memang itu yang aku impikan! Nak sambung belajar sama-sama dengan Fadlee.

Aku hanya tersenyum untuk menjawab soalan acik. Dia yang faham dengan jawapanku hanya tersenyum sumbing.

“Hmm... Angah, nak pinjam sebuah novel angah. Cikgu suruh buat analisis novel.”

Aku yang duduk di atas kerusi membuat muka apabila dia menyatakan hasrat nak pinjam novelku. Ini yang paling aku malas. Aku bukannya sukapun bagi orang lain novel kesayangan aku tu. Dengan adik aku sendiri ni pun sebenarnya aku tak nak bagi tapi bila ingatkan dia ni adik aku. Terpaksalah aku fikirkan jua sebanyak 150 juta kali.

“Errr... Ambil ajelah. Tapi, ambil yang nipis-nipis aje tau. Lepas tu pastikan bukan buku Kaki Novel dengan Alaf 21.” Itu adalah syarat wajib yang aku berikan.

Novel keluaran Kaki Novel dan Alaf 21 amat istimewa bagiku. Kenapa? Entahlah. Yang pastinya aku sayang sangat-sangat novel keluaran kedua-dua syarikat penerbitan buku itu.

“Oklah.”

Acik terus bangun dan berjalan menuju almari yang memuatkan novelku yang banyaknya boleh buat satu perpustakaan desa. Menari-nari jemarinya di atas almari tersebut untuk mencari novel yang diinginkannya.

Aku masih setia melihat ke arahnya. Bukannya tak percayakan adik sendiri tapi nak juga aku tahu novel mana yang ingin dia pinjam. Aku melihat sebuah novel bersederhana tebal berwarna hijau menjadi pilihannya. Lama dia membelek buka tersebut sebelum menapak ke arahku.

“Angah, acik pinjam novel ni ya. Nanti bila acik dah siap kerja analisis acik tu, acik letak balik ya novel ni. Tapi, kalau acik tak letak balik pun boleh, kan?” Ujar acik sambil tersengih.

Ikutkan hati nak aje aku sekeh kepala dia tu.

“Jangan nak ngada-ngada! Siap aje terus letak balik dalam almari tu. Kalau tak letak siaplah acik, angah kerjakan. Angah lipat-lipat acik masuk luggage terus angah poskan ke Sabah. Pergi duduk dekat Lahad Datu.”

Acik ketawa kecil mendengar ugutan dan bebelanku.

“Yalah, yalah. Nanti acik hantar balik ya. Tata.. Xei xei sudi pinjamkan.” Tanpa sempat aku berkata apa-apa lagi dia sudah berlari keluar. Pintu bilikku ditutupnya.

Aku menggelengkan kepala melihat perangai kabut acik yang tak ubah dengan perangai kabut abangku, along. Sabar ajelah aku. Tengok, aku jugalah yang tak kabut. Oppss..

Universiti Malaya dan Fadlee aku datang! Jerit hati kecilku.

Aku merebahkan tubuhku ke atas katil yang empuk lagi enak untuk aku membuat sesi taik mata. Mulalah terbayang di benakku bagaimana rupaku apabila aku menjejakkan kaki di Universiti nanti. Membayangkan apabila aku sentiasa berada di sisi Fadlee. Oh, indahnya!


Bersambung...

5 comments:

  1. Assalamualaikum

    Cerpen ye dik? Good job, alhamdulillah. Bila nak menyusul bahagian II? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah, cerpen, kak.. Terima kasih bebanyak.. InsyaALLAH Sabtu atau Ahad ni jika masa mengizinkan.. ^_^

      Delete
    2. waalaikummussalam....

      Delete
  2. Ok .... santai n manja manja gi tu

    ReplyDelete