Sunday 24 February 2013

Just Be Yourself

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum dan hai semua...

Ok, hari ni Fitri nak cerita tentang identiti. Identiti melambangkan siapa kita. Oleh itu, janganlah kita ngada-ngada nak jadi macam orang. Contoh, kita tak punya suara yang merdu tapi teringin nak nyanyi macam Dato' Siti Nurhaliza. So, korang rasa apa akan jadi? Hujan pun tak sanggup nak turun tau!

Macam tu juga Fitri. Waktu dolu-dolu Fitri pernahlah bercita-cita, pasang angan-angan nak jadi macam beberapa orang blogger yang cun lagi melecun. Jadi cantik macam diorang, jadi terkenal macam diorang, ramai peminat dan pengikut di blog. Tapi itu dulu, sekarang, setelah Fitri muhasabah diri Fitri depan cermin lama-lama, Fitri rasa Fitri comel!! (kembang sorang2 waktu menaip heee...) Tapi, serius memang itu yang Fitri rasakan.

Lagipun, ALLAH S.W.T juga telah mencipta semua manusia dengan kecantikan dan kecomelan yang tersendiri. Tiada seorang pun yang hodoh. Yang membuatkan kita jadi 'hodoh' adalah diri kita sendiri. Kita yang tiap-tiap hari dok cakap kita hodoh, lama-lama memang hodohlah jadinya.

Soal pengikut di blog, Fitri memang kecik hati. (dulu juga..) Sebab Fitri tengok followers Fitri sikit banget. Yalah, mana taknya, tiap-tiap hari dok bandingkan jumlah followers blog Fitri dengan blog Fatin Liyana, memang sah-sah la blog Fitri kalah,kan.

Apa-apa pun Fitri tak kisah pun semua tu sekarang, yang Fitri tahu, Fitri punyai keluarga yang amat sayangkan Fitri dan amat titikberatkan Fitri sampaikan nak jejakkan kaki ke luar rumah pun tak boleh kalau tak bagi tahu. Hehehe...  Anak mak gitu!  

So, jom kita pi terjah blog kepada blogger yang paling Fitri sayang... (macamlah mereka tahu.. blueekkk.. =P)



  1. Fatin Liyana --> Honeykoyuki
  2. Irine Nadia --> IrineNadiaMarcello
  3. Yuyu Zulaikha --> YuyuZulaikha
  4. Abil Fikri Ahmad --> WarkahBuatIsteri
  5. Hanis Zalikha --> HanisZalikha
  6. Ben Ashaari --> BENASHAARI
Dan akhir sekali, blog paling istimewa ialah blog........................... Luahan Hati Dari Jiwa 
Hehe... yang last tu serius memang special..!! Oklah, malas nak taip panjang sepanjang highway, cukuplah sekadar Fitri sudahi entry Fitri kali ni dengan assalamualaikum... Sayang semua..!!

Ayuh amalkan bersama.. =')



Cantik tak?? Kihkihkih... Fitri edit sendiri tau! Hohoho... Jom3, sape yang nak Fitri editkan gambar, jom cari Fb Fitri.. Mana tahu ada waktu, Fitri boleh bantu editkan.. Kihkih.. (bukan nak berniaga, bantu ikhlas sahaja) 

No comments:

Post a Comment