Wednesday 13 February 2013

Impian Yang Satu

Assalamualaikum dan hai semua... Terima kasih sudi menjenguk... 

Ok, bercerita tentang impian... Banyak impian Fitri sebenarnya, nak ada kerete BMW (phewiitt...), nak jadi seorang pakar sakit puan, nak membanggakan mak dan bapak Fitri dan banyak lagilah.

Cintaku Jauh Di Awan Biru, mesti sikit (nak kata banyak nanti perasan sengsorang pulok) yang baca e-novel saya ni. Cubaan pertama ni tau! Tengok2 boleh tahanlah yang bacanya. Dan setelah saya buat kajian (ala2 ahli geologi gitu), saya tengok kebanyakan yang baca e-novel saya ni berumur bawa 17 tahun. Gullpp... Bagi pendapat koranglah kan? E-novel saya ni ada rupa untuk orang bawah umur ke? Hmm... Think jangan tak think tau!

Sebenarnya juga, atas sokongan sahabat handai yang daku sayangi dan daku rindui, saya menjadi bersemangat untuk menaip Cintaku Jauh Di Awan Biru dan kini tinggal masa sahaja untuk menemui perkataan ~ TAMAT ~. Dan mereka juga adalah mengesyorkan untuk saya buat buku. Hmm... Pikir seribu seratus satu kali, ada orang nak beli tak kalau saya terbitkan cerita saya ni? Atau, ada tak publisher yang sudi terima karya saya yang entah apa-apa ni. Tulis ikut kepala hotak sendiri aje.

Kalau ada Alhamdulillah la. Tapi mungkin saya tak mampu untuk mencapai ke tahap seperti Siti Rosmizah, Sharifah Abu Salem, Suri Ryana dan ramai lagilah novelis2 yang popular giler kat luar sana tu. So, tengah dok pikiaq ni, nak hantar ke tak nak hantar karya saya yang macam orang baru bangun tidur, mata pun kecil lagi, mamai2 lagi. Tapi, bila tengok dekat Facebook ada la juga dua tiga orang tanya nak buat buku ke tak ke. Hadoi, serius jadi tension tahap babun jakun bila pikir nak buat macam mana. So, sudilah komen kat bawah ek, bagitau Fitri samada Fitri patut hantar ke publisher atau pun tak.

Dan kalau boleh rekomenkan la publisher mana yang sesuai. Jadinya, sementara Fitri nak habiskan Cintaku Jauh Di Awan Biru ni, Fitri terpaksa hentikan dulu CJDAB sampai bab 25. Bila tengok tak ada yang sudi menerima karya Fitri ni barulah Fitri akan sambung CJDAB sampai habis InsyaAllah di blog sahaja.

Tapi, jangan terbeliak biji mata kalau tengok CJDAB ni sampai akhir tahun 2013 pun tak sampai ke garisan penamat lagi. Sebabnya, panjang giler bila dok telek2 balik. Macam manalah Fitri boleh buat panjang macam tu.. =='

Apa2 pun, doakanlah Fitri agar impian Fitri untuk menjadi seorang novelis dapat dicapai ek. Amin.. I Luv All The Reader of My Blog.. Thanks..


6 comments:

  1. sye berhrp,,,fit dpt tros kn cerite,,,ni,,n hantar la,,karya ni,,,,^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin.. dah hampir ke penamat.. (InsyaAllah hampir habisla sebab takut nanti bertambah pula ideanya) InsyaAllah.. sedang cuba untuk mencari publisher yang sudi.. ^_^

      Delete
  2. sye doakn fit akan berjaye mengejar impian fit,,,^_^

    ReplyDelete
  3. fitri ku syg.. ni ikut pendapat awan la.. awan rasa fit cuba la hntr karya fit ni.. mna la tau ada rezeki kan? rezeki dri Allah kn ada di mna2.. awan doakn yg terbaik untuk fit.. teruskan menulis, i know u can.. double triple kepercayaan yg awan bgi utk fit yg satu hari nanti fit bleh jdi mcm penulis2 yg berkebolehan d luar sana... ingat pesan awan.. jangan sekadar ada impian tapi tak usaha utk jdikan impian itu realiti.. kalau nk capai satu impian tu, usaha sunguh2.. i believe u can touch your dream.. ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. awan..... terharu fit membaca komen awan tau! =')
      InsyaAllah fit akan cuba utk tidak menghampakan kepercayaan yang telah awan berikan kepada fit.. InsyaAllah dengan izinNya... ^_^

      Delete