Sunday 20 January 2013

Cintaku Jauh Di Awan Biru 23

Assalamualaikum...

Ingat nak update 2/2.. Tapi,terlebih rajin punya pasal hari ni,sajalah nak update bab 23.. =>


SELAMAT MEMBACA


Angin malam lembut menyapa wajah Wani sebaik sahaja kakinya melangkah keluar dari rumah. Meah kalau dah pegang novel memang tak nampak dah orang tepi dia. Cakaplah dengan dia pun,dia takkan layannya. Akibatnya,terpaksalah dia membawa diri ke luar.

Matanya tertangkap kelibat along sedang melihat ‘bintang’ sambil mata merenung ke pintu rumah Cikgu Najihah. Ada bintang menyinar dekat pintu rumah Cikgu Najihah. Cantik bintangnya. Patutlah along terpikat dan dengan cepatnya dia lupakan kak Fea.

Najihah berlari masuk ke dalam rumah apabila menyedari Wani sudah menangkap dia dan Daniel dalam keadaan yang agak malu baginya. Terkantoi! Nasiblah. Along pula segera melarikan matanya ke arah dada langit. Malulah tu!

Wani hanya buat tak tahu dengan apa yang terjadi. Buat apa nak kecoh satu kampung. Biasalah tu kalau orang dah dilanda ombak rindu dan demam cinta. Bukannya Wani tidak pernah merasainya. Malah,dia seperti sudah tiada perasaan jika melihat orang sedang dilambung ombak asrama. Dah biasa kata orang. Tapi nak buat macam mana. Jodoh tak lama. Budak lelaki tu terpaksa ikut ayahnya pergi ke luar negara,menetap di sana.

“Along. Apa yang along bisik-bisik dengan abang Iz waktu majlis kenduri tadi?” Soalan yang bermain di kotak fikirannya sejak dari petang tadi diluahkan jua pada along yang sedang bersandar di kerusi kayu jati di bawah pondok.

“Tak ada apa-apa. Hal orang lelaki,perempuan tak payah nak sibuk.” Jawab Daniel mendatar.

Sibuk pula budak kecik ni nak tau! Rengus hati Daniel. Matanya tidak berani untuk melihat Wani kerana dia segan apabila terkantoi dengan adiknya sendiri.

“Hmm.. Ok.” Orang dah tak nak bagitau takkan nak paksa. Kalau dia paksa nanti lain ceritanya pula.

Hati Wani masih tertanya-tanya tentang apa yang dibisikkan antara dua orang jejaka tadi. Dia yakin ini pasti ada kena mengenanya dengan Meah. Bukannya dia tidak tahu yang abang Iz menaruh perasaan pada Meah. Cuma Meah yang lembap nak tangkap. Meah ni memang,bab cintan-cintun memang dia slow. Yang dia laju kalau bab bola dengan bab makan. Yang dua tu memang dia laju.

Kalau ada perlawanan aje mesti dia orang first yang dok menghadap tv tu. Kata orang, dia pun sama! 2x5 aje sebenarnya.

Wani melangkah masuk ke dalam rumah dengan seribu satu persoalan yang tiada jawapan. Biarlah kalau along tak nak bagitau,dia yakin suatu hari nanti pasti akan terbocor juga sebab Wani pun tahu perasaan abang Iz terhadap Meah. Tapi kalau memang bab orang lelaki macam mana pula? Takkan dia nak korek juga rahsia tu.

Kakinya melangkah masuk ke dalam rumah semula. Ibu dengan abah gerentinya tengah memadu asrama. Sweet couple forever tu bukan boleh berpisah sesaat pun. Si Meah pula masih ralit dengan novel di tangannya. Tv terbuka tapi orangnya menghadap novel. Membazir elektrik betul!

“Best sangat ke novel Kalau Memang Harus Begitu tu? Nampak macam biasa-biasa aje. Dahlah tebal macam kamus Dewan Bahasa dan Pustaka pula tu.” Wani mengomel seorang sebaik sahaja dia melabuhkan punggung ke atas sofa di sebelah Meah.

Meah hanya menjeling Wani dengan ekor matanya. Mengganggu konsentrasi orang betullah minah ni. Aku baru nak feel dengan Tuan Putra ni. Dia pula kacau daun. Aku hempuk dengan novel ni baru dia tahu. Koma tiga bulan tak bangun-bangun. Bisik hati Meah yang geram apabila feelnya untuk Tuan Putra,watak hero di dalam novel tersebut terganggu.

“Oi,dengar ke tak apa yang aku cakap ni?” Wani menjerit apabila Meah tidak memberi sebarang reaksi malah,makin galak membaca dari satu muka surat ke muka surat yang lain.

“Dengar,tapi malas nak layan. Daripada layan kau lebih baik aku layan novel ni. Lagi bagus.” Balas Meah perlahan hampir tidak didengari Wani.

Tapi,telinga Wani yang sudah macam telinga gajah itu lebih pantas menangkap butir bicara Meah. Wani mencebik lalu melihat ke arah televisyen. Layan Idola Kecil pun best juga. Bagus budak-budak tu nyanyi tapi lagi bagus kalau hantar pergi mengaji.

Wani menukar siaran televisyen tanpa henti. Kejap tv1 kejap tu lagi tv3. Pening Meah dengar. Bercampur aduk bahasanya. Sabar ajelah. Sabar itu separuh dari iman.

“Bosan...!!” Jerit Wani tiba-tiba sehingga Meah terkejut dan hampir tercampak novel di tangannya.

“Kau ni memang saja nak aku kena cabut nyawa cepat,kan! Terkejut aku tahu tak. Kalau macam ni gayanya tahun depan baru habis aku baca novel ni.” Meah berang apabila sesi pembacaannya diganggu.

“Ops,sorry. Sorry ya,aku tak sengajalah. Janganlah marah,nanti cepat timbul kedut medut dekat muka kau yang licin tu.” Wani segera mengambil hati Meah kerana takut nanti melarat pula marahnya si Meah ni.

“Hey,aku guna Safi Balqis Perfect 10 tau. Takkan adanya kedut medut semua nak timbul dekat muka aku ni. Takut nanti muka kau dulu yang timbul segala jenis kedut ni. Yalah,menjerit tak habis-habis!” Meah membebel lagi.

Orang guna Safi Balqis yang Shila Amzah tu pakai. Tengok muka dia,licin gila. Tak ada pun kedutan. Ikut sedap mulut dia nak kata cepat timbul kedut medut dekat muka aku ni. Tak puas membebel face to face,dalam hati pun dia membebel lagi. Itulah Ermirda Amirah kalau dah angin hot naik sampai satu badan.

“Alamak. Janganlah cakap,kang tak pasal-pasal cepat pula timbul kedut dekat muka aku ni. Mulut comel kau tu bukan boleh percaya,kadang-kadang masin terlebih.” Ujar Wani sambil meraba wajahnya. Manalah tahu kut-kut ada kedutan timbul ke.

Tahu pun takut. Aku pang muka tu free je. Bisik hati Meah yang masih geram tak sudah. Dah tak ada mood nak layan Tuan Putra! Wani punya pasallah ni.

“Apa ni kak cik,Meah? Jerit sampai ibu dengan abah dekat atas tu boleh dengar.” Tegur ibu yang sedang menuruni tangga. Pasangan suami isteri yang sedang beristirehat bersama di dalam bilik utama terkejut apabila tiba-tiba sahaja terdengar jeritan daripada tingkat bawah. Lepas tu dengar pula orang membebel. Macam mak nenek pun ada.

Sudahnya abah menyuruh ibu turun untuk melihat anak-anaknya di bawah. Manalah kut-kut nanti daripada perang mulut terus bertukar jadi perang silat pula. Tak ke aniayai!

“Tak ada apa,ibu. Cuma si Wani anak ibu ni haa. Menjerit kuat-kuat macam pakai mikrofon. Nasib baik tak tercampak novel ibu ni.” Jawab Meah bagi pihak Wani yang sudah kembali menghadap tv. Bosan-bosan pun layan ajelah!

“Hmm.. yalah tu. Haa,mana along kamu ni. Panggil masuk,dah malam dah ni. Takkan dia nak tunggu awek pontianak ngorat dia dulu baru dia nak masuk rumah kut?”

Ini lagi seorang ahli geng merepek sedunia. Memperkenalkan,Puan Masyah. Sekali dia marah ke,dia nasihat ke mesti dia guna ayat merepek. Tapi,merepek-merepek pun ada hikmah dan rahsia di sebaliknya juga. Bukan merepek kosong macam orang lain tu.

“Yalah. Kejap,kak cik pergi panggil along masuk.” Wani melangkah ke arah pintu dan menghilang ke luar.

“Dah habis baca novel tu,Meah?” Soal ibu sambil melabuhkan punggung di sebelah Meah.

“Belum,bu. Si Wani tu dok kacau je. Bila nak habisnya kacau macam ni gayanya.” Meah meluahkan rasa tidak puas hati kerana sesi pembacaannya terganggu dek Wani kepada ibu.

“Ala,biasalah si Wani tu. Bila kita sibuk baca,dia mesti nak ganggu tapi bila dia tengah baca janganlah ganggu,mahunya dia mengamuk sakan sampai satu dunia ni bergegar. Macamlah Meah tak biasa.” Ibu hanya tersenyum mendengar luahan hati Meah.

Meah hanya mencebik mendengar penjelasan ibu.  







“Kenapa ibu panggil along masuk?” Soal along yang sudah terpacak di ruang tamu. Wani tidak kelihatan bersama. Mungkin dia sedang mengunci pintu.

Wajah along masam dan seperti tidak senang apabila dia dipanggil masuk. Yalah,elok-elok dia tengah dating dengan Cikgu Najihah sebelah rumah tiba-tiba aje ada yang nak kacau line.

“Kenapa? Salah ke ibu panggil along masuk? Takkan nak tunggu awek cun versi pontianak ngorat along dulu baru along masuk kut.” Soalan yang dibalas soalan membuat along makin ‘merajuk’ dengan ibu.

Kawan tu dahlah tengah mabuk asrama dengan Cikgu Najihah. Awek pontianak? Nak ke pontianak couple dengan jejaka Malaya yang punyalah hensem ni. Yalah,pontianak mesti nak cari geng macam dia,mulut berdarah,muscle tak ada lepas tu taring panjang 10 cm keluar dari mulut. Pontianak pun ada tastelah!

“Dia sebenarnya frust menonggeng bila kak cik ajak dia masuk dalam tadi. Dia tengah dating lawan mata dengan Cikgu Najihah sebelah rumah ni tadi.” Ujar Wani yang tiba-tiba muncul sambil tersengih.

Apalagi,lajulah tangan sasa si alongnya meluku kepala Wani. Mengaduh sakit si Wani dibuatnya.

Along menjeling tajam ke arah adiknya. Geram kerana ‘datingnya’ dibocorkan kepada Meah dan ibu. Mana nak sorok muka ni,beb!

“Sudah-sudahlah tu. Dah besar tapi perangai macam budak lima tahun. Dating lawan mata? Apa ke bendanya tu?”

Meah dan ibu membuat muka minta jawapan daripada Wani. Comel habis. Rugi Izham tak ada dekat sini. Kalau tak rasanya dia dah sambar tangan tok kadi nak nikah cepat dengan si Meah ni.

“Haa.. Dating lawan mata tu maknanya dating tanpa face to face. Sekadar menjeling-menjeling ku bertentang,mata kita sama memandang. Hey..” Amboi,siap nyanyi lagi tu.

“Eee... budak kecik ni. Aku sumbat mulut tu dengan novel yang Meah pegang tu baru tau.” Along yang mula geram,mengejar Wani yang sudah melarikan lari. Meah dan ibu hanya mampu melihat mereka berdua. Budak kecil pun baik lagi rasanya.

“Sudah-sudahlah tu! Masuk tidur!” Abah menjerit dari tingkat atas.

Orang nak tidur pun susah! Rengus abah di dalam hati sambil menggaru kepalanya yang gatal. Nak tumbuh uban apa. Hai,dah tua dah abah rupanya. Sebenarnya abah tidak dapat tidur kerana ‘bantal peluknya’ tiada di tepi. Mata tak mahu tertutup kalau ‘bantal peluk’ lari. Puan Masyahnya di mana? Arrgghh..

Mereka semua yang berada di tingkat bawah berpandangan sesama sendiri. Akhirnya ketawa meletus sehingga boleh didengari oleh abah di atas. Sabar ajelah abahnya!

“Abah tak boleh tidur sebenarnya tu. Sebab buah hati dia tak ada dekat tepi.” Usik Wani pada ibunya.

Ibu hanya ketawa sambil tersenyum mendengar usikan anak bongsunya itu. Betullah tekaannya tu.

“Yalah tu,intan permataku. Nanti bila korang semua nak masuk tidur jangan lupa tutup semua suis tau. Tv ni terutamanya. Check sekali pintu dengan tingkap tu,tengok dah kunci betul-betul ke tak.” Ujar ibu sebelum bangun untuk naik ke atas.

“Assalamualaikum semua anak ibu.” Salam diberi oleh ibu.

“Waalaikummussalam.” Jawab mereka semua serentak.

Semua suis dipastikan telah tutup. Televisyen juga sudah ditutup.

Wani dan Meah menapak naik ke atas sambil menjeling ke arah along yang masih berangan di atas sofa.

“Kejap ek,Meah. Aku nak sedarkan mimpi di malam hari along kejap.” Bisik Wani di telinga Meah. Meah pula hanya mengangguk sambil menahan tawa daripada meletus.

Kusyen kecil dicapai lalu dibaling ke arah along. Sasaran mengena! Tepat pula tu kena pada muka along.

“Oit..” Marah along.

“Heheh.. Assalamualaikum.” Wani menarik tangan Meah untuk lari naik ke atas. Sekelip mata sahaja mereka hilang. Bayang pun tak nampak dah.

          Along hanya ketawa sambil menjawab salam di dalam hati. Inilah rupanya orang yang sedang dilamun rindu. Tapi yang peliknya perasaannya kini tidak sama langsung dengan perasaannya ketika dia bercinta dengan Sofea Atirah.

3 comments: