Tuesday 15 October 2013

Biarkan Blog Terus Berbicara

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum dan hai semua...

Waa, dah lama rasanya tak buat sesi ngomen-ngomen novel. Ahaks..  Jika sebelum ni Fitri ngomen novel Lazuardi hasil nukilan Nasz dan Dia Yang Aku Pilih hasil nukilan Rafina Mimi Abdullah, kali ni Fitri nak mengomen novel Biarkan YM Terus Berbicara. Novel ni dah lama dalam simpanan Fitri cuma baru berkesempatan nak baca.

Mula-mula baca lagi dah gelak macam pontianak. Terkejut bakal mak mentua kalau tengok. Sia-sia aje Fitri kena reject. Ahaks...

Kak Hanni Ramsul punya cerita. 

Novel BYMTB ni sebenarnya sambungan novel BYMB iaitu Biarlah YM Berbicara. Dua-dua dah selamat Fitri khatam. Biarlah YM Berbicara tu baca sampai tiga kali uolsss!!! Memang! Hasil nukilan Hanni Ramsul kalau tak ulang baca memang tak sah. Tapi tak lengkap novel Hanni Ramsul dalam simpanan Fitri.

Fitri ada dua aje. Tapi Fitri pernah baca Pergilah Air Mata. Memang air mata tak mahu pergi membacanya tau! Fuuhhh.. Memang power arr penangan kak Hanni Ramsul ni.

Sebelum Fitri start sesi mengomen, apa kata baca  sinopsisnya dulu.

Abang Kamal... walaupun kau mengalah demi bahagiaku, namun kau tetap hadiahkan aku gusar. Sungguh aku tidak betah melihat diammu. Aku mahu kau menggapai bahagia seiring denganku. Tetapi, mungkin benar katamu.Tentang perasaan, kita memang tidak mampu memaksa... sebagaimana aku tidak mampu memadam perasaan yang pernah ada di antara Encik Firdaus dan Mia.

Encik Firdaus... sungguh aku bahagia, apabila aku bertemu cinta Charming di setiap hela nafasmu. Sungguh aku bahagia apabila aku sering menjadi yang paling penting dalam setiap lembar hidupmu. Namun, aku tahu aku tidak mungkin boleh menjadi Miamu. Mia yang ternyata pernah mewarnai hidupmu dengan kesempurnaannya. Aku terlalu jauh dari sempurna itu. Aku tewas dulu, dan kini aku tetap tewa...

Aku... aku tetap keliru. Aku jadi sendirian. Keliru dalam mencari erti cinta. Keliru dalam menguruskan sejalur rasa cemburu yang menghukum. Cintakah itu, andai aku harus relakan hati menangis demi kami yang aku puja? Cemburukah itu, andai aku harus bertarung dengan seribu kemungkinan yang jelas menghiris kejam sekeping hatiku. Andai memang dalam cinta ini, masih perlu aku sediakan ruang untuk orang lain... aku memilih untuk melupakannya.

Biarkan YM Terus Berbicara. Fitri cop novel ni sebagai novel yang penuh perasaan. Bayangkanlah, sekejap Fitri macam orang gila gelaknya, kejap macam orang putus cinta sedihnya sampai muka kalau anak buah nampak pun lari. Apa-apa pun, pendeknya novel ni cukup 'rencahnya'.

Tak menyesal 'beli' novel. *dapat free sebenarnya* ahaks... Paling dahsyat sekali, ini adalah novel kedua yang Fitri bayang heronya ada misai. Fitri tak tahu kenapa tapi memang watak Encik Firdaus dalam dua-dua novel BYMB dengan BYMTB Fitri bayangkan ada misai. Tapi hensem gila, weyh! 

Macam siapa? Fitri pun tak tahu macam siapa sebab rasanya orang dalam kepala hotak Fitri tak wujud di dunia realiti. Ececeh!

Ok, dari melalut tak tentu pasal, lebih baik Fitri describe watak.

ADIYA- Memegang watak 'aku' dalam novel ni. Kisah hidupnya amatlah sweet kalah buah mempelam masak. Tapi, sweet-sweet pun kadang-kadang sour juga. Bila tiba bitternya, Fitri pun terasa bitter sampai rasa macam tertelan bittergourd. Haha... Parah! Cemburunya amat sukar ditapis apabila Encik Firdaus bersama-sama Mia. 

ENCIK FIRDAUS- Memegang watak suami kepada Adiya. Seorang yang lemah lembut dan penyayang. Waa... Nak suami macam Encik Firdaus! Macam-macam dugaan. Itu, ini, begitu, begini. Ahakss... Part paling best untuk Encik Firdaus ialah part waktu dia kena Couvade Syndrome. Veryyyyyy bestnya part. Kadang-kadang Fitri tersengih, kadang-kadang Fitri rasa nak pi tolong Encik Firdaus bila dia diserang Couvade Syndrome tu.

*Apa benda Couvade Syndrome tu? Hang pi beli and then baca. =P*

ABANG KAMAL- Dia ni suka buat Fitri rasa nak naik angin. Naik anginlah bila baca tentang jejaka ni yang kepala batu. Rasa nak hempuk aje batu kat kepala dia kalau wujud. Geram wei geram! Tapi Fitri suka juga watak ni. Because he look so cool. Hehe...

MIA- No matter what, Fitri rasa agak benci baca watak. Haha.. walhal watak ni bukannya watak antagonis pun. Saja nak timbul rasa benci menci gitu. Bosan arr baca dok sweet sampai mueet. Dia ni baik sebenarnya.

And you know what? Tak sangka rupa-rupanya watak Adiya tak bertudung. Just dia mula bertudung bila dia shopping dengan someone. Fitri blur tengah jalan. Jenuh kepala hotak mikir. Biar betul watak ni tak bertudung? Walhal dari zaman berkurun waktu Biarlah YM Berbicara lagi Fitri dok bayang Adiya tu bertudung.

Memang tanjat boboi Fitri waktu baca tu. Rasa nak melompat aje bila baca. Melompat sebab tak percaya. Ahhh... Ehhh... Uhh...

Oklah, just nak komen satu aje. Novel ni layak dapat 5 BINTANG

Memang kaki novel rugi kalau tak miliki novel ni. Tapi sebelum tu untuk elakkan anda jadi salah seorang warga Malaysia yang blur, anda kenalah beli dulu Biarlah YM Berbicara kerana Biarkan YM Terus Berbicara ni sambungannya. Ok, beli tau jangan tak beli!

Detail Biarlah YM Berbicara --> BYMB
Detail Biarkan YM Terus Berbicara --> BYMTB

Murah aje harganya kan? Tapi Biarkan YM Terus Berbicara eksklusif hanya di POPULAR. 

So, jangan lupa dapatkan novel the best ni untuk jadi sebahagian daripada koleksi anda. :)
Wassalam.. Tata..

2 comments:

  1. Baca dahhh... citer ni klakar sangat!
    Sampai keluar air mata sebab terlalu klkr..
    lg2 part last "Husband saya dh nak bersalinn!"
    hahahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan... novel ni memang the best... haha.... terbalik. dia yang nak bersalin, suami dia pula yang dikatanya nak bersalin.. :D

      Delete