Wednesday 14 September 2016

Train To Busan - Review Hentam Saja

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum dan hai semua...

Dah lama tak buat benda-benda review ni. Kali ni terdetik pula. Ewahhh... main detik-detik pula.


Alkisah dah lama sis teringin nak tengok Train To Busan. Sejak daripada ada keluar kat coming soon dalam web TGV. Nampak tak betapa gigih nak tengok wayang siap 'stalk' lagi web TGV tu sepanjang masa. Ahaksss...

Lepas tu teringin nak tengok Moana, Lights Out, banyak lagilah. Tapi semua kesudahannya adalah hampeh. Hahaha... #sisredho

Jadi, tak tahan sangat sebab semua dok sembang sana sini pasal Train To Busan, terus buat gather dengan Typo Squad. Even tak semua dapat datang. Sis happy. :) Yang lain insyaAllah, jika ada jodoh sem break nanti kita jumpa k. ;)

Bajek nak tengok kat Ipoh Parade. Sekali check online, seat full daa... so, payah sangat tengok dekat TGV Aeon Klebang aje. Dekat pun dekat. Ni pergi Parade nanti dahlah jauh, mata ni melilau aje tengok macam-macam. Maklumlah, Parade ni aura shopping dia gila sikit. Especially Popular. Memang gila bak hang. Besar gila arr Popular kat Parade.

Ok-ok... maafkan sis yang memang kalau dapat merapu memang tak boleh berhenti. Ayuh ke tajuk utamanya. Review Train To Busan.


Actually keinginan nak tengok movie ni timbul waktu first-first tengok kat coming soon dulu sebab ada perkataan Busan. Sis kenot dengan Busan ni sebab Busan adalah salah satu tempat yang paling sis teringin nak pergi suatu hari nanti.

Lepas tu bila buka baca sinopsis, teruja gak sebab pasal zombi. Sis suka zombi-zombi ni.

Lepas tu tengok pula poster. Dah lama tengok baru perasaan. Ada pak cik kegemaran sis. Ehehehe... pak cik dalam Coffee Prince yang sis gilakan sangat waktu sekolah rendah dulu. hahaha...


Pak cik Gong Yoo... ^_^
Pak cik dah. Tak ada nak oppa bagai. Tua dah pak cik ni.

Oklah, bagi sis... sis bagi 9.8/10 bintang. Kenapa tak full? Haa, meh sis nak bagitau...

  1. Sebab pertama tak dapat full sebab sis geram. Sis tak dapat nak lenyek orang tua sombong lagi pentingkan diri tu. Kalaulah sis boleh masuk dalam screen tu dah lama sis tumbuk, sepak, penampar orang tua tu. Geram tu tahap sampai sis rasa kalau tak kerana sis dalam panggung memang dah lama sis buat demonstrasi Muay Thai. (ececeh.. acah-acah belajar Muay Thai je)
  2. Sebab kedua adalah ending. Ewahhh... terus ke ending sis ni. Hahaha... but serious sangat. Tolonglah ada Train To Busan 2. Kalau tak memang sis sendiri pergi Korea berlakon dengan pak cik Gong Yoo untuk Train To Busan 2. Ewahh... gatai meghela pula dia. ;P
Actually takut nak tengok movie ni sebenarnya sebab tengok pada trailer, tak dapat nak tangkap maksud di sebalik trailer tu. Tetiba je, eh dah ada zombi. Lepas tu dengar kawan punyalah semangat cerita pasal Train To Busan. Tak faham juga. ;D

Jadi, senang cerita, kena tengok sendiri. Ada juga kawan sis sorang ni kata cerita ni tak best. Membazir duit aje tengok. Sis tak kisah dia nak kata apa. Tak terpengaruh sebab pengaruh nak tengok Train To Busan lagi kuat.

Yalah, sis nak tengok Train To Busan pada asalnya pun bukan sebab movie ni jadi trending tapi sebab sis tengok dekat dalam coming soon. So, mohon jangan cakap sis pergi tengok sebab movie ni trending k.

Lepas tu movie ni pun jadi kesukaan sis sebab dia ada family love. Tak macam cerita-cerita kpop yang lain dok makwe miskin, nerd jumpa pakwe hensem, kaya, sado. Tak, tak, tak. Cerita ni pasal kasih seorang bapa terhadap anak dia.

Serius kalau hati kau keras, memang kau tak rasa apa. Tapi kalau kau hayati, tak cukup tisu weyh kau nangis. Cerita ni juga memberitahu kita yang sikap pentingkan diri tu hanya merugikan diri sendiri. Sikap pentingkan diri tu hanya akan buat diri kau lebih derita. Mungkin kau akan selamat tapi kau selamat dengan melihat penderitaan orang lain. Tak ada makna pun kebahagiaan kau sebab orang lain derita atas kebahagiaan kau.

Kau tengok cerita ni, mohonlah jangan nak annoying sangat bila dengar orang dok menjerit-jerit dalam panggung tu. Serius mendebarkan. Dengan zombi-zombi yang hiperaktif. Bhahahahaha...

Ok, sis cakap gini sebab sis dengan kawan-kawan sis tak mampu nak tahan diri daripada menjerit. Rasa macam real je ada dekat dalam train tu sekali. hahahaha... kawan sis lagi dahsyat. Kotak popcorn dah tak ada rupa kotak punyalah dia jerit sambil renyuk-renyuk kotak tu. ;D

Sis tak payah cakap, orang lain tak jerit, sis jerit dulu. Hahaha... Paling tak boleh blah ada satu part tu semua zombi bergelimpangan mati. Suddenly ada tangan zombi tu bergerak. Mulut sis ni laju je sebut... 'oh mak kau'.

Kawan sis boleh pula gelak. Orang terkejut betul-betul dia gelak pula. Dahlah sis sorang je pula tu yang menjerit. Maaflah, mudah terkejut memang gini. Ampun yang satu panggung dengan sis tadi. n_n

Mohon ya, nak lepas stres tengoklah movie ni, boleh jerit puas-puas. Tak ada scene yang ada zombi yang tak membuatkan korang terjerit.

Selain part jerit, ada juga part yang buat korang menangis. Part buat korang menangis sebenarnya lagi banyak daripada korang menjerit. 

Ada satu part tu yang buat sis sebak plus mata dah standby air mata waktu ada sorang budak laki ni yang survive waktu lalu gerabak ada zombi nak pergi dekat gerabak yang selamat, tengok-tengok zombi tu kawan-kawan dia. Dia tak sanggup nak pukul kawan-kawan dia. Sis sebak gila tahap gaban waktu tu. Sis faham perasaan dia. Kawan kut.

So, start dari part tu makin banyak pula scene-scene yang serius kalau tak nangis pun, sebak pasti ada. Actually sebelum tu pun dah ada part sebak cuma fokus sangat menjerit. Hahaha...

Lagi satu photoshop untuk movie. Memang pergghh arr... Sangatlah moden yang mana tak mampu untuk kau bayangkan. Respek arr untuk pengarah dan production movie ni. Hope adalah production Malaysia yang boleh buat macam ni lepas ni. 

Dah ada. Ya. Memang dah ada. Kalau korang tengok Ola Bola. ^_^

Last words dari sis, pergi jelah tengok. Kalau ada yang kata tak best tu mohon jangan nak percaya bulat-bulat dulu. Pergi tengok dulu and judge by yourself. Setakat dok baca orang review, dok dengar apa orang cakap mana nak tau level best dengan tak best dia tu.

Pergi tengok ok! But make sure you are 18+ la. Cerita ni 18+. ;D

Kalau tak duduk jelah luar panggung kunyah popcorn. ;P


Yang ni tak boleh blah. ;D
Sakit perut gelak weyh!

Sekian sahaja review hentam keromo daripada sis yang cute. Nak sambung pening minggu depan ada dua presentation tapi dua-dua hampeh tak siap lagi. Huwaaa... T_T

Wassalam. Thanks sudi baca Fitri merepek. ^_^

No comments:

Post a Comment