Saturday 20 February 2016

Gol, Gol, Gol, Gol!

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum dan hai semua...

Perancangan awal, nak pergi dating dengan Azy nak tengok Ola Bola lepas dipengaruhi oleh Kema yang tak habis-habis dok puji melambung filem Ola Bola. Last-last rasa macam... ala, takkan nak pergi berdua je?

So, ajaklah Typo Squad yang lain. Kita orang dating berenam di Parade untuk layan Ola Bola.

Ola Bola yang... 150 juta bintang yang Fitri boleh bagi. (nak pergi angkasa pun entah bila -_-)


Nah, Fitri bagi beberapa sebab dari jiwa Fitri kenapa korang WAJIB tonton filem ni.

1. Ia berdasarkan kisah benar dan berlatarkan tahun 80-an.

Fitri memang suka something yang throwback macam filem ni. Fitri juga suka apa-apa cerita yang berlatarkan tahun yang tak sempat Fitri rasa. Maknanya yang Fitri tak boleh nak poyo yang... eh, budak zaman sekarang rasa ke benda tu? Dalam kata lain, tahun-tahun sebelum Fitri lahir ke dunia ini.

I love something like that. Fitri tak ada di zaman tersebut. Fitri tak rasa perasaan berada di zaman tersebut. Dan Fitri dapat rasa sesuatu yang Fitri tak dapat rasa dalam Ola Bola. Love it!

Dan yang the best Ola Bola adalah berdasarkan kisah benar. Wowww...

2. Perpaduan tanpa mengira bangsa.

Kalau korang tonton filem ni, perkara yang paling jelas yang paling mudah untuk kita lihat dalam filem ini adalah konsep perpaduan antara 3 bangsa yang berlainan. Ia mengajar kita bahawa...

"Warna kulit kita berlainan tapi kita tetap adik-beradik," - Rahman (ayat mungkin agak berbeza atas faktor usia Fitri yang meningkat yang cepat lupa sebab selalu termakan semut dan kepala ikan)

3. Kasih sayang antara keluarga dan sahabat.

Arrggh... perasaan itu kembali bila Fitri tulis yang ke-3 ni. Perasaan sebak yang membuatkan air mata korang bertakung dan mungkin mengalir. Serius sangat... Fitri banyak sangat rasa sebak setiap kali part berkaitan family (especially Tauke & Muthu) dan sahabat.

Waktu part Tauke kena marah dengan adik dia. Waktu part ayah Muthu marah kat Muthu. Waktu luahan perasaan dalam bilik persalinan. Huwaa... gedik tau hati Fitri. Selalu kering macam biskut kering je. Ni tetiba dah macam kena rendam dalam teh tarik.

Waktu part Skru/Tiam Cai... oh... I'll never forget that part. Fitri tersenyum lebar tahap selebar yang tak tahu nak ukur pakai pembaris atau pita pengukur. Waktu tu diorang main bola dalam hujan lepas latihan ala tentera.

4. Ada Tiam Cai yang overload kelakar & comel.


Copy dari SINI.

Watak Tiam Cai yang nak jadi skru kecil yang bermakna yang comel ni banyak kali buat Fitri tertawa. Tertawa yang Fitri rasa tak ada langsung makna cover ayu. Bhahahaha...

Dahlah Tiam Cai ni boleh pula boleh lawak tengah Fitri dok tahan hati yang dah macam biskut kering terendam dalam teh tarik. Air mata tengah dok standby nak turun last-last tak jadi sebab Tiam Cai ni comel sangat dengan lawak dia.

Sakit hati ni. (Fitri pasti ramai yang ingat part ni. ;P )

Kalau jumpa Tiam Cai ni kat luar nak selfie dengan dia sampai penuh memori fon Fitri. Bhahaha... ;D (simpan ajelah niat kau tu Fitri, oii!)

5. Rahman - pengulas sukan terkimchi.. eh, terbaik di arena cahaya!

Serius arr, kalau wujudlah pengulas sukan macam Rahman ni, sanggup Fitri dok mengadap bola sampai minit ke 90. Serius! Tak adalah jemu sangat nak tengok bola. Bhaha... Maaf pengulas sukan di luar sana, hanya komen yang jujur dari jiwa Fitri. ;P


Copy terus dari Google.

6. Bakat-bakat baru yang tak pernah Fitri kenali.

Fitri cubalah cari kut-kut ada muka-muka famous yang sering menjadi bualan dalam dunia hiburan. Tapi, tiada... yang ada pun Bront Palarae dengan Datuk Rahim Razali (hanya muncul kurang 5 minit).

Tapi sekarang... mereka sudah dikenali. Bukan hanya oleh Fitri tapi oleh semua yang meminati filem Ola Bola. ^_^


Copy terus dari Google.

7. Teknologi yang wowwww...

Tak nak komen banyak, tengok je video kat bawah ni.


8. Tak menyesal & tak rugi.

Serius beb, tak menyesal dapat duduk tempat paling bawah yang kedua dalam panggung. Sakit tengkuk woiii. Tapi, sakit tu hilang bila dah jerit gol. Apa Fitri kisah, Fitri rasa nak jerit, Fitri jerit je. ;P

Memang tak rugi. Serius! MEMANG TAK RUGI!

9. Nak tengok lagi.

Ok, yang ini agak lawak jugalah... apa yang lawak?

Cerita tak habis lagi. Ada lagi 10 minit nak habis. Tapi, ada budak duduk dekat belakang Fitri dah siap cakap dah dekat family dia...

"Kena tengok lagilah, tak puas. Best sangat."

Hakak sokong kau, dik! >_<

Tak boleh nak move on ni. Tambah lagi dengan kekiutan Tiam Cai. Dengan pula Rahman si pengulas sukan yang terbaik di arena cahaya. Homaiii...


10. Penat dah menaip.

Dah habis baca, kan? Ok... cepat buka laman web cinema untuk book tiket Ola Bola. Book sebelum menyesal, der!!!

Ini pun nak rezeki Fitri dan rakan-rakan sebab masih ada tempat kosong waktu pergi beli tiket Ola Bola. Kalau lambat sikit pagi tadi... meraunglah kita orang depan pintu masuk panggung tu. Huwaaa...

Dah, dah, dah... pergi book cepat. Kang menyesal tak dapat nak tengok Tauke dan rakan-rakan menaikkan nama Malaysia dalam arena bola sepak.

Mak Fitri cakap, cerita Ola Bola ni kalau kaki bangku tak payah lah pergi tengok. Tapi, percayalah... yang kaki meja, kaki kerusi, kaki sofa pun boleh tengok. Dah... Fitri nak, gol, gol, gol, gol!!!

Wassalam. Tata. Thanks sudi baca Fitri merepek. ^_^

2 comments:

  1. wah wah wah. nk pi tengok lah kalau sempat. tp mcm tak sempat je hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. tengok.. jangan tak tengok kalau sempat. ;D
      serius.. memang terbaik. (Y)

      Delete