Monday 18 January 2016

Yang Tak Ada Pada Dilwale

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum dan hai semua...

FINALLY...

Selepas dua kali internet membazirkan masa Fitri dan menghabiskan bateri laptop Fitri, dapat juga download Bajrangi Bhaijaan.

Harap korang faham macam mana perasaannya bila mendownload dah separuh tetiba Failed-Network Error. Kau rasa nak kena parang ke kapak, internet? *gangster jap*

Yeayyy... dah tengok filem Salman Khan yang ramai sangat orang bandingkan dengan Dilwale.


Komen yang pertama.

Bajrangi Bhaijaan memang best. Bukan sahaja best tapi juga ohsem, gempak. Okay, jap... apalagi perkataan untuk menunggu best selain gempak? Hurrmmm.. ok, tak tau. --'

Komen yang kedua.

Tolonglah percaya... Fitri yang hati kering sekering biskut kering ni pun menangis bila tengok Bajrangi Bhaijaan. Dia mengalir tanpa dipaksa. Tetiba je rasa macam. Eh, apasal ada air kat pipi aku ni. Ok, itu drama! ;P


Part ni paling teruk Fitri menangis.
Nasib baik tengok sorang-sorang.
Kang kantoi depan mak.
Malu teman!!! >_<

Serius, beb! Kau kalau tak menangis bila tonton Bajrangi Bhaijaan, ternyata memang... hati kau lagi kering dari hati Fitri. Ahaksss... ;D

Komen yang ketiga.

Suka sangat lagu-lagu dia. Cuma ya, lagu dia tak macam lagu-lagu Dilwale. As a title, yang tak ada pada Dilwale. ^^


Lagu ni paling comel dan lagu ni secara rasminya jadi lagu feveret Fitri. ;D

Komen yang keempat.

Salman Khan dah makin sado dan dah makin hensem. Eh.... >_<

Dan budak tu pun comel. Auuwww... ;)



Copy terus dari Google.
Sesiapa yang tak cair tengok Harshaali Malhotra ni cuba cerita sikit dekat Fitri...

Komen yang kelima.

Jalan ceritanya dan tempat pengambarannya sangat menarik dan cantik. Cerita ni lebih berkisar tentang kemanusiaan. Tentang Shahida (HM) yang bisu dan berasal dari Pakistan. Dia mengikuti ibunya ke India untuk berubat.


Dalam perjalanan pulang ke Pakistan, kereta api rosak dan kereta api berhenti. Shahida terlihat anak kambing yang terjatuh ke dalam lubang. Dia turun dari kereta api untuk bantu anak kambing. Tak lama kemudian, kereta api pun bergerak.

Shahida cuba untuk memanggil ibunya tapi dia bisu. Dia melambai-lambai ke arah ibunya tapi ibunya tidur. Shahida tertinggal di India.


Part ni aje Fitri rasa sebak-sebak dah. Lepas tu Shahida naik sebuah lagi kereta api yang berhenti di situ. Dia sangka kereta api itu menuju ke Pakistan. Tapi, di pertengahan jalan kereta api tersebut berpatah semula ke India.

Dia turun di tempat yang dia sendiri tidak tahu di mana. Di situlah dia berjumpa dengan Pawan (SK). Kemudian, Pawan berusaha untuk menghantar semula Shahida kepada ibu bapanya. Bermacam-macam halangan yang terpaksa Pawan hadapi yang for sure korang memang akan rasa sebak kalau tak menangis pun. =')

Okay, malas dah nak taip. Ahaksss.... Fitri kasi korang intro aje. Nak cerita lebih-lebih karang, Fitri teriak sorang-sorang korang tak adanya nak tolong pos tisu. ;P

Komen yang keenam.

Fitri tak faham satu benda. Ada tali yang mereka ikat dekat masjid tu apa benda? *curious*

Komen yang ketujuh.

Bila Shahida menangis, seriously rasa macam nak aje pergi peluk. T_T



Komen yang ketujuh.

Dibandingkan dengan Dilwale?

Maaf, Fitri tak suka nak banding-banding. 

Masing-masing ada kehebatan dan keistimewaan masing-masing.

Dilwale lebih fokus pada keluarga, mafia, adik-beradik, hubungan percintaan, rakan-rakan.

Bajrangi Bhaijaan lebih fokus pada kemanusiaan, keluarga, negara, kejujuran.

Cuma apa yang dapat Fitri katakan.

Memang rugilah kalau tak tengok dua-dua filem ni.

Tapi satu aje, Bajrangi Bhaijaan tak ada Veer yang hensem. Eh.... ;P


Komen yang kelapan.

Malas dah nak komen banyak-banyak. Senang cerita korang pergilah tengok sendiri cerita Bajrangi Bhaijaan. Seriously memang best.

Dilwale pun best. Every movie has their own speciality. Hambik ko, aku speaking teruihh! Hahaha...

Apa yang ada pada Dilwale tak ada pada Bajrangi Bhaijaan.

Dan...

Apa yang ada pada Bajrangi Bhaijaan tak ada pada Dilwale.

Masing-masing ada kekurangan dan kelebihan.

Okay, nak merepek tu aje. Daaa... jangan lupa tau untuk tengok Bajrangi Bhaijaan. Konfem tak kering air mata. T_T

Nota hati :
Sesiapa yang mahu mengorder novel-novel Elee Mardiana
- Di Sebalik Wajah - Cinta Seorang Kekasih - Encik Abangku Romantik -
- Kalau Dah Jodoh - Kalau Dah Jodoh 2 - Takkan Ku Lepaskan Dia -
DAN
Novel Limited Edition Hasreeyati Ramli
- Hey Cinta Tunggu Aku -
Boleh inbox Fitri di Facebook atau Whatsapp di nombor 016-5666458.

Wassalam. Tata. Thanks sudi baca Fitri merepek. ^_^

6 comments:

  1. hihihihi thank u so much ill download this asap!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ur welcome. ;)
      download jgn x download. ^^

      Delete
  2. btw wait... where to dowload!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!?

    ReplyDelete
  3. Kan kannn !! Best gilaa kan.. Terbaik laa. Bdk tu comeii gila gila hihihh. Part2 akhir tu lg banjirr huhu. Dilwale best, BB pun lg best.. Ekeke :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang best. Memang comel sangat-sangat. Gewaaammmm... >.<
      Banjir. T_T
      Dua-dua pun best. (Y) ^^

      Delete