Sunday, 24 January 2016

Rezeki Akhir Tahun 2015

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum dan hai semua...

Akhir tahun lepas Fitri jadi seorang kaki giveaway. Kalau boleh semua giveaway Fitri nak join. Tapi tak juga. Banyak juga giveaway yang Fitri tak boleh nak join sebab tak dapat nak penuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh penganjur.

Alhamdulillah, dalam banyak-banyak giveaway yang Fitri sertai, ada juga yang Fitri menang.

Ada empat giveaway Fitri menang.


Waktu pak cik posmen tu bunyi hon depan rumah, terus excited. Dah tahu dah mesti hadiah giveawaynya. Sebab sekarang ni Fitri tak beli dah barang melalui online. Mungkin nantilah nak beli balik barang melalui online. Heeee... ;D

Hadiah pertama yang Fitri terima.


Ni waktu Fitri masuk GA 1st Year Blog Anniversary / aryshafayyadh.blogspot.com. Menang shawl dari kak el - Nyawaku.

Hadiah kedua yang Fitri terima.


Ni waktu masuk Brooch Mini Giveaway. Fitri memang suka brooch comel-comel gini. Heee.. kat rumah ni banyak. ^_^

Hadiah ketiga yang Fitri terima.


Ni waktu masuk Giveaway Bawal Crepe from Muja & Huda. You know what? Inilah tudung bawal crepe Fitri yang pertama. Dah pakai dah tudung ni. Tapi senget-benget sebab Fitri tak reti pakai tudung bawal. Huwaaa... dah biasa pakai shawl. >_<

Actually kaler tudung tu warna hijau pastel. Tak nampak sangat warnanya sebab masalah lighting. Heee..


Kali pertama pakai.
Heeee...

Hadiah keempat yang Fitri terima.


Waktu ni Fitri masuk Amy Hilmirda Giveaway 2015.

Alhamdulillah, rezeki yang tak terduga. Tak sangka dalam berpuluh-puluh blog yang sertai, Fitri menjadi antara yang terpilih untuk mendapat hadiah dari penganjur. ^_^

Buat kak Sha, kak El, kak Huda, kak Sya dan kak Hilmirda... terima kasih atas penganjuran giveaway dah hadiah-hadiah yang menarik. ;)

Saya nak minta maaf juga buat penganjur giveaway kerana lambat buat entry berkaitan hadiah giveaway. Banyak sebab yang menyebabkan saya sukar untuk menulis entry ini. Termasuklah nak ambil gambar. Hahaha... ;D


Wassalam. Tata. Thanks sudi baca Fitri merepek. ^_^

4 comments: