Saturday, 16 January 2016

Kecoh Bebeno Pasal Dilwale

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum dan hai semua...

Kecoh.

Memang kecoh.

Habis semua orang kecoh pasal Dilwale.

Lagi kecoh bila ada segolongan yang suka membanding.

Dilwale Vs Bajrangi Bhaijaan.

Memang lumrah manusia.

Ada satu benda best.

Dia mula cari satu lagi benda best untuk dibandingkan.

Hurrrmmmm...


Copy terus dari Google.

Fitri nak komen lebih sangat pasal filem Bajrangi Bhaijaan tak mampu sebab internet jelez gila dengan Fitri. Dia bagi Fitri download subtitle aje. Bila download movienya, sampai 4 kali dok failed-network error.

Annoying tau dengan awak ni, internet! >_<

Dilwale ada keistimewaannya tersendiri.


Copy terus dari Google.

Dia tak fokus 100% pada SRK dan Kajol yang dua kali berhujan setiap kali berjumpa. Lepas tu menari cuma kali ni tak ada pula part berguling atas padang rumput.

Fitri yang bukanlah spesies suka sangat romantika de amor ni pun tak pula fokus sangat pada part SRK & Kajol loving doving bagai.

Dilwale ada aksi. Aksi yang boleh buat orang jakun macam Fitri ni ternganga. I love their car! Memang wowwww... especially dalam lagu kat bawah ni. Lawooooo...


Dilwale ada kasih sayang antara adik-beradik. Kasih sayang tulus dicurahkan sepenuhnya buat si adik. Walau hakikat si abang tiada hubungan pertalian darah langsung dengan si adik. Yang ni Fitri jelez! Nak juga abang macam Raj! Haissshhh... bersyukur Fitri bersyukur.


Copy terus dari Google.

Dilwale ada pengajaran. Kadang-kadang orang yang paling kita sayangi itu tidak bermakna boleh menjadi orang yang paling boleh kita percayai. Kita juga tak boleh percaya dengan apa yang kita lihat. Kadang-kadang apa yang kita lihat itu tidak sama seperti realitinya.

Dilwale ada komedi. Hei, Ramlal! Hahahaha... part ni memang rasa macam nak terkentut Fitri gelak. (tak senonoh gila kau, Fitri!) Fitri paling suka pak cik Anwar dalam filem ni. Dia comel tapi gangster. Hehehe... kalut pun satu. Dalam laptop ni banyak kali dok ulang part-part yang ada pak cik Anwar. Aduh, bila tiba kalut dia. Comel sungguh! ;D

Dilwale ada apa yang tak ada pada Bajrangi Bhaijaan.

Bajrangi Bhaijaan pun ada apa yang tak ada pada Dilwale.

Jadi, tak payahlah kome beria sangat dok membandingkan. Kut bila bandingkan kata Bajrangi Bhaijaan lagi best, Salman Khan bagi cekelat satu lori, nak juga Fitri join bandingkan nanti bila dah tengok. ;P


Copy terus dari Google.

Okay, tak sabar nak download Bajrangi Bhaijaan. Internet, tolonglah jangan buat saya annoying lagi dengan awak. T_T

Fitri tak kata 100% Dilwale tu best. Ada juga part yang tak best yang Fitri selalu skip bila tengok Dilwale dalam laptop. Tengok wayang nak skip lagu mana. -_-

Mungkin perasaan Fitri tapi serius sangat, ada beberapa part lawak pak cik Johnny Lever tak berapa nak sampai dalam Dilwale. Tak setanding lawak dia dalam Kuch Kuch Hota Hai dengan Kabhi Khushi Kabhi Gham. Fitri cuba untuk ketawa bila dia buat lawak. Tapi, fake sangat! >_<

Mungkin minat dan atas sebab ada part antara SRK dan Kajol yang buat korang sakit mata yang membuatkan korang menendang Dilwale daripada list korang.

Untuk Fitri yang memang kipas susah mati SRK sejak dari zaman gigi susu, Fitri memang tak boleh lepas daripada menonton filem-filem SRK walaupun tak adalah tengok semua sekali. Tak juga boleh dikira sebagai kipas susah mati, kan? Ahaksss... ;)


Copy terus dari Google.

Part 'sakit mata' tu abaikan ajelah. Boleh tapis sendiri. Bukan budak kecik lagi sampai nak kena mak bagitau part ni bahaya tengok, part ni boleh tengok. Pepandailah korang tapis. Tapi ada juga yang jenis dok suka menelan semua sekali tanpa tapis.

Yang tu idok le boleh menolong. -_-

Ok, Fitri nak cuba download Bajrangi Bhaijaan. Hope internet sudi bagi kerjasama. @_@


Copy terus dari Google.

Wassalam. Tata. Thanks sudi baca Fitri merepek. ^_^

10 comments:

  1. Dilwale...Fiefi pun tak tengok lagi haha...so no komen..:) N 'internet' sila baik ok, cian Fitri nak download tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha... internet baik hari ni. Semalam dua kali try dok fail juga. Dah download dan dah tonton. Nanti kita review ek. ;)

      Delete
  2. tak tgk lagi!! tp nanti nak tgk sbb semua org cakap best. aha tq reviewnya :D

    ReplyDelete
  3. OMG YE
    qila perati je perangai yg nak banding2 tu hek eleh mcm kau bagus SGT KE ahhahaha maghoh2. but yes, dilwale special dia idk. 5-min-dates :p
    brotherhood tu hiks, gangsterism, duit zaman sekarang byk pakai sampai terpaksa mencuri, etc etc.

    yg bajran tu lain lerrr hek eleh betul hihi

    qila pun nk dunlud1!!!
    thank u fitri for reminding hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha... rileks kak qilah, rileks. ;D
      yeahh, suka sangat 5min dates tu. kiut sangat. >.<

      download jgn x download ;)

      Delete
  4. owhh ada jugak ye yg banding2kan ? hehe mcm Ana ni takdela nk banding2 pun sbbnye blm tgk lg citer BB tu. tgh usaha nak tgk live streaming. mslh internet jugak kikiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada. selalu terbaca. hehe.. usaha jgn x usaha. fitri dah tgk dah. *saja nak bagi jelez* ;)

      Delete
  5. dua dua tu jie dh tgk dh. sorry to say, bkn nak banding tp BB lagi best dari dilwale..huaaa... tapi dua2 movie tu ada kekurangan yg tersendiri. masing2 ada pendapat tersendiri. hihi :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masing-masing ada keistimewaan tersendiri. ;)

      Delete