Friday, 22 January 2016

Boat Noodle Together-Gether

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum dan hai semua...

Hari Khamis, yakni semalam mengikut kalendar waktu Fitri tengah menaip entry ni... Fitri pi keluar menawaf Aeon dengan geng Typo Squad. Tujuan utama pi Aeon sebenarnya nak makan Boat Noodle.

Kema belanja!

Ahaksss... orang belanja, mana boleh tolak, beb. Kena pula berkaitan makanan. ;P


Berselfie sementara menanti 4 lagi ahli Typo Squad.


Cukup aje semua ahli Typo Squad, Kema tulis order sambil berselfie.
Bukan senang beb dapat selfie together-gether.
Lepas ni entah bila pula nak jumpa.
>_<


Selfie from other angle.


Selfie orang duduk tepi. Eheh...

Chit-chat bagai nak rak. Maklumlah, dah lebih sebulan tak berjumpa. Macam-macam topik dibuka. Sampai tak ingat dah apa ke bendanya yang kita orang sembang semalam. Ahaksss...

Seronok sangat.

Teruja sangat.

Bahagia sangat.

^_^

Dah puas berchit-chat, yang dinantikan pun sampai.

BOAT NOODLE THE FAMOUS.


Pinjam gambar Umai.
Fitri tak ambil gambar pun.
Sampai aje depan mata, baca doa, belajar guna chopstick dan makan.
Ahaksss..

Fitri tak reti pakai chopstick. Rasa nak nangis bila tengok garfu tak disediakan. T_T

Yang jadi mangsanya, yang duduk sebelah dan depan Fitri la. Kema, Erna, Meah. Jenuh depa dok ajar. Tapi entah kenapa lambat bebeno kepala otak Fitri nak pick up apa yang depa ajar. Jenuh mencuba, akhirnya licin juga mangkuk tu. Hahaha.... ;D


Nama ni Chicken Wings.
Nama femes yang Fitri cipta untuk hidangan ni...
#ChickenWingsTaikHidungMasin.
Dahlah dipotongnya kecik.
Rasanya dua ketul dipotong tiga.
Gila cekik darah!

Komen Fitri untuk Boat Noodle...

Cukuplah sekali itu aje Fitri makan Boat Noodle. Lepas ni lebih baiklah Fitri pi makan bihun sup seringgit kat tempat Fitri ni. Banyak pun banyak. Rasa pun boleh tahan.

Tak adalah nak kata tak boleh terima langsung rasa Boat Noodle tu, tapi entahlah. Ada lagi yang lebih sedap daripada Boat Noodle ni.

Air pula Fitri minum Iced Lemon Tea. Rasanya, rasa nak pitam 2 saat. Pekat gila!!! Nak menyesal pun tak berguna, dah beli. Minum ajelah.

Erna sarankan tambah air mineral tapi masalahnya Fitri tak bawa air mineral pula semalam. Kata Erna...

"Nak beli air mineral pun mahal sampai dua ringgit lima puluh sen. Kalau ... (lupa apa yang dia cakap kat sini) lima puluh sen je."

Bagai nak rak kita orang gelak. Opsss... itu ok lagi. Ada yang lagi best!

Chickeng Wings...

Macam gambar di atas. Seriously jelas sangat yang diorang potong seketul kepak ayam tu kepada tiga bahagian. Homai... zaman apakah ini? Rasa dah ok, tapi saiz tu tak ok. Dahlah itupun RM4.90. Errrr... -_-

Habis kita orang kutuk Chicken Wings. Nasiblah kita orang kutuk depan-depan. Kang cakap belakang-belakang kena bash pula. Ahaksss... #JanganBashSaya

Nasib baik ada lagi dua yang Kema order tu sedap. Bolehlah menjadi penawar perasaan kuciwa melihat #ChickenWingsBelahLapanPolohLapanKali.

Dah kenyang, bangun bagi orang lain pun nak duduk gak. Kema dengan Umai pi bayar kat kaunter. Harga dia??? Boleh dapat sehelai baju raya baru yang branded. Terima kasih ajelah Boat Noodle. Lain kali KFC ajelah.

Apa-apapun, thanks Kema coz sudi belanja kita yang menanam anggur tak berbuah ni. ^_^

Lepas tu jenjalan. Main game dulu. Bahagia betul dapat main. Fitri, Kema, Shaz dengan Zati main yang tangkap gambar tu. Flawless gila muka jadinya. Ahaksss... kalah pakai Qu Puteh. ;P

Pastu pergi Daiso. Shaz belanja sorang satu barang sebab dia dah bekerja. Yeayyy... Fitri beli yang dekat bawah ni. Bahagia sebab akhirnya jumpa juga make up remover tissue ni. Shaz belanja pula tu. Auwww... Thanks, Shaz! ;)


Gambar copy terus dari Google.

Pastu turun pula pergi Popular, Shaz nak beli buku. Apalagi, Fitri pun pusing sekalilah dalam Popular tu. Benci tau dengan Popular. Rasa macam tak jumpa jalan keluar kalau dah masuk. >_<

Pastu waktu semua nak balik tu, rasa macam nak nangis aje. Cover dengan sengih-sengih. Tambah lagi Shaz pula dok tak nak lepas tangan Fitri lepas salam. Huwaa... kau memang, kan Shaz! Huwaaa...... T_T

Lepas tu jenjalan dalam tempat baju sebab diorang tak jadi balik. Hehehe... tambah masa 20 minit. Haha.. bahagia berjalan-jalan seperti tiada masalah. Tiada masalah? Tiada orang yang tiada masalah. >_<


Jumpa cermin!
Selfie!
Ahaksss... ;D

Lepas tu, semua membawa hala tuju masing-masing. Sedih sangat perasaannya. Entah bila pula kita orang akan bersua muka lagi. Entah bila pula kita orang dapat berchit-chat lagi. Entah bila pula kita orang dapat merayap bersama-sama lagi.

Semalam pun tak cukup lagi tiga orang, Husna dengan Liana ada hal. Tak dapat nak join kita orang. Mai pula katanya tak dapat pergi. Huurrrm... mungkin jodoh untuk kita berjumpa di lain kali. ^_^

Rinduuu sangat.

Rindu zaman kain biru.


Dulu waktu sekolah kecoh sangat nak habis sekolah cepat-cepat. Sekarang bila dah habis sekolah, kecoh pula nak sekolah. Sebenarnya, apakah yang kau mahukan duhai Fitri? Huhuhu...

Sekolah, saya rindu awak. Awak tak rindu saya ke? ;P

Oklah, nak merepek itu aje. Nak pergi lipat kain sambil tengok Angelina Jolie. Daaaa.... ;)

Wassalam. Tata. Thanks sudi baca Fitri merepek. ^_^

No comments:

Post a Comment