Monday 28 December 2015

The Good Dinosaur - Review

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum dan hai semua...

Kalau korang baca entry Fitri yang lepas mesti korang tahu betapa terujanya Fitri nak pi tengok Dilwale. Tapi sayangnya salah sendiri sebab tak cek awal-awal Dilwale ditayangkan di mana. Main terjah aje last-last tak ada.

Tapi ada hikmahnya juga... kalau pergi Aeon Station 18 hari tu, dahlah jauh. Susah pula bapak nak hantar, ambil Fitri dengan Kak Ibah. Dapat pula tengok The Good Dinosaur yang sangat-sangat comel. Heeee... >_<

Tak menyesal join kanak-kanak dalam wayang tu. Kihkihkih... Fitri pun dah bertukar jadi kanak-kanak.


Waktu masuk tu iklan dia berjela-jela. Layankan iklan aje separuh popcorn tu dah habis. Ceh!

Dah lama iklan lepas tu start satu cerita kartun pendek. Tajuk dia Little Sanjay macam tulah. Lupa dah tajuk dia. Yang tak boleh blah kak Ibah keluar waktu ni sebab takut kita orang termasuk panggung yang salah.

Waktu kak Ibah keluar tulah kartun pendek tu habis dan The Good Dinosaur pun start. Fitri punyalah tahan gelak waktu tu. Buat lawak aje.


Copy terus dari Google.

Start aje cerita The Good Dinosaur, Fitri terus terpukau sat. Gambar serius cantik. Maksud Fitri view dalam kartun. Nampak real sangat-sangat. Bila tengok view dia, tak rasa macam tengok kartun pun. Cantik! Cun! Ohsem! Gempak!

Hambik kau!


Cerita The Good Dinosaur adalah tentang seekor anak Dinosaur yang bernama Arlo. Kisahnya bermula apabila Arlo mahu meletakkan cap kakinya pada silo. Kata poppanya, kalau nak letak cap kaki pada silo, Libby, Buck dan Arlo perlu melakukan kerja sehingga berjaya.

Oh, ya... Libby dan Buck adalah adik-beradik Arlo. Arlo yang bongsu dan yang paling lemah antara adik-beradiknya. ;P

Arlo ditugaskan untuk memberi makan kepada ayamnya yang dah macam along kawasan. Apa nama ayam tu lupa dah Fitri. Arlo gagal. Poppanya berasa kesian.

Jadi, untuk memudahkan Arlo untuk dapat mengecap kakinya pada silo, Arlo ditugaskan oleh bapanya untuk menangkap makhluk yang memakan jagung yang disimpan sebagai persediaan menghadapi musim sejuk.

Tapi, macam biasa... Arlo lemah dan pengecut.

Bila dah dapat tangkap makhluk tu, Arlo membiarkan makhluk tu terlepas sebab takut. Poppa marah Arlo dan memaksa Arlo mengikutnya untuk menangkap makhluk tersebut. Dan pada waktu itulah, buat kali pertamanya Arlo keluar dari kawasan tempat tinggalnya. Eh, bukan!

Kali kedua. Kali pertama waktu poppa bawa Arlo untuk mengatasi perasaan takut Arlo.

Dan pada waktu itu jugalah, terjadinya peristiwa hitam. Poppa Arlo mati gara-gara ribut yang melanda. Bukan ribut sangatlah tapi kepala air. Kepala air tu apa? Pi cari sendiri kat Google. :P

Sedih sangat part ni. Fitri dah rasa sebak sangat-sangat. Weyh, tengok kartun pun boleh rasa sebak kut!


Copy terus dari Google.
Arlo dan Poppa.

Lepas tu Arlo meneruskan kehidupannya bersama Momma, Libby dan Buck tanpa Poppa. Sewaktu Arlo sedang menolong Momma, pada waktu itulah dia terserempak sekali lagi dengan makhluk yang mencuri jagung keluarganya.

Makhluk tersebut adalah manusia!


Copy terus dari Google.

Sewaktu sibuk mengejar manusia yang comel ni, Arlo hanyut dibawa arus kerana tanpa sedar dia mengejar sampai ke sungai. Bla bla bla bla... (bla bla ajelah sebab dah lupa. ahaksss...)

Ada satu part tu waktu manusia yang comel ni cuba untuk bagi makan bagi Arlo. Macam-macam yang dia bagi, sesumpah dan macam-macam lagi. Ahaksss... part video kat bawah ni semua orang gelak. Aduiii, comel sangatlah!


Ada satu peristiwa yang kelakar. Yang tak nak Fitri cerita. Kena tengok sendiri baru best ahakss... Sebab peristiwa itulah Arlo dapat tahu yang nama manusia yang comel ni adalah Spot.

Ada satu habit dia, kalau dia happy dia akan hentak-hentak kaki kiri dia. Comel sangat! >_<

Kak Ibah suka sangat Spot hentak-hentak kaki dia. Sejak daripada itulah setiap kali usik kak Ibah, kak Ibah mesti 'ugut' nak hentak-hentak kaki macam Spot. Apakah? -_-

Lepas tu ada part waktu diorang tiup lubang pada tanah. Ada tikus comel keluar. Mula-mula satu aje tikus keluar lepas tu banyak pula yang keluar. Semua gelak sebab tengok reaksi Arlo dengan Spot waktu ni. Apasallah cerita ni comel sangat, eh?


Copy terus dari Google.

Hambik kau, besar-besar Fitri bagi muka Spot. Comel sangat. Waktu ni part yang diorang dekat tepi sungai waktu malam rasanya. Waktu tu Arlo cerita dekat Spot tentang keluarga dia pakai ranting kayu.

Mula-mula sedih, lepas tu bila Arlo nak ikut Spot buat bunyi macam serigala, lawak terus jadinya. Comel sangat suara Arlo.


Copy terus dari Google.
Watak-watak yang ada dalam The Good Dinosaur.

Untuk part yang lain Fitri suka part dekat bawah ni...


Beria-ria Fitri dengan kak Ibah gelak waktu ni. Tak sedar pun orang lain gelak sekali ke idok. XD

Ok, skip... takkan nak cerita semua, kan? Baik Fitri buka panggung wayang versi entry blog kalau nak cerita semua. Hehehe...

Ada satu part di mana Arlo hampir-hampir kehilangan Spot dengan cara yang sama seperti dialami oleh Poppanya. Arlo masih trauma dan teragak-agak untuk menyelamatkan Spot. Tapi, demi sayangnya pada Spot dan tidak mahu peristiwa hitam berulang, Arlo kuatkan semangat dan menyelamatkan Spot.

Part ni sedih. Semua senyap. Fitri dah macam nak menangis tapi ku tahan demi mengenangkan budak-budak pun tak menangis. Kang buat sejarah pula orang tua tengok kartun menangis. Budak-budak ilek jek...

Tapi Fitri tak puas hati endingnya. Macam tergesa-gesa nak cepat habis. Kak Ibah pun memberikan pandangan yang sama. Harap ada The Good Dinosaur 2. Tak puas. Serius tak puas sangat-sangat. Tak puas juga dengan kecomelan Arlo dan Spot. Kalau kat rumah dah lama Fitri ulang tayang balik.

Tapi best dan tak adalah tahap tak puas hati sangat-sangat sampai nak baling popcorn. Cuma spoil sikit aje pada bahagian ending. Lebih kurang 1.5% aje yang spoilnya. Yang 98.5% lagi memang ohsem!

So, Fitri bagi 5 bintang warna pink untuk The Good Dinosaur! Owhh yeahhh...


Seperti yang Fitri ada tulis dalam entry lepas... Kekecewaan tak dapat tengok Dilwale tak terasa pun. Kalau hari tu tengok Dilwale, mungkin Fitri tak dapat tengok kecomelan Arlo dan Spot. Weee...

Perasaan waktu tengok The Good Dinosaur ni dah macam tengok cerita hantu. Berdebar ada, meremang bulu roma ada, lawak ada, sedih ada. Tapi yang banyaknya berdebarlah. Perrgghh... tak senang jantung Fitri menengoknya.



Sekian, membebel untuk The Good Dinosaur.


Fitri yang kebulur terus ajak kak Ibah makan KFC sambil tunggu bapak ambil. Call mak, mak kata bapak belum balik solat Jumaat lagi, so ajaklah kak Ibah makan KFC. Kak Ibah dah kenyang. Mana taknya, dah kak Ibah yang pegang popcorn.

Asal seluk aje makin dalam, seluk lagi makin dalam... seluk lagi nun hujung bekas tu. Aihhh, reda ajelah. Fitri pula lain ceritanya. Dok minum aje. Keluar aje mencicit cari tandas. Hehehe...

Oklah, daaa...

Kut-kut bosan ke tak tahu nak bawa anak-anak pi mana sebab dah satu Malaysia dah me'round', so bawalah anak-anak pi tengok cerita The Good Dinosaur. Ada banyak sangat pengajaran dalam cerita ni. Bagus untuk kanak-kanak dan orang tua yang comel macam Fitri.

Nak muntah sila cari baldi cepat-cepat. :P

Wassalam. Tata. Thanks sudi baca Fitri merepek. ^_^

5 comments:

  1. Macam best je cerita ni..tak semua kartun tak berfaedah...haha.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Serius best kartun ni dan pengajaran yang nak disampaikan memang dapat.. so, kartun ni bukti yang ia ada faedah.. hehe.. ^_^

      Delete
  2. Cambest je.. kalau ade kelapangan mungkin nak tengoklah

    ReplyDelete
  3. Salam,

    My name is Norain from ZALORA Malaysia. I would like to offer you to do a collaboration with us. Feel free to drop me an email at norain@my.zalora.com

    Thanks :)

    ReplyDelete