Friday 1 January 2016

2016 - Harapan Baru

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum dan hai semua...

Alhamdulillah...

Bersyukur ke hadrat Ilahi. Kita masih diberikan peluang untuk menemui 2016.

Selamat tinggal 2015.

Awak hadir memberikan seribu satu perkara baru dalam hidup saya.

Awak pergi memberikan seribu satu kenangan untuk saya hayati.

2016.

Awak datang untuk memberi saya harapan.

Harapan semoga detik hitam yang berada pada 2015 dapat digantikan dengan sesuatu yang lebih bermakna.

Gambar dari SINI. Diedit oleh Fitri sendiri.

Azam.

Bila tiba aje tahun baru, perkara yang selalu orang lakukan adalah meletakkan azam.

Bagaimana dengan azam Fitri?

Abaikan ajelah azam Fitri. Tak ada yang best untuk dikongsi tentang azam seorang Fitri. ;)

Azam nak kurus? (biasalah, beb... orang perempuan!) ;P

Penat dah letak azam nak kurus ni sejak dari Darjah 1. Tak ada beza pun.

Dok lagu tu juga. --'

Lagipun...

Fitri pernah baca. Kata orang, kalau berazam lebih baik jangan beritahu pada sesiapa. Means, just keep your azam in your mind. Tak payah nak kecoh satu dunia...

"Azam wa tahun ini aaa... wa mau jadi terlajak laris wooo..." - Contoh semata-mata. ;P

Bila korang beritahu semua orang, dari situ akan timbul satu roh. Perrgghh... roh tu. Dah macam cerita hantu pula. 'Roh' ni akan mematahkan semangat azam korang. - ni bukan ayat yang Fitri baca tu. Ni main hentam saja labu punya ayat. Tapi makna masih sama.

Believe me, apa yang Fitri baca tu memang betul.

Dulu waktu tengah ada semangat nak jadi seorang novelis, habis satu dunia rasa nak bagi tahu.

Tulis cerpen baru tulis satu perkataan pun dah kecoh dekat blog, Fb semua.

Lastnya baru dua perenggan dah tak ada mood nak sambung. Fitri tak adalah kata semua orang akan jadi macam apa yang terjadi pada Fitri. But, setiap kali Fitri buat perangai macam tu memang haprak pun tak jadi.

Sejak dari tu malas dah update apa-apa pasal cerpen/cerpan/novel. Kut update pun sikit-sikit aje. Tak kecoh macam Mak Jemah macam dulu-dulu.

Oh ya, sempena masuknya 1 Jan 2016, Fitri nak bersihkan blog ni. Segala entry cerpen/cerpan/novel akan dihapuskan. No more cerpen/cerpan/novel dalam blog ni dah lepas ni. Sebab kenapa Fitri padam?

Eh, suka hatilah! Blog Fitri!

Hehehe... gurau jek. Jangan nak sentap-sentap. Tampo kang. >_<

Biarlah rahsia sebabnya, ya.

Harapan Fitri... (ceh! nak bagitau juga tu)

Harap-harap dapat tengok Dilwale! Muahaha... dah ada yang download dari internet tapi subtitle dia rasa macam nak hentak kepala dekat skrin. Adakah penulis subtitle tersebut menjangkakan bahawa Fitri ni ambil kelas Bahasa Hindi masa sekolah dulu? T_T


Muka Fitri waktu tengok tanpa subtitle.
Perasaan dia macam muka hat yang tengah tu.
>_<

Tak faham sepatah apa pun. Elok excited nak tengok lepas 8 jam membazir masa tunggu sesi mendownload. Maklum arr, Fitri tak pernah download movie sebelum ni.

Kalau nak tengok movie dalam laptop pun minta kat kawan. Satu, tak reti nak download. Dua, malas nak download. Tiga, Fitri ni bukanlah penyabar sampai nak tunggu berjam-jam.

Kalau tak kerana Dilwale, tak sior teman nak tunggu sampai 8 jam.

Tapi, hasilnya... baiklah aku pi tengok kat wayang tapi tak tau nak tarik siapa ikut Fitri pi tengok wayang. Dan tak tau bila nak pi tengok. Mesej kawan tak jawab. Maklumlah, Fitri sorang aje yang tak masuk lagi zaman Whatsapp ni. Henfon ada pun dah boleh masuk muzium. --'

Tak ada rezeki lagi nak tukar. Tak apalah, asal boleh call, boleh mesej. Kira henfon jugalah tu. ;P


Elok-elok cerita tu best, langsung jadi tak best sangat. Tak best sangat pun demam Dilwale juga Fitri dibuatnya tahun lepas. Tahun lepas tu means semalam. Ahaksss... ;D

Tiga kali tengok dalam sehari. (demam tak demamnya)

Sekali tengok ada subtitle dan tak skip. (nama je tengok dengan subtitle tapi...) Woiii... bersyukur arr dapat juga tengok. Cis betul Fitri ni. Baru nak jadi lebih bersyukur, kan? Apakah ini semua, Fitri? --'

Tengok kali kedua dan ketiga tak payah in subtitle dan tengok skip-skip. Cari part yang Fitri suka aje. ;)

Oklah... daa... yang lelaki muslim tu jangan nak ponteng! Hari ni hari Jumaat. Pi Solat Jumaat. >_<

Wassalam. Tata. Thanks sudi baca Fitri merepek. ^_^

4 comments:

  1. Selamat menempuh tahun baru 2016 fitri ^^ semoga segala urusan dipermudah ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. ^_^
      Selamat tahun baru 2016 juga untuk ros. Mudah-mudahan juga segala urusan dipermudahkan. ;)

      Delete
  2. Why nak hide karyaaa?a

    Btw, kite pn dh tgk dilwale dgn subtitle yg ciput ja dia kasi.sadiss

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ku putuskan... biarlah rahsia.. *nyanyi ni* ;)

      Kan... dahlah subtitle ciput. Ada pun tak kena dengan apa yang orang tu cakap. Memang sadissss. >_<

      Delete