Assalamualaikum dan hai semua...
Okay, bahagia gila tengok orang lain dah habis SPM. Ada beberapa calon kat sekolah Fitri dah habis SPM dah. Siap tadi berconteng-conteng baju dengan marker. Bahagia sungguh... =3
Daku hanya mampu melihat dengan hati yang cemburu kerana 1 hari yang masih berbaki itu dirasakan seperti ada setahun lagi.
Ahakss.... Drama Queen sangat!
Tapi, serius arr... dulu rasa macam, aduhai masa, sungguh cepat kau berlalu! Sekarang, lagi 15 minit nak habis masa satu-satu paper tu pun rasa bagaikan ada lagi 15 jam. Gila dahsyat tak dahsyatnya.
Hmmm...
Sejak hari Selasa hari tu sampai petang tadi, Fitri tak buka laptop dan tak tengok Tv sangat. Kecuali waktu Kau, Aku, Kita je tengok. =P *addict dah dengan drama ni, ciskek tul!*
Jadi, waktu tengah duduk-duduk dalam bulatan Mak Jemah dengan kengkawan waktu gap nak ke kertas Kimia 2 tadi, Kema cerita dengan Fitri yang ada budak bunuh diri sebab paper Add Maths. Terkejut sebab tak tahu pun pasal ni. Tak sangka sangat-sangat.
Add Maths memang susah tapi tak sangka ada yang sampai tahap ini. Walaupun, ada juga yang dah menyerah kalah sebelum bertemu mata dengan kertas Add Maths. Serius, Add Maths memang SUSAH. Susah tu bukan tahap susah takat petik jari kena pula tunggu lima minit, jawapan pun timbul.
TAK, beb! TIDAK DAN MEMANG TIDAK!
Fitri tak tahulah kut-kut Fitri ni vongoks sangat ke sampai nak faham satu-satu soalan tu pun ambil masa lebih dari 5 minit. Serius, cepat gila tapi tak gila arr masa berlalu. Rasa macam baru aje selak-selak kertas Add Maths, tup-tup dah habis masa sejam. Padahal dalam masa sejam tu baru adalah dalam 2-3 soalan je baru jawab full.
Yang lain... suci dan murni sebab masa memang habis takat nak faham soalan. Kertas 2 kau tak payah nak cakap arr. Petang-petang dengan matahari yang suka sangat main cak-cak. Tambah lagi dengan kepala otak dah weng. Rasa macam nak ambil kursus menembak aje.
Mak dok tiap-tiap hari menanya Fitri...
"Macam mana periksa tadi?" - soalan rasmi mak sejak kertas BM 2/11 yang lalu.
Jawapan Fitri memang sentiasa ikut skema jawapan...
"Bolehlah..." - Fitri yang sentiasa bajek cute.
Dok hari-hari jawab gitu, sampai satu hari tu mak dah give up dan terus touching. Ayat gila sentap arr mak bagi...
"Asyik bolehlah aje. Nampak beno tak sayang mak." - kata mak sambil memek muka yang kalau Sheila Rusly nampak memang konfem mak Fitri boleh bawa watak sayu-sayan ni. Ahaksss...
"Apa pula tak sayangnya. Dah memang betul bolehlah..." - sepantas kilat melarikan diri sebelum makin panjang pula ayat sayu-sayan dari mak.
TAPI...
Ada keajaiban waktu jawab Add Maths. Balik aje rumah lepas habis paper Add Maths, tak tunggu pun mak tanya macam mana kertas tadi, Fitri dengan sepantas halilintar menceritakan peristiwa tentang itik dan lebah. =3
Fitri cakap dekat mak....
"Mak tau tak, boleh pula dia tanya pasal itik, angsa, lebah bagai..." - actually tak ada pasal angsa pun. Lebah kertas 1, itik kertas 2. =3
"Haa, kalau gitu kamu jawablah ayam." - selamba je mak jawab.
Dengan muka annoying Fitri menjawab semula, "Kalau senang boleh jawab aje ayam dah lama orang tulis, mak."
Mak gelak dan Fitri pula yang jadi sayu-sayan mengenangkan nasib kertas Add Maths. Der, kalau boleh lulus tu memang wooowwww... keajaiban dunia dah tu!
Lepas tu bapak pula yang tanya...
"Macam mana periksa tadi?" - darling halal mak Fitri.
"Rasa nak hempuk kepala dekat dinding." - Fitri yang montel.
"MUAHAHAHAHA..." - gila dahsyat arr bapak Fitri gelak waktu tu.
Waktu tu perasaan terus betul-betul rasa macam nak hempuk kepala dekat dinding. Mak sengih je tengok anak gendut dia yang seorang ni yang tak habis-habis bajek cute. (Heeehhh... tetiba)
Tapi, jelez dengan Meah... hampir semua kertas dia katanya senang. Padahal waktu Fitri sembang dengan Zati, masing-masing muka macam tak redha nak masuk dewan lagi. Sembang dengan Meah, semua katanya senang.
Fitri berpandangan dengan Zati. Okay, serius ingat lagi muka Zati waktu tu. Macam... tak tahu nak kata macam mana. Hehehe... lebih kurang sama aje reaksi Fitri dengan Zati. Mesti gempak arr result Meah nanti. Habis semua yang Fitri rasa macam nak tertonggeng menjawab, semua dia kata senang.
Menangis beb, menangis...
Tadi waktu kertas 3 Kimia, Fitri pi toilet. Kerjanya hari ni dok pi toilet je. Mana taknya, first time satu botol besar yang selalu Fitri bawa pi sekolah tu habis Fitri minum. Lepas tu tadi waktu lalu kat belakang dewan waktu balik dari toilet, terdengar lagu Memori Berkasih versi arwah Achik dan Nana.
Ada budak-budak tengah mengecat dewan. Sambil tu diorang pasang arr lagu. Tersengih sorang-sorang bila dengar lagu tu. Hahaha... Fitri dah layan Achik dan Nana since gigi rongak lagi sebab family Fitri memang kaki radio. Dedulu kan femes lagu Achik dan Nana - Paling Comel.
Sampai la ni dok bola-bola api. Lagu tu sangat cute. >_<

Gambar dicopy terus dari Google. Maaf, tumbesaran gambar sudah sampai ke tahap maksimum. ^_^

Gambar dicopy terus dari Google.
Mak dok tiap-tiap hari menanya Fitri...
"Macam mana periksa tadi?" - soalan rasmi mak sejak kertas BM 2/11 yang lalu.
Jawapan Fitri memang sentiasa ikut skema jawapan...
"Bolehlah..." - Fitri yang sentiasa bajek cute.
Booo... tak abis-abis nak bajek cute... *tetiba >_<*
Dok hari-hari jawab gitu, sampai satu hari tu mak dah give up dan terus touching. Ayat gila sentap arr mak bagi...
"Asyik bolehlah aje. Nampak beno tak sayang mak." - kata mak sambil memek muka yang kalau Sheila Rusly nampak memang konfem mak Fitri boleh bawa watak sayu-sayan ni. Ahaksss...
"Apa pula tak sayangnya. Dah memang betul bolehlah..." - sepantas kilat melarikan diri sebelum makin panjang pula ayat sayu-sayan dari mak.
TAPI...
Ada keajaiban waktu jawab Add Maths. Balik aje rumah lepas habis paper Add Maths, tak tunggu pun mak tanya macam mana kertas tadi, Fitri dengan sepantas halilintar menceritakan peristiwa tentang itik dan lebah. =3
Fitri cakap dekat mak....
"Mak tau tak, boleh pula dia tanya pasal itik, angsa, lebah bagai..." - actually tak ada pasal angsa pun. Lebah kertas 1, itik kertas 2. =3
Gambar dicopy dari Google.
"Haa, kalau gitu kamu jawablah ayam." - selamba je mak jawab.
Dengan muka annoying Fitri menjawab semula, "Kalau senang boleh jawab aje ayam dah lama orang tulis, mak."
Mak gelak dan Fitri pula yang jadi sayu-sayan mengenangkan nasib kertas Add Maths. Der, kalau boleh lulus tu memang wooowwww... keajaiban dunia dah tu!
Lepas tu bapak pula yang tanya...
"Macam mana periksa tadi?" - darling halal mak Fitri.
"Rasa nak hempuk kepala dekat dinding." - Fitri yang montel.
"MUAHAHAHAHA..." - gila dahsyat arr bapak Fitri gelak waktu tu.
Waktu tu perasaan terus betul-betul rasa macam nak hempuk kepala dekat dinding. Mak sengih je tengok anak gendut dia yang seorang ni yang tak habis-habis bajek cute. (Heeehhh... tetiba)
Boooo... bajek! Ahaksss...
Tapi, jelez dengan Meah... hampir semua kertas dia katanya senang. Padahal waktu Fitri sembang dengan Zati, masing-masing muka macam tak redha nak masuk dewan lagi. Sembang dengan Meah, semua katanya senang.
Fitri berpandangan dengan Zati. Okay, serius ingat lagi muka Zati waktu tu. Macam... tak tahu nak kata macam mana. Hehehe... lebih kurang sama aje reaksi Fitri dengan Zati. Mesti gempak arr result Meah nanti. Habis semua yang Fitri rasa macam nak tertonggeng menjawab, semua dia kata senang.
Menangis beb, menangis...
Tadi waktu kertas 3 Kimia, Fitri pi toilet. Kerjanya hari ni dok pi toilet je. Mana taknya, first time satu botol besar yang selalu Fitri bawa pi sekolah tu habis Fitri minum. Lepas tu tadi waktu lalu kat belakang dewan waktu balik dari toilet, terdengar lagu Memori Berkasih versi arwah Achik dan Nana.
Versi Siti Nordiana feat Lan Kristal.
Ada budak-budak tengah mengecat dewan. Sambil tu diorang pasang arr lagu. Tersengih sorang-sorang bila dengar lagu tu. Hahaha... Fitri dah layan Achik dan Nana since gigi rongak lagi sebab family Fitri memang kaki radio. Dedulu kan femes lagu Achik dan Nana - Paling Comel.
Sampai la ni dok bola-bola api. Lagu tu sangat cute. >_<
Sorry, kena kecilkan. ^_^
Sampai sekarang jugalah bola-bola api tu jadi trademark Fitri dengan sepupu Fitri. Asalkan jumpa aje, bola-bola api.
Ahaksss...
Huhhh... KBAT, KBAT... lepat Fitri jadinya dalam dewan tu sebab awak, KBAT.
Alamak!!!
Terus teringin nak makan lepat labu. Homaiiii... sedapnya lepat labu. =3
Tetiba perut nyanyi lagu Gurauan Berkasih pula. Adoyaiiiii.... mana nak cekau lepat labu ni der... Megi ada arr. Jemu dah ngadap megi. >_<

Wassalam KBAT. KBATatatata.... Thanks sudi baca Fitri merepek. ^_^
good luck ya for your exam... (^_^)
ReplyDeleteterima kasih... ^_^
Delete