Tuesday, 1 December 2015

Doraemon - Stand By Me

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum dan hai semua...

Ahaksss.... Dah freedom dari cengkaman SPM 2015! Yeayyy...

Okay, bukan nak cerita pasal SPM tapi nak cerita pasal Doraemon-kartun-terbaik-selalu-tengok-sejak-kecik.

Fitri baru aje tengok Doraemon - Stand By Me. Fine... Fitri tahu Fitri ketinggalan sebab orang lain dah lama dah tengok, Fitri pula baru nak tengok... Fitri memang gitu, orang dah nak tengok Star Wars dah, Fitri baru nak layan cerita Doraemon. =3



Ost Doraemon - Stand By Me yang sangat-sangat menyentuh hati dan perasaan.
=')

Dicopy terus dari Google. Tumbesaran berada pada tahap maksimum.

Inilah dia penyanyi lagu yang sekarang ni jadi trend dalam rumah Fitri. Ahaksss..
Nama dia Motohori Hata. Tajuk lagu tu pula Himawari No Yakusuko.
Lengkap tak informasi yang Fitri bagi?
Eh, belum!
Sebelah Motohori tu Nobita dan sebelah Nobita pula ialah Doraemon yang comel sejak Fitri asal demam aje minta susu botol dengan mak. (Zaman sel-sel otak sentiasa berhubung, semua benda nak tahu, nak tanya. Kenapa ketam ada pengepit pun nak tanya. =3)

Dicopy terus dari Google.
Tumbesaran berada pada tahap maksimum.

Terjumpa versi ni di Google. Double triple hensem la pula Fitri menengoknya. ;P

Doraemon - Stand By Me ni yang bestnya ada tiga.

 Gambar 3D dia yang nampak real dan ohsem. Doraemon pun nampak overcute dalam bentuk 3D.
 Jalan cerita yang ohsem gila tapi Fitri tonton tak adalah sampai gila. Selalu kalau tengok movie dalam laptop, tak mahu duduk diam. Bila boring dengan certain part pergi merayau di laman sosial jap. Lepas tu sambung balik tonton. Tapi Doraemon - S.B.M ni tak. Serius ohsem dan sangat-sangat masa depan. ^_^
 Yang paling best adalah.... Dorayaki. Ahaksss... mana boleh tinggal, bro! Tengok Doraemon yang kartun tu makan pun dah lapar. Aduiii.. Even tak dapat makan Dorayaki versi dari Jepun, makan Dorayaki versi lempeng bodoh-bodoh letak coklat pun sedap juga. *tetiba* >_<


Canggih mesin masa Doraemon.

Soby dan Doraemon.

Tengok arr mesin masa Doraemon. Canggih, der!
Dulu guna yang macam papan lapis tu je.
Ahaksss...
Dahlah dalam bentuk 3D pula tu, kan?
Nampak real aje mesin masa tu. Perrgghh...


Sebenarnya Doraemon dengan Soby datang ke zaman Nobita dari abad ke 22 untuk membetulkan masa depan Nobita. Si Soby ni sebenarnya cucu Nobita. Hidup keluarga Nobita susah pada masa depan. Dahlah kena kahwin dengan adik Giant pula tu. ;D

Jadi, Soby dengan Doraemon nak bantu betulkan masa depan Nobita yang gila sadis bak hang. Tapi, hanya Doreamon yang akan membantu Nobita sebab Soby kena balik ke masa depan. Muka Doraemon marah cute sangat. (gambar bawah ni yang no 2)



Ini pandangan dari mata Nobita. First time nampak Doraemon. Nobita pula tak pakai spek. Siapa tidur pakai spek, bro! 


Doraemon geram dengan Soby sebab kena tinggal. Ahaksss...


Doraemon tunjukkan Nobita peralatan canggih yang pertama dari abad ke 22.
Hopter!!!
Agak-agak Mr. DIY ada dok jual hopter ni?
Kalau ada nak beli satu.
Senang tak payah nak rempuh jam bila nak pergi mana-mana.
=P


Alkisahnya si Nobita ni memang sejak zaman dulu lagi suka kat Sizuka.
Tapi, selain dia ada lain seorang yang suka kat Sizuka.
Dekisugi!
Dekisugi ni memang charming arr. *Fitri akui itu... ahaksss...*
Fitri tak salahkan Sizuka pun kalau dia pilih Dekisugi daripada Nobita.
=P


Waktu ni Nobita sedang cuba untuk betulkan masa depannya.
Sizuka dalam kesusahan dan Nobita dewasa pula demam.
Dalam gambar atas ni Nobita kecik sebenarnya.
Dia guna selimut masa untuk jadi dewasa.
Waktu ni Sizuka dewasa daki gunung sorang-sorang dalam salji sebab Nobita dewasa tak dapat ikut sebab demam.
Apa yang terjadi selepas itu?
Malas nak cerita panjang-panjang. Tengok sendiri kat Youtube. =P


Hensem pulok tengok Nobita dewasa versi 3D ni. Ahakkksss...


Waktu ni Doraemon dengan Nobita tengah bahagia gila.
Sebabnya.....................................
Sizuka setuju nak kahwin dengan Nobita.
Waaahhhh... Fitri pun bahagia sekali. =')
Tercapai juga impian kau Nobita.
Sejak zaman gigi Fitri rongak lagi dok ngadap Doraemon,
bila dah menghampiri alam muda remaja ni baru tengok impian Nobita terlaksana.
Ahaksss... tak tahu nak terharu ke apa.



Masa depan yang wowww... kereta api pun tak pakai landasan dah, bro!
Canggih tak canggihnya.


Sweet giler muka Sizuka dewasa.
Suka, suka, suka... ^_^


Waktu ni air mata Doraemon mengalir macam air terjun Lata Kinjang.
Doraemon dah menghampiri waktu untuk ucap bye-bye pada Nobita.


Nobita sedang cuba untuk membuktikan bahawa dia boleh teruskan hidup walau tanpa Doraemon di sisi. Huwaaa... serius part ni paling sedih. Serius menangis waktu ni! ='(
Berkali-kali kena belasah dengan Giant pun Nobita still tak mengalah.
Sebaliknya Nobita terus bangkit dan terus melawan Giant walaupun nak berdiri pun payah.
Deep sangat kalau kita faham part ni.
It's about our life.
Kita tak sepatutnya mengalah dengan mudah hanya apabila melihat lawan kita itu besar.
Kita kena lawan.
Lawan dengan diri sendiri.
Lawan dengan nafsu.
Just don't ever give up.
^_^


Doreamon nangis, Fitri lagilah nangis tengok Nobita kena belasah dengan Giant sampai lunyai.
='(

Apakah yang terjadi kepada Nobita selepas Doraemon kembali ke masa hadapan?
Nak tahu?
Tonton di Youtube sebab Fitri ada jumpa kat Youtube tapi versi Doraemon cakap Bahasa Melayu.
Fitri ada dalam laptop, Zati bagi versi Doraemon cakap Bahasa Jepun.
Lagi cute dan lagi feeling macam layan cerita Jepun. ;)
Sorry arr...
Macam tak gempak kalau cerita apa endingnya.
Jadi, tengok sendiri ajelah.
Daaaa....

Wassalam. Tata. Thanks sudi baca Fitri merepek. ^_^

4 comments:

  1. nak nangis tengok cite ni. hm sedih. tapi bestt

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan... sedih sangat-sangat tapi memang terbaik.. ^_^

      Delete
  2. Tgk byk2 kali pun tak bosan lah. Heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan.. tambah lagi gambar dia lawa.. perrgghh.. :D

      Delete